Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts

22 April 2025

Pembangunan Hanya Akan Datang Kalau Ada Kematian Pemimpin

Bhai/DeeDee semua...

Pembangunan hanya datang apabila ada kematian pemimpin. Seolah-olah nyawa manusia menjadi tiket untuk membuka kantung pembangunan.

Apabila berlaku PRK, barulah diumumkan segala janji, projek, peruntukan, bagai hujan turun setelah kemarau panjang, tetapi hanya di tempat yang ada kepentingan undi. Beginikah wajah sebuah kerajaan?

Kerajaan yang hanya peka bila ada kepentingan politik, tetapi tuli dan bisu ketika rakyat merintih dalam kehidupan seharian. Kerajaan yang benar-benar membela, adalah kerajaan yang mendahului keperluan rakyat, bukan menunggang derita rakyat demi sebuah undi

05 December 2024

RUU CMA - Cara Menekan Kebebasan Bersuara

Bhai/DeeDee semua...

Dulu Kerajaan BN cuba buat untuk halang kebebasan bersuara. Masa tu PH cukup melawan. Kata macam-macam. WalaNON tambah lagi la lebih sudu dari kuah.

Tapi sekarang... Bila PH dan jadi Kerajaan Persekutuan dengan bersekongkol BN ... laju ja diorang nak teruskan benda nih.. siap buat pindaan lagi... nak bagi Akta ini lebih mengikat...

Ajer gambang la...

26 April 2024

Sebijik Perangai UMNO

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak berkawan dengan UMNO nih.... dan UMNO dah ader dalam Kerajaan sama dengan PH... maka PH pon dah sama sebijik perangai UMNO .... huhuhuhu....

Lagipun PKR tu pon pecahan dari UMNO gak.... hahahaha

Inilah tatakelola yang reformasi////

Inilah reformasi tatakelola level bangkai


20 April 2024

Dah Mengikut Dah Perangai Musibat

Bhai/DeeDee semua...

Dulu DAP dan PKR paling lantang melawan bab rasuah pilihanraya nih.... Sekarang dah sama sebijik sebuntan dah mengikut perangai musibat UMNO...

Hahaha,,,,, Sudah sama... tiada beza....

Bangkai betul la... Reformasi la kunun.... hahahaha



25 January 2024

Tunjuk Hero?

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah... ader orang nak tunjuk hero... Konon dier lagi banyak buat kerja untuk rakyat dalam Parlimen Segamat... siap kutuk apa bekas MP Segamat dulu buat... Kah Kah Kah...

Walhal dulu yang dalam team bekas MP Segamat tue dier la jugak... sebagai pegawai kepada bekas MP Segamat...  Kini bila dier dah menang dan jadi MP Segamat... macam taik jer dier tanya apa bekas MP Segamat dulu buat...

Kah Kah Kah.... nak tunjuk hero ka???

MP Segamat baru nak tunjuk hero


28 August 2023

Mahukah Pengundi BN Undi PH?

Bhai/DeeDee semua...

Masing-masing akan ader pandangan tentang perkara nih... Biasa la... negara nih demokrasi... semua pandangan adalah betul... takder salah pun... Bagi penyokong PH memang mereka akan kata pengundi BN akan undi PH .... bagi penyokong PN pulak sure depa kata pengundi BN takkan undi PH..

Dua-dua adalah betul...

Sebab kita tak tahu berapa solid pengundi BN dari jenis totok BN akan undi PH... takder sapa boleh agak... takder sapa boleh yakin...

Kalu yakin takkan la Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) turun padang menegaskan bahawa ada keperluan untuk pengundi BN mengundi calon PH pada dua PRK di Johor nih... kan kan kan...

Payah bhai sebenarnya nak yakinkan pengundi lama totok UMNO nih nak undi selain dari calon BN .... hehehe.... korang mungkin boleh mengatakan tidak sebab korang nak menipu diri sendiri.... tapi kenyataannya memang itulah sebenarnya... payah pengundi lama totok UMNO untuk undi calon selain BN... tambah pulak di Negeri Johor nih... yang totok BN sudah lama... 

Hahahaha..

By the way... tambah lagi pentaksub dikalangan WalaNON dan Bangsa Slurpp kan sedang bina naratif anti "Orang Dagang" .... dan di dua kawasan PRK nih memang ramai "Orang Dagang" .... hahaha.... cari pasai sungguh la...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Mau ka depa undi calon PH?


