Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Komisyen. Show all posts
Showing posts with label Komisyen. Show all posts

15 May 2024

Masalah Utama IPTA Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Kita ada banyak IPTA, dan hampir semua IPTA nih depa ader tubuhkan unit untuk komersialkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh PhD dan Master holder.

Tapi bab nak melesenkan (pengkomersialan) penyelidikan nih jadi terbantut. Mari gua ringkaskan bagi lu orang paham.

1. Syarikat yang nak beli lesen penyelidikan tue kena bayar sejumlah wang yang besar. Minima dalam RM150k. Ader kes yang sampai berjuta RM.

2. Itu baru lesen, belum lagi yuran tahunan yang kena dibayar selagi mana penggunaan penyelidikan itu digunakan. Nilai yuran tahunan biasanya antara RM50k dan keatas.

3. Setiap produk yang terhasil dari penyelidikan tu yang mana terjual akan ader jumlah peratusan yang kena dibayar kepada IPTA. Ianya adalah antara 0.5% hingga 5% bergantung kepada IPTA tersebut. Contoh barang A dijual pada harga RM1000, sekitar RM50 akan perlu dibayar kepada IPTA.

4. Walaupun Syarikat telah beli lesen, ianya tidak ekslusif. Pihak IPTA boleh juga menjualkan lesen itu kepada mana-mana syarikat yang lain yang berminat. Maka persaingan akan ader banyak.

5. Katalah syarikat dah stop pengeluaran produk berasaskan penyelidikan tersebut dan syarikat sudah berhenti membayar lesen. Semua dokumentasi dan peralatan yang dibuat untuk menghasilkan produk dari penyelidikan itu perlulah di berikan kepada pihak IPTA.

6. Sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak industri tidak dibenarkan melainkan ianya mesti dilakukan oleh pasukan penyelidik dari IPTA tersebut. Dan semua kos penyelidikan tambahan ini perlu dibayar oleh pihak industri.
 
7. Pengubahsuaian tambahan ini walaupun ianya datang dari cetusan idea pihak syarikat yang membeli lesen, pihak IPTA boleh juga memberikannya kepada pihak ketiga yang juga memiliki lesen yang sama.

Itulah sebahagian dari realiti R&D IPTA di Malaysia. Ianya tak sama antara satu IPTA dengan yang lain tapi asas dan rangkanya tetap sama.

Sebab itu banyak R&D dari IPTA di Malaysia susah nak dikomersialkan oleh industri. Hanya kerana banyak songel dan cekadak di pihak IPTA itu sendiri…

Hahahaha…. mentaliti third world camnie la…



22 January 2024

Hanya Di Malaysia

Bhai/Dee semua...

Hanya di Malaysia jer.... jalanraya berlubang ditampal masa hari hujan guna Hotmix Premix... Hahaha... Giler aaa...

Hanya di Malaysia jer bila nak lalu jambatan... jalan biasa atau highway... mesti kenderaan akan sedikit melompat...

Hahaha... ini barulah fly....



23 November 2023

Akhirnya ... Kah Kah Kah

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya ... Kah Kah Kah... Ini baru satu... Aman Palestine.... Wei... ader banyak lagi lar... Cuba la selongkar Ebit Lew dan PPIM .... boleh jumpa punya.... Kah Kah Kah... itu kalu nak selongkar la...

Banyak wei... dah lama dah depa buat benda camnie.... Maleh nak sebut ja la...

Kah Kah Kah...

Tapi kan... SPRM kan... Ini lagi satu Agensi yang lawak.... Kah Kah Kah ... Banyak kes lepas dari sangkut... teknikal tak kukuh.... tolo banyak kena pegang... Kah Kah Kah

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Aman Palestine Sudak Sangkut


12 October 2022

Nak Menang PRU15 Ke Tidak Nih?

Bhai/DeeDee semua...

