Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kanun Keseksaan. Show all posts
Showing posts with label Kanun Keseksaan. Show all posts

05 April 2024

Ajer Bajang Lar

Bhai/DeeDee semua...

Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo Tinggi, Antoo Galah, Antoo Bagi Salam, Cik Ponti dan lain-lain.

Lepas kejadian di Manek Urai nih… Maybe kita akan dapat satu lagi Antoo … Antoo *toot* la pulak…

Ajer bajang aaaa…

Cukup la masalah dalam Malaysia yang dah banyak macam Ketaksuban Melampau terhadap Orang Agama, Orang Politik, Kartel dan Kayangan..

Nih nak tambah pulak ngan kes Antoo…



23 December 2022

Mereka Perlukan Sokongan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takder pengalaman penuh mengendalikan kes bunuh diri... tapi gua ader pengalaman mengendalikan kes suicide bomber (pengebom berani mati) .... Walaupun kedua-duanya situasi berbeza.. namun pengakhirannya adalah sama.... MATI ...

Bagi yang terfikir untuk mengambil nyawa mereka sendiri... yang nak bunuh diri mereka.... daripada banyak pembacaan dan info yang gua tahu... hampir semuanya disebabkan putus asa... kecewa... dan sudah tidak mampu untuk menampung tekanan perasaan .... dan semuanya juga terkait dengan kondisi kesihatan mental ...

Mereka adalah pesakit ... mereka bukan penjenayah... dan mereka tidak berminat untuk melakukan jenayah... kesihatan mental mereka berada pada tahap paling rendah... dan mereka perlu sokongan... mereka perlukan bantuan... mereka perlu pertolongan... dan mereka perlukan kaunseling dan kemudahan perubatan...

Bagi yang nak jadi suicide bomber... pengebom berani mati... yang itu lain kes... yang itu penjenayah... dan mereka perlu ditangkap, ditahan dan didakwa serta disabitkan kesalahan....  

Jadi.... apa salahnya undang-undang terkait dengan kesalahan hendak membunuh diri itu kita tukarkan daripada hukuman penjara kepada hukuman pemulihan mental dan kaunseling... Itu lebih baik dan bermakna...

Harap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim selaku PM10 dapat merealisasikan perubahan (reformasi) ini dengan segera dan cermat demi untuk menyelamatkan nyawa para pesalah (pesakit mental).


Mari bersama menyokong untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Seksyen tersebut menyatakan sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjarakan sehingga satu tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dalam wujudnya lacuna (lompang) - kerajaan boleh mengarahkan, secara pentadbiran, supaya polis menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 10 Akta Kesihatan Mental dalam kes cubaan membunuh diri untuk memasukkan orang itu ke hospital psikiatri. Birokrasi tidak sepatutnya mengorbankan nyawa.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih
Hotline: 15999

The Befrienders
Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995


24 September 2021

Cari Nahas

Bhai/DeeDee semua...

Jangan la seronok sangat nak viralkan video dan mesej lucah terkait dengan seorang Selebriti nih... nanti tak pasai-pasai lepak lokap... Jangan cari nahas... Kalu dapat orang sharekan... padam lah lebih bagoosh... atau simpan sekadar nak jadi bahan bukti kalu-kalu ianya diperlukan oleh pihak Polis nanti... jangan sambung viralkan lagi... 

Jangan cari nahas kat Seksyen 504 Kanun Keseksaan... dan jugak Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jangan cari nahas...

Sekian.

Jangan Cari Nahas


15 April 2021

Kes Viral Semalam

Bhai/DeeDee semua... 

Semalam viral kes majikan belasah dan ugut dengan senjata api kepada dua orang pengawal peribadinya (mangsa) yang berumur 26 tahun dan 43 tahun

Diberitakan suspek telah ditahan dan sedang disiasat berhubung satu laporan Polis yang dibuat oleh mangsa (pengawal peribadi)

Menarik sekali kalu kita tengok isu penggunaan senjata api oleh pengawal peribadi (mangsa) ini. Kerana berdasarkan gambar, gua tak percaya pengawal peribadi (mangsa) ini mempunyai lesen dan permit (CnU) pemilikan senjata api.