11 August 2023

Mungkin 4 - 2

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe.... Ini pandangan peribadi gua... gua rasa ader potensi keputusannya adalah mungkin 4 -2 ... bukan 3 - 3.. Status quo mungkin berubah... Cuma itu la ... momentum dan sentimennya kuat berubah bila masa lagi dekat... 

Bagi yang taksub... itu payah nak kata apa... Apa pun ... selamat mengundi la... Hahaha... dan kepada 661,905 pengundi muda Undi18.... sila buat pilihan yang tepat..

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Kena ajar sikit supaya hilang kesombongan.


28 July 2023

Kalahkah Ahmad Said?

Bhai/DeeDee semua...

Kerusi DUN Kijal di Kemaman sudah lama dipegang oleh Ahmad Said. Orangnya mudah kira. Mudah bicara. Personally... gua memang kenal dengannya. Malah anak saudaranya yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman pun gua berkawan baik.

Tapi mari kita bercerita tentang undi... Pada PRU14 tempohari, bila mana kerusi DUN dipertandingkan... Ahmad Said cuma menang majoriti sebanyak 1265 undi sahaja.. Agak tipis juga. 

Tapi kita kena ingat.. ada undi dari penyokong Pakatan Harapan yang pada masa itu mengundi calon BERSATU (masa itu PPBM masih bersekutu dalam PH). Untuk itu jika kita mengambil kira semua itu... kita boleh nampak sebenarnya undi memang agak tipis untuk menyebelahi Ahmad Said pada kali ini.

Kemungkinan perbezaan undi majoriti akan turun lebih banyak ... mungkin cecah puluh-puluh undi sahaja... Dan bagi kes Ahmad Said nih... payah nak ada undi menolak dari dalam kalangan ahli UMNO sendiri tak seperti di kawasan lain... 

Kalau kita mengambil kira undi solid dari penyokong dan pentaksub Anwar Ibrahim .... mungkin ramai yang akan undi Ahmad Said kali ini.. Itu perkara biasa.

Namun.... bagi Undi18 ... hah... yang ini payah nak jangka sebab kebanyakkannya dikesan solid undi mereka kepada PAS... di banyak tempat.. dan tidak mustahil ianya juga berlaku di DUN Kijal kali ini.

Persoalan yang perlu diingatkan... beza undi mungkin tipis... sikit sangat.... dan kemungkinan akan berlaku kiraan semula undi beberapa kali....  Mungkin akan ada bantahan... dan mungkin akan berlaku sedikit kekecohan...

Apa pun... ini sekadar DUN... dan tidak merubah apa-apa diperingkat Nasional...

Fikir-fikirkan lah....

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Razali Idris vs Ahmad Said




27 July 2023

PRN Selangor - Satu Pandangan Berbeza

Bhai/DeeDee semua...

Lama dah gua tak menulis camnie... Bukan apa... menulis panjang-panjang nih orang tak baca sangat... Tambah lagi kalu yang nak baca nih jenis totok taksub... bukan jenis terbuka minda... jenis yang rasa team dier jer kuat... sampai tak pandang pun kat kekuatan team lawan dier... Hahaha

Okay...

Mari kita soroti apa yang berlaku pada PRU15 hari tue.. dan apa signifikannya dalam PRN kali ini bagi konteks Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pada PRU15, UMNO (BN) kalah teruk di Selangor... Berapa kerusi Parlimen jer yang tinggal kat UMNO... Orang kata itu bacaan pada Pilihanraya Parlimen... hahaha... mereka silap... yang sebenarnya itulah juga pengundi yang akan mengundi di peringkat DUN pada PRN tak lama lagi...

Soalan yang perlu ditanya ... kemana pergi undi untuk UMNO (BN) tue... sebab jumlah undi kepada Pakatan Harapan (PH) pun taklah meningkat banyak sangat?? Macam biasa jer...

Pada masa tu.. undi telah pergi ke Perikatan Nasional (PN) ... dan walaupun PN tak la menang banyak kerusi... tapi jumlah undi mereka meningkat... Pelik kan... sebab UMNO tetap juga bertanding sendiri walaupun duduk bersama dengan Perikatan Nasional masa tue... jadi patutnya UMNO boleh dapat undi yang banyak....

Tapi... itulah...

So... pada PRN... apa yang gua tetap nampak.... UMNO kekal akan dapat undi yang corot... silap-silap... di banyak kawasan ... UMNO akan dapat undi paling sikit... itu pun kalau tak sampai menjadi hilang deposit... Hahahaha...