Kupon Bantuan

Sebenarnya gua dah lama nak tulis bab ini tapi biasa la… biler ader benda lain yang datang… mesti lupa nak tulis benda ni… hehehe

Kita tahu banyak NGO yang suka berikan bantuan kepada marhaen mustad’afin dan golongan yang terkesan (ekonomi atau selainnya)
Dan setiap kali bantuan diberikan mestilah barang-barang makanan yang diberikan. Tumpuan pastinya akan lebih kepada sumbangan beras, tepung gandum, minyak masak, gula, garam, kicap, teh, kopi, milo, mee segera dan sardin.

Kita faham itulah piawaian kotak bantuan yang selalu disediakan oleh badan-badan kebajikan, NGO dan juga agensi Kerajaan.

Tapi…

Tapi kalu penerima yang sama mendapat dua tiga kali kotak bantuan yang mempunyai isi kandungan yang sama… maka agak bermasalah lah jugak.

Sebab biasanya penerima kotak bantuan tu perlukan benda-benda lain seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, asam jawa, asam gelugur, cuka atau yang lainnya…

Mungkin jugak penerima perlukan susu untuk bayi, lampin pakai buang atau tisu wanita. Tentunya penerima bantuan nih agak segan nak bertanya. 

Ada orang kata kalu kita berikan bantuan secara wang tunai akan jadi isu salahguna dan pelbagai lagi… Malah orang kata ianya tak sesuai.

So…

Apa kata kita tukar konsep pemberian kotak bantuan kepada Kupon Bantuan yang bernilai setara.

Dulu di Hypermarket Giant ada dijual Gift Card bernilai RM10, RM50 dan RM100. Gift Card ini hanya boleh digunakan untuk membeli apa-apa barangan di Giant. 

Jadi kita boleh gunakan cara ini bagi memudahkan penerima bantuan membuat pilihan barangan keperluan mereka sendiri. Pastinya kita boleh lock kad kupon ini hanya boleh  digunakan untuk pembelian barangan tertentu sahaja.

Kerjasama dengan semua Pasaraya Besar dan setempat seperti AEON Big, Lotus’, Giant, Mydin, NSK, KKMart, 99Sperdmart, 7Eleven, JayaGrocer dan lain-lainnya boleh dibuat.

Buat lah satu “Unified Cashless Paying Coupon” yang standard dimana boleh digunakan disemua tempat ini dan semua NGO, badan kebajikan serta Agensi Kerajaan ini boleh membelinya.

Nak mudah… Kad Kupon Bantuan ini boleh dibeli di semua Pejabat POS di seluruh Malaysia. Bila lagi kita nak memanfaatkan rangkaian Pejabat POS yang memang lengkap dan tersambung dengan rangkaian Internet.

Satu logo boleh digunakan… sebagai contoh Kad Kupon Bantuan ini kita boleh beri nama Kupon Bantuan Keluarga Malaysia (KBKM). Kita boleh buat Kad Kupon Bantuan ini dalam dua bentuk (preload) atau (cycleload)

Preload (kad sekali guna) 
Cycleload (kad boleh guna banyak kali - tambah nilai)

Bukankah ianya lebih mudah???

Sure mesti akan ada yang kata bagaimana pula dengan mesin “Terminal Pembayaran”… apa nak susah… Semua pekedai yang nak meneriman kupon ini perlulah mempunyai smartphone …  dan mempunyai satu perisian khas (mobile apps KBKM).

Lagi satu… mesti akan ader mangkuk / wqlaun / macai yang akan kata kenapa tak gunakan Boost atau TouchNGo… Hahaha… 

Kalau guna Boost atau TouchNGo… kita tak boleh kawal pembelian barangan tu… nanti tak pasai-pasai penerima bantuan dok shopping benda tak tentu hala macam beli arak, rokok, vape ataupun berjudi mesin kuda… (hahaha)

By the way… gua lebih prefer kita gunakan Kad Kupon Bantuan Keluarga Malaysia nih dari jenis Cycleload.

Amacam?? 

Takdak sapa ahli politik ka yang nak jadikan benda nih realiti ka? Takkan taknak masukkan jadi bahan kempen PRU15… Apa lagi mau tunggu? Takmo nak menang ka?

