Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label Malaysiakini. Show all posts

13 January 2024

Betapa Hipokritnya Mereka

Bhai/DeeDee semua...

Satu ja nak cakap.... Dah terbukti la nih mereka adalah puak-puak yang hipokrit... Hahaha... 
Jadi apa sahaja yang untungkan mereka, mereka akan puji melambung.... Hahaha



28 November 2023

Tepat Dan Betul

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua... banyak pendapat yang dikeluarkan dari forum “Setahun Kerajaan Madani: Apa Seterusnya?” anjuran Malaysiakini adalah tepat dan betul.... Terutama apa yang dihujahkan oleh R. Nadeswaran...

R. Nadeswaran ini bukan orang baru... dia senior.. dier dah lama.. memang kalu lepak dengan dier... banyak idea-idea bernas yang dapat dikutip... Bukan gua tak pernah lepak ngan dier bersama Fathi Aris Omar....  dulu selalu la...

Pandangan R. Nadeswaran nih sama ngan gua... Anwar Ibrahim hanya sekadar hebat dalam berpidato... tapi isi penghasilan banyak yang sangkut dan kabur...  Gua tau sure pentaksub dan walanon akan marah dan pertikai... tapi itulah realiti saorang Anwar Ibrahim...  dan Rafizi Ramli pon sama... copycat Anwar Ibrahim gak....  hasil blurr...

Setahun dah berlalu... tapi perangai lebih UMNO dari UMNO dan lebih BN dari BN pun dah makin ketara dari sehari ke sehari... hahaha.... Mereka lupa kot dulu itulah yang mereka tentang dan lawan... tapi sekarang itu lah jugak yang mereka buat....

Hahaha...

Payah bhai nak nasihat.... Bodoh dan bebal itu kekal.... Hahaha

Reformasi yang dah Reformati...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Realiti Saorang Anwar Ibrahim


04 January 2023

Pertahankan Hak Warga Asing Pasai Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Bas PJ City ini percuma untuk warganegara Malaysia. Kepada warganegara asing, sila bayar RM0.90.

Kepada puak-puak NGO yang tak puas hati kenapa ader diskriminasi kepada warga asing... cadangan gua simple jer... Sila kerat MyKAD anda sekarang dan publishkan dalam akaun media sosial anda.

Once anda kerat dan publish, anda boleh hilang kewarganegaraan Malaysia. Mohonlah untuk jadi warganegara asing yang korang bising nak backup sangat tu.

Warga Asing Sila Bayar RM0.90


07 March 2021

Jangan Ada Double Standard

Bhai/DeeDee semua...

Bola sekarang nih terletak kepada Peguam Negara... Kalu dalam kes Malaysiakini tempohari... Kesalahan menghina Mahkamah telah diletakkan dibahu Malaysiakini hanya kerana ader komen dalam posting di portal itu dinilaikan sebagai menghina. ... kali ini Abdul Hadi Awang sendiri yang menulis artikel di portal HarakahDaily yang dilihat ramai sebagai menghina Mahkamah dan Hakim.

Kita harap Peguam Negara tidak pilih kasih.... Jangan ada double standard...

Kes hampir serupa... tapi bebanan dilihat lebih berat dalam kes menghina Mahkamah oleh Abdul Hadi Awang.... ini kerana ianya adalah tulisan dari Abdul Hadi Awang sendiri dan diterbitkan oleh Portal HarakahDaily...

Ini bermakna... bukan sahaja Abdul Hadi Awang semata-mata yang boleh didakwa menghina Mahkamah akan tetapi ianya juga boleh disabitkan kepada HarakahDaily kerana menyiarkan kenyataan tersebut...

Kalau dalam kes Malaysiakini.... hukuman denda yang diminta oleh Pendakwaraya adalah sebanyak RM200k tapi Hakim telah menetapkan denda kepada RM500k... makanya... denda yang sama juga layak dikenakan kepada HarakahDaily ... Bagi Abdul Hadi Awang.... jika disabitkan kesalahan... boleh hilang kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan boleh dipenjara...

Jadi.... memang bola sekarang ini terletak pada kaki Peguam Negara Idris Harun...

Kita tengok jer la... ader berani amik tindakan atau tidak???

Menghina Mahkamah adalah satu Jenayah, jadi jika seseorang Pegawai yang berkuasa itu dengan SENGAJA TIDAK MENDAKWA orang yang melakukan jenayah dengan niat untuk melepaskan orang yang melakukan jenayah itu dari hukuman,  Maka pegawai itu telah melakukan Jenayah juga dan boleh di dakwa di bawah Kanun Keseksaan.



