Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PRU14. Show all posts
Showing posts with label PRU14. Show all posts

02 June 2023

Belit Sungguh La

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum menang PRU14 ... depa dok sekali dalam satu team.... Masa menang pon masih sekali... Walaupun lembab dan slow... tetap diangkat jadi Menteri Dalam Negeri....  Lepas tue... sebab tak puas hati dan nak kuasa lebih... dia "break loose" .... 

Jahanam Parti Bunga..... Alasan sebab tak percaya dengan keputusan pengerusi...

Hahaha.... dan semuanya jadi sejarah.... dapat jadi PM pon kerana nasib ja... bukan ada keterampilan pon.... sama la jugak dengan dua orang PM selepas dier... jadi PM pon sebab nasib.... keterampilan jauh sekali lar... setakat sembang boleh la...

La nih nak balik bekerjasama dengan Mahafiraun.... Hahahaha....

Belit sungguh lar.... adoilah... jahanam,,,

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Cubaan nak menipu Mahafiraun?


09 April 2023

Penyandang Tu Konfiden Menang Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Gua gelak besar baca citer nih kat Malaysiakini... Hahaha.. satu jer gua nak tanya... Penyandang tu konfiden menang ke?? Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju semua kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN kelak, yang diadakan baru-baru ini.

“Perbincangan pusingan pertama telah dibuat antara PH dan BN, perbincangan itu bersetuju untuk melibatkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya antaranya kerusi penyandang akan kekal untuk parti yang menang pada PRU14.

“Kami menjangkakan pengagihan kerusi akan selesai semuanya sebelum penamaan calon PRN bagi enam negeri berkenaan,”

30 March 2023

Cakap Nak Melepaskan Diri

Bhai/DeeDee semua..

Kah Kah Kah.... dier ingat Hakim akan percaya yang dier tak baca dokumen apa terus sign masa nak bertanding PRU14 tue.... Hahaha... sembang la wei... cakap nak melepaskan diri jer nih...

Ingat Tuan Hakim tu bodoh ka???

Hahaha .... Zuraida... oooo Zuraida...

Kantoi Mak Lampir

Bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin memberi keterangan bahawa dia tidak mengetahui butiran bon RM10 juta yang ditandatanganinya sebelum dibenarkan bertanding di Ampang di bawah tiket parti itu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam kenyataan saksinya terhadap saman RM10 juta PKR berhubung dia keluar parti, bekas menteri industri perladangan dan komoditi itu mendakwa dia dipaksa menandatangani dokumen itu dan dia tidak mengetahui butiran dokumen yang ditandatanganinya.

Bekas ahli Parti Bangsa Malaysia itu mendakwa bahawa dia hanya diserahkan dokumen itu sehari sebelum penamaan calon untuk PRU14 pada 2018 tanpa butiran, terma dan syarat dijelaskan kepadanya, dan dia tidak mempunyai peluang untuk meneliti dokumen berkenaan pada masa itu.

12 February 2023

Kerajaan Sembang Kuat

Bhai/DeeDee semua...

Dulu... siap buat demonstrasi .... siap buat rapat umum... siap usahakan macam-macam tekanan.... tetiba masa PH menang PRU14 ... jalan cerita jadi lain....

Nih dah naik balik jadi kuasa utama pemerintahan negara.... hahahaha... pusing lagilah cerita... hahaha...

Eh... kira sekarang nih Lynas tak merbahaya la kot?? 

Hahaha... Dulu macam nak jadi meletup nuklear meltdown macam kat Kobe atau Chernobyl jer... Hahahaha... siap macam-macam fitnah keluar.... hahaha

Fitnah Masa PH

Sejak ia ditubuhkan pada 2012, pemimpin PH membantah loji itu tetapi selepas gabungan itu memenangi pilihan raya umum 2018, pentadbiran yang diterajui Dr Mahathir Mohamad ketika itu memperbarui lesen Lynas dengan meletakkan syarat.

Ia membuatkan parti-parti komponen PH, khususnya DAP, dalam keadaan yang janggal kerana sebelum itu ia telah menuntut kerajaan BN untuk menutup kilang pemprosesan nadir bumi tersebut.


06 November 2022

Adakah Warna Ini Akan Bertukar Pada PRU15?