Oh ya… Consultancy Fees gua lu orang jangan lupa… tak mahal… RM2 juta jer untuk idea yang ini… Hahaha

Nak yang lain-lain servis (terutamanya cara camana nak menang PRU15) boleh diskas ngan gua.. Takder masalah… PM tepi ja…  gua taknak jawatan politik… gua nak komisyen dan fees gua jer…
Ader paham?? Hahaha

#pru15 #kempen #ideakempen #bantuanbanjir #danabanjir #ngo #danapru



22 June 2022

Kartel Hotel Tabung Haji (TH)

Bhai/DeeDee semua...

Benda bukan baru... Benda dah lama... dulu gua ingatkan sebab Kerajaan Arab Saudi yang adakan sekatan sampai pelabur asing tak boleh membeli dan memiliki aset di Mekah dan Madinah... Mesti kena sewa jer dari pemilik orang Arab...

Tapi rupanya bukan...

Semuanya sebab ader kartel hotel yang membuat duit atas urusan penginapan jemaah Haji dan Umrah... Hahaha... Hanya perlu jadi orang tengah ja....  makan komisyen atas angin.... Hotel memang sudah ader .... kartel book semua room... pastue pajakkan room pada TH dan agen-agen travel agensi.... Pajak pulak tue paling kurang 5 tahun...

Hahaha... masyuk....



11 January 2022

Nak Tangkap Raja Dadah?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang PDRM memang berusaha keras untuk menahan dan menangkap semua kartel dadah di Malaysia nih...betul... setuju bab tue...

Cumanya ... apa yang tertangkap selama ini sekadar level balachi bawahan jer... walaupun PDRM mengklasifikasikan suspek dengan gelaran Raja Dadah dan sebagainya....  Itu semua still level balachi atau macai jer...

Sebab apa gua kata macam tue... Sebab rangkaian kartel dadah yang dah tumpas tu sekejap jer akan hidup balik.... dan beroperasi macam biasa macam takder masalah... Tumpas cuma awak-awak (balachi dan macai) jer... kepala paling besar semua tak kena...

Macam gua selalu cakap la... kalu disiasat betul-betul.... mesti akan sangkut sampai level kayangan dan kerabatnya... Hahaha...  cumanya yang level kayangan dan kerabat nih depa tak pegang langsung dadah dan sebagainya nih... 

Tapi...

Tapi depa pegang duit dan kunci kepada duit... dengan komisyen dan wang perlindungan bagai....  kabel politik pon depa pegang gak... huhuhu ... golongan ini la jugak yang punyai pusat maksiat dan kelab malam... dan macam-macam lagi...

Ini Open Secret la... takdernyer rahsia dan pelik.... kalu tidak macam mana puak-puak kayangan nih nak maintain lifestyle mereka.... nak enjoy bersukaria macam takder hari esok... 

Huhuhu



26 December 2021

Media Blanket?

Bhai/DeeDee semua...

Gua dimaklumkan bahawa Highway LPT ditutup 4 hari semasa banjir baru nih... Sebabnya ada balak sangkut banyak atas highway... dan amik masa untuk proses pembersihannya... Maklumat yang gua dapat pun datang dari kawan yang menetap berhampiran lokasi kejadian... dan rumah dier sendiri pun kena banjir lumpur sampai bumbung...

So... takder satu media pun yang upkan cerita nih... macam ader media blanket jer.... Macam ader yang nak cover-up...

Hahaha... buat la perangai camnie selalu..

Yang lagi menarik... syarikat konsesi pon boleh cover-up kata benda ni palsu... hahahaha... lawak siot...





07 December 2021

PharmaNiaga Bisnes Untung Atas Angin

Bhai/DeeDee semua...

Orang lama sure tahu dari mana ujudnya Pharmaniaga.... Ianya ujud selepas unit Jabatan Ubat KKM diswastakan... dan diberikan secara "silver plate" kepada pihak tertentu... Jadi... kita tak terkejut bilamana PharmaNiaga nih adalah bisnes untung atas angin...

Kalu bisnes depa untung.... itu kononnya kerana depa bijak berniaga... so layaklah kepimpinannya dalam bonus dan dividen yang besar...

