Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

16 October 2023

Buat Apa Takut?

Bhai/DeeDee semua...

Dengan livestream pun takut ..... hahahaha... dulu masa jadi pembangkang elok ja nak buat livestream ...

Skrang terus takmo nak buat ka??? Hahahaha....

Patut elok la buat livestream supaya rakyat tahu Ahli Parlimen ader hadir Sidang Parlimen ...takder ponteng... senang nak detect ... baru la senang... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Lawak Aaa


16 November 2022

Pengaruh PN Bagi Undi 18 Hebat Di Discord

Bhai/DeeDee semua...

Pengaruh PN di Undi18 cukup kuat di Discord. Research Centre banyak terlepas pandang.... tak kisah la berapa hebatnya nama Research Centre tue.... tetap gak terlepas pandang...

Hahaha.. Gua gelakkan jer.



14 November 2022

Jangan Terpedaya, Jangan Leka

Bhai/DeeDee semua...

Pendek jer gua nak cerita... Benda ini berkaitan dengan persepsi... benda ini berkaitan dengan sentimen... benda ini berkaitan dengan gempak dan wow factor....

Jadi... jangan terpedaya... jangan leka...

Kalu tidak naya jer...



03 November 2022

Apa Nak Jadilah Dengan Mokhtar Senik?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keghairahan semua pihak nak bertanding dalam PRU15... Mokhtar Senik khabarnya dok ghairah benda lain... Adoilah... Dulu ader kes sampai Vellfire drift kat Stesen Minyak Petronas... dan viral la video serta snapshot gambar komunikasi Mokhtar Senik dengan perempuan (menyamar) bernama Leena.

Kini ader pulak tengah viral snapshot gambar komunikasi Facebook Messenger antara Mokhtar Senik dengan perempuan (menyamar) bernama Mila ..... siap bersambung di Whatsapp lagi... hehehe

Adoilah... tak serik-serik la Mokhtar Senik nih... dulu siap kantoi gambar kemaluan yang diambil atas sofa.. yang kali nih pulak tak tahu apa lah pulak...

Bila nak insaf tak tahu la... yang si Alex (penyamar) tue...  mudah sangat kantoikan Mokhtar Senik nih... err... Presiden PAS dan Lembaga Disiplin PAS takmo amik tindakan ka??? Huhuhu... 

Ini bukan sajer memalukan PAS ... tapi menunjukkan geng agama dalam PAS pon akhlak kelaut gak... adoilah.. huhuhu








19 October 2022

Ingat Senang Ka Hidup Tanpa Telefon?

Bhai/DeeDee semua...

Harap Najib Razak tak buat camnie la dulu... Hahaha... Ingat senang ka hidup tanpa telefon bimbit? Susah ooo takder smartphone... macam iPhone 14 Pro Max ... Hahaha...

Macam mana nak update page Facebook Najib Razak... Hahaha ... nak google search pun payah... hahaha .... dalam Penjara mana boleh senang-senang nak akses semua tue.. nak masuk Shopee pun payah... nak akses akaun bank secara mobile pon payah...  e-banking semua tabley...

Hahaha.... adoilah....  sakit dubur... lohe...



23 December 2021

#SKMM. Main Kasar Eh?

Bhai/DeeDee semua...

Pigidah SKMM .... Boleh blah .... Nak Main kasar eh? Takkan la SKMM dan Kerajaan Malaysia hati tisu? Takkan la tabley kena kritik?

Deyy ... Ini bukan zaman Kerajaan Parameswara la... Ini zaman Sultan Mahmud Mangkat Dijulang la wei.. Ini zaman Megat Sri Rama.

Tak payah nak hati tisu la... kerja buat okeh... takdak sapa mau kritik.. ... Ini kerja macam haramjadah... perangai macam haramjadah.... tindakan macam haramjadah... memang la patut kena kritik.. kena maki berjemaah... Takkan la nak kasik chan..

Benda bodoh dan bangang kita kena la cakap bodoh dan bangang... takkan la nak puja dan puji... Ajer gampang la...



27 October 2021

Saham Twitter Meningkat Kesan Perubahan Privasi Apple

Harga saham Twitter naik kira-kira 4% dalam dagangan lanjutan pada hari Selasa selepas syarikat itu melaporkan pendapatan suku ketiganya, memenuhi jangkaan penganalisis untuk pendapatan dan pertumbuhan pengguna.


