Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Get Your FREE Helium Hotspot

31 May 2020

Hanya Buat Orang-Orang Yang Berani

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha.... Gambar nih hanya buat untuk orang-orang yang berani ja.... Hahaha... Ini selingan ja ni... nanti gua tulis bab politik bangang kat Malaysia nih... Hahaha


By the way... ader story besar yang gua nak tulis nanti... korang tunggu je la... insyaAllah dalam hari nih gak gua publish.... Hahaha

28 May 2020

Jangan Gatai Nak Rentas Negeri

Bhai/DeeDee semua....

Kalu lu orang ader duit lebih yang banyak.. takpa la... kalu tak ader... baik jangan gatai-gatai nak try rentas negeri nih.... please lar... zaman PKP dan PKPB nih jangan carik pasai... naya nanti....

Jangan buang duit bodoh jer...


25 May 2020

Zaman Sebelum Harakah Start Berbohong

Bhai/DeeDee semua...

Dulu ... masa dulu... Harakah nih betul-betul menyuarakan yang hak... dan menentang yang batil... Masa nih... penggunaan "Tanda Soal" bukanlah menjadi kewajipan Harakah... masa nih... tanda soal digunakan pada tempat-tempat yang sepatutnya...

Sekarang.. setelah Harakah dilacurkan... jahanam semua....

Apa nak jadi la...


22 May 2020

Musim Banyak Katak Berkeliaran

Bhai/DeeDee semua...

Ingat musim hujan jer yang katak akan berkeliaran melompat sana sini... tapi rupanya hari panas kering terik pon sama... Hahaha....

Macam-macam jenis katak kita boleh lihat... Hahaha.... memang pelik.... tapi nak buat macam-mana.... kali nih katak dah macam lembu-lembu yang berkeliaran..... Hahaha

Semua spesis ader...


21 May 2020

PKP Oh PKP

Bhai/DeeDee semua...

Bab PKP nih sebenarnya ader beberapa tafsiran dan takrifan.... Macam-macam boleh kita sangkakan... macam-macam boleh kita perdebatkan...

Aper pon... harapnya janganlah rakyat yang menjadi mangsa..... jangalah ianya menjadi Projek Khianat Pengundi....

Huhuhu




19 May 2020

Gila Tu Ada Bermacam Jenis Gila

Bhai/DeeDee semua...

Dua hari sudah.... ader satu Ostad Sampul yang dok giler viralkan kerja ibadah Tahajjud dier... siap buat live dalam FB.... tak cukup ngan buat live.... ditambah pulak dengan dier meletakkan nombor akaun bank dalam video live feed tue...

Giler aaa... Memang gila.... Betul lah orang tua-tua ader kata... Gila tu ada bermacam jenis gila....

Apa yang dibuat oleh Ostad Sampul nih memang satu kegilaan.... kita paham la zaman PKP nih duit sampul dah takder... dah kurang... jadi kena pikir la satu inisiatif untuk generate income.... Tapi sampai warwarkan bagitau kat rakan media sosial dier yang dier akan bersiaran secara live dalam Facebook jam sekian-sekian untuk solat Tahajjud tue dah kira melampau...

Tambah lagi... Live video feed tue kelihatan dikawal oleh seseorang... dimana dua Angle video feed digunakan.... yang di switch feed antara dua kamera tue semasa bersiaran..... Memang ader video controller yang jaga..... Hahaha...

Ramai pulak tue yang tengok dan siap berdoa sama masa Ostad Sampul tue berdoa..... Hahaha... Giler aaa....

Adoilah.... Ostad Dasuki Abdul Rani oooi.... jauh betul sesatnya nih....


18 May 2020

Memandai Ja Nak Rekrut Allah Taala

Bhai/DeeDee semua...

Bab benda ghaib nih... gua dari dulu lagi tak berapa nak setuju kalu kita kaitkan... Tak sepatutnya... Memang tak sepatutnya kita nak kaitkan Allah Taala dalam urusan dunia kita nih... Sebab banyak orang sabitkan Allah Taala dengan kerjabuat diorang.... Kononnya Allah Taala redha atas kerjabuat diorang...

