Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ugut. Show all posts
Showing posts with label Ugut. Show all posts

03 May 2024

Takkan Malaysia Tunduk Kot?

Bhai/DeeDee semua...

Orang Malaysia selalu kutuk Indonesia.... tapi satu part gempak dengan Indonesia ialah Kerajaan Indonesia tidak mudah digertak oleh kuasa besar... tambah lagi kalu Amerika Syarikat yang cuba nak gertak...

Tapi Malaysia nih lain..... payah nak kata apa...

Cuma takkan la Malaysia tunduk kot dengan gertakan Amerika Syarikat ni??? Lemah sangat la kalu tunduk dengan mudah....

Huhhuhu

Takkan kena buli kot??


12 January 2024

Tengku Zafrul Tak Disiasat Pun ...

Bhai/DeeDee semua...

Punya la banyak nama ada dalam Pandora Papers.... tapi macam mana takder satu pon disiasat...  Oh yer lupa... macam mana nak siasat... itu sama geng dengan PMX ... hahaha...

Tengku Zafrul pun tak dipanggil untuk siasatan... Hahahaha.... 

Punya la ramai staff dalam SPRM... takkan semua tumpu pada satu orang jer... Hahahaha ...  Kalau betul bersemangat nak benteras rasuah... boleh ja tubuhkan multi task team untuk siasat ramai orang yang namanya ada dalam Pandora Papers dan Panama Papers... Hahaha

Sembang Saorang Anwar Ibrahim


07 August 2023

Cerita Bab Saman

Bhai/DeeDee semua...

Kalu nak bercerita bab saman nih... dah muak dah gua dengar... sebab semua ini adalah mainan orang berduit (kaya) untuk ugut orang tak berduit (miskin)... macam-macam kes dah...

Itu hari sorang kawan gua kena ugutan saman RM5 juta .... konon memfitnah sorang Dato' nih... yang promo program saham bagai.... walhal dalam statement kawan gua tue... dier cuma suruh orang berhati-hati ja dengan program saham bagai nih... sebab ader tendency untuk jadi scam...

Pun Dato' tue gunakan kuasa duit dier ugut saman.... last member gua tak mampu bayar kos guaman... kena la setel luar Mahkamah... kena setel RM100k

Banyak lagi kes penggunaan salahguna urusan Mahkamah untuk ugut orang.... janji ko ader duit... tak penting pon kalu memang orang yang kena saman tue ader bukti bagai... ko heret jer sampai dier tak mampu bayar kos guaman... last nanti dier akan setel luar la... ko tetap untung...

Tak kira la scammer berjanggut ka... tokey judi ka.. scammer saham ka... atau level kayangan bagai... sama ja abuse Mahkamah.... pentaksub.... hahaha... depa bodoh dan kekal bangang.... hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 





07 June 2023

Dibagi Betis Hendakkan Peha

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... biasa la... pasai berkuasa pun sekadar tumpang orang... jadi kena la layan kehendak orang.... tak layan kalu bila-bila masa boleh tumbang... Hahaha...

Lemah betul la.... sampaikan dibagi betis hendakkan peha pulak... betul-betul kaduk naik junjung....  macam melepaskan enau dalam belukar...

Hahaha...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Tamak Kerusi


12 March 2023

Kifarah Itu Benar

Bhai/DeeDee semua...

Dulu... dari zaman Anwar Ibrahim kena pecat... sekitar 1998 ... zaman Reformasi ..... punya la banyak demonstrasi awam dibuat.... macam-macam komen dan ucapan dibuat... sama ada oleh Anwar Ibrahim sendiri sampailah kepada pengikut-pengikut dan penyokongnya...

Apa tohmahan yang tak pernah diorang sebutkan... semua ader....  Siap ada yang kata Mahathir Mohamed tu sembah dewa Hindu... dirumahnya ada tokong Hindu... itu belum lagi sembang citer racun Arsenic ,,, sampai citer nak mati disebabkan keracunan pun disebarluaskan...

Nasib baik zaman tue takder Sosial Media macam sekarang nih... Takder Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan sebagainya... kalu tidak lagi rosak macam-macam citer lelucon yang pentaksub Anwar akan canangkan diseluruh alam.... Hahaha....