 
Syarikat itu berkata ia mengambil caj bersih berkaitan litigasi sekali sahaja sebanyak $766 juta berkaitan dengan penyelesaian $809.5 juta yang diumumkan syarikat itu pada September kerana didakwa mengelirukan pelabur tentang pertumbuhan pengguna.

Inilah yang dilaporkan Twitter berbanding anggaran Wall Street:

  • Pendapatan: 18 sen sesaham, diselaraskan berbanding 15 sen seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Hasil: $1.284 bilion berbanding $1.285 bilion seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Pengguna aktif harian boleh wang (mDAU): 211 juta berbanding 211.9 juta seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh StreetAccount.

Kerana penyelesaian undang-undang, Twitter melaporkan kerugian bersih $537 juta, berbanding keuntungan $29 juta setahun lalu.

Hasil meningkat 37% pada suku tersebut berbanding tahun sebelumnya. Twitter berkata impak perubahan privasi iOS Apple adalah kurang daripada jangkaan dalam tempoh itu, dan akan menjadi sederhana pada suku keempat. Snap dan Facebook kedua-duanya memetik ciri privasi iOS 14 baharu Apple sebagai punca utama gangguan perniagaan pada suku terakhir.

Hasil iklan Twitter meningkat lebih daripada 41% kepada $1.14 bilion, dengan jumlah interaksi iklan meningkat 6% daripada tahun sebelumnya.

Twitter memberikan butiran tambahan mengenai penjualan MoPub kepada AppLovin dengan harga $1.05 bilion, yang diumumkan awal bulan ini dan dijangka ditutup pada suku pertama 2022. Twitter berkata ia tidak menjangkakan untuk mendapatkan semula kehilangan hasil penuh sebanyak $200 juta dan $250 juta tahun depan daripada perjanjian itu.

Syarikat itu berkata ia menjangkakan hasil, termasuk perniagaan MoPub, sebanyak $1.5 bilion hingga $1.6 bilion pada suku keempat. Penganalisis mengunjurkan jualan sebanyak $1.58 bilion secara purata, menurut Refinitiv.

Tidak seperti Snap dan Facebook, permintaan untuk iklan Twitter tidak terjejas oleh isu rantaian bekalan global, kata CFO Twitter Ned Segal dalam panggilan dengan penganalisis. Itu kerana lebih separuh daripada hasil iklan Twitter pada 2021 dikaitkan dengan perkhidmatan dan barangan digital, kata Segal.

Jumlah pengguna harian yang boleh diwangkan Twitter meningkat sebanyak 5 juta daripada suku kedua kepada 211 juta. Pangkalan pengguna meningkat hampir 13% daripada setahun yang lalu.

13 August 2021

Katanya Orang Malaysia Sokong Palestine?

Bhai/DeeDee semua...

Katanya orang Malaysia sokong Palestine... Tapi... setakat semalam... bilangan orang yang like dan follow Facebook Page Kedutaan Palestine di Malaysia hanya sekitar 260++ orang jer...

Mana pergi orang Malaysia yang lain?? Takkan semua orang lain tak tahu keujudan Facebook Page Kedutaan Palestine di Malaysia? Takkan la kot? Takkan semua pergi like Facebook Page Kedutaan Israel kot?? Hahaha

Adoilah..



05 April 2021

Dasar Kabotaj

Bhai/DeeDee semua...

Korang tanyalah pada orang teknologi.. orang IT... pastinya semua tahu sebab kenapa Facebook, Google dan Amazon takmo pasang kabel fiber optic dasar laut melintasi kawasan Malaysia malah tidak menyambungkan MyIX kepadanya...

Jangan ko tanya Wee Ka Siong dan geng dier... Aper diorang tau...

Semuanya sebab dasar kabotaj yang dikenakan oleh Malaysia yang sebenarnya memang menyebabkan kelewatan dalam proses pembaikan kabel dasar laut.... yang boleh membuat kelewatan sehingga 45 hari...

Ini kerja gila... Sebab Vietnam hanya memerlukan 12 hari jer untuk proses pembaikan kabel dasar laut...

Kalo orang kata kabel fiber optics dasar laut Bifrost dan Echo dilaykan seperti dalam gambarajah ini... for sure ini kerja orang yang tak faham rupabentuk dan kedalaman dasar laut dikawasan itu...