Dan gua berpandangan senjata api jenis pistol ini juga berkemungkinan besar tidak berdaftar.

Jika benar apa yang gua sangka, bukan sahaja suspek yang sangkut tapi mangsa pun akan sangkut sama... Kalu kena “picit” lebih lagi nih... ramai yang boleh kena kutip...

Itu kalu takder yang kawtim tepi la.... Hahahaha

Kalu ader ... what do you expect lar???



23 May 2013

Penjelasan Artikel Ooooo... Macam Itu Kisahnya..

Bhai... Bertalu-talu gua dapat call dan sms pro and kontra pasai artikel gua tengah malam tadi.... Hahaha... Banyak yang marah-marah... Ader yang tuduh gua buat fitnah...

Bhai... Gua takder masa nak buat dan layan fitnah .... Jadi aper yang gua tulis aderlah berdasarkan maklumat yang gua diberitahu..

Dan kalu ader sesapa yang tak puas hati... Konon kata gua memfitnah mamat tue... Sila pi semak kat JSJ atau Cawangan Khas.. Tanya diorang biler mamat nih kena soal siasat dibawah Akta Hasutan ker... Akta Keselamatan Dalam Negeri ker... Hahaha

Tanya la dier gak... Berapa lama dier pernah lepak lokap.... Sebagai pejuang rakyat... Even Che pon pernah masuk lokap... Even Hassan Banna pon masuk... Even Burhanuddin Al Helmi pon masuk....

Even Ibrahim Ali dan Kassim Ahmad pon pernah masuk ke dalam....  Even Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang pon pernah masuk ke dalam..... Hahaha

Aiyark... Marah lagi aaaa pentaksub mamat nih kat gua... Mau lepas nih gua kena belasah... rumah dan kereta kena simbah cat... maybe gak gua akan kena lastik.... Hahahaha

Takutnyer..... Hahahaha

13 May 2013

Pembunuh Upahan - Apa Motifnya

Bhai.... Untuk pengetahuan lu orang... ader 3 jenis pembunuh upahan yang ader dalam dunia nih.... Gua pernah diajar mengenai isu nih.... isu berkaitan dengan pembunuh upahan..
  1. Pembunuh upahan berbayar - jenis yang nih memang hanya pikir pasai duit.. saper bayar lebih dier akan uruskan pembunuhan untuk pembayar tue... cumanya dalam banyak kes... ader dikalangan pembunuh upahan nih berpaling tadah dan membunuh orang yang mengupahnyer... sebab sasaran (target) membayar 2 kali ganda untuk counter assignment tue
  2. Pembuuh upahan beridealisma - jenis nih boleh sama ada dibayar atau juga percuma kerana dier melakukan pembunuhan tue berasaskan idealisma... Contohnyer.. jika dier nih anti pemurtadan... dier akan amik assignment untuk membunuh orang yang menganjurkan kempen murtad.. .
  3. Pembunuh upahan psikotik - jenis yang ini pulak adalah jenis pembunuh upahan hati kering.... dier akan bunuh sasaran dier tanpa banyak soal atau bayaran... dier bunuh pasai dier seronok dapat membunuh... Dier nih memang spesis gila....
Okeh.... walau aper pon jenis pembunuhan yang dilakukan oleh mana-mana klasifikasi pembunuh upahan... motif pembunuhan tetap ada....dan motif ini ditentukan oleh orang yang memberikan assignment kepada pembunuh upahan tersebut.... orang yang membayar....

Jadi... ader beberapa kategori pembunuhan yang biasa dilakukan oleh pembunuh upahan...
  1. Membunuh dengan senjata api (tembak secara berdepan)
  2. Membunuh dengan senjata tajam / tumpul (pisau, parang, pedang, kayu besbol, kayu golf)
  3. Membunuh dengan tali (menjerut)
  4. Membunuh dengan plastik atau bantal (melemaskan)
  5. Membunuh dengan air (melemaskan)
  6. Membunuh dengan racun / dadah.
  7. Membunuh dengan mencampakkan dari atas tempat tinggi.
  8. Membunuh dengan peledak (bom kereta, bom kalungan bunga, gas masak dipasang timer)
Persoalannya yang ingin gua ketengahkan aderlah..... aperkah motif disebalik pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya baru-baru nih.... Aderkah motifnya berkaitan dengan rampasan... balas dendam ... atau kerugian berpuluh juta.... mana satu motifnya....


