Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PEKIDA. Show all posts
Showing posts with label PEKIDA. Show all posts

23 March 2023

Ayahanda 3 Line - Parasit Lot Bazar Ramadhan

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih dah lama... macam celaka jer... Perangai yang tak pernah nak berubah... PBT dan pihak berkuasa pon macam lepas tangan.. Tak ambil tindakan tegas. Buat macam tak nampak. Celaka betul puak-puak nih..

Konon ayahanda kawasan la... abang long kawasan la... abang ngah kawasan la... puiii ... macam siot jer... Ini semua bangsat tuan/puan

'Ayahanda' tapak bazar hisap darah

#Ayahanda #3Line #BazarRamadhan #Samseng #SamsengMelayu #PBT #LotBazarRamadhan #Payung #Parasit #Celaka #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

25 January 2023

Apalah Nak Diharapkan

Bhai/DeeDee semua...

Ibarat mengharapkan pegar... pegar makan padi.... Apalah yang nak diharapkan...  memang naya.... Penguatkuasa keselamatan sendiri pun terlibat sama dengan kegiatan ugut dan samseng.... adoilah...

Makin jahanam dunia...

Sebenarnya ini bukan perkara langka... tapi dah lama dah... banyak kali..  siap ader ayahanda kongsi gelap boleh lepak kat Balai Polis... dengan tangannya dicium oleh pegawai-pegawai polis lagi... tatau la apa yang hebatnya...

Samseng Taik Kucing

Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati, sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan 12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik kereta secara haram.

Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.

19 December 2021

Sokongan Kuat Dari PM

Bhai/DeeDee semua...

Belum pernah lagi ada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang attached kan diri mereka secara berterangan macam nih ngan PEKIDA... Sebab mereka tahu ada beberapa risiko kalu mendekatkan diri secara berterangan ni...

PEKIDA yang cukup terkenal sebagai "kongsi gelap Melayu" nih biasanya akan cuba dielakkan daripada imej seorang Perdana Menteri Malaysia... 

Tapi... Bagi Ismail Sabri... nampaknya dia tidak segan silu menempelkan dirinya dengan NGO ultra semacam PEKIDA ni... pergh... nampak sangat la kan... 

Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti mengelakkan supaya dilihat adil.

Bayangkan kalu Presiden USA merapatkan diri mereka ngan Ku Klux Klan (KKK).... kan nampak akan ader bias dalam pentadbiran dan keselamatan...

Huhuhu



04 May 2021

Nak Jadi Samseng Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Semalam tular satu video pendek berdurasi 1 minit 53 saat di Youtube yang menunjukkan satu kegiatan samseng yang dilakukan oleh Yusof Azmi dan rakan-rakannya yang membelasah seorang warga asing berbangsa Bangladesh disebuah kaki lima kawasan perniagaan.

Dan hari ni telah dapat berita yang PDRM telah amik tindakan menangkap semua pelaku termasuk ketuanya iaitu Yusof Azmi untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Gua cukup bersetuju dengan tindakan PDRM nih... tak perlu tunggu ada laporan daripada rakyat atau mangsa... ader sahaja yang viral teruslah amik tindakan... Ini penting.. sebab kalu tak dibendung awal... maka ianya akan menjadi lebih kronik.

Samseng taik kucing macam Yusof Azmi nih tak boleh dibiarkan bermaharajalela sebab ianya akan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mamat Yusof Azmi nih bukan sajer buat kerja gangster tapi juga kutip wang perlindungan...


14 April 2021

Bila Mau Selesai?

Bhai/DeeDee semua...

Ko penat-penat abiskan masa berbulan buat siasatan, buat laporan, buat serbuan dan buat tangkapan bagai... tinggal anak bini... sibuk semedang...

Last-last ader pihak kat atas tue yang lepaskan dan bebaskan suspek... hanya sebab suspek bayar wang perlindungan dengan pihak atasan..

