Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Research. Show all posts
Showing posts with label Research. Show all posts

15 May 2024

Masalah Utama IPTA Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Kita ada banyak IPTA, dan hampir semua IPTA nih depa ader tubuhkan unit untuk komersialkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh PhD dan Master holder.

Tapi bab nak melesenkan (pengkomersialan) penyelidikan nih jadi terbantut. Mari gua ringkaskan bagi lu orang paham.

1. Syarikat yang nak beli lesen penyelidikan tue kena bayar sejumlah wang yang besar. Minima dalam RM150k. Ader kes yang sampai berjuta RM.

2. Itu baru lesen, belum lagi yuran tahunan yang kena dibayar selagi mana penggunaan penyelidikan itu digunakan. Nilai yuran tahunan biasanya antara RM50k dan keatas.

3. Setiap produk yang terhasil dari penyelidikan tu yang mana terjual akan ader jumlah peratusan yang kena dibayar kepada IPTA. Ianya adalah antara 0.5% hingga 5% bergantung kepada IPTA tersebut. Contoh barang A dijual pada harga RM1000, sekitar RM50 akan perlu dibayar kepada IPTA.

4. Walaupun Syarikat telah beli lesen, ianya tidak ekslusif. Pihak IPTA boleh juga menjualkan lesen itu kepada mana-mana syarikat yang lain yang berminat. Maka persaingan akan ader banyak.

5. Katalah syarikat dah stop pengeluaran produk berasaskan penyelidikan tersebut dan syarikat sudah berhenti membayar lesen. Semua dokumentasi dan peralatan yang dibuat untuk menghasilkan produk dari penyelidikan itu perlulah di berikan kepada pihak IPTA.

6. Sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak industri tidak dibenarkan melainkan ianya mesti dilakukan oleh pasukan penyelidik dari IPTA tersebut. Dan semua kos penyelidikan tambahan ini perlu dibayar oleh pihak industri.
 
7. Pengubahsuaian tambahan ini walaupun ianya datang dari cetusan idea pihak syarikat yang membeli lesen, pihak IPTA boleh juga memberikannya kepada pihak ketiga yang juga memiliki lesen yang sama.

Itulah sebahagian dari realiti R&D IPTA di Malaysia. Ianya tak sama antara satu IPTA dengan yang lain tapi asas dan rangkanya tetap sama.

Sebab itu banyak R&D dari IPTA di Malaysia susah nak dikomersialkan oleh industri. Hanya kerana banyak songel dan cekadak di pihak IPTA itu sendiri…

Hahahaha…. mentaliti third world camnie la…



11 February 2023

Betul Ke Ni?

Bhai/DeeDee semua...

1209 responden telah menjalani kajiselidik nih...  dan dari sini.... dapatlah dikatakan bahawa Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim mendapat sokongan positif lebih 2/3 daripada responden...

Err... sekejap....

Senarai responden ni telus ka? Dikutip dari mana? Rawak atau dari kumpulan tertentu?? Hahaha.... takut amik responden yang satu puak jer.... nak bagi sedap... ejast la bagi ader nampak macam telus.... Hahahaha

Macam tak biasa.... kan Merdeka Center kan...

Ader berani ka bagi chan ramai orang jadi responden... sekali untuk satu orang.... baru la boleh ditengok hasilnya .... hehehe... sama ada Kerajaan Perpaduan nih dapat sokongan sebenar dari rakyat atau tidak???




27 December 2022

Kekangkungan Professor Ikut Musim

Bhai/DeeDee semua...

Ramai Professor di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia nih selalu sangat media elektronik (TV/Internet) dan media cetak (Akhbar) suka panggil dan beri peluang untuk kemukakan pandangan mereka...

Dan setiap kali pun ... mesti akan ramai Professor yang dapat peluang camnie... Setiap kali dapat peluang pun... akan terserlah kekangkungan Professor nih semua... dan kekangkungan Professor ini akan ikut musim...