30 April 2013

Kalau Blogger Milo Suam Ditahan Dan Didakwa

Bhai .... Lu orang percaya tak kalu gua katakan bahawa blogger Milo Suam tidak akan ditahan atau didakwa sebelum 5 Mei 2013 nih..... Lu orang percaya tak???

Hahahaha.... untuk pengetahuan lu orang.... kalu PDRM tahan dan dakwa blogger Milo Suam sebelum hari pembuangan undi.... gua berani jamin yang kesan langsung benda nih akan menyebabkan BN mendapat undi yang lagi corot.... hahaha... serangan macam nih PDRM takkan buat dalam masa terdekat nih...

Melainkan kalu selepas 5 Mei 2013 dan keputusan PRU13 memperlihatkan bahawa BN telah menang dan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia.... Kalu ini berlaku... maka bukan sahaja Milo Suam akan dikenakan tindakan tahanan ... malah mungkin ramai lagi blogger pro PR yang akan ditahan dan didakwa....

Mungkin jugak gua pon boleh kena.... hahahaha... tapi insyaAllah... kabel gua masih lagi kuat..... bekap baik punya.... hahahaha...

So... kalu BN kalah... memang takkan ader la blogger yang kena siasat dan tahan serta dakwa... tapi kalu BN menang.... masak la kiter semua.... hahaha..... blogger lucah macam PapaGomo, Parpukari, RBF dan lain-lain sure tarak kena siasatan... tapi yang akan kena aderlah kiter nih... blogger pro PR....

Hahaha.... sabor jer la...


28 June 2011

Berkampung Di Bukit Jalil

Bhai..... info yang gua dapat... hehehe... bermula dari dua hari sudah... semakin ramai anggota PDRM telah digerakkan dari seluruh Malaysia .... semuanya kerana program Bersih 2.0 .... hehehe... dah lama tak tengok ramai anggota polis dari pelbagai pelusuk negara digerakkan ... berkumpul... hehehe.... Last sekali gua ingat benda nih berlaku... sekitar tahun 1998 dulu...

Ini ... pergerakan anggota Polis dari Sabah dan Sarawak pon dah ada yang mula sampai.... nampaknya ramai yang berkampung di Bukit Jalil nih....Hahaha..... ramai ooo... gua jangkakan sekitar 1000 orang anggota akan dimobilasikan.... Hahaha... ramai tue... saper yang dapat bisnes supply nasik bungkus nih.... tentu masyuk nih....

Roadblock khabarnya (maklumat dalaman yang gua dapat) akan bermula pada hari ini... dah banyak tempat gua diberitau ader roadblock.... bonet kereta mesti akan dibuka... kalu ader sesapa budak muda ramai-ramai naik kereta... mesti kena tahan... jadi jangan bodoh bawak baju kuning Bersih 2.0 .... hantar jer pakai khidmat kurier pada kengkawan di KL suruh simpankan....

Kalu ader Polis datang nak geledah rumah korang (untuk cari baju dan banner Bersih 2.0) .... korang mintak jer diorang tunjukkan waran geledah dulu.. Kalu depa takder bawak waran geledah yang Magistret tandatangan.... korang lanchowkan jer Polis tue... bangang aper nak masuk geledah takder waran.... Kalu depa berkeras gak nak masuk rumah korang... korang boleh caj depa menceroboh.... report jer kat mana-mana peguam.... mesti kena punya itu Polis... tak reti ikut SOP...

Lagi satu gua nak kasitau lu orang.... bloggers.... tolong jangan bawak notebook waktu nak pegi Bersih 2.0 .... tak payah bawak... bawak jer buku nota kecik... nanti tak pasai-pasai kena rampas atau pecah... tentang kamera... pandai-pandai la korang handel...