Bhai/DeeDee semua...

Pada PRU14, Kuala Lumpur dikuasai sepenuhnya oleh Pakatan Harapan.. Tiada kerusi Parlimen dalam Kuala Lumpur dimiliki oleh parti gabungan Barisan Nasional atau selainnya. 100% kerusi di Parlimen adalah milik Pakatan Harapan.

Jadi...

Adakah akan berlaku perubahan undian di kerusi Parlimen dalam Kuala Lumpur pada PRU15? Bersama-samalah kita lihat nanti...



02 November 2022

Jangan Silap Percaturan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 2nd November 2022

Bhai/DeeDee semua..

Semalam berlangsungnya dua pengumuman penting berkenaan calon pilihanraya bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Kedua-dua pengumuman ini amat dinantikan oleh rakyat yang prihatin politik. Ianya dilihat sebagai satu wadah untuk rakyat mengetahui apa yang akan dihidangkan kepada pengundi membuat pilihan pada PRU15.

Tetapi...

Bagi pengundi muda (terutamanya yang baru didaftarkan sebagai pengundi secara AVR) nampaknya ramai yang tidak mengambil peduli siapa calon-calon yang akan ada dalam senarai kertas undi pada PRU15 itu nanti. Pada mereka tiada signifikan nama-nama itu semua.

Apa yang pengundi muda nampak adalah siapa yang benar-benar memberikan bantuan kepada mereka. Kebanyakan pengundi muda ini terdedah dengan 3 parti gabungan. Ya betul.. 5 tahun adalah satu masa yang ada pada mereka untuk melihat siapa yang akan mereka undi. 

Katakan mereka sekarang ini berumur 20 tahun, tentunya pada PRU14, mereka masih berada di Tingkatan 3. Apa yang mereka tahu pada masa itu tentang politik.

Kalau mereka berumur 18 tahun dan layak mengundi pada PRU15, tentunya pada PRU14 dahulu mereka sekadar berada di Tingkatan 1. Apa yang mereka tahu tentang politik sebelum PRU14..

Dan senarai pengundi muda bawah 21 tahun ini adalah sebanyak 1,141,749 orang pengundi baru. Ianya adalah sekitar 5.4% dari jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi pada PRU15 ini.

Dari satu segi, PAS dilihat berjaya menanamkan kesedaran politik dikalangan pengundi muda kerana imej dan propaganda Islamik yang mereka bawa. Tidak dinafikan jika kita melihat dari jumlah pengundi muda bawah 21 tahun ini kebanyakannya pro kepada model Islamik (dalam konteks pengundi berbangsa Melayu).

Bagi pengundi muda bukan berbangsa Melayu, mereka dilihat lebih kecenderungan kepada parti-parti yang membawa wacana baru seperti MUDA. Masalahnya setakat hari ini tiada satu parti saingan kepada MUDA. Kalau nak dikirakan elemen pemuda dalam PH, PN dan BN... ianya dilihat gagal untuk mendekati nurani dan hasrat pengundi muda. 

Pada pengundi muda (bawah 21) tahun, mereka menganggap 3 gabungan parti utama (PH, PN, BN) sebagai Dinasor. Namun perkara ini masih dipandang enteng oleh 3 gabungan parti ini.

Menjelang tarikh pengundian nanti, gua akan hidangkan beberapa lagi analisis dan data tentang kesan dari Undi 18 nih. Harap bersabar.



30 October 2022

Nak Menang Ke Tak Nak Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Baru nih gua ader buat sedikit kajian... kajian atas data pola pengundian pada PRU14 dulu... dan diselarikan dengan data bakal pola pengundian pada PRU15 termasuk impak Undo 18.

Ikut dapatan gua... setiap kerusi Parlimen di Malaysia nih akan dapat pertambahan dari 5000 hingga 15000 pengundi baharu dari Undi 18... Undi 18 nih sebenarnya kritikal... cara dan pilihan undian mereka belum dapat dijangkakan...

Apa yang kita boleh nilaikan adalah sekadar undi dari penyokong dan pengundi tegar yang mengundi sesetengah parti ...

Dan dari apa yang gua boleh simpulkan...