Ini sekadar nak menjustifikasikan keadaan... nak bagi nampak gempak kepada sesiapa yang kurang ilmu agama... Nak bagi nampak hebat... walhal kalau orang yang berilmu tu lihat... diorang akan kata ini semua mengarut ja...

Macam gambar kat bawah nih la.... ngarut ja...


17 May 2020

Tak Tau Nak Kata Apa

Bhai/DeeDee semua....

Hahaha.... gua tak tau nak kata apa.... gelak jer la.... Hahaha... realiti.... hahahaha


16 May 2020

Selamat Hari Guru

Bhai/DeeDee semua...

Selamat menyambut hari guru kepada semua guru-guru tak kira lah yang pernah mengajar gua ataupun yang menjadi rakan taulan gua .... atau ex-gf gua (yang juga guru).... termasuklah wife gua sendiri yang masih berkhidmat sebagai guru.

Tidak dilupakan kepada abang gua yang juga bertugas sebagai guru.

Terima kasih...


14 May 2020

Alihlah Tiang Gol Selagi Boleh

Bhai/DeeDee semua...

Lawak pun ada apabila kelam kabut Muhyiddin Yassin terpaksa antar surat kepada Speaker untuk ubah jadual dan proses Sidang Parlimen pada 18 Mei 2020 ... Yer la... dier tau kalu ikut aturan sebelum nih....  selepas dier ejast jadi 1 hari ja persidangan Parlimen... tetiba ader plak usul tak percaya keluar...

Hahaha... kantoi sudah... jadi nak selamat... dier ejast macam dalam surat dibawah nih... Hahaha... Kalu tak ejast masak la dier....

Hahaha.. aper pon alihlah tiang gol selagi boleh.... sementara menyediakan dana-dana nak beli lembu lelong sebelum 18 Mei nih.... Hahaha

Muhyiddin Yassin memang lemau.... Hahaha


12 May 2020

Siapalah Pengarah Photoshoot Nih

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... orang tak ke kebun getah menoreh siap mekap bagai.... pastue takder sapa noreh dah matahari terpacak atas kepala...

Lepas tue... nak noreh getah camana nih kalu pegang pisau pun terbalik.... adoilah.... dan lagi satu... biasa orang kosongkan pot getah dulu sebelum start noreh la dik ooi....

Hahahaha.... lawak siot lar...



11 May 2020

Patutlah Kerajaan Kelantan Tak Berapa Nak Ada Duit

Bhai/DeeDee semua...

Umum mengetahui yang Kerajaan Kelantan adalah antara kerajaan yang agak kurang pendapatan bagi menguruskan negeri... Malah setiap tahun perlukan bantuan dan geran tambahan dari Kerajaan Persekutuan untuk dana mengurus...

Agaknya ini semua berpunca dari kenyataan yang boleh kita baca dalam keratan akhbar dibawah ini.... Huhuhu.... Siapa yang bercakap ini ... pastinya kita semua kenal....  Ini keratan akhbar bertarikh 6 Zulhijjah 1413 (27 Mei 1993) ...

Selepas 3 tahun PAS perintah Kelantan.....


10 May 2020

Kuih Raya PKP

Bhai/DeeDee semua...

Orang Malaysia nih sebenarnya kreatif.... Memang kreatif.... tambah lagi kalu bab parodi, bab menganjing, bab membawang.... Hahahaha... Dan PKP telah berikan banyak masa terluang untuk menyerlahkan kreativiti orang Malaysia.... tak kira apa bangsa...

Hahahahaha ... macam kuih raya PKP nih la... hahaha ... eh... kuih raya PKP ka atau biskut raya PKP???


Pening Dah Harakah Nih

Bhai/DeeDee semua...

Harakah dah makin pening.... adoilah.... nak tunjuk hebatnya Islam pun jangan la sampai ada fakta yang mengelirukan... Salah satu syarat sah zakat adalah "beragama Islam" ..... kalau bukan Islam... ianya dipanggil Jizyah.... dan Jizyah adalah bukan zakat.... ianya adalah cukai yang dikenakan kepada Kafir Zimmi yang ada didalam negara....