20 February 2021

Give Us Back Our Voice

Bhai/DeeDee semua..

Semalam seperti yang kita semua ketahui, Malaysiakini telah dijatuhkan hukuman bersalah menghina Mahkamah dan didenda RM500 ribu...

Ini kerana komen yang dibuat pada portal Malaysiakini adalah sistem "in-house discussion" yang mana ianya hanya boleh diakses selepas pengguna login kepada portal Malaysiakini...

Apa kata kalau Malaysiakini menggunakan sistem "external discussion" macam Disqus, Facebook atau Reddit? Adakah kalu berlaku apa-apa komentar yang tidak terkawal, maka Malaysiakini boleh dipersalahkan juga ataupun pihak Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman kepada Disqus, Facebook atau Reddit?

Jika Malaysiakini menggunakan sistem Facebook sebagai discussion toolsnya... berkemungkinan Facebook akan disaman, dibicarakan dan dihukum atas sebab komentar yang tidak bersesuaian... Kalau ini berlaku... agaknya apa tindakan pihak tertuduh dan pandangan awam (dunia)??

Ini sebenarnya satu precedence .... Macam dalam kes blog gua nih... gua lepaskan semua komen para pengunjung.... dan memang agak bahaya kepada gua jugak berdasarkan kepada precedent ini.... besar kemungkinan gua boleh dikenakan tindakan yang sama macam apa yang kena pada Malaysiakini...

Aper pon....

Gua percaya kepada "Free Speech" ..... itu ja...



19 February 2021

Malaysia Kembali Ke Zaman Gelap Feudalisme

Bhai/DeeDee semua...

Malaysiakini dah kena hukuman.... atas komentar para pembacanya... RM500 ribu dendanya.... Dan keputusan ini akan menjadi precedent kepada kes-kes yang lainnya... Macam gua jugak kat sini... kalu ader komen lu orang yang dikira menghina Mahkamah atau lain-lainnya ... kemungkinannya boleh dihukum setara...

Huhuhu...

Nampak gayanya Malaysia seakan kembali ke zaman gelap feudalisme ... dimana semua kuasa terpusat kepada yang paling atas... tiada kritikan sosial dibenarkan walaupun ianya fakta..

Tiada lagi peluang untuk rakyat kritis dan soal bicara.... semuanya kena ikut apa yang telah ditetapkan sepertimana apa yang Pimpinan mahukan... Ini lebih komunis dari sistem komunis... Ini lebih Apartheid dari Apartheid... ini lebih celaka dari zaman Sultan Mahmud mangkat dijulang...

Adoilah....

Apa sahaja yang kerajaan buat... apa sahaja yang pimpinan negara buat... apa sahaja mahkamah buat... walaupun ader potensi salahguna kuasa... semua tabley ditegur dan tabley dikritik.... kalu buat jugak bersedialah RM500 ribu dalam tangan...

Huhuhu



07 May 2013

PapaGomo Ditahan?

Bhai... Gua ader terbaca kat MalaysiaKini pasai ader penahanan terhadap PapaGomo..... err.... yang nih pon gua tak dapat nak sahkan lagi.. kalu yang tadi tue gua dah dapat pengesahan... cumanyer..... hehehe... seperti biasa...

Kalu betul lar Polis dah berjaya tahan PapaGomo.....

Hehehe... aper lagi tunggu.... kepada peguam yang dok nak saman PapaGomo tue... aper lagi... cari la itu pegawai penyiasat yang tahan PapaGomo tue kalu nak tau dan sahkan siapa PapaGomo... hahaha...

Kalu dah PDRM sendiri masa tue dah sahkan yang ditahan aderlah PapaGomo... makanyer senang la kerja urusan pengesahan identiti PapaGomo..... tak perlu la lagi sapina Zahid Hamidi ker... Tun Faizal ker... Azmi APA ker..... sapina jer pegawai penyiasat dan pegawai polis yang menahan PapaGomo tue...

Selesai beberapa puluh kes saman terhadap PapaGomo... senang la urusan Mahkamah lepas nih.... hehehe.... amacam....

So.... err... benarkah PapaGomo ditahan??? atau ianya sekadar wayang telenovela untuk menyejukkan hati rakyat semata-mata.... hahahaha .... King Jason Ori memang disahkan ditahan oleh PDRM (member kroni gua yang bagitau)... cuma belum tau bawah akta mana..... hahaha


27 April 2013

TPM Boleh, Bekas Laksamana Tak Boleh

Bhai... ader arahan tak bertulis kat Pangkalan Tentera ... katanyer tabley pakai baju berlambang parti politik kalu nak masuk kedalam Pangkalan... walaupun setakat nak singgah solat di Masjid dalam premis...