Barisan Nasional akan mendapat paling banyak undi manakala Perikatan Nasional akan mendapat tempat kedua undi... Pakatan Harapan pula akan mendapat undi yang sederhana walaupun meningkat... manakala Gerakan Tanah Air akan mendapat undi paling sedikit.

Oleh itu... percaturan yang gua lihat telah diambil oleh DAP dan PKR secara tidak langsung telah melemahkan Pakatan Harapan itu sendiri..

Melainkan ada perubahan yang berani Pakatan Harapan buat seperti yang gua dah banyak kali nasihatkan...

Hahaha...



17 August 2021

Bincang Baik-Baik Ya...

Bhai/DeeDee semua..

Semua pihak nampaknya dipanggil menghadap YDP Agong hari ni.... YDP Agong nak tanya sorang-sorang.... apa dan siapa yang mereka sokong... Dah jadi sama macam pada bulan February 2020 dulu...

Dan wartawan media semua akan berkampung di Istana Negara.... 

Dan semua pandangan rakyat akan tertumpu disini... kemelut politik ini jadi pandang... jadi berbelit .... dan diharapkan YDP Agong dapat buat keputusan terbaek....

Walau apa pun kerajaan yang Perdana Menterinya dipilih oleh YDP Agong nanti.... selagi ianya tidak mendapat sokongan dari sekalian rakyat yang telah memberikan mandat pada PRU14... selagi itu lah kemelut tetap akan berlaku...

YDP Agong wajar melihat dari sudut pandang rakyat yang telah memberikan mandat pada PRU14 dan bukannya dari sudut pandang orang politik yang kaki melompat dan menjadi katak... Apa keputusan yang dibuat yang membelakangkan mandat PRU14 akan dilihat satu tindakan yang mengesampingkan rakyat,.. dan pastinya tetap akan rakyat tolak...

So... buatlah pilihan yang tepat..... bincang baik baik ya...



04 July 2021

Katak Politik

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua memang menyampah dengan katak politik nih. Dan memang yang menjahanamkan demokrasi di Malaysia ini adalah katak politik. Mereka tidak berprinsip. Mereka tidak ada etika. Mereka celaka.

Aper pun tindakan mereka, sebenarnya mereka menipu pengundi dan mereka khianat kepada para pengundi. Dan mereka perlu dihukum.

#KatakPolitik #LompatParti #DemokrasiBerparlimen

20 May 2021

Ini Sohih Lawak.

Bhai/DeeDee semua

Gua kalu ader mana-mana laporan analisis berkaitan dengan sentimen pengundi, politik dan rakyat... mesti gua akan amik cakna... Sebab banyak laporan macam nih biasanya sekadar syok sendiri ja... nak bagi up pihak-pihak tertentu ja... Hahaha ... tambah lagi kalu ader yang bayar... hahaha

Macam yang dibuat analisisnya oleh O2Malaysia ... Hahaha

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Menurut tinjauan itu, yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri.

Ini semua lawak ja bhai... Hahaha...

1. Website yang tersenarai kononnya sebagai website O2Malaysia (www.o2malaysia.com) tidak ujud dan beroperasi.
2. Domain name yang digunakan sebagai e-mel server (o2research.co) juga tidak ujud dan beroperasi.
3. Nombor telefon yang disertakan juga bukan milikan nama yang dipamerkan.

Jadi dua ini pun dah cukup nak bagi lawak pada analisis yang diberikan.

Hahaha... lawak siot..





06 April 2021

Bukan Main Sombong Sekarang Ni

Bhai/DeeDee semua...

Gua perhatikan sekarang nih MCA dan MIC sedang naik tocang.... Sama naik gak macam Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ... Masing-masing tunjuk samseng dalam Barisan Nasional... Diorang tahu yang kalu diorang keluar dari Barisan Nasional... tentunya Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) akan amik diorang dan kutip diorang bawak masuk Perikatan Nasional... dan last-last akan terkontang kanting la UMNO sendirian dalam Barisan Nasional...

Semua ini adalah parti opportunis... parti parasit.. parti dedalu...

Masa pokok kuat... diorang menumpang.... sekarang diorang nak cabut dulu... Hampeh... Patutnya UMNO dah lama nampak perangai diorang nih... MCA dan MIC mana pernah menang dikawasan kaum diorang ramai... takdernyer...