Kalu bisnes depa rugi... jangan riso... Kerajaan akan bail-out... akan bekap guna dana negara... guna duit rakyat... guna duit KWSP dan Khazanah bagai... aper ader hal..

Memang celaka kan...

Sinovac depa letak harga USD30 .... depa jual... pasai apa boleh jual... surely sebab ader komisyen..
Cuba kalu Sputnik-V dari Gamaleya ... yang harga pasaran USD10..... depa taknak jual sebab tak dapat komisyen besar....

Hahahaha.... sial ja kan...




29 April 2021

Benda Dah Beli, Takkan Campak Tong Sampah?

Bhai/DeeDee semua...

Gua paham tindakan yang diambil oleh Kerajaan Sarawak yang tidak membenarkan vaksin AstraZeneca digunakan untuk diberikan kepada rakyat Sarawak.... Ini tindakan yang dilihat agak drastik... tapi bertepatan.

Yeah... Ini lebih kepada hak-hak yang termaktub dalam MA63 yang memberikan kuasa-kuasa kepada Kerajaan Sarawak.

Tapi aper pon tindakan ini... benda dah beli, takkan nak kena campak dalam tong sampah yer dak???  Banyak tu Kerajaan Malaysia dah beli vaksin nih... banyak duit dah dihabiskan... banyak kos dah keluar.... komisyen pon dah di pow... hahaha

Nampak gayanya benda ini akan berlanjutan lagi aaa... Tatau apa planning Kerajaan Sarawak... kita tengok je lar... Hahaha



21 April 2021

Wah. Ini Memang Bijak

Bhai/DeeDee semua..

Seperti dijangka dari awal lagi... tujuan diadakan Darurat bukanlah semata-mata kerana politik... tetapi untuk memudahkan menjarah dana-dana sedia ada tanpa halangan dan semak imbang Parlimen...

Dan ini yang berlaku sekarang ini...

Menggunakan alasan pembelian Vaksin Covid-19 ... lalu mempergunakan Ordinan Darurat untuk sakau dana Petroleum dibawah Kumpulan Wang Amanah Negara.

Bijak... bijak.. strategi ini memang bijak...

Masyuk la... sebab kita tahu pembelian sebelum ini pon dah ader untung komisyen RM500 juta... agak-agaknya kali ini berapa pulak kadar komisyennya???

RM1 bilion?? Takkan sikit sangat... kurang-kurang 2 atau 3 bilion... Baru la untung....

Hahaha


24 January 2021

Maknanya Selama Ini Ada Kos Tersembunyi Lah Ya?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam kelam kabut dan dolak dalik Hospital Swasta nak menjawab isu bantuan kepada KKM berkaitan rawatan Covid-19... secara tak langsung pihak Hospital Swasta telah membocorkan sesuatu yang gua sentiasa syak ujud di dalam perkhidmatan Hospital Swasta Malaysia..

Mereka telah mengatakan bahawa untuk memberikan bantuan kepada KKM, mereka telah mengorbankan kos tidak langsung dan kos tersembunyi yang mana ianya tidak akan dikira. Ini kerana pada pandangan mereka itu sudah merupakan satu pengorbanan yang sangat besar.

Agak-agak lu orang la... berapa sebenarnya nilai dalam RM bagi kos tidak langsung dan kos tersembunyi itu? 10% dari nilai caj keseluruhan yang dikenakan kepada lu orang semasa mendapatkan rawatan di Hospital Swasta? Atau 60% dari nilai caj keseluruhan?

Gua tatau berapa sebenarnya tapi yang pasti ianya mesti besar dan menguntungkan mereka... Lagi pon selama ini harga caj memang akan "bloated" bagi yang bayar secara perlindungan Insuran... bagi yang bayar tunai... mungkin agak kurang sedikit...

Malah daripada statement Hospital Swasta nih dah memperlihatkan bahawasanya walaupun mereka membantu KKM, ianya tidaklah percuma... sebab Putrajaya sendiri terpaksa memperuntukkan RM100 juta untuk melibatkan hospital swasta dalam merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19. 