Dan arahan nih terpakai masa Bekas Laksamana TLDM Abdul Imran Abd Hamid nak masuk solat itu hari... sampaikan dier terpaksa cari lokasi lain untuk bersolat.... Aper daa.... Persoalan gua..... betulkan ader arahan macam nih.... termasuk tak boleh berkempen dalam premis Pangkalan Tentera...

Kalu macam tue... kenapa TPM boleh, tapi bekas Laksamana tak boleh..... Macam mana Muhyiddin Yassin boleh plak berbaju parti politik dan berkempen secara direct didalam Pangkalan Tentera... macam yang tertera dalam gambar dibawah nih....


Citer selanjutnya tentang macam mana Muhyiddin Yassin boleh masuk ke Pangkalan Tentera dengan berbaju parti politik siap berkempen... lu orang boleh baca kat Manjong Mari

Tentang isu larangan berbaju politik dan berkempen dalam Pangkalan Tentera tue... lu orang boleh baca disini...



23 April 2013

GE13 Voter Sentiment Ratio (Daily) - Agency Analysis

Bhai.... mulai malam nih sampai pada tarikh pengundian 5 Mei 2013 ... InsyaAllah gua akan publishkan satu laporan ringkas Voter Sentiment Ration (VSR) setiap malam... harap tidak memberikan masalah kepada gua dan semua anggota yang terlibat... VSR ini aderlah untuk kerusi Parlimen sahaja.... sekadar buat rujukan untuk lu orang.... (VSR ini insyaAllah telus dan tidak bias kepada mana-mana aliran politik) ......

Lu orang berhak untuk terima mahupon menolak VSR nih... no problemo.... okeh...

(c) 2013 Agency


31 March 2013

Menangkah BN?

Bhai... Semalam masa gua lepak-lepak kat kedai makan berhampiran lokasi latihan asas kewartawanan... Ramai yang tanya gua... Tanya pandangan gua tentang PRU13...

Rata-rata diorang nak tau berapa besar PR akan mendapat majoriti dari pengundi... Daripada apa yang gua lihat... Semuanya yang lepak ngan gua aderlah penyokong dan pendokong Pro-Rakyat...

Tapi biler gua bagitau diorang yang sebenarnya BN akan menang besar dalam PRU13 kali nih... Semua kata gua punya pandangan mengarut... Malah diorang sabitkan sokongan terhadap PR meningkat berkali ganda... Alasan diorang aderlah kerana setiap kali sesi ceramah atau rapat umum PR... Beribu orang akan hadir...

Hahaha... Gua gelak jer... Gua cakap kat diorang ... Itu semua takder maknanya... Kalu tidak dapat diterjemahkan atas kerta undi... Ini lebih kurang "menang sorak" jer... Tak lebih dari tue...

BN berupaya untuk menang besar dengan beberapa cara mudah... Cukup mudah... bezanya sama ada Najib Razak nak buat atau tidak...

Masalahnya... Dalam keadaan BN perlukan kemenangan yang "maha besar".... ramai pimpinan utama dalam UMNO/BN semacam cuma mensabotaj Najib Razak... Mahathir Mohamed sebagai contoh tidak habis-habis membantai dan mensabotaj Najib Razak... Hanya kerana mahu menaikkan Muhyiddin Yassin sebagai PM...

Manakala Khir Toyo pula tidak ketinggalan mengambil peluang untuk taji Najib Razak... Itu belum masuk lagi beberapa pemimpin diperingkat Negeri dan Bahagian yang tidak sehaluan dengan Najib Razak...

Pemimpin dari parti-parti gabungan seperti GERAKAN, MIC, MCA, PPP dan lain-lain juga nampaknya telah menunjukkan sikap tidak sepakat dalam banyak perkara dengan UMNO yang dipimpin oleh Najib Razak...

Rakyat di peringkat bawahan sebenarnya amat menyokong usaha transformasi yang digarapkan dengan sebaiknya oleh Najib Razak, namun tanpa sokongan berterusan dari semua pemimpin BN... kemungkinan untuk BN gagal adalah cerah....

