Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label JKM. Show all posts
Showing posts with label JKM. Show all posts

23 December 2022

Mereka Perlukan Sokongan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takder pengalaman penuh mengendalikan kes bunuh diri... tapi gua ader pengalaman mengendalikan kes suicide bomber (pengebom berani mati) .... Walaupun kedua-duanya situasi berbeza.. namun pengakhirannya adalah sama.... MATI ...

Bagi yang terfikir untuk mengambil nyawa mereka sendiri... yang nak bunuh diri mereka.... daripada banyak pembacaan dan info yang gua tahu... hampir semuanya disebabkan putus asa... kecewa... dan sudah tidak mampu untuk menampung tekanan perasaan .... dan semuanya juga terkait dengan kondisi kesihatan mental ...

Mereka adalah pesakit ... mereka bukan penjenayah... dan mereka tidak berminat untuk melakukan jenayah... kesihatan mental mereka berada pada tahap paling rendah... dan mereka perlu sokongan... mereka perlukan bantuan... mereka perlu pertolongan... dan mereka perlukan kaunseling dan kemudahan perubatan...

Bagi yang nak jadi suicide bomber... pengebom berani mati... yang itu lain kes... yang itu penjenayah... dan mereka perlu ditangkap, ditahan dan didakwa serta disabitkan kesalahan....  

Jadi.... apa salahnya undang-undang terkait dengan kesalahan hendak membunuh diri itu kita tukarkan daripada hukuman penjara kepada hukuman pemulihan mental dan kaunseling... Itu lebih baik dan bermakna...

Harap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim selaku PM10 dapat merealisasikan perubahan (reformasi) ini dengan segera dan cermat demi untuk menyelamatkan nyawa para pesalah (pesakit mental).


Mari bersama menyokong untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Seksyen tersebut menyatakan sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjarakan sehingga satu tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dalam wujudnya lacuna (lompang) - kerajaan boleh mengarahkan, secara pentadbiran, supaya polis menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 10 Akta Kesihatan Mental dalam kes cubaan membunuh diri untuk memasukkan orang itu ke hospital psikiatri. Birokrasi tidak sepatutnya mengorbankan nyawa.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih
Hotline: 15999

The Befrienders
Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995


12 October 2022

Nak Menang PRU15 Ke Tidak Nih?

Bhai/DeeDee semua...

Kupon Bantuan

Sebenarnya gua dah lama nak tulis bab ini tapi biasa la… biler ader benda lain yang datang… mesti lupa nak tulis benda ni… hehehe

Kita tahu banyak NGO yang suka berikan bantuan kepada marhaen mustad’afin dan golongan yang terkesan (ekonomi atau selainnya)
Dan setiap kali bantuan diberikan mestilah barang-barang makanan yang diberikan. Tumpuan pastinya akan lebih kepada sumbangan beras, tepung gandum, minyak masak, gula, garam, kicap, teh, kopi, milo, mee segera dan sardin.

Kita faham itulah piawaian kotak bantuan yang selalu disediakan oleh badan-badan kebajikan, NGO dan juga agensi Kerajaan.

Tapi…

Tapi kalu penerima yang sama mendapat dua tiga kali kotak bantuan yang mempunyai isi kandungan yang sama… maka agak bermasalah lah jugak.

Sebab biasanya penerima kotak bantuan tu perlukan benda-benda lain seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, asam jawa, asam gelugur, cuka atau yang lainnya…

Mungkin jugak penerima perlukan susu untuk bayi, lampin pakai buang atau tisu wanita. Tentunya penerima bantuan nih agak segan nak bertanya. 

Ada orang kata kalu kita berikan bantuan secara wang tunai akan jadi isu salahguna dan pelbagai lagi… Malah orang kata ianya tak sesuai.

So…

Apa kata kita tukar konsep pemberian kotak bantuan kepada Kupon Bantuan yang bernilai setara.

Dulu di Hypermarket Giant ada dijual Gift Card bernilai RM10, RM50 dan RM100. Gift Card ini hanya boleh digunakan untuk membeli apa-apa barangan di Giant. 

