Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Keluarga Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Malaysia. Show all posts

12 October 2022

Nak Menang PRU15 Ke Tidak Nih?

Bhai/DeeDee semua...

Kupon Bantuan

Sebenarnya gua dah lama nak tulis bab ini tapi biasa la… biler ader benda lain yang datang… mesti lupa nak tulis benda ni… hehehe

Kita tahu banyak NGO yang suka berikan bantuan kepada marhaen mustad’afin dan golongan yang terkesan (ekonomi atau selainnya)
Dan setiap kali bantuan diberikan mestilah barang-barang makanan yang diberikan. Tumpuan pastinya akan lebih kepada sumbangan beras, tepung gandum, minyak masak, gula, garam, kicap, teh, kopi, milo, mee segera dan sardin.

Kita faham itulah piawaian kotak bantuan yang selalu disediakan oleh badan-badan kebajikan, NGO dan juga agensi Kerajaan.

Tapi…

Tapi kalu penerima yang sama mendapat dua tiga kali kotak bantuan yang mempunyai isi kandungan yang sama… maka agak bermasalah lah jugak.

Sebab biasanya penerima kotak bantuan tu perlukan benda-benda lain seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, asam jawa, asam gelugur, cuka atau yang lainnya…

Mungkin jugak penerima perlukan susu untuk bayi, lampin pakai buang atau tisu wanita. Tentunya penerima bantuan nih agak segan nak bertanya. 

Ada orang kata kalu kita berikan bantuan secara wang tunai akan jadi isu salahguna dan pelbagai lagi… Malah orang kata ianya tak sesuai.

So…

Apa kata kita tukar konsep pemberian kotak bantuan kepada Kupon Bantuan yang bernilai setara.

Dulu di Hypermarket Giant ada dijual Gift Card bernilai RM10, RM50 dan RM100. Gift Card ini hanya boleh digunakan untuk membeli apa-apa barangan di Giant. 

Jadi kita boleh gunakan cara ini bagi memudahkan penerima bantuan membuat pilihan barangan keperluan mereka sendiri. Pastinya kita boleh lock kad kupon ini hanya boleh  digunakan untuk pembelian barangan tertentu sahaja.

Kerjasama dengan semua Pasaraya Besar dan setempat seperti AEON Big, Lotus’, Giant, Mydin, NSK, KKMart, 99Sperdmart, 7Eleven, JayaGrocer dan lain-lainnya boleh dibuat.

Buat lah satu “Unified Cashless Paying Coupon” yang standard dimana boleh digunakan disemua tempat ini dan semua NGO, badan kebajikan serta Agensi Kerajaan ini boleh membelinya.

Nak mudah… Kad Kupon Bantuan ini boleh dibeli di semua Pejabat POS di seluruh Malaysia. Bila lagi kita nak memanfaatkan rangkaian Pejabat POS yang memang lengkap dan tersambung dengan rangkaian Internet.

Satu logo boleh digunakan… sebagai contoh Kad Kupon Bantuan ini kita boleh beri nama Kupon Bantuan Keluarga Malaysia (KBKM). Kita boleh buat Kad Kupon Bantuan ini dalam dua bentuk (preload) atau (cycleload)

Preload (kad sekali guna) 
Cycleload (kad boleh guna banyak kali - tambah nilai)

Bukankah ianya lebih mudah???

Sure mesti akan ada yang kata bagaimana pula dengan mesin “Terminal Pembayaran”… apa nak susah… Semua pekedai yang nak meneriman kupon ini perlulah mempunyai smartphone …  dan mempunyai satu perisian khas (mobile apps KBKM).

Lagi satu… mesti akan ader mangkuk / wqlaun / macai yang akan kata kenapa tak gunakan Boost atau TouchNGo… Hahaha… 

Kalau guna Boost atau TouchNGo… kita tak boleh kawal pembelian barangan tu… nanti tak pasai-pasai penerima bantuan dok shopping benda tak tentu hala macam beli arak, rokok, vape ataupun berjudi mesin kuda… (hahaha)

By the way… gua lebih prefer kita gunakan Kad Kupon Bantuan Keluarga Malaysia nih dari jenis Cycleload.

Amacam?? 

Takdak sapa ahli politik ka yang nak jadikan benda nih realiti ka? Takkan taknak masukkan jadi bahan kempen PRU15… Apa lagi mau tunggu? Takmo nak menang ka?

Oh ya… Consultancy Fees gua lu orang jangan lupa… tak mahal… RM2 juta jer untuk idea yang ini… Hahaha

Nak yang lain-lain servis (terutamanya cara camana nak menang PRU15) boleh diskas ngan gua.. Takder masalah… PM tepi ja…  gua taknak jawatan politik… gua nak komisyen dan fees gua jer…
Ader paham?? Hahaha

#pru15 #kempen #ideakempen #bantuanbanjir #danabanjir #ngo #danapru



23 December 2021

#SKMM. Main Kasar Eh?

Bhai/DeeDee semua...