Please la jangan up artikel yang mengelirukan macam ni...


07 May 2020

Makan ... Jangan Meniru

Bhai/DeeDee semua...

Gambar nih mengingatkan gua masa peperiksaan Penilaian Darjah 5 ... Meja asing-asing... tak boleh meniru tau... Hahahaha

Kalu pi ngan anak beranak 4 orang...  4 meja dah kena kongker... hahaha.... jahanam orang lain kena makan bersila.... hahahaha


06 May 2020

Lobai Yang Bodo

Bhai/DeeDee semua ....

Kadang-kadang bengang gak ngan Olamak, Ostad atau Lobai yang jenis memandai ja bagi hujah yang tak kena faktanya.... Sebab ianya kalu tak dibendung awal... akan menambahkan kesesatan orang awam yang percaya totok kepada Olamak, Ostad atau Lobai nih...

Contoh ader dalam screenshot dibawah nih... main sedap-sedap jer salahkan bercerai tu kepada tak jaga solat.... adoilah.... kalu gitue la pegangan puak nih... makanya Ostad Abdul Somad tu pon tak jaga solat lar kan...

Huhuhu.... dah tau sesat.... menyesatkan orang lain lah pulak.... adoilah...




05 May 2020

Penyelesaian Isu Arak Dan Pemandu Mabuk

Sebenarnya nak selesaikan isu mabuk ni cukup mudah. Hanya guna sistem terminal identifikasi sahaja.

Kerajaan kena arahkan semua premis yang menjual arak agak memasang unit terminal identifikasi yang mana untuk melakukan pembelian arak walau dimana pun di Malaysia, pengesahan identifikasi adalah wajib. Dan sistem ini mestilah “online” secara masa nyata (realtime).

Jadi kerajaan boleh menetapkan berapa mililiter pembelian oleh seseorang individu itu untuk minum arak untuk sehari. Penentuan adalah dengan nasihat pakar kesihatan dan pihak yang berwajib.

Sebagai contoh katalah disetkan dalam sistem pembelian dalam sehari cuma 250 mililiter sahaja, maka pembelian yang lebih dari itu akan secara otomatiknya dibatalkan.

Mana-mana premis penjualan yang didapati cuba menjual arak melebihi had pembelian yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan denda (kompaun) minima RM500 ribu bagi kesalahan pertama @ didenda (kompaun) maksima RM5 juta bagi kesalahan kedua. Sebagai tambahan, penjara mimina 3 bulan boleh dikenakan kepada penjual yang melakukan kesalahan ini atau maksima 10 tahun penjara (tanpa parol).

Mana-mana penbeli yang didapati cuba melanggar arahan pembelian yang ditetapkan ini boleh dikenakan denda minima RM50 ribu dan maksima RM1 juta beserta dengan hukuman penjara beserta rehabilitasi selama 1 tahun atau maksima 5 tahun.

Mana-mana pemilik syarikat atau premis yang didapati tidak menyediakan sistem identifikasi ini atau menjual secara haram boleh dikenakan tindakan denda minima RM10 juta atau maksima RM50 juta dan boleh dipenjarakan selama 5 tahun atau maksima 20 tahun mandatori tanpa parol.

Sistem identifikasi ini hanya menggunakan sistem MyKAD yang disekalikan dengan Lesen Memandu. Mana-mana pembeli yang tidak memiliki Lesen Memandu adalah tidak dibenarkan membeli arak. Ini secara otomatiknya dapat menentukan umur yang layak bagi seseorang untuk meminum arak.

Kenapa saya cadangkan penggunaan MyKAD dengan Lesen Memandu... ini adalah kerana untuk membuat “double verification”.

Dengan cara ini, isu mabuk akibat kesan alkohol dapat dikurangkan malah dihentikan dalam pada masa yang sama hak-hak orang persendirian untuk meminum arak seperti yang terjamin dalam Perlembagaan masih lagi boleh dibuat.

Ini adalah konsep menang-menang yang secara beransur boleh mengurangkan pengambilan  alkohol oleh rakyat Malaysia.