Diorang akan memang dikawasan yang ramai pengundi Melayu... pengundi UMNO yang akan bekap diorang selama ini bagi menang... sekarang diorang rasa besar... rasa hebat... diorang tahu yang Perikatan Nasional ader banyak duit... boleh sponsor diorang... tapi diorang lupa... jenama Barisan Nasional memang kuat... logo Barisan Nasional memang hebat.... pastinya Perikatan Nasional susah nak tembusi kawasan akar umbi Barisan Nasional...

Jadi sebenarnya selepas PRU14... UMNO ader peluang yang besar untuk singkirkan parasit nih... tapi UMNO nih baik sangat... tue yang dua ekor parti cikai nih buat perangai... Disitulah silapnya...

Aper pon... benda nih kena buat clarification awal... supaya tak pening.... Nih nak panggil meeting pon macam-macam cekadak.... adoilah.... kasik cantas la...



22 March 2021

Sepuluh Tahun

Bhai/DeeDee semua...

10 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat... 10 tahun dah membolehkan seorang pelajar memasuki Tahun 4 persekolahan.... dan 10 tahun itulah juga telah berlaku 2 kali Pilihanraya Umum.... dan Kelantan masih kekal majoriti dimenangi oleh PAS....

Hospital Raja Perempuan Zainab II bukan Hospital Swasta... maka oleh sebab ianya Hospital Kerajaan... maka tahap operasi dan kepenggunaannya adalah maksimum.... Dan ianya tiada kompromi jika bekalan air bersih masih tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi buat kemudahan Hospital...

Kemudahan air bersih adalah melibatkan nyawa... terutama bilaman banyak urusan tergantung kepada bekalan air bersih yang mencukupi... macam mesin dialisis.... Dan selama 10 tahun.... dengan kuasa pemerintahan yang solid PAS.... satu apa pun takder yang boleh memangkinkan penyelesaian kepada masalah air di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu...

Aper yang diutamakan oleh Kerajaan Kelantan?? Beli Mercedes untuk EXCO .... Bekalan Air bersih dinegeri semuanya tertakluk kepada Kerajaan Negeri... tapi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS bukanlah nak fikir pasai kemudahan asas untuk kegunaan harian rakyat... 

Apa nak susah... Kerajaan PAS Kelantan tahu.... yang rakyat Kelantan (terutamanya para pengundi luar yang balik sekali sekala untuk memenangkan PAS di Kelantan) cukup mudah digula-gulakan dengan elemen agama.... sebab kononnya kepimpinan Ulama... dan hukum wajib kekalkan pemerintahan Islam dan Ulama... walaupun yang memimpin bodoh tukil dalam pengurusan dan pentadbiran serta pemerintahan....

Yang penting... setiap kalu PRU atau PRK .. sentimen agama mesti dibakar ... mesti dicanangkan.... walaupun yang memang selepas itu tak tahu sepatah haram memimpin.... tapi dipastikan segala gaji dan emolumen mesti besar... dan kemudahan untuk pemerintah mesti tiptop...

Dan pengundi yang mudah dibodohkan ini akan terus-terusan memberikan undi tanpa belah bahagi dan fikir panjang.... yang penting ... kepimpinan Ulama..... adoilah.... bodoh yang tak boleh diajar selamanya.... 



06 March 2021

Tak Mungkin UMNO Penakut?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum bahawa dalam Barisan Nasional... yang paling kuat adalah UMNO.... MCA dan MIC tue sekadar macai jer levelnya... 

Time bertanding PRU ... MCA dan MIC mana berani bertanding kat kawasan solid CINA atau INDIA ... sure bungkus punya... sebab itu lah pada PRU14 itu hari hampir pupus MCA dan hilang terus MIC dalam senarai yang menang PRU14...

Hahaha... 

Tapi lagi ader hati MCA dan MIC nak sound UMNO ... Adoilah... Tak mungkin la UMNO penakut??? Takkan la kan.... patut UMNO tak payah layan sangat MCA dan MIC nih... Patut Ahmad Zahid Hamidi kena strict... kena tegas... tak payah layan sangat MCA dan MIC nih...

Depa bising ja lebih... tapi bukan boleh menang kerusi pon...

Hinggaq tak sangga.... bodo punya MCA dan MIC...