Malah.. ader beberapa "deep trench" yang berada dilaluan itu yang kedalamannya lebih dari ketinggian Gunung Everest..... Laluan terbaek kabel dasar laut tetap lalu kawasan yang sama seperti sebelum ini..... itu menjimatkan dan mudah dilakukan pembaikan... laut tidak terlalu bergelora dan risiko dapat dikurangkan....

Untuk makluman semua... untuk membaiki kabel dasar laut... kapal yang digunakan mestilah mampu untuk memgekalkan posisi di kedudukan tersebut pada setiap masa.... jika tidak ... proses membaik pulih kabel fiber optic dasar laut memang akan menghadapi masalah... Ini memerlukan kapal berspesifikasi DP2 (Dynamic Positioning 2) untuk kerja-kerja berkaitan...

Masalahnya,.. Malaysia memang takder kapal spec DP2 ini ataupun mana-mana kapal berspec DGPS


20 February 2021

Give Us Back Our Voice

Bhai/DeeDee semua..

Semalam seperti yang kita semua ketahui, Malaysiakini telah dijatuhkan hukuman bersalah menghina Mahkamah dan didenda RM500 ribu...

Ini kerana komen yang dibuat pada portal Malaysiakini adalah sistem "in-house discussion" yang mana ianya hanya boleh diakses selepas pengguna login kepada portal Malaysiakini...

Apa kata kalau Malaysiakini menggunakan sistem "external discussion" macam Disqus, Facebook atau Reddit? Adakah kalu berlaku apa-apa komentar yang tidak terkawal, maka Malaysiakini boleh dipersalahkan juga ataupun pihak Mahkamah boleh menjatuhkan hukuman kepada Disqus, Facebook atau Reddit?

Jika Malaysiakini menggunakan sistem Facebook sebagai discussion toolsnya... berkemungkinan Facebook akan disaman, dibicarakan dan dihukum atas sebab komentar yang tidak bersesuaian... Kalau ini berlaku... agaknya apa tindakan pihak tertuduh dan pandangan awam (dunia)??

Ini sebenarnya satu precedence .... Macam dalam kes blog gua nih... gua lepaskan semua komen para pengunjung.... dan memang agak bahaya kepada gua jugak berdasarkan kepada precedent ini.... besar kemungkinan gua boleh dikenakan tindakan yang sama macam apa yang kena pada Malaysiakini...

Aper pon....

Gua percaya kepada "Free Speech" ..... itu ja...



07 January 2021

Najib Razak Dan Facebook

Bhai/DeeDee semua...

Sisipan ini pendek ja... Hahahaha

Aper lu ingat Najib Razak nak amik pot ker dengan amaran dari Hakim Collin Lawrence Sequerah ke?? Mimpi lar... Kita tau saranan Hakim Collin Lawrence Sequerah tue bertepatan dengan keperluan Mahkamah dan integriti Mahkamah... 

Mana boleh tertuduh mana-mana kes sewenang-wenangnya nak komen dan tulis macam-macam dalam media sosial macam Facebook atau Twitter... Ini salah nih..

Jadi biler Hakim Collin Lawrence Sequerah bagi arahan camnie... patut Najib Razak kena stop la.... Sebab kalu degil sangat... Hakim Collin Lawrence Sequerah boleh caj sebagai menghina Mahkamah....

So... kita tengok lar... aderkah Najib Razak akan ikut arahan??



10 June 2013

Ismail Sabri Ok Lah Jugak

Bhai... skali skala mamat Ismail Sabri nih ok lah juga,.... gua pernah tegur dier kat satu tempat nih... dan lepas tue kitorang berborak panjang...... ok lah jugak.... kureng skit menyombongnya... cuma sebagai Ahli Parlimen Bera .. dier kena setelkan masalah bekalan air paip kat sana... dah lama dah... masih lagi macam zaman belum Malaysia merdeka....

Aper pon... statement dier yang kat bawah nih gua respek.... nampak jugak la ader kematangan berfikiran kat situe... Jangan jadi bangang macam yang lain.... Malaysia katanyer nak memanfaatkan K-Ekonomi.. tapi tak abis-abis nak sekat sana.. sekat sini.... Kalu ader salah.... siasat... dakwa dan hukum... tapi kena melalui saluran hukuman dan dakwaan yang betul lar... jangan main taram dok bawah ISA ker mender....