Jadi kesimpulannya... BN akan menang besar pada PRU13 kali ini jika semua pemimpin dalam BN tidak cuba untuk mengambil peluang memijak kepala sesama sendiri. Pelan transformasi Najib Razak sebenarnya berkesan dan berjaya memulihkan kepercayaan kepada kepimpinan BN yang diterajui oleh Najib Razak...

Gua percaya... Kalu takder yang perdajai dan sabotaj najib Razak... Tentunya BN akan menang besar... Errr... Sebab gua dah dapat tengok beberapa draf pengumuman dari Jabatan Perdana Menteri yang akan menguntungkan rakyat terutamanya untuk rakyat yang berpendapatan bawah 3000 sebulan...

Hehehe... Nantikan jer la pengumuman tue dalam sikit hari lagi... Hehehe... Dan lu orang mesti terkojut punya lah... Hahaha... Itulah senjata untuk Najib Razak menang besar pada PRU13 nih...... Hahaha

UNDILAH BN DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH CEMERLANG....

29 November 2012

S.H. Al Attas Dibawa Ke Dang Wangi

Bhai... kalu lu ader kenal mana-mana peguam mender... sila mintak diorang datang ke Dang Wangi... IPD Dang Wangi... sebab Pak Habib Syed Hussein Al Attas la nih sedang dibawa ke Dang Wangi... maybe dier akan ditahan...

Gua takder nombor kontek Fadiah Nadhwa... kalu ader sesapa yang tau.... sila tolong... Urgent nih... Tolong aaaa.... Tolong passkan maklumat kepada Zelmey PA Pak Habib di talian 019 3682323 ...

Kita Semua UncleSeekers....

UPDATE: Maklumat perkara ini telah disampaikan kepada Fadiah Nadwa Fikri baru sebentar tadi.. InsyaAllah rakan dier Fiq akan mendapatkan maklumat lanjut dari PDRM... Tunggu maklumat lain yang akan menyusul....

Update 5:50PM.Confirm Pak Habib bakal dibebaskan dengan'jaminan polis'beserta seorang penjamin.Amrayy dalam perjalanan menjamin Pak Habib (Azmi APA)

UPDATE: Pak Habib dibebaskan jam 6:10PM tadi.Harap maklum
Aku Peduli Apa @ APA
at 6:30 PM

10 April 2012

Terkini Lagi Sensasi Tentang BERSIH 3.0 (update)

Hehehehe... seperti yang gua dimaklumkan oleh informer gua beberapa hari yang sudah... hehehe... makanyer... BERSIH 3.0 akan berjalan dengan lancar dan takder sekatan apa-apa.. permit untuk berhimpun pon rasanyer takder masalah nak dapat... hahaha

Samer macam kat demo Anti Lynas di Kuantan hari tue... hahaha..

Artikel Terdahulu : Terkini lagi sensasi tentang Bersih 3.0

Baca aper kata Hishamuddin Hussein : Kerajaaan benarkan perhimpunan Bersih 3.0

Hahaha... mantap la info yang gua dapat dari informer gua.. hahaha... seperti biasa... hanya info mantap jer yang pasti akan gua kuarkan... hahaha... Lepas nih.. gua akan cuba rembat maklumat tentang jangkaan peratusan kemenangan dalam PRU13 yang khabarnya telah selesai dibuat analisisnyer oleh kengkawan kat satu agensi nih... hehehe..

Tunggu pendedahan selanjutnyer... hahaha...

09 September 2011

British Penjajah Atau Pentadbir?

Bahahaha... ader sekor kongkang (err.. profesor kongkang @ kangkung) yang buat lawak la pulak... hahaha...

Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling, istilah negara di bawah jajahan British itu adalah istilah golongan berhaluan kiri, sebaliknya istilah rasmi yang digunakan ialah negara di bawah pentadbiran British.

Hahaha.... oooo... maknanya... selama nih Tanah Melayu nih tak pernah dijajah la.... dulu.. Portugis pon takder menjajah... cuma mentadbir Melaka jer.... dan lepas tue Jepun plak bukan menjajah Malaya... cuma mentadbir Malaya jer... hahaha.... So.... British nih Penjajah atau Pentadbir???.... hahaha... lawak...

Memang lawak la .... ini maner dier dapat title profesor nih... mana hasil penulisan dan jurnal akademik dan ilmiah dier... hahaha.... dimana gua boleh baca mangkuk nih punya hasil kajian... ader dalam bentuk dokumen ker atau sekadar buih-buih putih dimulut... hahahaha....