Kita juga boleh melaksanakan pemasangan "Breath Analyzer" pada setiap kenderaan persendirian atau komersial sebagai satu tambahan kepada sistem untuk menghidupkan enjin kenderaan dan jadikan ianya mandatori. Mana-mana orang atau syarikat yang didapati mengubahsuai peralatan "Breath Analyzer" dalam kenderaan ini boleh disabitkan dengan denda sebanyak RM1 juta (minima) atau sehingga RM10 juta (maksima) disamping boleh dipenjara antara 1 hingga 20 tahun (tanpa parol).

04 May 2020

Perkara Yang Berulang

Bhai/DeeDee semua...

Bukanlah tujuan gua untuk menidakkan peri pentingnya Hadith Rasulullah.... tapi kita semua kena ingat satu perkara... Hadith Rasulullah..... tu sumber kedua....... Tetap gak Al Quran tu sumber pertama....

Aper-aper kita kena rujuk sumber pertama dulu...  tak boleh main terus rujuk sumber kedua....  dan kalu sumber kedua pulak kontradik ngan sumber pertama... maka sumber kedua tu tertolak....

Kena paham tue...


Melayu Dan Boikot?

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer biler ader kempen boikot Jakel sedang dibuat oleh sekelompok orang Melayu yang marah benar biler Melayu kena kutuk.... Hahahaha.... tipikal Melayu... memang mudah naik angin... Inferiority Complex .... Hahaha

Walhal.....

Pengasas Jakel tue lahir di Malaysia....  tapi Zahid Hamidi yang dipuja puji tu lahir di Ponorogo Indonesia.... Mak bapak pengasas Jakel tu dari India.... Mak bapak Zahir Hamidi tu dari Indonesia....

Hahaha.....

Melayu.... punya la lekeh sampai... boleh angkat Rohingya macam Long Tiger jadi Ayahanda.... Boleh angkat jadi ketua.... hahahaha

Melayu marah kat Jakel... tapi cuba bagitau satu nama kedai kain terbesar milik Melayu??? Kat Terengganu... kedai kain mostlynya milik Kemboja.... Hahaha... apa ader pada Melayu... kedai emas pun milik Mamak... Habib Jewels.... hahaha....

Melayu cuma pandai berniaga Kosmetik Timbang Kilo ja....... hahahaha....

Melayu.... Hahahaha

03 May 2020

Betapa Karutnya Islamik Financing

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih gua dah lama pertikaikan.... bagaimana Islamic Financing sebenarnya lebih celaka dari Conventional Financing.... teruk betul kena main... riba tetap ader... dan sekarang disebabkan Moratorium nih... kita dah kena dua kali riba....

Bhai.... Riba tu berat bhai.... dosa bhai... dalam konteks di Malaysia nih.... susah benar kita nak mengelakkan riba nih..., Melainkan kita hanya guna tunai dan takder beli apa-apa aset secara hutang.... semuanya beli dengan tunai....

Huuhuhu....

Allahuakbar.... moga Allah Taala mengampunkan kita semua...


02 May 2020

Jangan Gaduh-Gaduh

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Ramadhan masa PKP nih jangan gaduh-gaduh lar... okeh... be cool.... Hahaha


01 May 2020

U-Turn Selagi Boleh

Bhai/DeeDee semua...

Gua sekadar nak buka mindset lu orang... so sila baca betul-betul....

1. Pada 25 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran secara automatik pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan kepada semua rakyat Malaysia.

2. Nilai yang ditanggung bank adalah sekitar RM100 bilion. Sebab itu pakej Stimulus kedua PRIHATIN berjumlah RM250 bilion kerana hampir separuh daripadanya adalah daripada nilai moratorium.

3. Kita diberitahu bahawa bank-bank mempunyai kecairan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar ini. Tambahan pula, bank turut dibenarkan beroperasi di bawah kadar minima 100% Liquidity Coverage Ratio (LCR).