Bila PDRM amik tindakan... penyokong Anwar Ibrahim siap beri gelaran Mahazalim... Mahafiraun.... Hahaha... Kejam katanya.... tangkap sana sini...

Hahahaha

La nih ,,,, bila kecaman dan tuduhan serta kritikan pulak dilontarkan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan pimpinannya.... laju ja arahkan saman dan ugut amik tindakan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012

Kah kah kah....., you reap what you sow ...

Hahahaha

Gua tak salahkan kerja Polis... itu memang tugasan depa untuk jaga ketenteraman awam.... cuma gua nak pulangkan paku buah keras jer kat pentaksub Anwar Ibrahim nih.... hahaha.... pimpinan korang buat apa yang dulu korang tak suka.... Hahahaha



25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

16 January 2023

Vigneswaran : Presiden MIC Paling Tak Berguna

Bhai/DeeDee semua...

Dalam banyak-banyak Presiden MIC ... S.A. Vigneswaran ini paling tak berguna... Demand macam-macam... tapi hasil takdak.. Sepanjang dia jadi Presiden MIC... MIC makin ditolak oleh pengundi orang India... Vigneswaran nih memang takder sokongan akar umbi pun... Lagi mau ugut BN dan UMNO..

Kalau orang India pun tak nampak apa signifikannya MIC kepada mereka... Inikan pulak bangsa lain... Huhuhu... MIC dah makin hilang taring... MIC sudah tidak relevan... MIC dan MCA pun sama-sama dah takder tempat dihati pengundi...

MIC harap keputusan isu kerjasama dengan PH dibincang antara parti BN mengenai PRN

#MIC #Vigneswaran #PresidenMIC #Politik #BarisanNasional #BN #UMNO #MCA
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

19 December 2022

MCA vs Rasuah? Ini Memang Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Wee Ka Siong nampaknya nak buat lawak slapstik... Hahaha... Macam la orang tak kenal apa itu MCA... macam la MCA tu parti paling bersih dalam Malaysia... hahaha... ingat orang dah lupa ke beberapa kes rasuah yang dibuat oleh MCA ... contoh macam kes PKFZ dulu... yang melibatkan Presiden MCA ... Ling Liong Sik  ... siap sangkut Goldman Sachs lagie...

Hahaha... 

Sori la... BBNU dan pengundi Undi18 boleh la MCA nak tipu... Hahaha...,,


MCA akan menumpukan perhatian kepada usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam parti dan BN.

Ini salah satu daripada 18 resolusi yang diluluskan perhimpunan agung tahunan (AGM) parti itu, yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur semalam.

AGM MCA juga meluluskan usul menggesa kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40 juta geran sepadan kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).





06 February 2022

Galak Betullah Khairy Jamaludin

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih dah cecah 10k balik ... adoila.... bila nak raya jer.. akan naik tinggi la kes jangkitan Covid-19 nih... dari dulu lagi gua dah cakap... ini semua mainan data dan angka jer... Hahaha...

Tengok statement Khairy Jamaludin bawah nih... dah boleh baca dah... Hahahaha... Galak betullah Khairy Jamaludin nih

Macam tak biasa la pulak... Hahhaa ... Ajer gampang lar...




25 January 2022

Kalau Betul SPRM Telus...

Bhai/DeeDee semua...

Kalau betul SPRM telus... pastinya ramai pimpinan UMNO, MCA dan MIC yang dah lama masuk kedalam bukan setakat ditahan, disiasat,,, tapi berjaya didakwa dan disabitkan kesalahan sejak sekian lama... 

Tapi...

Tapi kita tahu yang SPRM ini digunakan sebagai senjata untuk mengugut... sama juga dengan LHDN... 

Dan yang kena ugut pula adalah puak-puak yang tidak selari dengan kerajaan sedia ada... tak kira la lain parti atau lain team... Ini dah lama kita perhatikan berlaku dalam SPRM...

Yang menariknya lagi... SPRM sendiri pun tercemar organisasinya sejak dahulu lagi.... ader pegawainya yang terlibat dengan jenayah... menjadi kepala rasuah... malah ader yang melindungi kejadian jenayah.... payah kalu bukan sahaja yang kakitangan bawahan... tapi sampai ke peringkat atasan...