Kalu musim kali itu condong kepada pemerintah yang itu... maka semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke situlah... begitulah kalu pemerintah pulak berubah... dan semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke dasar pemerintah yang baru...

Professor Kangkung nih semuanya takdar tulang belakang... takder analisis yang kekal... takder yang pegang pada pandangan dier sendiri.... Kangkung yang sama... tapi lain-lain condongnya... pening... 

Patutlah IPT Malaysia takder hasil yang boleh dibanggakan diperingkat dunia dan antarabangsa... Takder research yang benar-benar bermutu yang akhirnya menjadi produk yang dipakai diseluruh dunia... Sekadar research syok sendiri dan mengabiskan dana jer...

HAMPEH aaa....

Bodek lah selagi boleh...

Berdasarkan penulisan dibawah ini yang ditulis oleh Professor Kangkung....  gua gelak besar... Sendiri tulis dan beri persoalan... tapi sampai kesudah semua penulisan pun tiada jawapan... Adoilah buat penat baca jer ulasan Professor Kangkung .... Jenuh...

Secara ringkas, hipotesis menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.

Setidak-tidaknya ada dua persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa?

Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini?

Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik.

Ulasan Professor Kangkung


p/s: Takkan ader rakyat yang nak pergi semak satu-satu pasaraya atau kedai nak bandingkan harga baru melakukan pembelian barang .. semua itu meningkatkan kos kepada rakyat... kos bahan bakar kenderaan @ minyak petrol ... sapa nak tanggung semua tu?? Kerajaan nak tanggung ke????

Kerajaan pon berkira bab subsidi bahan bakar....

16 November 2022

Berapa Kerusi Boleh Menang?

Bhai/DeeDee semua...

Sana sini cerita konon puak ini dah yakin dapat 120 kerusi dalam tangan... ader pulak yang dapat 60 kerusi jer.. ader yang kata dapat 40 kerusi jer...

Macam-macam statistik dan dapatan... sampaikan culaan pon dikatakan tepat...

Walhal semuanya masih jauh dari sasaran memasing...

Bertanding pun cuma banyak nih... macam mana la akan terpaksa juga bergabung dua tiga parti... huhuhu... naya pak abu..



08 October 2022

Sembang Saekor Lobai

Bhai/DeeDee semua...

Doktor pakar dan Saintis sekadar buat research ja tentang Sacha Inchi … Tapi Lobai Hanafi laju ja declared boleh sembuh itu ini sebab Sache Inchi tu Superfood.

Bila dier buat research? Aper jurnal saintifik Lobai nih? Mana paper dier?

Yang Melayu pon… asal Lobai claim ja terus percaya… Hahaha… hancusss … Yang kaya raya Lobai… tu lagi takdan lepa… laju ja Lobai up nombor akaun bank untuk kutip derma bagai… Tak cukup lagi collect gamaknya.




03 March 2022

Thailand Juga Yang Terkedepan Dalam Menangani Wabak Covid-19

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia nampaknya agak ketinggalan dalam usaha menangani wabak Covid-19 berbanding Thailand. Yer la.. Thailand dah keluarkan vaksin mereka sendiri dan kini digunakan secara meluas di negara mereka.

Malaysia pula setakat sembang jer la... Dan kecoh serta kepoh menggunakan vaksin buatan orang lain. Nak kata takder kepakaran dan makmal yang mencukupi tue memang agak lawak lar... Punya la banyak Universiti dalam Malaysia.... takkan takder satu pun yang mampu menghasilkan sesuatu berkenaan Covid-19 nih?

Pelik kan?

Nih Saintis Thailand telah bersedia untuk mengeluarkan semburan hidung anti Covid-19 kepada pasaran menjelang akhir tahun ini.... tahun 2022.... Malaysia? Huhuhu... Research yang ada di Malaysia hanya mampu membuat Kit Anti Histeria dan Hantu jer... adoilah...