Pigidah SKMM .... Boleh blah .... Nak Main kasar eh? Takkan la SKMM dan Kerajaan Malaysia hati tisu? Takkan la tabley kena kritik?

Deyy ... Ini bukan zaman Kerajaan Parameswara la... Ini zaman Sultan Mahmud Mangkat Dijulang la wei.. Ini zaman Megat Sri Rama.

Tak payah nak hati tisu la... kerja buat okeh... takdak sapa mau kritik.. ... Ini kerja macam haramjadah... perangai macam haramjadah.... tindakan macam haramjadah... memang la patut kena kritik.. kena maki berjemaah... Takkan la nak kasik chan..

Benda bodoh dan bangang kita kena la cakap bodoh dan bangang... takkan la nak puja dan puji... Ajer gampang la...



17 December 2021

Sembunyi Bahan Bukti Kes SRC International?

Bhai/DeeDee semua...

Nak gelak pon ader... betul lar... pasai Peguambela Najib Razak cakap... ader pihak yang sedang menyembunyikan bahan bukti kes SRC International... err .. sebab dia kata susah biler pihak berkuasa didapati menyorokkan bahan bukti kes SRC International .... hahaha....

Pelik ngan statement peguambela nih.. pasai Kerajaan Persekutuan yang sedang memerintah sekarang nih adalah Kerajaan yang diterajui oleh UMNO itu sendiri... Parti yang mana Najib Razak adalah bekas Presidennya... dan masih lagi jadi Ahli dalam UMNO...

Takkan la Kerajaan UMNO takmo bagi kerjasama... Takkan la Kerajaan UMNO Ismail Sabri nak kenakan Najib Razak... takkan la kot... tambah lagi Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) tue berkawan baik dengan Najib Razak... Hahaha... 

Takkan la kot...

Sekarang nih bukan Kerajaan Pakatan Harapan .... Bukan Mahathir Mohamed yang lead negara.... Hahaha... 

Nak sembang pon agak-agak la...





11 December 2021

Kena Kompaun RM1000 Je?

Bhai/DeeDee semua...

Makaih... murah benar... kena kompaun RM1000 jer... takkan la sikit sangat macam ini kot... Aper ader hal kena kompaun RM1000 .... macam kacang jer... celah gigi...

Kedai makan yang tak dapat pastikan SOP pon boleh kena RM50000 ... even kedai burger pon pernah kena RM50000 .... kedai runcit pernah kena RM1000

Takkan la acara macam nih hanya kena RM1000 .... macam tak logik ja... kan kan kan...

Hahaha..



09 December 2021

Dwi Standard

Bhai/DeeDee semua...

Dua-dua adalah perhimpunan yang ramai orang.... yang susah kita nak pastikan semua orang patut SOP... tapi kenapa ada dwi standard? Kenapa ader beza-beza...

Macam kes berhimpun dalam Stadium boleh.... tapi masuk Masjid tak boleh  ... kena ikut SOP....

Adoilah... payah aaa



11 October 2021

Parti Kuasa Rakyat VS Muda

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang nih semua mata tertumpu ngan satu parti politik yang baru nak dibangunkan... Parti Kuasa Rakyat yang dipengerusi penajakan oleh adik PM Ismail Sabri iaitu Kamarazman Yaakob..... Aderkah Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) akan meluluskan penubuhannya atau tidak....

Sebab itu hari MUDA tak lulus penubuhannya... ditolak oleh RoS ....

Takkan parti adik PM mudah pulak luluskan... Hahaha... kita tengok la yer... hhahaha... kalu mudah lulus... memang nampak sangat la kan... Hahahaha



10 October 2021

Janganlah Ketegaq Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Dah lepaskan jawatan EXCO tue... pandai-pandailah nak pulangkan balik hak dan aset kerajaan Negeri.. Itu semua bukan harta mak bapak korang untuk ditaji...

Sampai masa kena pulangkan semua.... sangan nak dok samseng bagai...

Cumanya... baru gua kenal muka Ketua Menteri Melakan nih... hahaha... selama ini gua tak kenal... hahaha.... Adoilah...



03 October 2021

Menteri IQ Kobis?

Bhai/DeeDee semua...

Dah memang ini Menteri Kobis... nak bekap apa lagi? Bukan setakat IQ jer Kobis... tapi segalanya Kobis. Dapat Kabinet pon Kabinet yang Kobis. Ada PM pon PM yang Kobis. Adoilah... Malah Yang Melantik pon Kobis.

Hahaha. Lawak siot.

What do you expect.... The complete chain of Cabbage (Kobis) ... Hahaha

Menteri IQ Kobis


01 October 2021

Persoalannya Sudah Terjawab Dengan Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Najib Razak kata keluarganya diberikan masa beberapa jam sahaja untuk berpindah keluar dari Seri Perdana selepas Kerajaan Pimpinannya tumbang. Dan dier salahkan Pakatan Harapan yang katanya dok push suruh keluar sebab Muhyiddin Yasin nak masuk Seri Perdana.

Errr.... sekejap...  