04 March 2021

Tunjukkanlah Power Lu

Bhai/DeeDee semua...

UMNO ader 46 kerusi Parlimen.... 46 itu banyak sebenarnya... tapi berapa ramai dalam 46 orang itu yang betul bersepakat dengan Presiden UMNO??? Setahu gua tak sampai 1/3 daripadanya sahaja yang bersepakat bersetia dengan Presiden UMNO si Zahid Hamidi...  selebihnya sama ader bersepakat bersetia dengan Najib Razak atau dengan Muhyiddin Yasin dari BERSATU tu...

Hahaha...

Itu sebab sampai sekarang nih... UMNO masih tak dapat nak tunjukkan kuasa mereka dalam percaturan politik di Malaysia pasca PRU14....

Nak buat camana... hampir semua daripada pemimpin UMNO ader masalah ngan duit... semua kebulur duit... semua makan duit.... mungkin ader la sorang dua yang tak macam tue... tapi yang tak macam tue sama ader takder dapat jawatan besar atau dah mati... Hahahaha

Dalam kes Perikatan Nasional nih... memang mengarut siap taknak buat Sidang Parlimen... yer la... Perikatan Nasional dapat bekap baek punya dari PAS... parti yang once dah dapat kuasa dan duit... hilang segala apa yang dijuangkan... Hahaha... PAS lagi lahap... hahaha.... terbongkang semua idealism PAS selama nih biler dah dapat kuasa dan duit serta jawatan.... Hahahaha

Abdul Hadi Awang.... ini lagi lawak.... Hahahaha... maleh aaa nak sembang pasai Abdul Hadi Awang... takder pekdak ini orang.... sekupang pun tak guna... jadi Duta bertaraf Menteri pon tak buat kerja....adoilah...

Aper pon...Woi UMNO... tunjukkanlah power lu.... biler lagi mau tunjuk pailang... biler lagi mau tunjuk diri tue abang besar .... takkan tabrani kot??? Kasik goyang dan runtuh itu Perikatan Nasional..... takkan takut kot... takkan cuak kot??? PAS pon bukan respek kat UMNO pon... Tutup ja Muafakat Nasional tue.... PAS memang perangai camnie... janji PAS mana pernah ditepati....

Hahahaha



27 February 2021

Asyraf Wajdi Yang Bengong

Bhai/DeeDee semua....

24 April 2018 yang dijadikan point oleh Asyraf Wajdi kononnya PH telah mempunyai kuasa dalam menentukan proses memasukkan maklumat baru dalam Buku Sejarah Tingkatan 4 tue sebenarnya memperlihatkan betapa bengongnya Asyraf Wajdi nih...

24 April 2018 adalah tarikh penamaan calon PRU14...

Jadi pada tarikh 24 April 2018 tue Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telahpon diluluskan... dan proses nak diluluskan nih mengambil masa yang cukup lama... bukan sehari dua....

Tarikh mengundi untuk PRU14 adalah pada 9 Mei 2018... maknanya ianya masih lagi dibawah kerajaan caretaker iaitu Barisan Nasional.

By the way.... sebelum 24 April 2018 tue.... iaitu masa Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sedang dirangka... yang biasanya mengambil masa lebih kurang 5 tahun.... kenapa tidak ada suara-suara membantah??? Adakah selama 5 tahun sebelum 24 April 2018 itu semuanya sedang tidur lena dan nyenyak?

Hahaha.... Nampak sangat la bengong Asyraf Wajdi ni... aper pon kita memang tahu siapa Asyraf Wajdi nih.. dan bagaimana sikap dan kerja dier.... Hahahaha.... skrang sudah kantoi lagi mahu menegakkan benang basah.... hahaha..... ini semua nak tunjuk ada buat kerja la nih... hahaha

Hahaha...

Nampak sangat ader agenda sebenarnya Asyraf Wajdi ni



11 February 2021

UMNO Ada Akaun Bank Rahsia?

Bhai/DeeDee semua...

Gua personally tak terkejut bila dapat tahu perkara ini.... UMNO ada akaun bank rahsia.... Hahaha... Ini tips of an iceberg ja bhai.... Akaun rahsia ni pun bukanlah terlalu rahsia... Ianya open secret ... yang masukkan dana pon tahu... yang dalam parti pon tahu..... malah yang menjaga akaun bank itu pon tahu.... dan bank-bank yang digunakan akaun tue pon tahu.....