Daripada buang masa kosong tak dapat apa macam tue... baik ko amik ja wang perlindungan tue... at least berbaloi...

Dah semua level sampai ke kayangan pon baham rasuah nih... takkan ko yang level machai balachi bawah ni yang lebih bersungguh-sungguh jaga integriti dan sebagainya... walhal golongan agama pon sebat jugak...

Itulah sebab sampai ke sudah isu rasuah nih tak boleh habis... kalo nak habis.. bukan setakat VIP... malah level kayangan pon ko kena cantas kasi solosai...

Ader paham ka??


28 March 2021

Takutnya .... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...

Takutnya la dengan amaran camnie... betul-betul takut... rasa nak terkucil nih... Hahahaha


Err... PAS dah jadi 3 Line ke???

Sebab ader level dan pangkat AYAHANDA ...  hahahaha

05 September 2013

Tak Terkejut Pun

Bhai/DeeDee sekalian..

Lima enam hari nih gua takder berkesempatan sangat nak akses internet guna PC... Banyak masa gua kat luar... Ader banyak urusan kat luar... Jadi... Susah skit aaa gua nak balas lu orang punya komen... Sori aaa

Tadi sementara menunggu giliran nak bayar bil... Gua sempat menjenguk internet menggunakan tepon cap epal gua nih... Dan gua terbaca statement Zaman Khan tentang isu kongsi gelap... 

Hahaha... Zaman Khan pernah bagi special course kepada Agensi kitorang sekitar pertengahan tahun 90'an dulu... Dier nih gua ader respek skit...

Biler dier bawak citer yang ader bekas ketua kongsi gelap kini dah berada dalam parti politik di Pulau Pinang... Terus gua teringat kat dua orang nih... Seorang Cina dan seorang lagi Mamak ... Diorang berdua nih memang pernah ditahan dulu... Tapi atas kesalahan bergaduh di tempat awam secara berkumpulan...

Yang lawaknyer... Sorang jadi ahli MCA... Dengar khabar skarang berada di peringkat agak tinggi... Manakala satu lagi mangkuk ayun tue ... Dulu kalu tak silap gua mangkuk nih pernah join MIC... Bawah sayap pemuda... La nih dah duduk kat dalam parti UMNO... Gua tak tau la dier nih masuk bawah kategori aper dalam UMNO...

Aper pon... Aderkah Zaman Khan maksudkan dua mangkuk ayun nih dalam statement yang dier bagi kepada wartawan aaaa... Kalu betul lar... Memang tak terkejut sangat lar.... Hahaha .... Tak terkejut pun..


22 August 2013

Geng 08 Lagi

Bhai/DeeDee sekalian...

Hahaha.....baru sekarang kecoh pasai isu gengster nih.... Geng 08 dah lama ader kat Malaysia nih... cukup ramai keahlian dier.... Hahaha.... cuma ader dua puak dalam Geng 08 nih..... satu puak memang gengster abis.... memang kaki jenayah...

Manakala....

Satu lagi puak Geng 08 aderlah dari orang baik-baik... cuma IC diorang nih jer yang ader 08 sebagai kodnya.... hahaha.... orang yang lahir di Negeri Perak Darul Ridzuan.... hahahaha


SHAH ALAM - Polis Selangor memberkas tiga lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Padang Jawa, Klang selepas kejadian tembakan di Subang Perdana dan Lebuhraya Koridor Guthrie dekat sini, awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata polis turut merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson serta beberapa butir peluru hidup daripada mereka.

"Ketiga-tiga suspek adalah individu dikehendaki oleh IPD Klang Selatan dan seorang darinya mempunyai empat rekod jenayah lampau bersabit kes dadah dan samun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 26 dan 27 tahun dan berasal dari Klang dan Shah Alam itu akan ditahan reman esok, katanya.

