Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label SKMM. Show all posts
Showing posts with label SKMM. Show all posts

31 January 2025

Hayat Edisi Siasat Pastinya Tidak Lama, SKMM Digesa Bertindak Segera

Bhai/DeeDee semua...

Punya lah koyak... sampaikan Telegram Edisi Siasat pun nak diblok. Hahaha

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) menggesa kerajaan menyiasat kewujudan Edisi Siasat ES yang berjumlah lebih dari 1.2 juta pada waktu ini.

En Shahbudin Embun Naib Pengerusi Sekpur menjelaskan pelbagai tohmahan wujud di Telegram ES yang boleh menggugat kestabilan kerajaan . Beliau memberikan contoh beberapa kesan negatif yang berpunca daripada siaran di ruangan telegram ES seperti kes kontrak oleh DBKL baru-baru ini sehingga mengakibatkan beberapa pihak yang terlibat terkesan.

En Shahbudin juga sempat membacakan beberapa lagi sebaran baru oleh ES yang melibatkan tokoh dan agensi kerajaan yang turut dipaparkan gambar serta data peribadi mereka.

 

05 May 2024

Sembang Tak Guna, Saman Je La

Bhai/DeeDee semua,,,

Sembang kari betul la ... Kalu dah tau yang media asing nih bagi berita fitnah... berita tak betul... apa tunggu lagi... Saman je la... Sembang tak guna la bhai...

Huhuhu



23 January 2024

Order Lain Sampai Lain

Bhai/DeeDee semua...

Barang Order: Naikkan tambang minima dan selaraskan semua syarikat.

Barang Sampai: Pakej Internet khas untuk P-Hailing.

#haprak #grabblackout #Telco #Grab #ehailingfm #ehailing #phailing

Lawak siot...  Hahahaha



16 October 2023

Memang Patut Pun Ditahan

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih takder kompromi... Menghina Jata Negara (National Crest) memang sewajarnya ditahan, didakwa dan dihukum... Ini takdak bagi muka langsung...

Benda simple.... banyak lagi cara nak kritik... tapi bukan dengan cara nih...

Batalkan jer Kerakyatannya.... selesai masalah..

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



05 October 2023

Jalur Lebar Unifi - Turun RM10 Je?

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum nih Menteri Komunikasi ader cakap harga jalur lebar akan turun dan berpatutan menjelang September 2023... Sedap dah dengar....

Tup-tup... abis dah September tak dengar lagi cerita dan update...

Last-last hari nih TM Unifi umum harga akan turun pada 1 Mac 2024 nanti... hahaha... tahun depan lar... Hahahaha ...

Yang lagi lawak.... untuk pakej 300Mbps.... cuma turun RM10 je .... Hahahaha.... siot ja TM menganjing harga turun... at least untuk pakej 500Mbps tue turun la dekat RM50 .... banyak la jugak... ajer ker gampang lar yang pakej 300Mbps tue cuma turun RM10 je ... babik aaa

Hahaha

camnie la ...

pakej B40 (30Mbps dan 100Mbps) dapat pengurangan RM20 dan RM30
pakej M40 (300Mbps) dapat pengurangan RM10
pakej T20 (500Mbps) dapat pengurangan RM50

Naya sungguh la sapa yang jadi M40 nih .... pariah sungguh la

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 




29 June 2023

Lemah ...

Bhai/DeeDee semua...

Laman web kena sekat?? Hahaha...  Lemah betul la Kerajaan Madani nih nak tackle isu... adoilah... Logik akal takder ISP nak sekat akses la... laman lucah pun bersepah tak kena sekat.... walaupun ISP dan SKMM tau laman web tue...

Takkan pokok bergoyang kalu takder monyet yang goncang... Hahahaha

Lemah ... Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim nih lemah betul lar... Kah Kah Kah.... cikai benar la...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



28 May 2023

Buat Degil

Bhai/DeeDee semua...

Dah nak jadi macam China la pulak.... semua komunikasi kena pantau... sembang sesama dalam grup geng-geng sekolah ker... geng kampung ker... geng opis ker... semua nak kena pantau... Adoilah... Dah macam takder privacy... kena kacau semua privasi kita wei...

