Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Pelik aaa... hilang sudah laporan EIA bagi projek tambakan laut di Muar berkaitan dengan syarikat Maharani Energy Gateway Sdn Bhd (MEGSB) walhal sepatutnya boleh disemak dan dinilai oleh orang awam sehingga 30 Mac 2022.
Takkan la Jabatan Alam Sekitar (JAS) dah belajar dengan HarakahDaily bab menggunakan Error 404 sebagai alasan mengelak semakan berterusan?
Takkan la kot....
Hahaha
‘Tiada lagi laporan EIA projek tambak laut sultan Johor di laman web JAS’
Tiba-tiba Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan bahawa dibenarkan pengeluaran khas kali terakhir KWSP oleh pencarum yang layak.
Sebelum ini beriya Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul bertegas tidak membenarkan pengeluaran ini. Namum setelah berjaya melihat akan kemenangan di PRN Johor... ianya jadi berubah.
Boleh pulak dibenarkan keluar KWSP RM10k ...
Macam la orang tak boleh baca strateginya.... Hahahaha
Berita gembira, boleh keluar simpanan KWSP RM10,000
Kalau sekadar nak lantik MB yang menjadi pilihan Sultan, lebih baik dibuat tanpa bubar DUN... cukup sekadar Sultan arahkan dibuat Undi Tidak Percaya kepada Hasni .... dan cukup sekadar Sultan beritahu yang dia nak Onn Hafiz jadi MB...
Jimat banyak duit rakyat... jimat sekitar RM150 juta untuk PRN Johor.... Banyak tu membazirnya... Huhuhuhu...
Tau la bukan duit mereka yang dihabiskan tue...
'Amat malang calon MB pilihan rakyat ditolak oleh Sultan'
Ini sesuatu yang gua dan ramai lagi sedang perhatikan dan tunggu-tunggu... Aderkah berani ADUN UMNO Johor buat undi tidak percaya untuk Onn Hafiz? ... Sebab kalu diorang berani buat... makna kata mereka berani menyanggah keputusan Sultan Johor.
Tapi dari segi undang-undang dan Perlembagaan itu semua tidaklah menjadi satu kesalahan...
Cuma setahu gua la... UMNO mana ader telor nak bercanggah dengan keputusan Sultan.
Pemilihan Onn Hafiz selaras undang undang tubuh Johor, kata peguam
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetap mendesak pengeluaran wang RM10k daripada akaun KWSP mereka. Desakan ini nampaknya akan terus dibuat dari masa ke semasa dan ini mendedahkan Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Ismail Sabri dalam keadaan serba salah.
Adakah akan tumbangnya Kerajaan PN sedia ada ini akibat dari tekanan dan desakan pengeluaran wang KWSP? Itu kita kena tunggu dan lihat.
PRN Johor telah membuktikan .... yang Parti walaupun dan dikenali umum agak lama belum tentu menjanjikan kekuatan dalam menguasai undi dan kerusi.
PKR yang dah lebih 20 tahun ujud... cuma mendapat 1 kerusi sahaja dalam PRN Johor. AMANAH yang sudah lebih 5 tahun ujud pun cuma mendapat 1 kerusi sahaja dalam PRN Johor.
Yang lagi kelakar... PAS yang sudah 60 tahun ujud pun cuma mendapat 1 kerusi sahaja di dalam PRN Johor... Parti Pejuang yang walaupun ujud cuma sekitar 7 atau 8 bulan.... dan diterajui oleh pemimpin yang dikenali umum.... hilang semua deposit bertanding (lebih 40 kerusi) ....
Parti MUDA yang ujud cuma sekitar 3 bulan dimana dipimpin oleh orang muda (Syed Saddiq) dan baharu dalam Politik telah berjaya menyelamatkan semua deposit pilihanraya mereka... dan mereka juga berjaya mendapat 1 kerusi....
Bayangkan apa yang MUDA akan dapat buat pada PRU15 dan PRU16 jika mereka kekal dengan cara dan momentum hari ini....