Oh yer... Bermula dari 1 Julai 2011 ... Ops Sekat dan Ops Tangkap akan bermula... jadi nampaknyer kiter semua kena pakai teknik cats and mouse... hehehe.... maybe gua pon akan kena tahan.... tapi takper.. nak buat camana... kiter tengok berapa ramai yang Polis boleh tahan....

Lagi satu... lupa... gua lupa nak kasitau.... Info dari dalam pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja gua dah dapat... draf pengisytiharan pengharaman Bersih 2.0 oleh telah siap khabarnya... maybe depa akan kuarkan dalam dua tiga hari nih... Khabarnya dah dapat signature... gua pon tarak tau camana boleh dapat sign tue... sebab .... sebab..... (tarak best la gua publish sini.. lu orang cari la sendirik sebabnya)

Jadi... sebagai persiapan lanjut... gua cadangkan kat Mat Sabu supaya gerakkan agenda perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja di KL .... tapi disemua ibu negeri seluruh Malaysia... Kalo boleh buat di setiap daerah... Polis bukannyer ader cukup anggota... ramai dah dimobilasikan ke KL.... hahaha

So... kesimpulannya.... semua tangkapan yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Polis pastinya akan diklasifikasikan dibawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong ... yang ini boleh membawa kepada hukuman mati mandatori... huh... hebat kali nih.. kalu dulu setakat guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada penahanan tanpa bicara... yang kali nih... boleh kena hukuman mati mandatori tue.... hebat....

23 August 2010

Dalam Diam Kerajaan Laksana Akta DNA

Bhai... lu jangan terkejut... biler tetiba jer Akta DNA diluluskan ... dan dalam diam kerajaan laksana Akta DNA.... pasai aper perlu cepat Akta DNA nih...

Kunun.. dengan adernyer akta DNA nih... akan ujud satu bank DNA untuk simpan semua data penjenayah.... senang nak kesan lain kali.... dan sebab isu buang bayi dah menjadi satu masalah besar nih... diorang nak mempercepatkan penggunaan DNA database nih...

Sebenarnya memang la bagus bank DNA nih... yer la... mudahkan urusan pengecaman... cuma yang tak bagusnyer... ianya dikendalikan oleh PDRM yang terkenal dengan tak telus... korup dan mudah salahguna kuasa.....

Cuba ambik senario nih.... katakan la lu ader kawan ngan satu awek tue.... pastu dalam masa yang samer ader seorang pegawai PDRM pon minat gak kat awek tue... cuma awek tue kureng layat mamat PDRM tue....

Lu memang pernah pergi rumah awek tue... lepak.... tapi one day tue.. lu dapat tahu awek tue mati selepas dirogol....

Polis buat siasatan.... dan lu kena tahan pasai jadi prime suspect... cap jari lu dah berlambak ader kat rumah tue... walaupun alibi lu cun abis... tapi... ntah camana kononnyer terdapat DNA lu pada mayat awek tue... dan kesan air mani lu (kesan DNA) ader kat dalam kemaluan awek tue....

Lu kena tahan.. dakwa... tuduh.. dan dijatuhkan hukuman dibawah sekysen 302 kanun keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.... walhal... yang sebenarnya... bukan lu yang rogol dan bunuh awek tue....

Tapi.. pegawai PDRM yang minat ngan awek tue (tapi tak dilayan) yang framekan lu ... dier yang rogol dan bunuh.... dan ... dier letak semua DNA punya signature pada mayat awek tue... Mamat pegawai PDRM tue rupanyer kerja handle database DNA di Malaysia.... tak ker naya sama lu...

Bhai.. lu jangan ingat benda camnie tak boleh nak jadi... hehehe... boleh la bhai... yang perlu cuma motif, masa dan duit..... itu jer...

So... tolong aaa... jangan la kasi chan kerajaan laksana Akta DNA pasai kononnyer nak menyekat kes pembuangan bayi..... itu semua cover-up jer.... hampeh la...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1