Menceritakan detik sehingga membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek, Thaiveegan berkata sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga suspek itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah restoran di Subang Perdana kira-kira 2.30 pagi.

Hasil maklumat awal, polis tidak menolak kemungkinan mereka ke situ untuk melakukan samun ke atas restoran berkenaan, katanya dan menurutnya suspek memecut laju kereta sambil melepaskan dua das tembakan ke arah kereta peronda polis selepas diarahkan keluar untuk pemeriksaan.

"Kereta peronda polis terus mengejar suspek dari Subang Perdana sehingga ke Lebuhraya Koridor Guthrie dan ketika itu juga, suspek melepaskan tembakan (ke arah kereta peronda) namun tidak mengena.

"Ekoran kejadian tembakan itu, kita terpaksa meminta bantuan dari pasukan peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

Thaiveegan berkata sebaik tiba di Seksyen 20, Shah Alam, suspek sekali lagi melepaskan dua lagi das tembakan ke arah polis sebelum memasuki kawasan Padang Jawa dan kemudiannya Taman Sentosa di Klang sebelum terbabas dan melanggar sebuah Toyota Hilux serta penghadang jalan.

"Kenderaan rosak dan tidak boleh bergerak menyebabkan ketiga-tiga suspek akhirnya keluar dari kereta dan melarikan diri.

"Namun, dengan bantuan polis dari IPD Klang, seorang daripada mereka dapat ditahan manakala suspek kedua yang menyembunyikan diri dalam longkang berhampiran diberkas sejam kemudian manakala suspek ketiga diberkas kira-kira 9.15 pagi ini dalam kawasan kebun kelapa sawit di kawasan sama," kata Thaiveegan. - Bernama

03 August 2013

Bila JAKIM Nak Dakwa Chua Soi Lek?

Bhai/DeeDee sekalian...

Sori... artikel nih pendek jer... hahaha... so gua takmo nak amik masa lu orang panjang sangat..... Okeh... Skrang nih.. Maznah Yusuf didakwa atas alasan menghina Islam... okeh.. gua takder nak kecoh pon pasai benda tue... itu hak dan perogeratif JAKIM...

Tapi.... biler aaa JAKIM nak dakwa Chua Soi Lek atas sebab video dier hina hudud dan Islam nih... err.... biler aaa... jangan la JAKIM double standard.... hahaha .. takkan JAKIM boleh kata video dan statement CSL nih takder hina Islam.... Hahaha... Ker CSL nih pernah masuk kelas pemurnian aqidah kat Hulu Selangor tue kot...  dan dah dapat sijil tauliah penceramah agama Islam.... hahahaha

Atau... sebenarnya JAKIM nih satu agensi yang takder telor.... hahahahaha..... gempak jer lebih macam Majlis Fatwa Kebangsaan.... umumkan Fatwa... tapi tak berani nak kuatkuasakan fatwa,.... dan kalu nak kuatkuasakan Fatwa... hanya berpilih-pilih.... hahahaha....

Hancuss.... nak harapkan Ketua Agama Islam amik pot.... lupakan sajer la.... hahahaha... Ketua Agama Islam tue skarang tengah menyelam... baek punya menyelam kot.... hahahaha

14 July 2013

SKMM Double Standard

Itu hari biler ader kes sorang blogger Melayu bermasalah dengan Kerajaan Malaysia... Laju jer SKMM dan PDRM serbu rumah dier dan sediakan waran tangkap... Malah komputer dan moden blogger Melayu tue pon dirampas...

Punya la cepat tindakan SKMM... Yang best tue takder pon laporan polis yang dibuat keatas blogger Melayu tue pon..

Tapi... Biler dua ekor mangkuk ayun Cina buat kerja macam celaka ... SKMM cuma kata akan panggil mangkuk ayun dua ekor tue untuk siasatan... Takder pon SKMM dan PDRM serbu serta tangkap mangkuk dua ekor Cina tue..