Mustahil sangat la bank-bank yang digunakan akaunnya itu tidak tahu menahu langsung tentang kegunaan dan semua transaksi yang keluar masuk.... Hahaha.... kalu takder kesepakatan... rasanya sudah lama cerita ini terbocor kepada umum...

Itu baru UMNO..... hahaha... antara parti yang tertua dalam Malaysia..... Lu jangan terkezut kalu gua kata... MCA dan MIC pon memang ader akaun bank rahsia yang tak diaudit.... Hahaha..... MCA memang diketahui ader berpuluh akaun bank rahsia yang digunakan untuk mendanai urusan parti.... hahahaha

Gua tak kata BERSATU,PKR, DAP dan AMANAH takder akaun bank rahsia yang digunakan mendanai urusan parti.... Kebanyakan akaun bank rahsia nih adalah para proksi... yang pensimpati parti dan syarikat-syarikat khas yang dikuasai parti...

Tapi....

Tidak terkecuali jugak Parti PAS..... hahaha... kalu lu orang ingat PAS takdak akaun bank rahsia.... hahaha... lu memang lah lawak.... naif sungguh la...

Sebenarnya takder satu parti dalam Malaysia yang tak ada akaun bank rahsia yang digunakan untuk sifon dana.... semuanya ader... cuma beza sama ader ianya digunakan secara telus atau ader banyak hanky panky padanya... dan jugak aderkah ianya digunakan untuk parti atau untuk kepentingan pimpinan parti... itu ja persoalannya...

Aper pon..... parti kalu takder duit camana nak jalan operasi.... kutip duit guna tin milo tue hanya lah cover-up ja.... hahahaha... kena la tunjuk zuhud..... hahaha.... kalu tidak ader duit dari akaun bank rahsia nih... macam mana nak memodalkan pencalonan kerusi Parlimen sebanyak 166 kerusi pada PRU14 .... satu kerusi dah berapa.... aper ko ingat calon PAS untuk kerusi Parlimen tue sendiri ka yang keluar modal untuk bertanding??? Hahaha.... mimpi la wei.... Sama gak ngan beratus lagi kerus Dewan Undangan Negeri (DUN) ... semua tu bertanding pakai duit sapa...

Ko ingat bodoh ka bertanding pakai duut sendiri kalu tahu akan kalah dan hilang deposit bagi yang berparti nih... Calon bebas pon bukan semuanya pakai duit sendiri... itu pon ader orang payung.... Hahahaha

Ader paham ka???



27 January 2021

Syaitan Juga Yang Salah

Bhai/DeeDee semua...

Pada PRU14 tempohari... PAS katanya tak risau sangat kerana dikatakan Malaikat akan turun mengundi untuk PAS.. sampaikan kata-kata tersebut disambut dengan takbir yang bergemuruh... sana sini ahli dan penyokong PAS berasa seronok kerana para Malaikat juga akan turun mengundi untuk membantu kemenangan PAS...

Dan sesungguhnya PRU14 memperlihatkan PAS hanya memenangi 18 kerusi Parlimen sahaja.... dan yang menariknya... berkemungkinan ramai Malaikat sebenarnya mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri terutamanya di Kelantan dan Terengganu.... sehingga PAS berjaya merampas kembali pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu...

Masa itu tidak kedengaran tuduhan daripada Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang mengatakan bahawa kekalahan PAS di banyak kerusi yang ditandingi mereka adalah disebabkan sokongan dan rasukan Syaitan.. langsung kita tak dengar...

Tapi kini... menjelang PRU15 yang rasanya makin hampir... tetiba jer Abdul Hadi Awang mengeluarkan cerita yang sesiapa yang tak mendaftar untuk mengundi itu sebenarnya telah dihasut syaitan... rasukan syaitan... Waduh... sampai begitu sekali pertuduhan yang dibuat... Syaitan juga yang salah...

Tak mendaftar mengundi salah syaitan, kalah undi pun salah syaitan... kalo boleh agaknya akan dikaitkan parti-parti politik selain dari PAS adalah terlibat dengan syaitan.... Adoyailah... abistue yang banyak anggota PAS yang terlibat dengan salahlaku seks semua tu bukan salah syaitan ke??  Takkan lah kot... semua tu ramai jugak yang level guru agama...

