Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kerajaan Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Persekutuan. Show all posts

24 October 2023

Kerajaan Persekutuan Pun Kaki Rembat Tanah?

Bhai/DeeDee semua...

Pergh... takkan la kot... Takkan la Kerajaan Persekutuan pun kaki rembat tanah gak?? Biar betul nih... pergh...

Bukan sikit keluasan tanah tue.. lebih 100 hektar tu bhai....

Takkan la takdak pegawai tanah yang prihatin dari masa mula lagi... takkan la kot... Kes macam nih ader terlibat rasuah ka?? atau salahguna kuasa??? Tapi rasa macam tak terkejut sangat... yer la... Kerajaan UMNO / BN.... Kerajaan Penyamun.... dan yang itu jugak pon yang dikawan baik pada Kerajaan masakini...

Huhuhu....

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Kaki rembat gak ker?


22 March 2023

Naya Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Hanya kerana lambat siap punya pasai... memang naya sungguh la kontraktor buat lebuhraya di Kelantan nih kena denda sampai RM30k sehari ... pergh... masak.... Dah la lewat 300 hari... denda sehari ja dah kena RM30 ribu.... masak wei...

Mampoih...

Bukan ker Projek Lebuhraya Rakyat nih idea Husam Musa dulu ker?


Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, hari ini, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.

"Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.

Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.

Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.

"Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan," katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.

"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.

"Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.

02 January 2023

Baru Sekarang Nak Menyalak?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... lawak aaa... Dulu masa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah... dan masa tue PAS berada dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan... kenapa senyap?? Kenapa masa tue tak terkutik apa pun sampaikan Kabinet meluluskan peningkatan cabutan Judi dari 8 kali ke 22 kali... harap Dewan Ulama PAS nih tak berbunyi...

Masa tua pekak, bisu dan buta kot??? Atau masa tue tengah leka diulit dunia???

Hahaha.... Kenapa baru sekarang Dewan Ulama PAS nih nak menyalak??? Kenapa baru sekarang??? Hahahaha

Dewan Ulama PAS pun hipokrit.... Huhuhu.... bermain politik gak... bukan buat amar ma'aruf nahi mungkar... Podah la...


Dewan Ulama PAS menyeru kerajaan persekutuan mengikuti langkah kerajaan Kedah yang tidak memperbaharui lesen judi, menjadikan tiada lagi premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.

Ketuanya Ahmad Yahaya berkata tidak cukup bagi kerajaan persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.

"Dewan Ulama PAS ingin menyeru kerajaan persekutuan supaya turut mempunyai tekad politik yang sama. Tidak wajar sekadar berbangga dengan penurunan cabutan undi tetapi premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini.

21 November 2022

Biarlah PN Membentuk Kerajaan Persekutan

Bhai/DeeDee semua...

Pandangan peribadi gua mengatakan eloklah kita biarkan Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan.... Pakatan Harapan (PH) sepatutnya beralah...

Beralah bukanlah bermakna kalah... Beralah sebab untuk kekalkan maruah... Untuk kekal integriti dan imej diri...

Sementelah Perikatan Nasional dok gila nak kejar juga jadi Kerajaan Persekutuan... adalah lebih baik dibenarkan mereka... sebab dengan ini ... mereka akan ada masa 5 tahun untuk rakyat adili mereka... 

Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, segala pentadbiran menjadi lancar...
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait RUU355 boleh mereka laksanakan..
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, ekonomi negara menjadi lebih baik
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, masalah terkait pendidikan dapat diselesaikan.
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, banyak pelaburan asing masuk.
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, kadar pengangguran dapat dikurangkan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait buruh asing dapat ditangani
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait rasuah dalam perolehan ATM selesai
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, kos sara hidup dapat diturunkan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, harga bahan keperluan dapat distabilkan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, pembangunan infrastruktur dapat diadakan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu terkait banjir dan alam sekitar dapat selesai
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu air paip dapat diselesaikan
Adakah dengan mereka menjadi Kerajaan Persekutuan, isu MA63 dapat dimuktamatkan

Atau Kerajaan Persekutuan kendalian BERSATU dan PAS hanyalah sekadar retorik semata-mata.

Sedap la sikit nak tibai mereka pada PRU16 nanti.... Hahaha ... buat masa sekarang nih... kita bagi depa setalkan dulu semua benda nih.. tabley setel kalu sedap la tibai... hahaha



13 November 2022

Kemana Malaysia Selepas PRU15?

Bhai/DeeDee semua...

PRU15 akan melabuhkan tirainya selepas 19 November 2022.. Selepas itu ... yang menang akan membentuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri... Dan seterusnya memimpin Malaysia untuk 5 tahun kehadapan... 

Persoalan yang perlu kita semua tanya...

Kemana Malaysia selepas PRU15? Adakah akan menjadi sebuah negara yang kukuh ekonominya, kuat asas pembinaan negara dan maju serta bertamaddun rakyatnya?? atau sekadar macam sebelum inilah jugak... caca marba ... kacau bilau politik dan ekonomi.... macam negara dunia ketiga rupanya??

Kalu yang menang adalah dari jenis kaki sakau dan penyamun.... jenuh la kita..
Kalu yang menang adalah dari jenis kaki lemau dan lemah.... mampos la kita...

Rakyat kita memang mengundi ikut nafsu... bukan ikut akal... kalu ikut akal.. pastinya akan nak satu kerajaan yang bagoosh... bebas rasuah... bebas salahguna kuasa... bebas penyamun...

Tapi...

Tak... Malaysia terkenal suka sangat angkat kaki rasuah, kaki sakau, kaki salahguna kuasa, kaki penyamun sebagai pemerintah.... Hahaha.. jadi jangan marah la kalu orang kata rakyat Malaysia bodoh... Hahaha



26 November 2021

Kembali Berperang?