Menariknya... majoriti pegawai SPRM adalah berbangsa Melayu.... yang tentunya beragama Islam...

Sama macam kes rasuah di Pejabat Tanah dan Galian la.... bagaimana majoritinya berbangsa Melayu dan tentunya juga beragama Islam... walhal... inilah lubuk utama rasuah dalam Malaysia...

Huhuhu...






22 July 2021

Syed Saddiq Diugut?

Bhai/DeeDee semua...

Bring it on! ... Itu kata Syed Saddiq bilamana dia berhadapan dengan perbicaraan kes pecah amanah wang berjumlah RM1.12 juta milik parti. Syed Saddiq diugut untuk menyebelahi Perikatan Nasional dalam sokongan di Parlimen dan dia tegas mengatakan bahawa dia tidak akan menyebelahi Perikatan Nasional.

Ini budak berprinsip. Ini budak yang ader integriti.. Ini budak yang hebat berdebat. Ini budak yang pandai berhujah. Bukan mati kalu diugut. Bukan takut kalu diugut. Syed Saddiq nih berani walaupun diugut

Jadi kita tengok la macam mana pihak pendakwaraya nak kenakan defenden di Mahkamah nanti.. Kita tunggu

#SyedSaddiq #PerikatanNasional #PecahAmanah #Mahkamah #Bicara

08 July 2021

Ahmad Zahid Hamidi - Presiden UMNO paling lemah dalam sejarah Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Gua ikut rapat mesyuarat MT UMNO malam tadi secara online... Dan dari apa yang gua dapat simpulkan... tiada apa yang menarik dalam keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi.... nothing.

Itu sebabnya gua cakap takder apa. Malah tiada arahan bagi semua yang dapat jawatan untuk meletakkan jawatan. Takdak langsung.

Jadi takder signifikan.

Hahaha

#PresidenUMNO #LetakJawatan #AhmadZahidHamidi #KerajaanGagal

13 March 2021

Kerajaan Yang Pengecut Macam Ini Lah Perangainya

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu Kerajaan PN yang memerintah sekarang nih adalah kerajaan yang tak cukup mandat... Kerajaan PN yang ada sekarang nih pon aderlah kerajaan yang pengecut... Biler pengecut... macam ini lah perangainya...

Yang ader cuma boleh bodek.. bodek dan bodek...

Ini menunjukkan betapa J-KOM yang Kerajaan PN ujudkan dari cybertrooper yang ader adalah sekadar tangkap muat dan cap ayam... Hahaha... lawak siot..

Lagi Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yasin tekan rakyat dengan benda-benda macam nih.. lagi la orang akan melawan.... Bodoh aaa sesiapa yang sokong kerajaan pengecut macam nih... udah la tak cukup majoriti dan mandat.... 

Kalu cukup majoriti dan mandat... buat la sidang Parlimen.... buktikan la... Hahaha

Spesis PONDAN punya kerajaan...



01 March 2021

Pelik Juga Bila Polis Juga Melindungi Gengster

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan dalam beberapa insiden yang dikenalpasti.... terdapat anggota Polis yang juga melindungi gengster... Ada yang sampai bila ketua gengster kaki pukul dan peras ugut singgah berurusan di balai polis.... ader anggota polis yang siap cium tangan ketua gengster tue...

Nak kata ader ikatan sedara mara tidak lah pulak.... sebab anggota polis tersebut bukan orang kawasan itu...

Yang menariknya... ketua gengster kaki pukul dan peras ugut tu siap berbangga dengan kad keahlian Kelab Anti Jenayah (siap bernombor siri 000001) lagie (lambang pada kad Kelab ini meragukan @ maaf tak sempat shotkan gambarnya) .. hahahaha ... dier siap berbangga dengan kehebatannya dalam jenayah... bunuh dan pukul..... sembangnya...

Gua jadi pelik gak... macam mana institusi kepolisian boleh berjalan seiring dengan kongsi gelap, gengsterisme, dan segala macam jenayah....  siap boleh keluar masuk dan bertepuk tampar dengan pegawai-pegawai polis di balai...

Ader deal dan kawtim baik ka??

Takkan tanya pon salah.....