Jadi kita boleh gunakan cara ini bagi memudahkan penerima bantuan membuat pilihan barangan keperluan mereka sendiri. Pastinya kita boleh lock kad kupon ini hanya boleh  digunakan untuk pembelian barangan tertentu sahaja.

Kerjasama dengan semua Pasaraya Besar dan setempat seperti AEON Big, Lotus’, Giant, Mydin, NSK, KKMart, 99Sperdmart, 7Eleven, JayaGrocer dan lain-lainnya boleh dibuat.

Buat lah satu “Unified Cashless Paying Coupon” yang standard dimana boleh digunakan disemua tempat ini dan semua NGO, badan kebajikan serta Agensi Kerajaan ini boleh membelinya.

Nak mudah… Kad Kupon Bantuan ini boleh dibeli di semua Pejabat POS di seluruh Malaysia. Bila lagi kita nak memanfaatkan rangkaian Pejabat POS yang memang lengkap dan tersambung dengan rangkaian Internet.

Satu logo boleh digunakan… sebagai contoh Kad Kupon Bantuan ini kita boleh beri nama Kupon Bantuan Keluarga Malaysia (KBKM). Kita boleh buat Kad Kupon Bantuan ini dalam dua bentuk (preload) atau (cycleload)

Preload (kad sekali guna) 
Cycleload (kad boleh guna banyak kali - tambah nilai)

Bukankah ianya lebih mudah???

Sure mesti akan ada yang kata bagaimana pula dengan mesin “Terminal Pembayaran”… apa nak susah… Semua pekedai yang nak meneriman kupon ini perlulah mempunyai smartphone …  dan mempunyai satu perisian khas (mobile apps KBKM).

Lagi satu… mesti akan ader mangkuk / wqlaun / macai yang akan kata kenapa tak gunakan Boost atau TouchNGo… Hahaha… 

Kalau guna Boost atau TouchNGo… kita tak boleh kawal pembelian barangan tu… nanti tak pasai-pasai penerima bantuan dok shopping benda tak tentu hala macam beli arak, rokok, vape ataupun berjudi mesin kuda… (hahaha)

By the way… gua lebih prefer kita gunakan Kad Kupon Bantuan Keluarga Malaysia nih dari jenis Cycleload.

Amacam?? 

Takdak sapa ahli politik ka yang nak jadikan benda nih realiti ka? Takkan taknak masukkan jadi bahan kempen PRU15… Apa lagi mau tunggu? Takmo nak menang ka?

Oh ya… Consultancy Fees gua lu orang jangan lupa… tak mahal… RM2 juta jer untuk idea yang ini… Hahaha

Nak yang lain-lain servis (terutamanya cara camana nak menang PRU15) boleh diskas ngan gua.. Takder masalah… PM tepi ja…  gua taknak jawatan politik… gua nak komisyen dan fees gua jer…
Ader paham?? Hahaha

#pru15 #kempen #ideakempen #bantuanbanjir #danabanjir #ngo #danapru



02 October 2022

Kerajaan Tidak Mesra OKU

Bhai/DeeDee semua...

Pada gua la, semua #syarikat yang beroperasi di Malaysia nih terutamanya #GLC wajib menggajikan sekurang-kurangnya 10% dari kakitangannya dari kalangan OKU.

Syarikat yang engkar perlu dikenakan cukai lebih tinggi. Sebab hasil #cukai ini akan digunakan untuk menangani isu terkait #OKU.

Amacam #LHDN? Boleh ka buat camnie?



23 February 2022

Tukar Agama Sepihak? Wajarkah Dibenarkan?

Bhai/DeeDee semua...

Dewan Ulama PAS mahu pertukaran agama sepihak dibenarkan disegi undang-undang. Bukan sahaja PAS tapi ramai lagi yang berpadangan sebegini.

Sebenarnya tindakan ini mengundang masalah dimasa akan datang. Betul ianya perlu dalam kes 3 orang kanak-kanak nih... Tapi ianya tetap tidak bersesuaian. Video ini memberikan hujah kenapa kebenaran pertukaran agama satu pihak (sepihak) amat tidak sesuai demi kemaslahatan rakyat dan keharmonian kaum serta agama di Malaysia.