Tak sangka betul la kat UPSI ader kayu, kongkang dan kangkung yang dilantik menjadi Profesor... buat malu jer... hahaha... kayu betul la...

err.... aper nak jadi la kat Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia nih... makin hari makin nampak kebangangannya... hahaha... ader pensyarah... pensyarah kayu.. ader profesor.. kangkung la pulak... hahaha... macam mana la hasil yang keluar dari IPT di Malaysia nih....

Kalu rating CGPA merudum.. aper susah... nak kasi naik senang jer... buat ajer carry-mark punya markah (assignment dan quiz biasa) jadi 80%... dan final exam cuma 10% ... 10% lagi datang dari aktiviti kokurikulum... hahaha... senang kan... hahaha... mesti ramai akan dapat CGPA lebih dari 3.5 ..... hahaha... cap ayam sungguh la IPTA di Malaysia nih... hahaha... memang cap ayam...

Pasai tue la gua tarak respek orang yang ader ijazah, sarjana atau doktor falsafah punya kelulusan dari Malaysia nih... semuanya mudah.... senang.. cap ayam... takder kualiti... hahaha.. hampeh...

Kalu dah pensyarah dan profesor di IPTA pun memang cap ayam... aper la yang dapat korang tengok pada hasil keluaran IPTA.... still cap ayam la... hahahaha....

*** P/S : Nasib baik Sardin Cap Ayam mahal... dan jugak baju jenama Cap Ayam (Le Qoc Sportif) mahal... hahaha

09 July 2011

Kepanasan Pagi

Bhai.... pagi nih cuaca walaupun agak mendung skit (tak tau la berapa lama cuaca dalam keadaan camnie)... tapi bahang kepanasan nyer terserlah.... sinaran kuning walaupun baru ader bertompok-tompok disana sini... semakin menyerlah... hahaha

Gua dapat info... orang di Ipoh.. orang di Kuala Kubu Bharu.. orang di Sungai Petani... orang di Bayan Lepas... orang di Merlimau... orang di Tabuh Naning... orang di Pontian... orang di Jerangau.... orang di Kampung Soi ... orang di Jalan Kebun Sultan... ramai yang dah mola memakai baju berwarna kuning....

Gua.... buat masa nih masih lagi belum memakai baju kalis api macam GABAN baju BERSIH 2.0 ... gua cuma pakai baju T kuning yang gua dapat free masa promosi DIGI Broadband dulu... hahaha... gua tunggu maser yang seswai jer... hahaha

Aper-aper pon... gua rasa aaaa... matlamat mengkuningkan bandaraya Kuala Lumpur dan 1Malaysia rasanya insyaAllah akan tercapai... semuanya akan berjaya... walaupun ramai yang akan kena tangkap... tapi ramai lagi yang akan masih lepas bebas...

Dan senario ini akan terus merebak pada setiap Sabtu... diseluruh Malaysia.... memang senario ini amat menjengkelkan Najib Razak dan pendokong kuat UMNO/BN... tapi inilah caranya untuk kiter merealisasikan satu solidariti demi untuk Malaysia yang baru....

Semoga.. kita semua berjaya merubah Malaysia menjadi lebih baik daripada sekarang...

08 July 2011

Kreatif Gila

Hahaha... memang lawak la.... tak sangka gua makin hari makin lawak gua dengar berita kat Malaysia nih..... Itulah.. dulu gua ader citer bahawa tak seswai sangat dibuat rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak.... sebab kalu kat Malaysia nih... agak susah nak tentukan lawak mana yang terbaik... terbest... hahaha

Ader orang kater grup Jozan terbaik.. ader orang kata grup Sepah terbaik... ader orang kata group Jambu terbaik... ader orang kata Nabil terbaik... ader plak orang kata... Amir terbaik.... hahaha.... kan susah tue....

Sebenarnya.. yang paling terbaik antara yang terbaik adalah Pasukan Polis diRaja Malaysia.... nasib baik la depa nih tak masuk rancangan Raja Lawak atau Maharaja Lawak.... kalu tidak lagi gempak rancangan tue......

Dulu depa boleh kata... mata lebam sebab tumbuk mata sendiri... lepas tue depa kata liwat boleh berlaku walaupun takder kesan tusukan..... sekarang nih... Polis boleh kata nak buat bahan letupan boleh pakai simen dan kapur ... errr.. kapur barus ker kapur sireh... hahahaha .... yang lagi lawak tue... aderlah serbuk borax decahydrate pon boleh depa katakan sebahagian daripada komponen nak buat bom..... hahahah

Kreatif giler... hahaha... sepanjang pengetahuan gua la... memang la nak buat bom tu tak la susah mana... cuma kena kreatif... tapi tak la sampai mengalahkan McGyver.... hahaha... sampaikan simen dan kapur pon boleh dijadikan bahan buat bom... hebat.... hahaha....