14 January 2021

Macam Mana Boleh Lantik Pedofilia

Bhai/DeeDeeSemua

Nampaknya punya lah takder pilihan sampaikan tertuduh @ saspek Pedofilia (yang dilepaskan tanpa dibebaskan) dilantik menganggotai Jawatankuasa Parlimen berkaitan Wanita, Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial (PSC)...

Teruk betul lah siapa yang mengusulkan dan melantik ini...

Mamat Pedofilia (Shahidan Kassim) nih tak lagi terbukti tidak bersalah.. cuma sekadar mangsa kes tidak mahu meneruskan dan disoal berkaitan kes ini... Mangsa yang trauma ini pastinya terlalu trauma ataupun telah diugut...

Dalam banyak kes diseluruh dunia.... biasanya mangsa Pedofilia akan diugut sama ada oleh ahli keluarga mangsa sendiri (demi untuk menjaga nama baik keluarga) atau diugut oleh saspek kes yang biasanya sama ada dikalangan keluarga mangsa sendiri ataupun orang lain yang mempunyai kuasa atau wang ringgit.

Banyak kes macam nih susah nak diselesaikan... sebab ugutan yang dilakukan terhadap mangsa...


Apa pun... tindakan melantik Shahidan Kassim menganggotai Jawatankuasa Parlimen berkaitan Wanita, Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial (PSC) adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar sama sekali. Bagaimana seorang saspek pedofilia boleh dipilih dan dilantik amatlah tidak bertepatan. Nak kata Shahidan Kassim telah insaf tak diketahui lah pulak.

Ader paham ka?


Muka-muka yang melawan pregoratif Raja Perlis




07 January 2021

Lengahkan Masa Untuk Beli Insuran

Bhai/DeeDee semua...

31 hb Januari 2021 .... ader 24 hari... Hahaha... ini semua satu mainan untuk lengahkan masa untuk beli insuran.... betul... Semua nih sekadar "teknik pengalihan pandangan" ...

Sekadar satu silap mata jer... Hahaha...

UMNO nak bagi peluang kepada BERSATU untuk tawarkan sesuatu yang lebih menarik... sesuatu yang menang-menang buat UMNO... sesuatu yang akan berikan UMNO lebih kuasa.... Hahaha... lebih kuasa untuk menentukan hala tuju Perikatan Nasional...

Mungkin lu orang tak perasan... mungkin ramai tak perasan.... tapi percaturan yang UMNO buat tue gua dah boleh baca... Ko ingat bodoh ka Zahid Hamidi nak delaykan masa.... dier ader plan besar... dan plan besar ini melibatkan ramai warlord dalam UMNO...

Kes Annuar Musa kena pecat pon itu sekadar "diversion" ja...

Hahaha.... Kalu plan UMNO nih menjadi... bawak masuk bincang dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) .... dan diluluskan oleh perwakilan... Zahid Hamidi akan dapat mandat besar yang takder had... dan Zahid Hamidi akan dilihat paling layak dan memang layak jadi Presiden UMNO... dan Najib Razak takkan berpeluang untuk amik balik slot tue..

Yang penting... biler ugutan nih menjadi.... Muhyiddin Yasin dalam masa 24 hari nih akan ader banyak kali deal ngan Zahid Hamidi.... so... kalu pun keputusan berpisah ngan BERSATU masa tue...tetap gak UMNO akan didepan... Perikatan Nasional takkan terbubar... tapi UMNO yang jadi tonggak... dan Muhyiddin Yasin akan lepaskan jawatan..

YDP Agong akan bersetuju dengan cara ni... dimana Zahid Hamidi akan amik alih jawatan PM dari Muhyiddin Yasin untuk mengelak dari terpaksa membuat PRU15 dimasa Covid-19... dan UMNO akan lead semua... dimana kuasa penentu semua akan ditentukan oleh UMNO... PAS akan terpaksa ikut atau ditinggalkan....

UMNO + BERSATU memang tak cukup team... dan confirm PAS akan deal jugak sebab PAS nih bab cari peluang memang pandai... jadi PAS akan sanggup jadi balachi janji posisi depa still dapat lagi... depa tetap akan dapat jawatan...itupon kalo nak deal ngan UMNO la... kalu tidak.... yang ini maybe lawak aaa....

