Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label ALONG. Show all posts
Showing posts with label ALONG. Show all posts

17 January 2024

25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

09 July 2021

Montenegro tersepit akibat hutang dengan China

Bhai/DeeDee semua...

China nih memang ader satu strategi untuk menguasai dunia. Banyak negara dah terkena dengan China. Memang antara strategi masa kini bukanlah menakluk secara perang tetapi dengan cara ekonomi...

Dengan cara memberikan hutang untuk pembangunan kepada banyak negara... Bila dah tabley nak bayar hutang... maka tersepit dan dikenakan macam-macam deal yang mengarut oleh China...

Itu yang berlaku pada Sri Lanka, Bangladesh dan banyak negara Afrika. Negara kita Malaysia pun nyaris-nyaris nak terjebak sama masa zaman Najib Razak menjadi Perdana Menteri.... Nasib baik masa PH memerintah... banyak polisi dan deal yang dah dibuat dengan China di kaji balik dan di perkemaskan...

Kalu tidak naya jer kita... Nih zaman PN memerintah pun macam nak jadi cara yang sama jer.... Bangang betul lar...

#EXIMBankChina #China #Pinjaman

04 May 2021

Nak Jadi Samseng Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Semalam tular satu video pendek berdurasi 1 minit 53 saat di Youtube yang menunjukkan satu kegiatan samseng yang dilakukan oleh Yusof Azmi dan rakan-rakannya yang membelasah seorang warga asing berbangsa Bangladesh disebuah kaki lima kawasan perniagaan.

Dan hari ni telah dapat berita yang PDRM telah amik tindakan menangkap semua pelaku termasuk ketuanya iaitu Yusof Azmi untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Gua cukup bersetuju dengan tindakan PDRM nih... tak perlu tunggu ada laporan daripada rakyat atau mangsa... ader sahaja yang viral teruslah amik tindakan... Ini penting.. sebab kalu tak dibendung awal... maka ianya akan menjadi lebih kronik.

Samseng taik kucing macam Yusof Azmi nih tak boleh dibiarkan bermaharajalela sebab ianya akan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mamat Yusof Azmi nih bukan sajer buat kerja gangster tapi juga kutip wang perlindungan...


14 September 2012

Sila Guna Cat Warna Lain

KEPADA : Para Penyimbah Cat Professional
DARIPADA : Seluruh Warga Malaysia Yang Prihatin

PERKARA: PENGGUNAAN WARNA CAT BAGI PENYIMBAH PROFESSIONAL

Tuan/Puan,

Kami amat berbangga kerana Malaysia mempunyai ramai penyimbah cat professional. Namun kami dengan berbesar hati amat berharap agar pihak tuan/puan menggunakan cat warna lain sebagai bahan untuk digunakan menyimbah atau dibaling kepada sasaran yang tuan/puan tidak suka. Kami sebenarnya sudah bosan dengan cat warna merah.

Untuk pengetahuan tuan/puan, cat warna merah biasanya digunakan oleh ALONG sebagai tanda mangsa ada berhutang dengan ALONG tersebut. Warna cat merah ini telah disepakati oleh semua ALONG sebagai tanda dagangan (trademark) mereka diseluruh dunia.

Jadi untuk mengelakkan salah faham umum dan salah tanggapan, maka sewajarnya pihak tuan/puan menggunakan cat warna lain yang ada banyak dipasaran. Untuk lebih ceria, sila gunakan cat berwarna florescent (berwarna terang) yang sekaligus memudahkan orang ramai untuk melihat kesan simbahan cat ini.

Harap cadangan ini dapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

Akhir kata, Majulah Sukan Membaling Cat Untuk Negara....


Saya yang menjalankan tugas
C++


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1