Ini macam kalu... memang memalukan Dr Azahari dan Nordin Mat Top.... depa susah payah nak buat bom guna campuran petrochemical dan oleo... tapi ader plak mamat Kemboja boleh plak buat bom pakai simen dan kapur.... hahaha... boleh menang anugerah Nobel nih.... hahaha...

Aper-aper pon.... gua tabik samer POLIS sebab berjaya menceriakan hari gua nih... walaupun jalan kat KL tengah jem giler sebab polis yang sengaja jadikan ianya jem... tapi pasai mutu lawak yang ditonjolkan oleh PDRM nih la yang buat gua teruja.... Tahniah gua ucapkan...

Lain tahun kalu ader rancangan Maharaja Lawak... boleh la diketengahkan bakat-bakat terpendam dari kalangan anggota polis peringkat atasan nih... sebab yang suka buat lawak nih adalah yang kat peringkat atasan..... anggota peringkat bawahan tue cuma balachi jer... hahaha

Lepas nih... mesti skuad pemusnah bom PGA yang berpangkalan di Hulu Kinta dibawah seliaan Komando 69 (VAT 69) akan melatih anggotanyer cara-cara memusnahkan bom yang diperbuat daripada simen dan kapur.... hahaha... ini campuran utama kalu nak buat konkrit atau lantai rumah nih... hahaha.....

Whoa... tahniah la sekali lagi gua ucapkan.... hahaha.... kreatif giler la Polis Malaysia... boleh la lepas nih berlakon filem tamil... hahaha

Kena Main?

Hahaha.... biar betul.... hahaha.... kena main? saper yang kena main? berapa banyak yang kena main? berapa kali yang kena main?? .... hahaha

Orang bijak susah nak kena main... orang bodoh memang akan kena main.... orang bangang sure berkali-kali kena main..... orang baik memang pernah kena main..... orang jahat selalu main.... hahaha....

Hahaha... aper citer nih....

sebenarnya... artikel yang ini dah lama dah gua nak tulis.. rasanyer dah dekat dua bulan dah gua cadang nak tulis... masa tue information dari agen-agen gua baru sampai skit-skit jer... belum macam skarang nih.. deras nak mampus... hahaha..

Masa tue gua baru buat information gathering... dan slow-slow buat information analysis... la nih kalu nak ikutkan standard maklumat risikan... hehehe... dah cukup dah... dah lengkap 98% .... dah boleh publish dah...

Gua ader gak tuliskan pendedahan beberapa kali secara kiasan.... yang pasti.. setakat itu jer yang mampu gua dedahkan.... hanya jauhari yang mengenal maknikam.....

Hari nih.... gua nak kasitau satu benda.... benda nih memang relevan...

Tajuknya : Kenapa BERSIH 2.0 dibenarkan mengadap YDP Agong?

Jawapannya: Ini semua adalah planning terbaik daripada para penasihat Najib Razak yang mengarahkan bahawa adalah wajar BERSIH 2.0 dibenarkan mengadap YDP Agong manakala Pergerakan PERKASA pula tidak dibenarkan... Raisonalnya adalah... dengan cara ini maka bolehlah dipertikaikan keperluan BERSIH 2.0 untuk membuat rapat umum, perhimpunan dan perarakan awam.

Ini kerana mengikut rasionalnya (point ini akan digunakan oleh regim Najib Razak sebagai modal pilihanraya), memorandum BERSIH 2.0 sewajarnya telah diserahkan kepada YDP Agong pada hari, masa dan ketika delegasi BERSIH 2.0 dibenarkan mengadap YDB Agong.

Oleh yang demikian.... maka pada pandangan rasionalnya, tidaklah perlu BERSIH 2.0 meneruskan perhimpunan awam di Kuala Lumpur pada 9 julai 2011.

Jadi.... memanglah nampaknya BERSIH 2.0 telah kena main... bukan sekali kena main... tapi kena main tahap mega... tahap bangang... hahaha.... memang sudah kena main la kiter...

So... ini ader satu peluang besar (momentum) yang akan digunakan serta diolah sebegitu baik oleh regim Najib Razak sempena PRU13.... yang pasti YDP Agong nampaknya macam tidak berkuasa di Malaysia... sekadar menjadi lambang sahaja... sekadar menjadi pak turut Kerajaan BN sahaja...