Ader paham ka??? ....


Ismail: Tidak wajar sekat laman sosial

ALOR SETAR - Penggunaan laman sosial di negara ini tidak wajar disekat walaupun tujuannya untuk membendung penyalahgunaannya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyalahgunaan akses internet dengan niat jahat hanya dilakukan segelintir individu tidak bertanggungjawab.

"Hanya beberapa kes terpencil penyalahgunaan laman sosial. Oleh itu, tidak wajar kita terus menyekat kebebasan pengguna lain yang lebih ramai.

"Kita ada undang-undang untuk menyekat mereka yang tidak bertanggungjawab, jadi kita gunakan peruntukan yang ada.

"Tak adil jika kita terus haramkan penggunaannya (laman sosial)," katanya selepas mendengar taklimat di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan untuk menyekat penggunaan laman sosial bagi mengatasi perbuatan tidak bertanggungjawab seperti yang dilakukan di negara China dan Iran.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kemudahan internet memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengetahuan.

Menurutnya, mereka yang melakukan kesalahan dan tidak mengikut undang-undang boleh dikenakan tindakan tegas.

"Kalau ada cacian dalam twitter, kita hendak haramkan, berlaku dalam Facebook (FB) kita sekat FB, ada isu sensitif dalam blog kita batalkan blog di Malaysia dan akhirnya kita kembali kepada zaman dahulu," katanya.

04 June 2013

Hahaha... Sudah Kantoi

Bhai.... Hahaha... Ahmad Shabery Cheek sudah kantoi.... dier mungkin masih bersekolah lagi kot masa MSC dimulakan inisiatifnya.... Hahaha... Lawak aaa Ahmad Shabery Cheek nih.... Itu la... lain kali jangan ikut kebodohan Presiden GAPS dan JMM..... bagi cadangan pon tak kaji dulu... aper daa.... hahaha... Skrang kan sudah kantoi.... hahaha

Aper daaa.... buat malu jer... hahaha


'Kawal portal atas talian langgar jaminan MSC' 3:31PM Jun 4 2013

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Malaysia tidak patut menuruti model Singapura yang mengawal portal atas talian kerana ia melanggar Akta Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin tiada penapisan internet.

dap special meeting 110313 lim guan eng"DAP kesal apabila menteri komunikasi dan multimedia yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan penggalnya dengan memungkiri janji BN sebelumnya untuk tidak menapis Internet, apabila mahukan kawalan ke atas portal atas talian.

"Di mana 'Janji Ditepati' BN?" kata Lim (kanan) dalam kenyataannya hari ini.

MSC dilancarkan pada 1996 oleh perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melonjakkan teknologi maklumat di negara ini. Terdapat sepuluh perkara dijamin, termasuk tiada penapisan Internet.

Ahmad Shabery semalam berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura pada minggu lalu.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

Bukan Hanya Facebook

Bhai.... Kalu Kerajaan Malaysia nak tutup... Bukan hanya Facebook... Tutup skali la semua akses Internet ke luar negara.. Kita guna Internet yang dalam negara jer... Kalu itupon penuh dengan fitnah, hasutan dan lain-lain... Kiter tutup jer semua internet...

Kita batalkan la lesen ISP, ASP dan lain-lain yang berkaitan dengan Internet... Kiter haramkan jer penggunaan komputer untuk rakyat... Telefon pintar semua tabley... Kena pakai telefon Nokia 3310 jer... Tak pon NEC Primero BX jer...

Astro pon tabley ader la... Kita cuma ader RTM dan Media Prima jer...

Hahaha... Amacam cadangan gua... Tutup jer semua yang boleh dimanipulasi.... Hahaha... Ikut jer cadangan GAPS yang bangang tue...

Presiden GAPS tue mesti tak tau bahawa salah satu perkara utama dalam penubuhan MSC adalah Internet Tanpa Sekatan.... Kalu dah dicadangkan disekat... Rasanyer Kerajaan Malaysia boleh disaman kerana melanggar perjanjian.... Hahaha... Ajer ker bodohnyer lar Presiden GAPS tue.... Hahahaha....