Meskipun belum menerima perincian mengenai bagaimana wang itu akan digunakan, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh menyifatkan RM100 juta itu “sudah tentu tidak cukup”, tetapi ia satu permulaan yang baik.

“Kami boleh caj pesakit daripada hospital awam daripada RM100 juta itu. Kami sentiasa boleh runding berkenaan harga"


Itu maknanya tiada servis percuma untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan wabak ini melainkan ada keuntungan kepada Hospital Swasta.... Ini bukanlah sikap yang bagoosh... Terlalu sangat la Kerajaan Malaysia nak menjaga hati pihak Hospital Swasta nih yang dipunyai oleh Kapitalis, GLC dan para Dewa Kayangan..

Celaka betul lah. Langsung tak boleh nak berkorban untuk Negara... Patut lesen Hospital Swasta nih dibatalkan jer... macam celaka... Babik betul lar..



23 December 2020

Siapa Makan Komisyen RM300 Juta?

Bhai/DeeDee semua...

Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Pontian nih silap perkiraan... bukan RM500 juta la... sebab bajet 2021 untuk pembelian vaksin Covid-19 dari syarikat Pfizer adalah sebanyak RM3 bilion... maka ianya hanyalah RM300 juta

Tapi perosalan yang diangkat didalam Dewan Parlimen memang terbaek...

Siapa yang dapat untuk komisyen sebanyak RM300 juta tue... komisyen 10%

Hahaha... sure dalam masa terdekat nih akan terbongkar semua cerita.. itu la semua nak sapu sendiri .. takmo nak kongsi sesama penyamun... jadi penyamun lain sure akan melompat bising tak puas hati... so padan muka la... Hahaha

Lain kali setel belakang la sesama penyamun... Hahaha... sebab kalu dah penyamun tu tetap lah penyamun... Hahaha


30 May 2010

Bila Orang Bangang Menguruskan Negara

Lu ngan gua dah dengar ugutan dari Idris Jala nih... dier ugut negara akan bankrap pada 2019 kalu subsidi masih diteruskan.... Macam mana boleh negara bangkrap... ini semua pasai... bila orang bangang menguruskan negara.. ini lah jadinyer..

Idris Jala pun satu bangang... disalahkan semuanya kepada subsidi... penyebab asalnyer bukan subsidi la bangang oooi... tapi... pasai salah tadbir urus... pasai apa gua tulis ini semua pasai UMNO/BN selaku Kerajaan Malaysia telah berbuat salah tadbir urus..

Yer la.. dari hutang negara sebanyak RM90 Bilion pada 1997.. meningkat kepada RM407 Bilion... ini aper kejadahnyer boleh jadi camnie ... macam orang bodoh jer manage kewangan... saper Menteri Kewangan dari tahun 1997 sampai 2009 nih...

Bayangkan... Nor Mohamed Yakcop tue kan ker yang terlibat dalam kes penyelewengan dan skandal forex Bank Negara Malaysia yang menyebabkan BNM rugi lebih RM30 bilion... orang macam nih UMNO/BN lantik jadi Menteri Kewangan Kedua dari 2004 sampai 2009... hancuss..

Bukan ini sahaja yang jadi salah tadbir urus... banyak lagie.. termasuklah bagi free kat Brunei Blok M dan L yang sohih milik Malaysia (tiada pajakan.. kalu itulah yang jadi point oleh blogger UMNO/BN yang rata-rata bangang nak mampus tue)... Blok M dan L seluas 10 kilometer tue boleh menjana pendapatan RM500 bilion... sure dah boleh tanmpung hutang.. tapi.. pasai Malaysia punyai PM yang bangang dan bodoh.. ini lah jadinyer..

Kerajaan Barisan Nasioanal dah sohih tak pandai menguruskan kewangan.. dari rezab emas BNM punya la banyak... beratus tan.. sampailah cuma tingga 12 tan jer sekarang nih... orang beli kapalselam boleh dapat diskaun... kita biler kapalselam kena bayar komisyen la plak.. bodoh...

Kalu ini pon orang Malaysia tak boleh paham dan amik tahu... baik mampus ajer la... bangang...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1