Lekeh betul la.... LEMAH

Semburan hidung anti Covid 19 sedia diguna akhir tahun ini

#Covid19NasalSpray #NasalSpray #Saintis #Thailand #Covid19 #CipanTapirTenuk #SocialCritics

20 May 2021

Ini Sohih Lawak.

Bhai/DeeDee semua

Gua kalu ader mana-mana laporan analisis berkaitan dengan sentimen pengundi, politik dan rakyat... mesti gua akan amik cakna... Sebab banyak laporan macam nih biasanya sekadar syok sendiri ja... nak bagi up pihak-pihak tertentu ja... Hahaha ... tambah lagi kalu ader yang bayar... hahaha

Macam yang dibuat analisisnya oleh O2Malaysia ... Hahaha

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan itu, yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri.

Ini semua lawak ja bhai... Hahaha...

1. Website yang tersenarai kononnya sebagai website O2Malaysia (www.o2malaysia.com) tidak ujud dan beroperasi.
2. Domain name yang digunakan sebagai e-mel server (o2research.co) juga tidak ujud dan beroperasi.
3. Nombor telefon yang disertakan juga bukan milikan nama yang dipamerkan.

Jadi dua ini pun dah cukup nak bagi lawak pada analisis yang diberikan.

Hahaha... lawak siot..





28 April 2013

Sori, Gua Tak Jumpa ....

Bhai.... sori aaa... gua tak jumpa jurnal akademik atau saintifik yang ditulis oleh Zainal Kling nih.... Sepanjang malam gua cari dalam arkib.... gua akses sampai ke Smithsonian punya database lagi... Kat Malaysia gua tarak jumpa...... atau Zainal Kling nih dier tulis atas nama samaran kot... pasai tue la gua tak jumpa... pasai dier segan orang baca nama bapak dier.... Ala... takder saper nak hina bapak Zainal Kling nih... orang cuma nak hina Zainal nih jer... bapak-bapak takder kena mengena dengan ini cerita.... hahaha

Bukan aper... biler gua baca statement dier berkaitan isu kajian dan dapatan ilmiah yang dibuat oleh UMCEDEL ...... tue yang gua cari maklumat berkenaan mamat professor kangkung yang bernama Zainal Bin Kling nih.... takder banyak maklumat pasai dier... dalam arkib pon takder... stakat buku yang ditulis... itupon disahkan bukan dier yang tulis... dier compile jer... hahaha

Gua cuma jumpa nih jer... BACA SINI

So... oleh yang demikian... gua berpandangan... Zainal Bin Kling nih rasanyer tak layak digelar professor... hahaha... kalu digelar kangkung boleh lar... hahaha... sebab...kupasan dan komen beliau tidak ilmiah...

Kalu pon dier penyokong kuat BN... janganlah pertikaikan kajian dan dapatan ilmiah orang lain... tak puas hati kalu buat la kajian dan dapatan ilmiah sendiri... buat survey... sempat lagi nih.... hahaha... Tolong jangan malukan diri sendiri aaa..... hahaha

Aper pon... kajian UMCEDEL tue pada gua kurang tepat... sebab memang tak adil dicompare Najib dengan Anwar... patut compare Rosmah dengan Anwar.... hahaha... baru la kena... sebab Najib tue puppet jer la.... hahaha

Nak tau tentang sentimen pengundi... sila rujuk SINI ...

24 March 2013

Kajiselidik Penggunaan Internet Dunia 2012

Bhai .... nih gua ader baca satu kajiselidik penggunaan Internet dunia 2012 yang telah dibuat oleh seorang "anonymous researcher". Kajian tentangnya lu orang boleh baca di sini. Dan disini gua nak tunjukkan lu carta yang dier dah buat... hasil penggunaan "BOTNET" yang diberi nama CARNA.


Aper yang gua respek dari hasil kajian dier terhadap 420 ribu komputer diseluruh dunia yang menggunakan sistem pengoperasian Linux... dier dapati kesemuanya adalah lemah dari segi penggunaan password. Ini amat memalukan komuniti Linux ... sebabnya... sepatutnya kepada sesiapa yang menggunakan sistem operasi Linux... mereka sewajarnya amik berat isu kata laluan (password) nih... Walaupun begitu... kajian sebenarnya melibatkan hampir 1.2 bilion komputer diseluruh dunia...