Bhai/DeeDee semua..

Apa yang kita pertikaikan sekian lama... ialah konsistennya sesebuah parti / ahli politik terhadap apa-apa isu terkait masalah masyarakat / negeri.

Dan inilah yang kita perhatikan telah berlaku sekian lama di Malaysia... dan ianya terlihat di Kelantan... bila isu Royalti Minyak menjadi satu benda penting dalam perjuangan Kelantan mendapatkan hak-hak yang sepatutnya dari Kerajaan Persekutuan...

Sekarang nih... PAS sedang berada dalam Kerajaan Persekutuan... Presiden PAS dan ramai lagi pemimpin utama PAS memang telah bersama Kerajaan Persekutuan... Apakah tindakan PAS dalam usaha untuk mendapatkan royalti bagi Kerajaan Kelantan? Adakah sekadar melihat sahaja atau ada tindakan tuntas??

Kita lihat dan perhatikan... aderkah kembali berperang??? atau sekadar senyap jer..??



01 July 2021

Betapa Celakanya Puak Agama Ni

Bhai/DeeDee semua...

Orang yang tak rasa dan tak alami situasi tertekan macam ni boleh la cakap apa sahaja. Sebab poket dier sentiasa penuh. Gaji dan elaun sentiasa ada. Elaun perumahan, elaun kenderaan. Malah duit sampul pun orang hulurkan bila ada ceramah bagai walaupun dier pergi atas kapasiti jawatan dier. Makan dah tentu free dijamu orang.

Kempen kibar bendera putih ni dibuat sebab orang dah frust dengan Kerajaan Persekutuan... orang dah kecewa.

Tapi datang geng-geng kopiah / serban atas kepala yang tak ada perasaan ehsan, empati dan simpati nih... memang celaka... ini memang celaka.

#BenderaPutih #KerajaanPembunuh #KerajaanGagal #KerajaanBangsat #KerajaanCelaka

20 June 2021

Sembang Boleh Lah

Bhai/DeeDee semua...

Sembang orang tak berjawatan dan berpangkat dalam Kerajaan Pusat boleh la camnie.. Hahaha.. Takdernyer orang hirau level cicak mengkarung nih... hahaha

Mana maunyer yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri... kuasa tengah ader... setakat cadangan dari Pemuda UMNO aper ader hal... Cakap Presiden UMNO pon depa nih tak hirau... 

Aper ader hal..



11 May 2020

Patutlah Kerajaan Kelantan Tak Berapa Nak Ada Duit

Bhai/DeeDee semua...

Umum mengetahui yang Kerajaan Kelantan adalah antara kerajaan yang agak kurang pendapatan bagi menguruskan negeri... Malah setiap tahun perlukan bantuan dan geran tambahan dari Kerajaan Persekutuan untuk dana mengurus...

Agaknya ini semua berpunca dari kenyataan yang boleh kita baca dalam keratan akhbar dibawah ini.... Huhuhu.... Siapa yang bercakap ini ... pastinya kita semua kenal....  Ini keratan akhbar bertarikh 6 Zulhijjah 1413 (27 Mei 1993) ...

Selepas 3 tahun PAS perintah Kelantan.....


16 March 2020

Terbukti Ostad Dan Lobai Penakut

Bhai/DeeDee semua....

Dah lebih 24 jam dah Presiden MCA (Wee Ka Siong) kuar statement....

Aper yang Ostad dan Lobai PAS buat?? Sonyap jo.... Takder sikit pon komen.... Yang walaun dan macai kat bawah plak... siap suruh Tabayyun dulu....  malah ader yang kata... itu perkara kecil ja...

Hahahaha....

Memang terbukti la bhai.... Ostad dan Lobai PAS memang penakut kat MCA ... semenjak dari dulu lagi.. sampailah sekarang...

Dulu masa jadi Pembangkang diperingkat Persekutuan pon... Ostad dan Lobai PAS takut kat MCA.... la nih dah bersama jadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan..... Ostad dan Lobai PAS tetap takut kat MCA ....

Tatau la gua apa nak jadi ngan Ostad dan Lobai PAS nih...

Ini baru dajjal kecik.... dah takut... belum lagi sampai time Al Masih Dajjal..... huhuhu... agaknyer kalu time tue... mesti terkencing tercirit siap sanggup menyembah Dajjal kot.... adoyailah.... Apa nak jadi laa....

Nauzubillah...

21 April 2013

Timbalan KPN Tibai Kerajaan Persekutuan?

Bhai.... cuba lu tengok statement Timbalan KPN yang gua cilok dari Sinar Harian nih... kalu kiter baca kenyataan nih... sohih ianya ditujukan kepada Kerajaan Persekutuan biler mana Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu hari ader buat benda yang samer di majlis himpunan bulanan kakitangan awam di Putrajaya....

Hehehe... betul bhai... diorang ader ugut kakitangan awam.... memang ader....

Kalu ikut statement nih,..... makanyyer memang sohih lar Kerajaan Persekutuan mengugut kakitangan awam dengan macam-macam lenggok bahasa dan ayat supaya menyokong hanya BN... katanyer hanya BN yang mampu mentadbir... hanya BN yang mampu memerintah... hanya BN yang janjinya ditepati....

Macam haram jer kan... kalu lu tarak percaya... semak balik video masa pelancaran Manifesto BN yang dibuat baru-baru nih... hahaha.... kantoi sudah....


Maknanyer la ... kalu kiter tengok statement nih... nampak macam Timbalan KPN tibai Kerajaan Persekutuan.... hahaha...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1