Kenapa takut tak amik tindakan... Takkan pasai mangkuk dua ekor nih dijamin oleh Chua Soi Lek kot... Takkan la... Walhal aper yang mangkuk dua ekor nih buat sah-sah jatuh dalam kategori Hasutan... Bawah Akta Hasutan..

Biler tindakan SKMM double standard... Nampak sangat la SKMM nih memang tabley pakai... Nak harap PDRM amik cakna bab nih pon tabley gak.. PDRM tak cukup kaki dan tangan...

Nak harap Setan sembilan ekor nak jaga kesucian Islam buat mimpi jer la... Senyap sunyi takder sekor sembilan setan nih yang nak bercakap ker bising ker...

Agaknyer setan-setan yang sembilan ekor nih dah kena belenggu dek Allah Taala kot... Maybe la kot pasai dalam bulan Ramadhan biasanyer setan kena ikat... Walaupun gitue ader gak setan tua yang dapat lari pi negara atas angin... Sebab setan tua tue bukannyer posa pon... Hahaha... Nak raya nanti baru la nampak muka setan tua tue...

Errr... Setan puasa ker aaaa.... Hahaha ...

12 June 2013

Mesti Pasai Awek Nih

Bhai... Gua tau Jamil Khir Baharom smash saper dalam statement dier Hina Rasulullah, satu bentuk murtad baru ..... Mesti kawan baik Jamil Khir Baharom tue... ala... si mangkuk 101% tue.... ala... Zulkifli Nordin dan Hassan Ali mesti stuju yang Jamil Khir Baharom smash awek nih.... mesti pasai awek nih.... Hahahaha...

Sure la.... takkan la Jamil Khir Baharom dan semua NGO-NGO (K) yang kecoh buat report polis pasai kononnyer ader orang hina Rasulullah dalam FB itu hari terlepas pandang pasai awek nih... Takkan la kot... Takkan la PDRM takmo nak tangkap dan siasat awek nih....

Atau ker diorang takkan buat semua tue ... pasai pada diorang Najib Razak tue lagi mulia dan bijak dari Rasulullah kot..... uih.... hebat... hebat...

So... gua bagi masa 2 minggu untuk semua NGO-NGO (K) yang kecoh buat laporan polis itu hari konon ader orang hina Rasulullah tue untuk tampil buat laporan polis pasai awek nih.... awek nih dan kengkawan dier.... hahahaha... siasat la.... hahaha .... PDRM jangan plak takmo nak buat laporan Polis gak.... bukan ker banyak kes yang PDRM sendiri yang buat laporan Polis.... takkan kali nih takmo nak buat laporan Polis ..... aper daaa...




Jamil Khir: Hina Rasulullah murtad bentuk baru
12 Jun 2013

KOTA BAHRU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan segelintir pihak menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad baru.

Jamil Khir berkata beliau melihat perkembangan terkini itu sebagai satu perancangan berstrategi pihak yang tidak senang dengan Islam, kerana tindakan itu bukan sahaja merobek keharmonian antara kaum, malah mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

“Jangan kita menganggap perkara ini (menghina nabi) mempunyai satu dorongan daripada pihak yang bukan Islam, tapi daripada kelompok-kelompok (pihak) yang tidak senang dengan Islam.

“Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Katanya, ihaknya memandang berat isu itu, dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak berkenaan melalui jawatankuasa pemantau yang ditubuhkan di peringkat negeri dan pusat. - Bernama.

16 February 2013

Geng 08

Bhai... Gua mengaku... Kat blog nih... hari nih... gua nak buat pengakuan... Kepada semua pembaca blog nih.... gua sudah 12 tahun mendapat gelaran Ayahanda... Tambah lagi gua termasuk dalam Geng 08 .... Ramai ooo ahli Geng 08 nih... kalu tak silap maklumat gua... ader lebih dari 5 juta keahlian dalam Geng 08 nih....