Katakanlah... UMNO kalah semua kerusi yang mereka tandingi pada PRN Selangor kali nih... agak-agak apa akan jadi dengan kuasa pemerintahan dalam Kerajaan Selangor??? Sebab secara otomatik ianya akan menyebabkan jumlah kerusi DUN dalam Selangor di pihak Kerajaan Perpaduan akan kurang... Sebab gua tak berani nak kata Kerusi PH semuanya akan menang dengan selamatnya...

Hahaha... PH maybe akan hilang 15% hingga 20% kerusi... dari yang mereka menang sebelum nih... dan jika tiada kerusi sokongan dari UMNO... maka memang akan jahanam la.... Apa pun semua nih boleh berubah.... anything can happen...

Dan ini pula adalah Statistik dari dapatan Agensi.

Bye... hahaha

=================
PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Pandangan Malaysiakini





28 June 2023

Memang Sudah Goyang

Bhai/DeeDee semua...

Ayat macam nih walaupun nampak macam sombong dan yakin....  tapo sebenarnya ada nada goyang... Hahahaha....  mana taknya.... sudah cuak akan hilang undi.... Hahahaha...

Cuba kalu memang dah kuat sangat... mesti takder keluar statement macam nih... Hahaha... mesti akan kata lantak ko la nak bertanding ka tak bertanding ka...

Ini sebenarnya memperlihatkan PHBN memang sedang goyang... diorang risau kat Undi18... yang memang tak memihak kepada PHBN.... Hahahaha ....Tambah pulak MUDA sedang dalam usaha nak berpakat dengan PSM .... lagi naya lat PHBN.... Hahahaha

Kita peratikan jer la... Hahaha ... by the way... Adam Adli nih nothing dikalangan Undi18... takder signifikan.... Hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

PHBN Sudah Goyang

Kerjasama MUDA PSM


26 June 2023

Elok Sangat Lah Tu...

Bhai/DeeDee semua...

Elok sangat lah tu bilamana Lokman Adam kutuk MCA dan MIC sebagai biawak hidup... Agaknya selama ini UMNO tak pernah nak perasan benda nih...

MCA dan MIC mana pernah menang dikawasan yang lubuk orang Cina atau India...

MCA dan MIC akan menang dalam pilihanraya jika kawasan yang mereka tandingi sebagai calon ini adalah kawasan majoriti Orang Melayu... dimana kawasan itu adalah kawasan kubu kuat UMNO.... Orang UMNO sentiasa akan undi calon MCA dan MIC sebab percaya pada konsep Barisan Nasional...

Tak pernah lagi orang Cina dan India berikan undi solid kepada MCA atau MIC ....

Takder lagi... sememangnya MCA dan MIC adalah "biawak hidup"

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ




19 June 2023

Tak Beragak Punya Sembang

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha..... PKR katanya ada potensi tawan beberapa kerusi di Terengganu dalam PRN nih... hahaha

Gua gelak jer... nih nak bagitau satu ja la.... Hahaha... takder hadapnyer pengundi totok BN dibawah nih nak undi calon PKR .... hahaha... mimpi la... tapi pentaksub WalaNON maybe akan undi calon BN.... hahaha...

Setakat itu ja la... Hahaha... Undi18 di Terengganu??? depa tak undi PKR... depa pon tak undi PH....  nasib la... PKR pernah menang kerusi di Terengganu masa zaman bila.... Hahaha... zaman tok kaduk... pasti nak rasa masih ader lagi kekuatan di Terengganu..... hahahaha.... mimpi la...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



17 June 2023

Dulu Kata Lain

Bhai/DeeDee semua...

Cakap banyak karang orang marah... tapi itu la... dulu Pakatan Rakyat / Pakatan Harapan la jadi champion bab anti Akta Hasutan nih.... jadi juara....

Sekarang sudah lain jalan cerita...

Hahaha....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Sudah Lain


07 June 2023

Dibagi Betis Hendakkan Peha

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... biasa la... pasai berkuasa pun sekadar tumpang orang... jadi kena la layan kehendak orang.... tak layan kalu bila-bila masa boleh tumbang... Hahaha...

Lemah betul la.... sampaikan dibagi betis hendakkan peha pulak... betul-betul kaduk naik junjung....  macam melepaskan enau dalam belukar...

Hahaha...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Tamak Kerusi


18 May 2023

Persiapan Perang

Bhai/DeeDee semua...

Gua diberitahu bahawa ada ketidakpuasan hati dikalangan penyokong Kerajaan Madani ni.... antara cerita-cerita yang gua dengar adalah adanya pihak yang dibiayai dan didanai sepenuhnya tapi sebenarnya tak layak mendapat semua itu... pihak ini dikatakan tidak membuat kerja yang sepatutnya...