4. LCR merupakan satu 'quantitative requirement' yang memerlukan bank memegang aset-aset yang berkualiti tinggi dan cair bagi menempuh tekanan kecairan yang tinggi selama 30 hari. Jadi bank tidak terikat untuk memegang aset-aset tersebut untuk memenuhi piawaian 100% LCR.

5. Bank Negara berjanji akan memastikan wujudnya kecairan yang cukup kepada bank-bank melalui operasi pasaran terbuka, seperti jual beli reverse repo.

6. Pinjaman Perumahan, pembelian saham dan amanah saham akan turut dilonggarkan.

7. Ini bermaksud kesemua langkah ini dapat mengurangkan kesan kepada pendapatan bank ekoran perlaksanaan moratorium 6 bulan kepada jutaan rakyat Malaysia.

8. Lebih-lebih lagi moratorium ini bersifat automatik. Orang ramai tidak perlu apply. Hanya duduk rumah diam-diam. Mak cik Kiah boleh menarik nafas lega.

9. Bagaimana pula dengan kadar faedah selama 6 bulan moratorium ini? Untuk pinjaman kereta, tidak ada bayaran faedah tambahan manakala pinjaman perumahan bergantung kepada bank.

10. Selepas sebulan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kenyataan bahawa moratorium untuk pinjaman kereta dan pinjaman produk Islamik tidak lagi automatik dan orang ramai perlu memohon kelulusan dari bank.

11. Mereka yang ingin terus menangguhkan pembayaran akan dikenakan bayaran faedah. Bermaksud peminjam akan bayar lebih. Ini berbeza dengan pengumuman sebelum ini.

12. Jika peminjam tidak mahu membayar faedah lebih, mereka boleh membuat bayaran sederap 6 bulan pada bulan ketujuh selepas tamat 6 bulan moratorium.

13. Ini tidak masuk akal. Hanya orang kaya yang berpeluang mengambil pilihan ini. Yang golongan kebanyakan, marhaen? Tidak ada pilihan selain bayar lebih.

14. Asas kepada langkah moratorium untuk memastikan rakyat boleh bernafas dan terus berbelanja apabila pendapatan mereka hilang kerana perintah berkurung.

15. Bagi mereka yang masih ada kerja dan gaji masih sama, bolehlah mereka menabung dan menyimpan hasil daripada duit 6 bulan tak perlu bayar pinjaman.

16. Kini nampaknya situasi sudah berbeza. Kerajaan melalui BNM telah membuat pusingan u-turn.

17. Sama ada mereka tidak kaji masak-masak sebelum membuat dasar ini ataupun mereka tunduk kepada desakan bank-bank di Malaysia.

18. Untuk makluman, hari ini saham Maybank naik 2.16%, CIMB naik 2.37% dan RHB 2.59% selepas pengumuman ini dibuat. Nampaknya pasaran melihat pendapatan bank akan lebih masyuk meskipun ada 6 bulan moratorium.

19. Tahniah bank. Kasihan Mak Cik Kiah.

BNM Terlepas Pandang

Bhai/DeeDee semua...

Giler aaa biler BNM boleh mengaku diorang terlepas pandang dalam isu Moratorium pinjaman yang berkait dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nih...

Lu bayangkan lar.... Bank Pusat Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) boleh terlepas pandang benda yang cukup besar nih... Bayangkanlah BNM boleh membuat silap sebesar ini... Bayangkan lah...

Kalu benda sesimple Moratorium boleh BNM terlepas pandang... agak-agak lu aaa... ader tak yang lain yang BNM terlepas pandang... benda-benda yang lagi besar ..... pergh... naya bhai.... Gabenor BNM dan semua Timbalan dan Naib Gabenor yang ramai tu buat apa??

Penasihat Kewangan dan ramai lagi pegawai atasan dalam BNM buat aper?? Tido ka??

Atau memang sebenarnya tak terlepas pandang pun.... memang sengaja bagi dasar yang mengelirukan....  Sebab dasar kapitalis..... memang la kita tahu BNM bukan ader telor pun ... bukan ader taring pun bila berhadapan dengan bank-bank komersial yang ader dalam Malaysia....

Adoilah.... memalukan....

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1