Aper pon... Perikatan Nasional akan tetap kekal selepas 31 Januari 2021 dan tak perlu diadakan PRU15 dalam tahun ini.... Hahaha.... Apa jadi pada Najib Razak dan Rosmah Mansor.... pihak pendakwaan akan menggugurkan kes.... dan semua yang ader kes akan clear... janji depa nak bersetia dengan Zahid Hamidi...

Bab UMNO nak bekerjasama dengan PKR dan DAP.... itu sekadar ajak-ajak ayam ja... saper yang bodoh akan kena sembelih lar.... Hahahaha.... Anwar Ibrahim??? Tetap akan jadi bakal jer.... Hahahahaha... Korang tak percaya tulisan gua nih?? Hahaha... takpa... masa akan menentukan.... nanti boleh gua gelakkan lu orang mana yang tak percaya tue..

Hahahaha



31 December 2013

KDN Sudah Pandai Mengugut

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... gua nak gelak besar biler dengar ader statement dari KDN yang semacam mengugut rakyat.... Siap kata akan amik tindakan keras terhadap pihak-pihak yang berterusan memburukkan Kerajaan....


Bhai.... tak payah la nak ugut-ugut mender.... Kalu dah memang tindakan dan keputusan yang Kerajaan Malaysia buat banyak yang buruk..... takkan la boleh jadi cantek pulak.... Kalu dah buruk tetap la buruk....

Ini siap KDN nak mengugut plak.... Hahaha... sejak dapat si Samseng taik kucing tue jadi Menteri... terus KDN buat lawak nak jadi samseng gak.... Hahaha... tak payah la nak tunjuk samseng.... sebelum nak tunjuk samseng... setelkan dulu tugas hahiki lu orang sumer.... setelkan dulu urusan tapisan keselamatan yang sepatutnyer lu orang buat...

Setelkan dulu sindiket MyKAD.... setelkan dulu urusan warga asing... Jangan la pulak geng-geng KDN nih yang amik untung atas kemasukan PATI nih.... banyak sangat la "rasuah" kat dalam KDN..... kasi setel dulu rasuah dan salahguna kuasa nih.... setelkan dulu najis-najis yang bertepek kat dalam KDN tue dulu.....

Hahaha....... Tolong aaaa.... cukup la Zahid Hamidi tue sorang jer yang bangang dan samseng.... jangan la plak satu KDN jadi bangang dan samseng.....

Ader paham ka???

07 November 2013

Kambing Hitam Yang Tak Mahu Jadi Kambing Hitam

Bhai/DeeDee sekalian....

Gua nak tengok berapa lama agaknyer kambing hitam boleh bertahan dijadikan kambing hitam..... Hahahaha..... rasanyer tak lama kot.... sebab sentimen untuk kambing hitam mula bertindak dah mula ader riak..... hahahaha

Kiter tau memang kambing hitam yang dah tak mahu jadi kambing hitam lagi... yer la... semua pandang serong kat kambing hitam..... walhal.... kesalahan kambing hitam kalu pon ader cuma sedikit jer.... Hahahaha.... pihak yang memaksa kambing hitam jadi kambing hitam la yang patut kena..... malah pihak yang bersekongkol mengkambing hitamkan satu kambing hitam lagi cilakak....

Ader kontrak disubkonkan kepada pihak lain.....biler jadi hal.....berlepas tanganlah...... hahahaha

Terbaek la bisnes camnie.... Hahahaha..... aper-aper pon... tak lama lagi kiter akan dapat dengar citer sebenarnya.... yer la... berapa lama kambing hitam boleh ditahan mulut dier.... lama-lama terkumat-kamitlar kambing hitam tue.... dapat la koter dengar kambing hitam nih mengembek.....

So.... kesimpulannyer..... aper lu orang ingat gua nak diamkan ker isu kambing hitam nih..... hahahaha... sori lar.... tatap gua akan kasi perangat.... selagi mana mangkuk ayun yang sebenarnya tidak kena.... selagi itu lar..... tak payah la nak cover sana sini..... maklumat gua dah lama dapat dan semua clear..... semua jelas..... hahaha.....

errr.... dah tiga minggu dah...... tertunggu-tunggu gak gua kat post-box....  kata nak bagi..... hahahaha

31 October 2013

Kakitangan AMBANK Di Ugut?

