Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Digital. Show all posts
Showing posts with label Digital. Show all posts

27 October 2021

Saham Twitter Meningkat Kesan Perubahan Privasi Apple

Harga saham Twitter naik kira-kira 4% dalam dagangan lanjutan pada hari Selasa selepas syarikat itu melaporkan pendapatan suku ketiganya, memenuhi jangkaan penganalisis untuk pendapatan dan pertumbuhan pengguna.


 
Syarikat itu berkata ia mengambil caj bersih berkaitan litigasi sekali sahaja sebanyak $766 juta berkaitan dengan penyelesaian $809.5 juta yang diumumkan syarikat itu pada September kerana didakwa mengelirukan pelabur tentang pertumbuhan pengguna.

Inilah yang dilaporkan Twitter berbanding anggaran Wall Street:

  • Pendapatan: 18 sen sesaham, diselaraskan berbanding 15 sen seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Hasil: $1.284 bilion berbanding $1.285 bilion seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Pengguna aktif harian boleh wang (mDAU): 211 juta berbanding 211.9 juta seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh StreetAccount.

Kerana penyelesaian undang-undang, Twitter melaporkan kerugian bersih $537 juta, berbanding keuntungan $29 juta setahun lalu.

Hasil meningkat 37% pada suku tersebut berbanding tahun sebelumnya. Twitter berkata impak perubahan privasi iOS Apple adalah kurang daripada jangkaan dalam tempoh itu, dan akan menjadi sederhana pada suku keempat. Snap dan Facebook kedua-duanya memetik ciri privasi iOS 14 baharu Apple sebagai punca utama gangguan perniagaan pada suku terakhir.

Hasil iklan Twitter meningkat lebih daripada 41% kepada $1.14 bilion, dengan jumlah interaksi iklan meningkat 6% daripada tahun sebelumnya.

Twitter memberikan butiran tambahan mengenai penjualan MoPub kepada AppLovin dengan harga $1.05 bilion, yang diumumkan awal bulan ini dan dijangka ditutup pada suku pertama 2022. Twitter berkata ia tidak menjangkakan untuk mendapatkan semula kehilangan hasil penuh sebanyak $200 juta dan $250 juta tahun depan daripada perjanjian itu.

Syarikat itu berkata ia menjangkakan hasil, termasuk perniagaan MoPub, sebanyak $1.5 bilion hingga $1.6 bilion pada suku keempat. Penganalisis mengunjurkan jualan sebanyak $1.58 bilion secara purata, menurut Refinitiv.

Tidak seperti Snap dan Facebook, permintaan untuk iklan Twitter tidak terjejas oleh isu rantaian bekalan global, kata CFO Twitter Ned Segal dalam panggilan dengan penganalisis. Itu kerana lebih separuh daripada hasil iklan Twitter pada 2021 dikaitkan dengan perkhidmatan dan barangan digital, kata Segal.

Jumlah pengguna harian yang boleh diwangkan Twitter meningkat sebanyak 5 juta daripada suku kedua kepada 211 juta. Pangkalan pengguna meningkat hampir 13% daripada setahun yang lalu.

21 January 2021

Tabik Kepada Ahmad Said Nelang

Pada 2009 (10 tahun dulu) Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan MB Ahmad Said (Nelang Kijal) telah menperkenalkan e-book kepada semua pelajar sekolah di Terengganu.

Betul ... banyak duit dihabiskan untuk kemudahan pelajar. Setiap makmal komputer di sekolah ada disediakan pegawai teknologi maklumat yang dibiayai penggajiannya oleh Kerajaan Terengganu.

Malah kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah syarikat (TopIT Industries Sdn Bhd) bagi mengendalikan kemudahan komputer ini. Tujuannya cuma dua... mengurangkan beban beg sekolah dengan buku teks dan menyediakan prasarana untuk sekolah Maya.

Beberapa sekolah telah diangkat menjadi perintis Sekolah Maya dengan penggantian papan hitam kapur dengan papan hitam digital bersambung dengan komputer dan projektor khas.

Tapi yang berlaku...

Mulut-mulut orang kita jugak yang kuat kondem mengutuk inisiatif ini mengatakan ianya membazir... memburukkan malah menggagalkan projek ini sebaik berjaya menjatuhkan MB Ahmad Said.

Sebenarnya semua Kerajaan Negeri mampu untuk melaksanakan program seperti ini... Dana kita ada... Kepakaran pon kita ada... tambah lagi harga Chrome Book bukanlah mahal sangat... Tapi sebab sikap bodoh sombong dan tidak berfikiran jauh serta meletakkan kepentingan di tempat yang salah maka hari ini ramai dikalangan kita kecoh dan kepoh berkaitan isu pembelajaran secara maya ini.

Ketidak mampuan golongan miskin untuk akses kepada laptop dan internet menjadi kekangan dalam sesi pembelajaran secara maya.

Gua tetap salute kepada bekas MB Terengganu Ahmad Said atas inisiatif ini. Dua orang anak gua dapat e-book ini dan ianya masih lagi berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini.

Terengganu adalah negeri contoh dalam bab penbelajaran secara maya ini. Jahanam disebabkan oleh sikap orang bodoh (mostly dari pihak PAS Terengganu) dan terlebih politiking.

P/S : YB Satipul Bahri (PAS Dungun) adalah antara yang paling bising bab sekolah maya ini pada masa itu. Gua tabley lupa dier punya ceramah sana sini. Bye the way... Gua bukan orang UMNO atau sebagainya tapi gua sebagai technologist memang respek ngan idea Ahmad Said ni.



23 April 2013

Logo Terkini Barisan Nasional

Bhai/DeeDee sekalian.... sekarang nih zaman millenium.... zaman moden... zaman digital... zaman internet.... zaman teknologi..... zaman dimana semuanya guna sistem metrik.... walaupun sistem imperial masih jugak digunakan sebagai akademik (cuma disesetengah negara sahaja digunakan secara undang-undang)...

Jadi... penggunaan KATI @ DACING sudah tidak releven... sebab banyak unsur menipu padanya... mudah sangat peniaga menipu sukatan dan timbangan.... jadi memang wajarlah DACING ini ditukarkan.. tambah pulak dengan implementasi sistem metrik...

Susah la nak jumpa timbang KATI @ DACING nih... banyak mengarut jer pakai benda nih... so... aper tunggu lagi.... berubahlah..... ubahlah.... jangan ketinggalan dan diperbodohkan oleh golongan kapitalis dan bangsat nih .... cukup lah selama 56 tahun guna timbang KATI @ DACING nih.... buang semuanyer.... campakkan ketepi... jangan memalukan negara Malaysia yang nak jadi negara maju nih....

Berubahlah.... Ubahlah.... Ini Kali lah....


Jangan buat malu anak cucu..... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1