Kita ada undang-undang. Ada sebab kenapa undang-undang kita tidak membenar proses ini berlaku.

#Murtad #Mualaf #Islam #JAKIM #JKM #MAZA #RORA #PEMBELA #Perlis #Mufti #TukarAgama #ReligiousConversion

#CipanTapirTenuk #SocialCritics

24 December 2021

Jangan La Khianatkan Orang Asal / Orang Asli

Bhai/DeeDee semua...

Gua kalu bab berkenaan Orang Asal / Orang Asli (OA) nih gua memang hangin... Sebab pada gua OA nih lagi berhak macam-macam bantuan dan sokongan.... Sebab itu gua hangin biler dengar berita macam ni...

Korang nih kalu tak khianat ngan Orang Asal / Orang Asli (OA) tak boleh ka? Dah depa taknak pindah ke PPS, takkan la depa tak layak bantuan ka pampasan ka?

Bangsat apa la korang nih... Sedar la diri wei.... korang tue pendatang... OA nih asal sini... Bangkai betul la korang nih...



28 January 2021

Jadi Mangsa Keadaan?

Bhai/DeeDee semua..

Membaca berita ini di Malaysiakini menyebabkan gua rasa sebab... Sudahlah Orang Asal (OA) nih berada jauh daripada bandar terdekat... dengan kemudahan yang kurang... serta dipakaikan gelang merah... macam mana mereka nak survive...

Nak ke bandar tak boleh... nak beli keperluan makanan pun tak boleh... nak mohon bantuan pun macam takder yang nak bantu.. malah nak buat laporan polis pon kena halau... nak kerja tambahlah lagi susah dalam keadaan PKP 2.0 dan Darurat nih... 

Apa nasib diorang dan ramai lagi Orang Asal (OA) yang tertekan nih...

Apa bantuan yang ader... apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh buat? takkan nak biarkan mereka ni dalam keadaan nih.... ditambah lagi dengan anak-anak yang perlu menyambung persekolahan secara PdPR .... adoilah...

Kesian sungguh la...



15 January 2013

#Listen : Peringatan Buat Peguam Negara

#Listen... #Listen... #Listen ..... Ini adalah satu peringatan buat Peguam Negara Malaysia..... Jika lu bertegas ingin mengambil tindakan mendakwa para ibubapa yang membawa anak-anak mereka turut serta dalam mana-mana perhimpunan aman.... maka... gua dan semua ibubapa yang prihatin akan mengambil satu tindakan drastik... iaitu...

Sebagai solidariti kepada semua yang bakal didakwa, kitorang sumer dengan anak-anak kitorang akan berhimpun walau di Mahkamah mana sekalipun proses pendakwaan dan bicara ini dilakukan... Ini adalah satu peringatan.... dan ianya bukanlah ugutan... Jangan ingat kitorang sumer takut... jangan ingat kitorang tabrani nak buat semua nih... cubalah tengok...

Jika Kerajaan Malaysia bertegas untuk tetap tidak membenarkan para ibubapa membawa anak-anak mereka berhimpun dalam mana-mana perhimpunan aman.... maka sewajarnya... pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu menyediakan satu premis khas penjagaan sementara bagi kitorang untuk meletakkan anak-anak kitorang disitu bagi memudahkan kitorang terlibat dalam perhimpunan aman...

Sebab hak untuk berhimpun secara aman adalah dibenarkan dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia... dimana jika ada mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan, maka secara otomatiknya ianya terbatal kerana Perlembagaan Malaysia adalah yang lebih utama.

Kalu Kerajaan Malaysia boleh menyediakan premis penjagaan sementara anak-anak ini dengan percuma, maka barulah bersesuaian larangan membawa anak-anak menyertai perhimpunan aman boleh dilaksanakan... Jika tidak... maka secara logik dan realistik... larangan ini tidak terpakai... tidak valid.... null and void... (irritum et inane)

Ingat...  lu tau undang-undang... kitorang pon tau gak undang-undang.... jangan ingat lu sorang jer hebat.....



HAK BERHIMPUN HAK KITORANG

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1