Samy Vellu pon khabarnya ahli Geng 08 gak.... lu jangan plak tak tahu.... Samy Vellu tue jugak aderlah Ayahanda dalam Geng 08.. Awie walaupun dier jadi Ayahanda PEKIDA... dier tetap anggota Geng 08.... Keahlian dier tak pernah berubah.... walaupun Geng 08 tak caj apa-apa yuran keahlian.... semuanya percuma....

Blogger MSK dan Manjung Mari pon kalu tak silap gua jugak berpangkat Ayahanda dalam Geng 08.... ramai ooooo ... memang ramai... Ooops... Lupa pulak... Zambry Kadeer dan Nizar Jamaluddin pon ahli dalam Geng 08 dan berpangkat Ayahanda...

Hahaha.... Kalu lu orang nak tahu lebih lanjut tentang Geng 08 nih.... lu orang boleh tanya dengan Ketua Pengarah JPN .... diorang tau lebih lanjut pasai nih...hahaha.....

Okeh la... nih gua bagi jawapan dier... hahaha..... Geng 08 walaupun sinonim dengan nama sebuah kongsi gelap (Kongsi Gelap Geng 08) yang bertapak di Lembah Kelang... terutamanya di Bandar Klang....

Tapi ianya hanyalah sekadar nombor siri pada kad pengenalan warga Malaysia yang dilahirkan di negeri Perak Darul Ridzuan.... hahaha... jangan mare....

Hahahaha..... No pun intended to Geng 08 .... hahahaha.... sori maaa... hahaha


GEORGETOWN (18/01/2012): Ketua kumpulan kongsi gelap dikenali Geng 08 yang sangat dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan pemerasan, mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis dalam kebun durian di Paya Terubong, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi, suspek dikenali sebagai Ah Jin, 52, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP). Ketua Siasatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata sebelum itu anggota polis mengesan suspek memandu kereta di Jalan Kampung Melayu selepas menerima maklumat awam.

Berikutan itu, polis mengekori kereta suspek sehingga lampu isyarat Flet Green Garden. Bagaimanapun, suspek bertindak memecut keretanya menuju Paya Terubong apabila menyedari dia diekori.

Apabila tiba di sebuah pondok menjual durian, suspek melanggar kenderaan polis dan cuba melarikan diri ke dalam kebun durian selepas memberhentikan keretanya.

“Ketika lari dia melepaskan tembakan ke arah polis. Anggota polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan mengenai suspek. Dia mati di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan aktif melakukan pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. Polis turut menemui sepucuk pistol .38 bersama suspek.

06 January 2013

Pakaian Rasmi Pemuda UMNO Terdedah

Bhai.... UMNO dikaitkan dengan Melayu... betul dak... walaupun ramai dikalangan ahli UMNO yang bukan Melayu tulin....  ramai Mamak, Benggali, Arab, Siam, Myanmar, Bangla dan Filipina pon jadi ahli UMNO.... hahaha....  nak buat camana... tambah plak biler dalam UMNO (Baru)... ahli nombor 00000001 dier pon bukan Melayu... Mamak pun bukan... tapi Malabari.... hahaha.. yang datang dari wilayah Malabar di Selatan India satu masa dulu.... Hahaha...

Lu tarak percaya ka... cuba lu pi lepak kat Pulau Pinang dan join mana-mana mesyuarat UMNO kat sana... hahaha... sohih... kalu lu tak dapat dengar Bahasa Tamil digunakan didalam menyuarat tue... mesti lu salah tempat kot... hahaha... Gua pernah beberapa kali sajer join dalam menyuarat yang dikendalikan oleh geng-geng UMNO Pulau Pinang.... 60% daripada perbincangan dalam menyuarat tue dibuat dalam bahasa Tamil.... hahaha...