Yang ramai menyalak dan bising adalah dikalangan yang tidak mendapat apa-apa laba...

Kelakarnya... dikatakan puak-puak yang mendapat dana nih terdiri dari kalangan orang yang kalah... orang yang tidak dikenalpasti sokongannya ... malah lebih kepada kroni meroni.... hahaha

Perang nak pecah dalam sekitar bulan 6 nih... tapi puak-puak nih masih bertelagah sesama sendiri... siap dengar kata nak sabotaj sesama sendiri... Gua perati jer gerak langkah puak-puak nih... sebab gua tau... kerja buat kedua-dua puak-puak nih pon selama nih bukan ader nampak hasilnya pun... tak terbukti pun...

Nak katakan mereka nih dapat memberikan perubahan kepada pola pengundian pun ... takder....
Nak katakan mereka nih dapat menarik sokongan golongan atas pagar dan Undi18 pun.... takder...

Tak abis-abis dok bertelagak pasai dana ....

Kah Kah Kah...

Bungkuih la nampaknya... 

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



14 May 2023

Nampak Sangat UMNO Sebenarnya Yang Berkuasa

Bhai/DeeDee semua...

Depa kat Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Madani nih dikuasai oleh orang PH .. sebab kerusi PH banyak... tapi sebenarnya bukan... UMNO yang sikit tu la yang menguasai... Hahaha... Nampak sangat UMNO sebenarnya yang berkuasa...

Sebab apa.... Sebab nak buat Konvensyen Kerajaan Perpaduan pun kena buat kat bangunan UMNO.. kat dewan UMNO ... kat PWTC... Hahahaha...

Walhal boleh ja buat kat kawasan neutral macam di PICC Putrajaya.... 

Atau kalu betul tetap nak buat kat KL... boleh ja buat kat KLCC ... bujan Kerajaan Malaysia takdak duit.. ingat buat kat PWTC tue free ka?? Hahahaha...

Lawak kan... dulu geng PH bukan main kutuk Muafakat Nasional buat event di PWTC ... depa kutuk walaun PAS seronok dapat berevent di PWTC ... siap Walaun PAS nyanyi lagu UMNO skali....... la nih depa WalaNON PH pun sama.... kah kah kah.... Kemaruk gak nak masuk PWTC ... 

Hoi Hoi Ya Hoi.... ader nyanyi lagu UMNO jugak ker??

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



13 May 2023

Isu Panas Sempena PRN - Episod 1 (Kelantan)

Bhai/DeeDee semua...

Diam tak diam.... masa dah makin suntuk... tak lama lagi Pilihanraya Negeri (PRN) akan dilaksanakan di 6 negeri... Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang...

Antara 6 negeri ini... sebenarnya masing-masing ada cabarannya sendiri... sentimen pengundi disetiap negeri adalah berbeza.. Kita tak boleh rangkumkan semua dalam satu pandangan... Cabaran untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebenarnya amat kompleks.

Sebagai contoh... di Kelantan... walaupun PAS dilihat mempunyai pengaruh besar dari segi politik, tapi ini tidak bermakna mereka boleh sambalewa dalam menangani keterujaan pengundi pro Pakatan Harapan dan UMNO/BN ... di Kelantan... kita semua tahu pertembungan kuasa politik sejak dari dahulu adalah antara UMNO dan PAS ... susah parti lain nak masuk daun... Dan kali ini... berkemungkinan besar PAS akan goyang jika kita ambil kira sokongan pengundi pro PH dan UMNO yang digabungkan...

Memang ajaib kalu nak dikira berlaku kemenangan besar bagi gabungan PH/UMNO di Kelantan... tapi ianya tidak mustahil... 

PAS dengan gabungan parti Perikatan Nasional pastinya tidak akan berdiam diri... Mereka pastinya akan cuba untuk menarik sokongan golongan muda Undi18 dalam usaha untuk memenangi semua kerusi DUN di Kelantan.

Isu panas di Kelantan pada dasarnya lebih terkait kepada kemudahan infrastruktur awam di sana... Jalinan jalanraya yang uzur... lebuhraya sambungan LPT3 yang sepatutnya dah lama dibangunkan menghubungkan Kelantan dengan Terengganu dan Pahang... dan isu utama berkenaan pembekalan air bersih terawat yang kronik disana.