Itu orang tua ader cakap... Kalo dah bodoh tue... Bodoh la sengsorang jer... Jangan la ajak orang lain jadi bodoh... Hahaha

Ader brani ker Kerajaan Malaysia nak sekat Facebook ... dan Internet... Mau lari semua pelabur asing nanti... Mana mau cekau FDI.... Hahaha... Mesti MSC dan Cyberjaya bungkus punya kalu ikut cadangan Presiden GAPS...

Hahaha.... Aper la bodoh sangat... Ini mesti dulu berguru dengan Geng Rusila nih.... Hahaha

UPDATE: Errr.. yang diorang kecoh buat laporan polis pasai isu menghina YDP Agong tu.... errr... patutnyer YDP Agong la yang buat laporan... nih apersal orang yang takder kena mengena dengan YDP Agong plak lebih kecoh.... Yang kena hina YDP Agong... bukannyer yang kena hina tu orang yang buat laporan polis....  Sori.. gua tak paham lar... sepatutnya orang yang kena hina la buat laporan... bukan orang lain... Gua tak dengar pon statement kata YDP Agong murka kat mana-mana media lar ..... atau gua ader termiss dier punya statement??

30 May 2013

Azwan Din Hamzah Buat Lawak Seram

Bhai..... Katakanlah Kerajaan Malaysia setuju dengan cadangan Azwan Din Hamzah (Presiden JMM) supaya laman web perlu dilesenkan dan dibon .... errr... agak-agaknyer aaa... blogger macam PapaGomo dan sekalian pencacai UMNO/BN tue boleh selamat ker dari dikenakan tindakan lesen ditarik balik dan bon dirampas???

Sebab .... bukan ker kalu ader 10 artikel dalam blog pencacai tue.... 15 daripadanyer memang menyalahi lesen dan bon tue nanti.... hahahaha... artikel penuh lucah... artikel menghasut... dan macam-macam lagi.... Hahaha... kalu yer pon Azwan Din Hamzah nak buat lawak seram pon .... agak-agak lar yer.... hahaha... jangan lar buat malu komuniti Internet dan media sosial nih....

Aper daaa..... hahaha... kali nih pandai plak nak contohi idea Singapura... hahahaha..... lawak aaa.....

So... tolong aaaa... Azwan Din Hamzah... tolong jangan memalukan diri lu sendiri... tolong aaa... kalu lu nak bodoh... bodoh la sengsorang... jangan nak ajak orang lain pon samer bodoh.... hahahaha ....


KUALA LUMPUR - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwan Din Hamzah berkata Malaysia perlu mengambil iktibar inisiatif kerajaan Singapura yang akan mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi mengelakkan berlaku 'gangguan' keharmonian kaum dan agama.

Menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik menjaga sensitiviti semua kaum, beliau berkata pemberian lesen itu akan memudahkan kerajaan untuk memantau berita yang disebarkan seterusnya mengambil tindakan terhadap mana-mana artikel yang berbaur hasutan.

"Sesiapa sahaja termasuk agensi yang mahu menulis berita boleh berbuat demikian namun perlu memohon lesen dan kerajaan pula tidak perlu tegas semasa mengeluarkan lesen agar ia tidak menyekat kebebasan bersuara.

"Ia pastinya tidak akan menyekat kebebasan bersuara kerana lesen dikeluarkan secara mudah sebagai hak mereka maka kerajaan pula ada hak untuk menegur jika berlaku ketidaksesuaian dalam mana-mana penghasilan berita," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Azwan Din berkata dalam hal itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu memainkan peranan yang lebih efektif dengan mengesan mana-mana 'IP address' antarabangsa yang diguna untuk menyebarkan sebarang artikel berbaur hasutan terhadap rakyat di negara ini.

Mulai 1 Jun, laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.

Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan-bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.

Azwan Din berkata apabila semua laman web berita dilesenkan pastinya sekatan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu kesejahteraan rakyat di negara ini dapat ditangani dengan segera. - sumber

24 March 2013

Kajiselidik Penggunaan Internet Dunia 2012

Bhai .... nih gua ader baca satu kajiselidik penggunaan Internet dunia 2012 yang telah dibuat oleh seorang "anonymous researcher". Kajian tentangnya lu orang boleh baca di sini. Dan disini gua nak tunjukkan lu carta yang dier dah buat... hasil penggunaan "BOTNET" yang diberi nama CARNA.