Itu la UMNO yang katanya Melayu.... UMNO adalah Melayu dan Melayu aderlah UMNO... hahahaha... yang bestnyer lagi.... puak-puak UMNO nih la jugak yang kata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu... walhal VVIP yang lepak kat mana-mana kelab malam, karaoke, pusat pelacuran dan maksiat serta pub aderlah dari kalangan ahli UMNO .... Hahaha... even Ayahanda PEKIDA pon boleh menaungi kelab maksiat dan arak.... hahaha...

Jadi... untuk memudahkan membezakan antara Pemuda UMNO dengan orang awam lain... errr.. orang Melayu lain aaa.... gua rasa gambar yang gua paparkan dibawah nih aderlah yang terbaik... aper kata ianya dijadikan pakaian rasmi Pemuda UMNO .... ianya menutup aurat aper... tak terdedah nyer... hahaha...

Boleh la Pemuda UMNO bawak keris merata.... sebab PDRM takkan kaco diorang.... hahaha... cuba lu bayangkan Pemuda UMNO dan semua ahli UMNO lepak kat kelab maksiat dan arak termasuk kelab malam tue dengan berpakaian camnie... baru la orang respek... baru la realistik UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO .... hahahaha ... Geng-geng PEKIDA yang jadi bonser kelab malam termasuk gak ayahanda-ayahanda PEKIDA (macam Awie ker) yang jadi owner kelab maksiat tue pon boleh gak pakai pakaian camnie... baru terserlah keMelayuan..... hahaha

Hahaha... lawak siot.... hahahaha



23 May 2012

LHDN Dan SPRM Tidak Mahu Siasat?

Hahaha... Ini mamat tokey "Nasi Lemak Antarabangsa" dan "Anak Ikan Bakar" nih sudah banyak kaya.. itu hari kata rugi masa BERSIH 3.0 ... skrang kalu sudah kasi offer dua keter mewah... so mesti sudah kaya... mana ada rugi ini macham...

Hahaha.... Itu LHDN dan SPRM tidak mahu siasat ka ini worang... hehehe... kasi check skit... tengok kalu dier ader meniaga butut punya atau meniaga "BUNTUT" ...

Hahaha... Mana dier dapat duit mau sponsor dua keter tue... hahaha... duit mari dari meniaga "Nasi Lemak Antarabangsa" ka atau meniaga "Anak Ikan Bakar" ... hahahaha....

Ini macham punya worang memang bingai punya worang... patut kalu itu LHDN dan SPRM kasi siasat sama ini worang... hahaha...

P/S: Ini worang (Jamal Md Yunus) ada jual "LENDIR" sama ka? hahahah

22 May 2012

Bingai

Pergh...ramai lagi rupanyer yang bingai ... hahaha... mesti sebab yang pandai-pandai dah berhijrah pi Pakatan Rakyat dan NGO BERSIH ... hahaha... yang bingai dan bangang jer tinggal menghuni UMNO, BN, PEKIDA, PERKASA, KIMMA, PRESMA dan yang seangkatan dengannya... hahaha

Hahaha... kesian betul la kat puak-puak bingai dan bangang nih.... hahahaha....

Nak untung RM300 hingga RM500 ... tapi kuar modal sewa tapak RM5000 ... hehehe... ini tahap bingai dan bangang yang dah kronik nih... hahaha....

Kalau camnie la pesen Melayu Bingai berniaga... alamat macam "Berniaga Buluh Kasap" ler... "Untung lalu modal lesap" .... hahahaha

Bingai.. bingai...

15 May 2012

Demonstrasi Ketiga Dihadapan Rumah Ambiga ?

Kuala Berlumpur (15 Mei 2012):

Mengikut maklumat "macam haram" yang pihak media dapat... seramai 50 orang ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) akan membuat satu lagi demonstrasi dihadapan rumah Ambiga minggu hadapan.

Ianya sedang diatur dengar baik hasil daripada ujian demo pertama mereka dihadapan rumah Ambiga pagi ini yang mana telah berjaya dengan lancarnya mempersembahkan satu seni gerak tempur tanpa senjata iaitu "Senaman Punggung".

