Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

02 November 2022

Jangan Silap Percaturan - Voter Sentiment Ratio (VSR) - 2nd November 2022

Bhai/DeeDee semua..

Semalam berlangsungnya dua pengumuman penting berkenaan calon pilihanraya bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Kedua-dua pengumuman ini amat dinantikan oleh rakyat yang prihatin politik. Ianya dilihat sebagai satu wadah untuk rakyat mengetahui apa yang akan dihidangkan kepada pengundi membuat pilihan pada PRU15.

Tetapi...

Bagi pengundi muda (terutamanya yang baru didaftarkan sebagai pengundi secara AVR) nampaknya ramai yang tidak mengambil peduli siapa calon-calon yang akan ada dalam senarai kertas undi pada PRU15 itu nanti. Pada mereka tiada signifikan nama-nama itu semua.

Apa yang pengundi muda nampak adalah siapa yang benar-benar memberikan bantuan kepada mereka. Kebanyakan pengundi muda ini terdedah dengan 3 parti gabungan. Ya betul.. 5 tahun adalah satu masa yang ada pada mereka untuk melihat siapa yang akan mereka undi. 

Katakan mereka sekarang ini berumur 20 tahun, tentunya pada PRU14, mereka masih berada di Tingkatan 3. Apa yang mereka tahu pada masa itu tentang politik.

Kalau mereka berumur 18 tahun dan layak mengundi pada PRU15, tentunya pada PRU14 dahulu mereka sekadar berada di Tingkatan 1. Apa yang mereka tahu tentang politik sebelum PRU14..

Dan senarai pengundi muda bawah 21 tahun ini adalah sebanyak 1,141,749 orang pengundi baru. Ianya adalah sekitar 5.4% dari jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi pada PRU15 ini.

Dari satu segi, PAS dilihat berjaya menanamkan kesedaran politik dikalangan pengundi muda kerana imej dan propaganda Islamik yang mereka bawa. Tidak dinafikan jika kita melihat dari jumlah pengundi muda bawah 21 tahun ini kebanyakannya pro kepada model Islamik (dalam konteks pengundi berbangsa Melayu).

Bagi pengundi muda bukan berbangsa Melayu, mereka dilihat lebih kecenderungan kepada parti-parti yang membawa wacana baru seperti MUDA. Masalahnya setakat hari ini tiada satu parti saingan kepada MUDA. Kalau nak dikirakan elemen pemuda dalam PH, PN dan BN... ianya dilihat gagal untuk mendekati nurani dan hasrat pengundi muda. 

Pada pengundi muda (bawah 21) tahun, mereka menganggap 3 gabungan parti utama (PH, PN, BN) sebagai Dinasor. Namun perkara ini masih dipandang enteng oleh 3 gabungan parti ini.

Menjelang tarikh pengundian nanti, gua akan hidangkan beberapa lagi analisis dan data tentang kesan dari Undi 18 nih. Harap bersabar.



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1