Walaupun gua tau dah lama ader antu-antu kaki report yang ader dalam mana-mana grup Whatsapp dan Telegram... tapi takkan la apa sahaja komen kita pon nak kena pantau... nak kena vetting...

Adoilah..... takkan langsung kita tabley nak kritik kerajaan sedia ada.... kalu dah bodoh dan bangang... kena la kritik kata bodoh dan bangang...

Huhuhuhu....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Dah macam Kerajaan Komunis la


01 May 2023

Saman Ja Portal Rotikaya

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua tak cukup dengan penafian ja... tak cukup dengan kata portal Rotikaya tu buat fitnah.... terus saman ja portal Rotikaya tue...

Itu baru betul... kasik beringat sikit kat Portal Rotikaya tu....

Itu kalu betul ianya fitnah dan palsu.... hehehe... tatau la pulak kalu apa yang Rotikaya laporkan itu adalah benda yang sebenarnya... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S

Himpunan Madani Kedah 2023



Menteri setakat tegur ja.. Tak berani amik tindakan ka?

01 March 2023

Bocor Lagi Data Privasi ...

Bhai/DeeDee semua...

Jahanam Malaysia nih... satu demi satu portal terkait Kerajaan ader masalah dengan kebocoran data dan maklumat peribadi rakyat... Bocor lagi data privasi...

Kini kes berlaku dengan LHDN la pulak... Adoilah...

Mungkin pada sesetengah orang ini tiada apa... tapi bagi ramai orang.. ini adalah punca masalah Scammer yang tak berkesudahan di Malaysia nih.... sebab data asyik bocor jer... tak kira la ader PDPA ka apa ka... samer jer masalahnya...

Hampeh aaa

MyTAX bocor data


24 December 2022

Apa Sebenarnya Pelan Prabayar Murah?

Bhai/DeeDee semua...

Tempohari gua tak sempat nak ulas berkenaan Pelan Prabayar yang diumumkan oleh Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital)... sebab ada sikit kekangan masa... Tapi nasib baik kawan baik gua (Pendakwah Teknologi) ader buat satu video di YouTube berkenaan isu nih.... thanks...

Pada pandangan peribadi gua... Sewajarnya Malaysia mempunyai satu pelan prabayar MARHAEN yang macam nih.

  1. Tiada had (limit) tempoh sah penggunaan talian prabayar. Tiada 6 bulan, 2 tahun atau macam-mana... Ianya kekal aktif selamanya untuk terima panggilan dan SMS.
  2. Untuk kekal mendapat akses kepada data Internet, minima baki perlu ada dalam akaun prabayar adalah RM5 ... dan ini akan memberikan akses asas (basic) data Internet pada 64kbps (sekadar boleh memastikan aplikasi Whatsapp / Telegram / Signal berfungsi mengikut Fair Usage Policy (FUP)
  3. Had kuota bulanan bagi akses asas (basic) data Internet mengikut Fasal 2 adalah 10GB
  4. Pendaftaran talian prabayar ini dihadkan maksima 1 untuk setiap satu warganegara.
Amacam?



01 December 2022

Tindakan Yang Terlalu Perlahan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak bercerita pasai parti ker apa ker... Gua nak bercerita pasai keselamatan dan ketenteraman awam... Itu je kepentingan yang paling utama..

Pada gua... tindakan SKMM adalah satu tindakan yang terlalu perlahan... Maybe sebab SKMM itu sendiri ader bias terhadap fraksi politik..

Sepatutnya SKMM sendiri perlu ada satu unit pemantau yang non-biased terhadap politik... unit ini mesti sentiasa memantau media sosial dan memastikan bahan-bahan yang diviralkan dalam media sosial itu tidak berunsur memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam...

Tak perlu tunggu orang nak melaporkan... SKMM sendiri kena proaktif,

Sebab isu keselamatan dan ketenteraman awam boleh menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian bermasyarakat.... Benda ini berisiko tinggi... SKMM dan PDRM perlu pantau sentiasa... bahaya kalu dibiarkan hasutan ini bertebaran.. kena tangangi segera..