Tapi pelik juga... bila mana semua yang bersekongkol dengan PAS tidak pula diklasifikasikan sebagai geng syaitan.... macam UMNO, MCA, MIC dan sebagainya....  hanya yang mana PAS dah anggap musuh ja akan diklasifikasikan sebagai geng syaitan... 

Huhuhu.... PRU15 nih agaknya berapa ramai pula Malaikat akan turun membantu berkempen dan mengundi PAS??? Harap janganlah ada rasukan syaitan lagi...



08 May 2018

GE14 / PRU14 Voter Sentiment Ratio (VSR) - Daily - 8 May 2018 (11 PM)

Bhai/DeeDee semua...

Ini VSR (Voter Sentiment Ratio) terakhir yang gua boleh publishkan untuk #PRU14 / #GE14 kali nih..... Perubahan akhir adalah pada kertas undi... Rasanya pengundi dah buat keputusan final diorang dah.... dan kalu diorang dah final... maka keputusan PRU14 berkemungkinan seperti macam nih.... Tak akan banyak beza pun nanti.... sekitar lima enam belas kerusi yang yang akan berbeza... itu pon kalu ader la....

Aper pun... bersamalah kita menunaikan tanggung jawab kita sebagai warganegara Malaysia... Keluarlah mengundi... pastikan peratusan keluar mengundi lebih dari 90%... kita mampu merubah senario ini kepada yang lebih baik hanya dengan memastikan peratusan keluar mengundi lebih tinggu dari 90%... Ayoh....

Undilah...

### Jangkaan Agihan Kerusi Parlimen Adalah Seperti Berikut ###

BN : 124 Kerusi
GS : 18 Kerusi
PH  : 80 Kerusi (ini termasuk kerusi yang dimenangi pembangkang lain di Sabah dan Sarawak)



GE14 / PRU14 Voter Sentiment Ratio (VSR) - Daily - 8 May 2018 (6 PM)

Bhai/DeeDee semua....

Adoyailah.... rugi banyak lar biler kena agenda spoiler nih... Hampeh lar.... masalahnya geng spoiler tak sedar lagi yang diorang nih sebenarnya bagi nyawa kat BN... Adoilah... pening memikirkannya.... memang nampak macam sengaja ja diorang nih bantu BN biler diorang bertanding di tempat-tempat yang tak pernah pon diorang bertanding,.... adoilah...

Maaflah... gua boleh ja citer benda best dan molek ja kat sini... tapi itu bukan gua.... gua citer tentang realiti... gua citer tentang fakta... gua citer tentang senario semasa... gua citer tentang impak..... Tak guna gua nak citer yang PH boleh memang besar kerusi Parlimen kalu sebenarnya PH agak goyah nak dapat kerusi tu sebab undi dah terpecah teruk.... undi dah macam nakharom...

BN memang akan drop banyak undi depa bagi setiap kerusi.... ditambah lagi dengan undi rosak.... tapi undi untuk Pembangkang sebenarnya dah pecah banyak... pecah teruk... memang kalu kira campur semua undi Pembangkang adalah lebih banyak dari undi BN... tapi pasai pembangkang pecah antara PH dan GS.... maka semuanya jadi sia-sia....

Melainkan....

Melainkan peratusan keluar mengundi mesti lebih dari 95% .... bawah 85% kalu... sure BN menang bergaya.....

Ader paham ka????



GE14 / PRU14 Voter Sentiment Ratio (VSR) - Daily - 8 May 2018 (2 PM)

Bhai/DeeDee semua....

Susah hati dibuatnya dengan VSR pada pukul 2 PM tadi.... gua susah hati.... Sentimen dah okeh... tapi pasai undi spoiler yang akan sebabkan BN boleh menang dengan bergaya... Kena pastikan kempen kuat sikit tolak spoiler.... huhuhu...

Adoyailah...

UPDATE : Kemungkinan talian INTERNET di Langkawi akan di throttlekan (dislowkan) pada gateway dan backbone supaya AMANAT Pakatan Harapan melalui Facebook (FB) malam ini gagal... So sediakan option-option lain.... Harap maklum....


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1