Aper yang gua respek dari hasil kajian dier terhadap 420 ribu komputer diseluruh dunia yang menggunakan sistem pengoperasian Linux... dier dapati kesemuanya adalah lemah dari segi penggunaan password. Ini amat memalukan komuniti Linux ... sebabnya... sepatutnya kepada sesiapa yang menggunakan sistem operasi Linux... mereka sewajarnya amik berat isu kata laluan (password) nih... Walaupun begitu... kajian sebenarnya melibatkan hampir 1.2 bilion komputer diseluruh dunia...

Okeh.... nak citer panjang maleh aa gua... lu orang baca jer laporan kajian dier tue ...... sori aaa.. dier tulis dalam bahasa Inggeris... kalu lu tarak reti baca ... sila guna Google Translate.... hahahaha

Point yang gua nak upkan aderlah... tentang warna merah kat imej diatas... yang itu menunjukkan trafik tahap giler babat penggunaan internetnyer... Itu membuktikan orang Asia terutamanya Malaysia aderlah pengguna Internet tegar... yang agaknyer akan terkojol kalu internet takder seminggu di Malaysia..... hahaha

Mostly semua traffik internet di Malaysia digunakan untuk Facebook, YouTube, Twitter, Tagged, Tumblr, Blog, Google, Gmail, YahooMail, Torrent, Warez, Skype dan yang sewaktu dengannya.... Hahaha... tak gitue.... hahahaha

Pasai tue la..... hahaha.... masak la BN kali nih dalam PRU13.... sebab 85% daripada penggunaan Internet di Malaysia aderlah Pro-Pakatan Rakyat.... hahaha.....

28 November 2012

Cabaranmu Kuterima

Hahaha.... Cabaranmu kuterima wahai facebooker... Sila sahkan biler tarikh lu mau buat... Gua dan kengkawan jurugambar lain serta blogger akan buat satu siaran langsung... Hahaha.... Ekslusif...



10 August 2012

Janji Dikerati - Johari Pain

Hahahaha.... aper tunggu lagi bhai... semua orang mau tengok lu punya "Janji Dikerati" .... hahaha... biler mau kerat?? hahaha

Lawak la lu Johari Pain ooi......... hahaha .... Janji Dikerati ....

01 August 2012

Saham FACEBOOK Jatuh 43% Dibawah IPO

Pergh... kalu syarikat sebesar dan seglamer FACEBOOK boleh terbongkang sahamnyer dan jatuh 43% dibawah IPO ... aper lu nak harapkan ngan Saham FGV... hahahaha..

Rakan blogger gua TukangLawan ader follow saham FGV nih.. dan baru-baru nih dier ader postkan artikel mengenainya... jadi... macam biasa la.. gua tak terkezut sangat...

Benda macam nih aderlah perkara biasa dalam mana-mana saham... perkara kecik jer... yang jadi mangsa biasanyer aderlah pelabur runcit... hahaha.. yang kenyang aderlah pelabur sindiket.... macam siot jer kan... hahaha....

Najib Razak, Ahmad Maslan dan Isa Samad nak kata aper aaa tentang kejatuhan saham FGV nih... please lar.. bagi komen skit... hahahaha.... Oh yer... nak tanya gak aper komen Azizan Razak pasai saham FGV nih... hahaha

Baca Sini, Sini, Sini dan Sini

24 July 2012

Saham Felda Kini Berada Dibawah Paras IPO

Bhai... Tahniah gua ucapkan bagi semua yang dapat untung segera semasa kenaikan harga saham FGVH (Saham Felda) tempohari... dan Takziah pula gua ucapkan bagi para peneroka Felda yang memiliki saham FGV dengan cara membuat pinjaman bank...

Kini... ada pihak yang untung dan ada pihak yang rugi... inilah adat berniaga... dan kerana itulah .. bagi sesiapa yang tidak sanggup menerima kerugian.. aderlah tidak digalakkan berniaga...

Sebelum itu... sila baca apa yang pernah saya andaikan.... nampaknyer ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk menunjukkan hasilnya... SILA BACA DISINI

Rakan blogger saya iaitu TukangLawan telah mengikuti secara detail pergerakan saham ini dan kini telah mendedahkan kepada umum apa yang berlaku pada saham FGVH tersebut... SILA BACA DISINI

Kita tunggu apa komen selanjutnya dari Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Razak.... hehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1