P/S: Gua bukan menghina YDP Agong.. tetapi sekadar "fishy" (pelik) terhadap kebenaran untuk menghadap YDP Agong.

Kami Datang Dan Kami Takluk

We came and we conquer.... hahaha... Kami datang dan kami takluk.... hahaha....

Salut untuk semua yang berani... salut untuk semua rakyat Malaysia yang prihatin.... salut untuk warga Malaysia yang berjiwa besar... salut untuk semua penyokong dan pendokong BERSIH 2.0

Salut gak bagi para bloggers yang senantiasa bersama-sama rakyat walaupun disebalik tabir... salut juga kepada para dermawan yang bersama-sama menyatukan usaha untuk menjayakan BERSIH 2.0 dari segai kewangan, logistik malah usahasama...

Salut juga buat para anggota Angkatan Tentera Malaysia yang menolak arahan untuk bekerjasama dengan pihak Polis mengekang kebangkitan rakyat. Angkatan Tentera Malaysia sepatutnya berkecuali dalam sentimen ini.

Salut terbaik gua berikan kepada pengarah, penerbit, penulis skrip/lakonlayar, pelakon dan semua krew yang terlibat dalam produksi Yellow Man DIGI ... yang membawa mesej "I Will Follow You"....

Tahniah kepada semua..... Let's go...

We Came and We Conquer... Kami Datang dan Kami Takluk....

07 July 2011

Haram Seharamnya

Macam siot jer.... semalam masa gua berurusan ke Kuala Terengganu... jalan nak pergi tue clear jer.. cuma yang kat sebelah kanan gua ... yang jalan nak menghala ke Kuantan @ Kuala Lumpur ader terpacak beberapa sekatan polis....

Gua dah agak dah... benda macam siot nih Polis tetap akan buat punya... walaupun kononnya PM akur ngan saranan untuk benarkan BERSIH 2.0 buat perhimpunan di dalam Stadium... walau aper pon persetujuannya... BERSIH 2.0 tetap diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram... walaupun khabarnya pihak bangsawan benarkan buat perhimpunan..... semua cakap macam siot jer... tarak boleh pakai...

Wei... 9 Julai 2011... tetap jugak dilarang lu orang sumer pakai baju kuning... salah.. boleh ditangkap... semalam masa gua lalu depan roadblock polis.... gua nampak kat tangan depa ader semacam senarai nombor plet kereta... banyak ooo.. berkeping-keping helaian kertas A4 yang ader listing nombor plet kereta... macam depa dah saspek kereta mana adalah penyokong kuat BERSIH 2.0..

Aper-aper pon.. pada gua.. gua nak mintak sangat la kepada semua yang mungkin tak dapat nak pegi ke KL untuk sertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 nih... tolong sangat aaa... tolong la pakai baju atau aper-aper yang berwarna kuning pada 9 Julai 2011 nih... tolong aaa... walaupun lu orang lepak kat rumah lu orang... tolong aaa pakai baju kuning nih... bagi skit support.... paling best skali kalu lu orang sumer ader akaun fesbuk... sila capture gambar korang berbaju kuning (dari pandangan belakang pon takper) dan upload kedalam wall fesbuk korang...

Tolong aaa... kasi skit support... tolong aaa.. kasi bagi satu kejutan 1Malaysia... guna warna kuning.... tolong aaa....... kita jadikan hari tersebut pesta warna kuning... baru diorang sumer ader akai...

06 July 2011

Diperangkap Terperangkap

Mampuih..... memang gua dah agak benda macam nih akan jadi juga.... cuma tak sangka secepat ini... kalu ikut plannyer... rasanyer lambat lagi.. tapi tak sangka... depa percepatkan.... mmmm....

Ini macam kalu... bersedialah lu orang sumer untuk diperangkap dan terperangkap.... why gua kata camnie... hahaha...

Pertamanyer.... for sure road block besar-besaran yang dirancang oleh PDRM bermula hari ini (6 Julai 2011) akan tetap diteruskan... dan roadblock ini adalah secara menyeluruh... bukan setakat kat kawasan KL dan Lembah Klang... tapi diseluruh Semenanjung....

Dalam roadblock nih... semua boot kereta yang mencurigakan akan diperiksa... kalu jumpa baju kuning @ BERSIH 2.0 .... siap la korang.... masak... boleh ditahan dibawah Akta Polis, Akta Pertubuhan dan mungkin dibawah Ordinan Darurat.... hehehe.... aper... lu ingat biler BERSIH dah bersetuju ngan cadangan YDP Agong untuk buat dalam stadium.... Polis akan let loose benda isu baju kuning @ bersih nih ker... sori la bhai... jangan mimpi... lupakan sajer...