Oleh yang demikian, pada perhimpunan yang sama yang dijadualkan akan dibuat pada selepas solat Jumaat minggu hadapan dihadapan kediaman Ambiga, khabarnya pihak PVTM akan menganjurkan satu lagi siri persembahan seni tempur ... cuma kali ini seni tempur bersenjata.

Pihak PVTM akan menganjurkan satu demonstrasi "MELANCAP SAMBIL MENONGGENG" dihadapan rumah Ambiga selepas selesai solat Jumaat minggu hadapan. Semua wartawan dan media dijemput hadir untuk merakamkan momen unit ini. Ini kerana seni tempur bersenjata ini amat susah untuk dipertontonkan dikhalayak ramai. Hanya anggota PVTM yang berpengalaman luas dan terlatih sahaja yang mampu untuk melakukan seni tempur bersenjata ini.

Khabarnya lagi, seni tempur bersenjata ini telah diterapkan dalam modul khas pegawai "komando" sejak dari tahun 70'an lagi. Berkemungkinan besar dengan seni inilah maka pasukan komunis telah meletakkan senjata dan membuat satu perjanjian damai pada 1989 di Hatyai, Thailand.

Jika ianya dapat dilansungkan dengan aman tanpa semburan air kimia dan gas pemedih mata oleh Pihak FRU, maka ianya boleh diklasifikasikan sebagai demonstrasi ketiga dihadapan rumah Ambiga.

Maklum balas yang pihak media dapat dari PDRM menyebut bahawa Timbalan KPN mengesahkan bahawa jika pihak PVTM akan menganjurkan demonstrasi "MELANCAP SAMBIL MENONGGENG" ini dhadapan rumah Ambiga, pihak PDRM tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana ianya adalah protes dan perhimpunan aman. Malah pihak berkuasa tempatan juga tidak boleh mengambil tindakan kerana ianya adalah hak semua orang untuk membuat demonstrasi aman.

(NNA - Nonama News Agency)

11 May 2012

Trend Terkini

Bhai.... skarang dah ader trend terkini.... PERKASA dan geng PEKIDA dah tunjukkan jalan.... hahaha

Trend terkini lagi sensasi aderlah.... kalu lu tarak puas hati samer mana-mana orang... lu buat jer demo kat depan rumah orang yang lu tarak puas hati tue... 

Contoh;
  1. Geng Peniaga KL yang didalangi oleh PEKIDA bukak gerai burger kat depan rumah Ambiga... pasai tak puas hati ngan Ambiga dan BERSIH 3.0
  2. Geng PERKASA dan UMAMAKNO Pulau Pinang plak buat upacara pengebumian kat depan rumah Lim Guan Eng ... pasai diorang tak puas hati cara Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang.... 
Hahaha....

Lepas nih... boleh lar kiter buat benda yang samer gak kat semua rumah orang yang kiter tak puas hati.... hahaha.... kepimpinan dari teladan kan... hahahaha

Oh yer... pelik gak gua... macam mana geng peniaga KL yang didalangi PEKIDA tue boleh bukak gerai burger kat depan rumah Ambiga.... err... Penguatkuasa Majlis Bandaraya takder plak datang sergah dan rampas semuanya kerana berniaga ditempat yang tidak dibenarkan... hehehe... atau penguatkuasa sudah dibayar... sudah takut... pasai semua didalangi oleh UMAMAKNO .... hahaha...

Wei... hari nih depa kata hari ulangtahun UMAMAKNO ke 66 ..... hahaha... nak tipu pon pada-pada la.... itu dulu tahun 1987 kan sudah mati.... macam mana boleh sambut hari ulangtahun yang dah mati.... hahaha....