Jangan sampai dah kronik baru nak ditangani...



29 November 2022

Bunga-Bunga Memali 2.0

Bhai/DeeDee semua...

Mode bahaya. Bunga-bunga kearah Memali 2.0. Nauzubillah.
Moga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Aamin Ya Rabb.

https://www.facebook.com/dppns.org/posts/pfbid0MkzPtuviraWSBZKmnJUuncgU6sxq9cv9pbMerspmaqZtpPFEvkaDHTkejvPhY9MZl

#PDRM #SKMM #AncamanKeselamatan #RisikoKeselamatan

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan..



24 December 2021

Kerajaan Gestapo?

Bhai/DeeDee semua...

Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Ismail Sabri nampaknya dah macam Kerajaan Gestapo Hitler lah pulak... Cuba nak tutup mulut pengkritik.. Bukannya nak cari jalan perbaiki mana yang tak elok ... perbaiki mana yang salah silap.... tapi lebih kepada nak tutup kritikan dan teguran....

Adoilah...

Inilah bahananya dapat Kerajaan Persekutuan yang bukan mendapat mandat rakyat... Yang hanya mendapat mandat dari YDP Agong sahaja. Maaf cakap lah... Sepatutnya YDP Agong pulangkan mandat penentuan kerajaan kepada rakyat... Bukannya YDP Agong hanya memilih dikalangan apa yang dirasakan tepat pada pandangannya. Ini ada dalam Perlembagaan. Bukannya gua nak menidakkan kuasa YDP Agong atau menghinanya... Tapi ianya lebih kepada menjelaskan agar rakyat dapat lihat proses demokrasi itu berjalan sewajarnya... Proses Demokrasi Berparlimen....

Itu yang kita sebagai rakyat Malaysia mahukan. Bukan Kerajaan Gestapo yang macam nih.


Artikel berkaitan perkara ini ader gua jelaskan sebelum ini di SINI.


23 December 2021

#SKMM. Main Kasar Eh?

Bhai/DeeDee semua...

Pigidah SKMM .... Boleh blah .... Nak Main kasar eh? Takkan la SKMM dan Kerajaan Malaysia hati tisu? Takkan la tabley kena kritik?

Deyy ... Ini bukan zaman Kerajaan Parameswara la... Ini zaman Sultan Mahmud Mangkat Dijulang la wei.. Ini zaman Megat Sri Rama.

Tak payah nak hati tisu la... kerja buat okeh... takdak sapa mau kritik.. ... Ini kerja macam haramjadah... perangai macam haramjadah.... tindakan macam haramjadah... memang la patut kena kritik.. kena maki berjemaah... Takkan la nak kasik chan..

Benda bodoh dan bangang kita kena la cakap bodoh dan bangang... takkan la nak puja dan puji... Ajer gampang la...



10 December 2021

Kalaulah Tak Viral

Bhai/DeeDee semua...

Kalaulah tak viral... agak-agaknya pelakon lelaki Melayu dalam filem gay "Stay Away From Me" nak ker buat laporan Polis?? Agak-agaknya dier nak buat ka?? Hahaha...

Gua tak confident dier nak buat laporan Polis... tambah lagi biler gua dimaklumkan bayaran yang dier dapat agak lumayan... Huhuhu...

Tapi yer la... benda dah viral....  baru la kelam kabut buat report Polis..

Cuma satu jer... satu suara pon takder gua dengar dari Pemuda PAS .... tak kisah la Pemuda PAS Pusat atau Kawasan atau Cawangan... semuanya senyap sunyi... takkan la takder bantahan ka... komen ka... atau apa-apa yang berkaitan...

Takkan la kan... Biasa benda memalukan Melayu dan Islam nih dulu PAS memang cukup laju... tapi la nih dah mandom... lawak aaa...


PAS cuma berani cakap camnie jer sebelum nih..





24 September 2021

Cari Nahas

Bhai/DeeDee semua...