Okeh.... nak citer panjang maleh aa gua... lu orang baca jer laporan kajian dier tue ...... sori aaa.. dier tulis dalam bahasa Inggeris... kalu lu tarak reti baca ... sila guna Google Translate.... hahahaha

Point yang gua nak upkan aderlah... tentang warna merah kat imej diatas... yang itu menunjukkan trafik tahap giler babat penggunaan internetnyer... Itu membuktikan orang Asia terutamanya Malaysia aderlah pengguna Internet tegar... yang agaknyer akan terkojol kalu internet takder seminggu di Malaysia..... hahaha

Mostly semua traffik internet di Malaysia digunakan untuk Facebook, YouTube, Twitter, Tagged, Tumblr, Blog, Google, Gmail, YahooMail, Torrent, Warez, Skype dan yang sewaktu dengannya.... Hahaha... tak gitue.... hahahaha

Pasai tue la..... hahaha.... masak la BN kali nih dalam PRU13.... sebab 85% daripada penggunaan Internet di Malaysia aderlah Pro-Pakatan Rakyat.... hahaha.....

03 January 2012

Yang Bijak Di Luar Negeri, Yang Bodoh Mentadbir Negeri.

Hahahaha..... Gua tak sangka ader satu lagi peribahasa baru .... hahaha... peribahasa yang berbunyi "Yang Bijak Di Luar Negeri, Yang Bodoh Mentadbir Negeri" ..... hahaha... gua rasa aaa.. dalam konteks Malaysia nih... peribahasa nih paling seswai...

Bhai.... Gua ader ramai kawan (yang buat penyelidikan saintifik) yang berada la nih di luar negara... Dulu pon gua rajin gak buat penyelidikan camnie.. cuma yer la.. gua takmo nak pegi luar negera sebab gua ader alasan gua sendiri... gua pernah tanya kengkawan gua tue... kenapa takmo balik Malaysia... depa kata.. kat Malaysia nih.. orang tak pandai nak hargai kajian saintifik... dan kalu ader pon rajin nak ciplak dan plagiat jer... hahaha.... lagipon kat Malaysia nih... patent susah nak apply... yer betul... gua stuju ngan depa punya pandangan... sebab gua pon daftar patent hasil kajian gua kat luar negara.... hahaha

Ader beribu rasanyer warganegara Malaysia yang bijak pandai berada diluar negara dan takmo balik ke Malaysia... sebab Malaysia nih banyak polisi dier mengarut.. hancuss... bancau...

Jadi.. yang tinggal jadi pentadbir di Malaysia nih.. tak kira la kat IPTA dan IPTS serta kat dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.... semuanya boleh dikategorikan sebagai jenis yang dungu, bodoh dan mangkuk... sori la kalu ayat gua nih kasi lu semua panas ati.... hahaha.... lu baca dulu sampai abis artikel nih aaaa....

Sebab aper gua kata pentadbir nih dungu, bodoh dan mangkuk.... sebabnya....

Sebab depa senang sangat diugut dan dipergunakan oleh para pimpinan yang bodoh lagi dungu yang ader dalam UMNO/BN.... Lu ingat semua Menteri Kabinet tue bijak-bijak ker bhai... hahaha... takder bhai... semua Menteri Kabinet yang ader sekarang nih bodoh-bodoh belaka... Mungkin ader sorang yang agak sedikit bijak... itupon masih dibawah kawalan geng-geng dier yang bodoh...

Dapat Menteri yang bodoh, dungu dan mangkuk... hasilnyer.. jadiler IPTA, IPTS dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia pon bodoh samer.... hahahaha... susah... susah...

Sebab itu la.... peribahasa "Yang Bijak Di Luar Negeri, Yang Bodoh Mentadbir Negeri." memang tepat sekali...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1