Bhai/DeeDee sekalian...

Yang mati bukan mereka.... Yang cedera bukan mereka.... tapi yang mati dan cedera adalah rakan-rakan mereka dalam bidang yang sama.... namun para doktor dan jururawat disebuah hospital di China bangkit menuntut hak keselamatan yang selayaknya untuk mereka...

Inilah yang sepatutnya berlaku.... keprihatinan bukan sahaja untuk diri sendiri... tapi solidariti untuk kepentingan semua dimasa akan datang... Lu tak tau biler masa plak lu akan kena... Lu tak tau plak bila masa lu akan jadi mangsa....

Tapi dalam kes rompak dan bunuh di AMBANK USJ.... takder sorang pon pekerja AMBANK yang nak ambik cakna... nak buat bantahan secara serius bagi kepentingan keselamatan diri mereka..... agaknyer mereka takut dengan pengurusan AMBANK kot... agaknyer mereka semua telah diugut.... Gua tak tau.... tapi yang pasti... sudah lebih seminggu... takder satu pon anggota dan kakitangan AMBANK meluahkan rasa tidak selamat mereka atas kes kejadian rompak dan bunuh di AMBANK USJ

Takper la kot... maybe diorang takut dengan pengurusan AMBANK... maybe diorang diugut..... Tapi satu jer nasihat gua.... takkan nak tunggu lu orang jadi mangsa dulu baru nak bising..... hahahaha..... masa tue .... tak guna dah nak bising... dah masuk 6 kaki dalam tanah baru nak kepoh... baik tak payah.... baik lupakan sajer la....

Berkaitan : Perlu Tubuhkan Satu Suruhanjaya DiRaja


BEIJING - CHINA. Kakitangan sebuah hospital di Wenling, timur wilayah Zhejiang membuat bantahan selepas seorang pesakit membunuh seorang doktor dan mencederakan dua yang lain, menurut media tempatan, kelmarin.

Puluhan doktor dan jururawat hospital itu memakai kot putih dan topeng pembedahan ketika berhimpun di luar pekarangan hospital tersebut.

Mereka turut melaungkan slogan menggesa hak keselamatan kakitangan perubatan dilindungi berikutan sektor kesihatan di negara itu masih tidak mendapat perlindungan sepenuhnya.

Jumaat lalu, seorang pesakit bertindak menikam seorang pakar dan menyerang dua doktor lain kerana tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan hidung yang dilakukan ke atasnya, laporan dipetik dari AFP.

17 June 2013

Adakah Ini Juga Salah Anwar Ibrahim?

Bhai.... gua ader sedikit pelik bila macam berita camnie.... errr.... abang angkat.... Anggota Polis... mak tak bagi buat laporan.... tarik balik laporan asal.... errr....  banyak yang pelik aaa..... adakah ini juga salah Anwar Ibrahim? (no pun intended)....

Banyak persoalan disini... kenapa mak mangsa tak bagi teruskan isu... adakah mak mangsa takut dengan suspek.... atau......

Mmm...... something wrong somewhere.... hehehe


Remaja dakwa diliwat abang angkat

SUNGAI PETANI - Seorang remaja belasan tahun mendakwa dirinya diliwat oleh abang angkatnya dalam satu kejadian dekat Sungai Petani lebih kurang jam 6 pagi Jumaat lalu.

Suspek, lewat 20-an dikatakan bertindak menolak mangsa dalam keadaan tertiarap sebelum meliwatnya di mana kejadian berlaku di rumah suspek apabila mangsa menumpang tidur di rumah abang angkatnya.

Mangsa yang juga merupakan pelajar sekolah tahfiz bagaimanapun bertindak menarik balik laporan polis yang dibuat olehnya pada hari sama laporan dibuat.

Ini dikatakan atas faktor nasihat ibu mangsa supaya tidak memanjangkan kes tersebut memandangkan suspek dipercayai seorang anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan perubatan daripada doktor yang merawat mangsa sama ada berlaku kes itu atau sebaliknya.

Namun katanya, siasatan sedang dijalankan kemungkinan sama ada laporan pertama dibuat mangsa adalah palsu.

“Kita sedang siasat perkara itu (laporan palsu). Jika ada kes (liwat) kita akan siasat dan bawa pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1