Ops Sweep yang sedang dijalankan akan terus dijalankan... dan semua luggage dari traveller Sabah dan Sarawak juga akan disemak untuk baju kuning @ bersih... yang ini Kastam akan buat di airport... lu jangan terkejut bhai... benda nih semua ader dalam master plan..

Lepas tue... sekatan tahap mega akan berlaku dalam jarak 20km dari stadium yang dipilih... dan orang ramai akan dihalang atau diarahkan jangan pergi ke stadium atas alasan jalan sesak dan sebagainya.... kalu jumpa baju kuning @ bersih... sure masak la korang...

Bukan setakat depa cek baju... tapi cukai jalan, lesen dan macam-macam mak nenek akan diperiksa... sampaikan akan ader kecoh lu orang diarahkan patah balik pasai bunga tayar tak berapa elok... maybe jugak pelbagai saman akan dikenakan.... dan gua saspek akan ader sekatan bagi yang berumur bawah 21 tahun dari menyertai perhimpunan dalam stadium nih...

Isu parking akan jadi satu lagi masalah.... bukan kerana tak cukup tempat parking.. tapi akan ader macam-macam magik untuk pastikan lu orang kena saman parking... hahaha.... dan silap-silap kena tarik bawak pi stokyard...

Yang ini satu lagi info yang gua dapat ..... ader pihak sedang bekerjasama dengan banyak repossor (Bank Repo) untuk semak kereta dan motor... kalu perlu rampas depa akan rampas atas alasan tak bayar monthly payment.... mampuih.... ini semua semacam nak cari pasai jer...

Bab agen provocateur tue... for sure berlambak depa-depa nih dalam stadium..... mesti punya.. dan akan ader agenda pembakaran kerusi dan perabut stadium.... baling air kencing dalam plastik bag... baling mercun... dan maybe ader yang baling teargas ....ini semua nak kasi havoc dan kucar kacir dalam stadium....

Mangkuk-mangkuk agen provocateur nih bukan sajer berlambak dalam stadium... tapi kat luar jugak akan ader ramai... depa nih sure akan kasi havoc.... kalu berlaku havoc atas sebab depa nih... maka bersedialah korang semua diborong dibondong semua masuk Black Maria yang akan berkumpul di luar stadium.... mesti ramai yang kena punya....

So ... kesimpulannyer.... lu ingat BERSIH 2.0 dah menang ker... wei... Najib Razak masih banyak lagi idea dan agenda..... jadi jaga-jaga...

Bagi gua.. jangan hanya berkumpul semuanya di Stadium... tapi pada 9 Julai 2011... pastikan seluruh pelusuk Malaysia orang boleh tengok ramai pakai baju kuning @ bersih .... dan pastikan 1Malaysia dipenuhi oleh maskot DIGI..... gua satu famili akan pakai satu set baju kuning pada hari itu..... kalu pon gua tak dapat nak pi ke KL....

29 June 2011

Mageran 2.0

Mageran (Majlis Gerakan Negara) pernah dilaksanakan selepas 13 Mei 1969 .... Dibawah Mageran.. ramai pimpinan pembangkang (prorakyat) ditangkap dan dihumban kedalam penjara... semuanya tiada dibicarakan... dan semuanya seperti diaturkan... dimana Kerajaan Barisan Nasional masa itu membubarkan Parlimen dan meletakkannya dibawah keadaan darurat.. yang mana BN berkuasa sepenuhnya...

Kini... menjelang perhimpunan Bersih 2.0 .... gua rasa semacam akan berlaku satu lagi Mageran... yang gua gelarkan Mageran 2.0 ...

Mageran 2.0 kali ini akan mengambilkira contoh teladan pada Ops Lalang 1987 dimana ramai anggota parti pembangkang ditangkap secara borong dan berbondong-bondong.... Cara ini nampaknya amat sesuai.... dan dengan adanyer Mageran 2.0 ... Najib Razak tak perlu mengumumkan pilihanraya baru... dan seterusnya akan mentadbir Malaysia semahunya atas kapasiti darurat...

Inilah cara terbaik yang Najib Razak sedang fikirkan... sesuatu yang tampak baik kepada Najib Razak.... cara untuk mengekalkan kuasa.... Nak dapat tandatangan dari Majlis Raja-Raja bukanlah susah mana.... kiter tengok dan lihat....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1