Jangan la seronok sangat nak viralkan video dan mesej lucah terkait dengan seorang Selebriti nih... nanti tak pasai-pasai lepak lokap... Jangan cari nahas... Kalu dapat orang sharekan... padam lah lebih bagoosh... atau simpan sekadar nak jadi bahan bukti kalu-kalu ianya diperlukan oleh pihak Polis nanti... jangan sambung viralkan lagi... 

Jangan cari nahas kat Seksyen 504 Kanun Keseksaan... dan jugak Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jangan cari nahas...

Sekian.

Jangan Cari Nahas


07 September 2021

Bodoh Punya Kerajaan Malaysia

Bhai/DeeDee semua....

Semua orang yang terlibat dalam industri Internet tahu kenapa kabel dasar laut lalu ditempat yang ada la nih.... bukan sebab apa... Semuanya sebab kos laluan itu akan dapat dicover dengan landing point yang tepat.... Kalu lalu berhampiran Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Singapura (ini laluan standard) ... landing point dapat dijimatkan.... dan trafik penggunaan dapat dimaksimakan.... dan ini menguntungkan..

Untuk makluman semua... untuk membaiki kabel dasar laut... kapal yang digunakan mestilah mampu untuk memgekalkan posisi di kedudukan tersebut pada setiap masa.... jika tidak ... proses membaik pulih kabel fiber optic dasar laut memang akan menghadapi masalah... Ini memerlukan kapal berspesifikasi DP2 (Dynamic Positioning 2) untuk kerja-kerja berkaitan...

Masalahnya,.. Malaysia memang takder kapal spec DP2 ini ataupun mana-mana kapal berspec DGPS

Tapi... Dasar Kabotaj Malaysia nih paling bodoh sebab memaksakan syarikat kabel dasar laut terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kapal DP2 terdekat dari Malaysia... Apa salahnya benarkan syarikat luar yang memiliki Kapal DP2 beroperasi..... tapi caj la sikit fees sebagai ganjaran...

Bukan tak boleh.... Adoilah.. Bayangkan syarikat seperti Google, Facebook, Amazon dan Microsoft dah berminat nak lalukan kabel dasar laut depa dekat Malaysia... dan tentunya akan ader landing point di Malaysia.... berapa banyak data yang akan dapat dijimatkan....







28 May 2021

RTM Menimbulkan Kegentaran Awam?

Bhai/DeeDee semua...

Macam mana boleh jadi camnie... Adoilah... cukup la Nilai 3 ja sudah hilang jadi sebahagian dari Selangor... Ini Seremban la pulak... Adoilah...

Apa nak jadi ni RTM ooi... ini sudah menimbulkan kegentaran awam ni...

Hahaha



23 May 2021

Tak Logik Lar

Bhai/DeeDee semua...

Tak logik la kerja-kerja clandestine ada dipamerkan maklumatnya dalam carta aliran organisasi atau pun di laman web organisasi... itu kerja gila dan bodoh la namanya.... Hahaha

“Kami tahu ada segmen khas dalam SKMM yang dikhususkan untuk politik, gangguan politik (political intrusion), kempen sabotaj dan lain-lain - yang ditutup serta-merta oleh PH di bawah menteri Gobind Singh Deo (menteri KKMM pada zaman PH).

“Soalannya, selepas pertukaran kerajaan (kepada PN), adakah mereka mengaktifkan semula unit bermatlamat politik ini? Itu kebimbangan saya.

“Saya percaya kepada Polis Diraja Malaysia dalam hal ini, tapi mereka kata arahan datang daripada SKMM pada saat-saat akhir. Itu benar-benar mewujudkan kesangsian,” katanya lagi.

SKMM hari ini juga menafikan adanya "unit khas" dalam suruhanjaya itu untuk tujuan politik, gangguan politik, kempen sabotaj dan lain-lain.

"SKMM berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta susunan organisasi SKMM dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh SKMM.

"Dalam hal ini, pihak SKMM ingin menjemput YB Syed Saddiq untuk hadir ke SKMM yang mana Suruhanjaya bersedia untuk memberikan penerangan penuh mengenai peranan dan carta organisasinya yang juga boleh didapati di laman sesawang rasmi SKMM,"




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1