Isu Pembekalan Air Bersih Terawat ini sebenarnya isu yang cukup lama... Alasan yang selalu diberikan adalah paip air yang lama yang tidak diselenggara dan dibaikpulih.... semuanya terkait kononnya kerana tiada dana yang mencukupi .... tiada peruntukan dari pihak Kerajaan Persekutuan..

Sebenarnya itu bukan isu... boleh ja nak repair dan selenggara semua paip yang ada.... tapi macam selalu gua bagitau la.. di Kelantan nih... penduduk akan buat binaan tambahan sampai kalo boleh ke gigi jalan utama .. jalan besar... 

Contoh ketara ... di area Kota Bharu... di kawasan Long Yunus dan Lundang.... hampir semua kedai akan buat binaan sambungan tambahan sampai ke gigi jalan...  Longkang pun kena tutup... usahkan longkang yang serupa macam bukan longkang... tapi laluan paip air besar pun kena tutup dengan sambungan binaan tambahan rumah atau kedai... Jahanam...

Macam mana nak repair... kalu repair mesti kena robohkan binaan... ader berani ka?? kalu tak kena parang tue kira okeh la.... tu pon lagi akan ader yang bising nakkan pampasan atas perobohan tue... walhal dibawah Akta Kanun Tanah Negara... pelaku salah membuat binaan haram diatas laluan "Right of Way @ ROW" boleh diambil tindakan tegas, denda dan hukuman lainnya... dan tiada pampasan boleh diberikan...

So .... macam mana la nak setel isu pembekalan air bersih terawat nih di Kelantan....

Itu baru kes air bersih ja... belum lagi isu terkait dengan peluang pekerjaan bagi golongan muda (Undi18) yang kurang di Kelantan nih... yang ini... benda simple jer... macam mana pelabur asing nak bukak industri di Kelantan kalu infrastruktur dan kemudahan lainnya ciput... macam baru lepas perang dunia ke dua .... Jalinan jalanraya, kemudahan air, kemudahan pelabuhan dan sebagainya yang PAS buat leka selama lebih 35 tahun..... 

Betul la pelabur boleh buat untuk dengan kos penggajian yang minimal dan kuasa buruh yang besar... tapi kalu pun ada kilang elektronik berskala besar disana pun... pekerja perempuan amat susah nak dibenarkan bekerja di sebelah malam... tambahan pulak isu berkaitan dengan kejutan sosial dan sebagainya...

Kalu nak tulis tentang cabarang di Kelantan nih... gua rasa mau boleh sampai5 episod... tapi malas la... ramai kata gua palatao.... hahaha... 

Tapi apa pun... gua tak nampak PH/UMNO boleh menguasai negeri Kelantan.... tapi gua nampak ianya sekadar seri 50/50 .... beza kerusi yang menang agak tipis...  dan gua saspek PAS dapat mengekalkan kuasa di Kelantan walaupun agak kritikal kemenangannya itu.

Perubahan politik di Kelantan hanya akan berlaku paling cepat sekitar dua kali Pilihanraya Negeri lagi.... lambat lagi..... So ... cepat-cepat la tackle Undi18.... itupon kalu nak menang la...

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ



10 May 2023

Kenapa Suruh Rakyat?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu Abdul Hadi Awang tue mengarut... banyak pusingnya... pening... dah lama dah pon... nak tunggu orang cabut atap IJN supaya boleh la saka Abdul Hadi Awang nih bebas... keluar dari jasad yang dihuni... hahaha

Cuma pelik gak dengan saranan Lim Guan Eng nih...

Bukan apa... kenapa suruh rakyat yang buat laporan Polis.... kenapa Lim Guan Eng sendiri tak nak buat laporan Polis... kepada ahli dan penyokong DAP sendiri takmo buat laporan Polis.... Patut yang bercakap la dulu buat.... baru la ahli dan penyokong DAP pun buat sama... takkan takut nak buat laporan Polis???

Kenapa suruh rakyat?? Rakyat (walaun) takkan nak buat laporan terhadap Abdul Hadi Awang ... sure tak logik... puak PN pon gua berani jamin takkan buat punya...

Habis... takkan nak suruh kami yang atas pagar nih buat laporan Polis... ah.. takmo la... buat masa, duit minyak dan lain-lain kos kalu kami yang pi buat laporan Polis.... bukan ader sesapa nak sponsor pon...

Takpon suruh la cytro dan JKOM korang pi buat laporan Polis.... duit elaun dan gaji amik... tapi kerja tak buat.... serupa mendukung biawak hidup la maknanya... 

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

LGE sendiri takmo buat laporan Polis ka?


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1