Ohh.... lupa la... yang dulu UMNO... yang sekarang nih UMAMAKNO .... hahaha... lain.. lain.... hahaha ... yang dulu disokong oleh manusia yang bernyawa... yang la nih disokong oleh hantu... pengundi hantu... hahahaha

Baca : SINI dan SINI

10 May 2012

Kan Gua Dah Bagitau

Bhai... kan gua dah bagitau ... persatuan silat yang ader kat Malaysia nih buat malu jer.. buat malu pengasas dan susur galur persilatan jer.... 

Dulu orang belajar silat untuk membenteras kezaliman dan menjaga kepentingan umum... la nih.... perguruan silat dah jadi komer-sial bhai... komer-sial .... hahaha

So... jadi la PEKIDA.. PERKASA... bouncer kelab malam... excort VVIP buat kerja maksiat... hahaha.... habis la... hahaha

05 May 2012

Buat Malu Perguruan Silat Jer

Hahaha... Pesilat-pesilat yang ader sekarang nih ... termasuk la guru-guru silat yang ader semuanya buat malu perguruan silat jer... hahaha...

Mana tidaknyer... sejak beratus tahun... kalu tak beribu tahun... orang belajar silat sebab untuk mempertahankan diri, keluarga dan masyarakat daripada ancaman kezaliman... dari dulu lagi semua perguruan silat mengajar anak muridnya akan falsafah silat.. falsafah dimana menegakkan yang hak dan menghalang kemungkaran....

Dulu masa gua "cuba" belajar ilmu silat Nasrul Haq (walaupun bapak gua tak kasi)... hahaha.... gua dibagitau oleh tok goru silat gua bahawa...ilmu yang ader tue aderlah untuk digunakan biler perlu... terutamanya untuk menentang kezaliman dan kemungkaran.... hehehe

Tapi.. la nih... mana dier semua perguruan silat... mana dier pesilat... mana dier tok guru silat... senyap... menikus... telur dah kecut ker... hahaha.... sebab takder saper pon nak menentang kezaliman dan kemungkaran... hahaha...

Malah... ader perguruan silat yang skrang nih bersekongkol dengan penzalim dan pemungkar.... malah bertindak mempertahankan orang dan pertubuhan yang khianat dan menekan rakyat.... hahaha... Ini semua sudah buat malu perguruan silat jer...

Aper daa.... tarak guna la kalu belajar silat setakat untuk jadi bouncer kelab malam... jadi bodyguard VVIP pi buat maksiat.... jadi kaki pukul .. dan jadi PEKIDA (kongsi gelap)... hahahaha.... buat malu perguruan silat jer... hahaha

Kalu setakat nak jadi gengster .. baik tak payah belajar silat... baik jer belajar kat KOLEJ PEKIDA kat Melaka tue... hahahaha......

03 March 2012

Harakah Sebenarnya Yang Taja Hassan Ali

Hahahaha.... rupa-rupanya bukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang taja Hassan Ali... bukan.. bukan KBS... sebenarnya yang taja Hassan Ali ialah Harakah...

Pasai aper gua tulis camnie... hahaha... pasai itu hari Hassan Ali ader pow duit Harakah... jadi dengan duit itulah Hassan Ali gunakan untuk buat roadshow nih... hahaha...

Kalu bukan Harakah.... errr... saper aaa...

Maybe SYABAS yang taja kot... bukan ker Hassan Ali cukup baik dengan pengerusi SYABAS... hahahaha.... ala berapa kupang sangat la yang SYABAS kuarkan buat menaja Hassan Ali nih... esok lusa dapat la balik modal tue... siap dengan interest sekali biler Pakatan Rakyat dah kalah di Selangor... hahaha

Oh yer.... nama NGO Hassan Ali tue sebijik sebuntat macam gaya PEKIDA... "tiga line" = "jalur tiga" ..... hahaha.... kalu namer dah samer... mesti geng-geng dalam dier pon samer... hahaha... samer spesis tabley pakai punya... hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1