Selepas kejatuhan Barisan Nasional yang menyebabkan Najib Razak hilang jawatan Perdana Menteri....  itu adalah masa Pakatan Harapan memerintah... dan masa tue ... Seri Perdana agak lama barulah dihuni oleh Mahathir Mohamed.... hampir dekat sebulan masanya... Mahathir Mohamed adalah Perdana Menteri masa tue... dan Muhyiddin Yasin pulak adalah bukan berjawatan Timbalan Perdana Menteri... Timbalan Perdana Menteri adalah Wan Azizah.

Jadi... bila masa Muhyiddin Yasin punya orang boleh plan nak masuk Seri Perdana...

Dan.... Kabinet Muhyiddin Yasin telah meluluskan peruntukan untuk ubahsuai itu pada 19 Mac 2021 ... iaitu semasa Kerajaan Perikatan Nasional sedang memerintah... lama selepas kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan dengan Langkah Sheraton (Kerajaan Tebuk Atap) selepas 22 bulan memerintah.

So... time frame defensive cerita yang Najib Razak story nih banyak yang tak betul.. banyak yang mengelirukan... dan memburukkan Pakatan Harapan... yang memang takder kena mengena dengan ini cerita....

Hahaha... lawak siot citer penafian dari Najib Razak nih... last-last sendiri mengaku bawak keluar barang dan letak dalam warehouse. Hahahaha



29 September 2021

Satu Pertanyaan Yang Sah

Bhai/DeeDee semua...

Ader satu pertanyaan yang gua lihat sah (valid) dari Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO) berkenaan dengan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12)... yer... pertanyaan yang gua sendiri pun tertanya-tanya... sebab rasa janggal dan pelik...

"Kerajaan wajar menjelaskan bagaimana RMK-12 ini akan dibiayai. Rancangan yang baik hanya akan menghasilkan impak terbaik dengan pembiayaan yang mapan.

"Dalam keadaan hasil mahsul negara sangat terkesan akibat pandemik, hutang negara hampir mencecah 65 peratus GDP dan pertumbuhan yang terencat semenjak dua tahun lepas, maka kejayaan RMK-12 sangat bergantung kepada pembiayaannya.

"Ketelusan tentang bagaimana rancangan ini akan dibiayai, akan menjadikan RMK-12 bukan sahaja realistik tetapi mempunyai daya kebolehlaksanaan,” kata Mohamad Hasan.

Mana Nak Cekau Dana?


23 September 2021

Kenyataan Malu Alah

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih bukan baharu... dah beberapa hari... sepatutnya seusai kenyataan dari Menteri Kewangan itu dikeluarkan dan diwarwarkan media massa.. masa tue jugak la kenyataan membantah dibuat... tak perlu nak tunggu masa yang lama... tak perlu nak meeting bagai... sebab benda nih isu dah lama... isu yang PAS sendiri pun lantak menyuarakan satu masa dahulu... jadi tak logik gak macam teragak-agak nak keluar kenyataan...

Aper yang gua nampak... kenyataan yang diberikan setelah beberapa hari isu ini berlegar adalah semata-masa kerana dah malu alah... orang sana sini dok bercerita.... dok hinggaq.... so ... biler senyap sunyi ader rasa malu aaa time orang dok asyik tanya.... maka terpaksa lah keluar kenyataan malu alah camnie.... Hahahaha.... lawak siot..

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Mohd Nor Hamzah menempelak kebenaran diberi kerajaan pusat kepada syarikat judi melakukan 22 cabutan khas bagi tahun ini.

"Saya bagi pihak DUPP mendesak Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan semula untuk membenarkan peningkatan kekerapan cabutan khas nombor ramalan pada tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan.

"Jangan dicemari usaha dan doa kita kepada Allah SWT agar dijauhi dari ujian pandemik Covid-19 dengan membenarkan perkara mungkar ini.

"Saya minta tindakan segera diambil dengan menamatkan sektor perjudian nombor ramalan dalam Keluarga Malaysia yang kita kasihi ini,"



06 September 2021

Tak Dapat Slot Ke Bhai?

Bhai/DeeDee semua...

Gua perhatikan... sejak awal lagi Puad Zarkashi dok tibai Muhyiddin Yasin .... sejak dari Muhyiddin Yasin jadi PM lagi... dier dok tibai... macam-macam dier kata...

Nih Muhyiddin Yasin dah jatuh pon dier tibai lagi.... dan sekali lagi berlaku bilamana Muhyiddin Yasin telah dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN)....

Kita paham la pasai apa Puad Zarkashi nih tibai Muhyiddin Yasin... semua sebab bekas PM yang gagal... dilantik mengetuai team yang gagal dan seterusnya akan memberikan impak negatif kepada Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri.

Hahaha....

Cuma..... Tindakan meroyan Puad Zarkashi nih nampak macam orang tak puas hati... Err... tak dapat slot ke bhai?? Hahaha .... Maybe patut Ismail Sabri lantik Puad Zarkashi nih apa-apa jawatan bertaraf Menteri... takpon lead mana-mana GLC dan bertaraf Menteri... Hahaha



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1