Hahaha... gua gelak jer biler tengok semalam Ismail Sabri ke sana ke sini pakai baju BN.... hahahaha... Sejak biler aaa Kerajaan Persekutuan tue dikendalikan oleh BN... Hahahaha...
Tak malu betul dier .... Perasan team dier yang menang.... walhal yang menang aderlah team Zahid Hamidi dan Najib Razak... Hahaha
Abdul Hadi Awang nampaknya dah wajar dihantar ke Tanjung Rambutan atau Tampoi... Sebab penyakit gilanya dah makin menjadi-jadi...
Abdul Hadi Awang sendiri yang berpakat dengan UMNO siap buat Muafakat Nasional... kini Abdul Hadi Awang pulak berkempen jangan undi UMNO ... sebab katanya UMNO tu adalah Penyamun...
Adoilah.... dier yang deal ngan penyamun... pastue dier suruh jangan silap undi penyamun...
Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO berhak untuk maki Tajuddin Abd Rahman. Sebab Tajuddin Abd Rahman dok melalak bising pasai urusan dalaman parti UMNO dalam Parlimen. Payah aaa kalu ader orang meroyan.
Parlimen bukan tempat yang sesuai dan sepatutnya nak bising fasal isu dalaman Parti. Dalam UMNO ader Mesyuarat Majlis Tertinggi dan jugak ader Lembaga Disiplin Parti. Nak bising, sila bising disitu. Jangan buat kat media atau kat Parlimen.
Jangan kaitkan Parlimen dengan benda remeh temeh dalaman parti. Parlimen ader tugasan yang lebih besar dan lebih penting. Jadi memang patut lah Tajuddin Abd Rahman kena maki. Pasai buat kerja gila.
Nampak gayanya... Muafakat Nasional sudah sampai kepada noktah penamat. Sudah sampai ke penghujungnya. Sudah nak tutup buku.
UMNO dibawah kepimpinan Ahmad Zahir Hamidi berkata biarlah ianya dalam satu lipatan yang tak perlu dibuka lagi. Nampaknya UMNO sudah kecewa dengan sikap PAS. UMNO sudak kelihatan berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.
Sikap PAS yang banyak kluk klek dan makan keliling memang sangat tidak digemari UMNO. Sikap dan perangai inilah yang sebenarnya berdarah daging dalam PAS. Dan sebab itulah juga PAS ditolak oleh DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu...
PAS memang suka buat tahi..
Muafakat Nasional - Biarlah dalam satu lipatan yang tak perlu dibuka lagi
Satu cara nak membenamkan UMNO adalah dengan memalukan mereka pada PRN Johor yang akan berlansung beberapa hari jer lagi... Macam ini caranya...
Kalu ikut UMNO... depa rasa aura Najib Razak sebagai "bossku" adalah satu kekuatan yang cukup gak dan besar... Dan mereka cukup yakin dengan aura ini akan boleh menyakinkan rakyat untuk terus memilih UMNO sebagai teraju utama pemerintahan Malaysia....
Walaupun UMNO sendiri tahu betapa korupnya mereka ... berapa teruknya keterlibatan mereka dalam rasuah dan salahguna kuasa... tapi mereka tetap berasa yang rakyat tetap memilih mereka...
Jadi cara terbaik untuk menjatuhkan ego dan kesombongan UMNO adalah dengan mengalahkan mereka di lubuk mereka paling kuat iaitu Johor. PAS dan BERSATU memang tak kuat di Johor... Malah di Parlimen Pagoh pun....sebenarnya agak goyang... Walaupun ini bukan pengundian untuk kerusi Parlimen... tapi disitulah juga kita boleh melihat kekuatan.
Apa pun... ayoh malukan UMNO kali ini.... dan malukan mereka di gelanggang mereka sendiri.
Gua rasa perkataan yang sesuai untuk menghuraikan konflik kepentingan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional adalah seperti tajuk ini... Bernikah tidak mahu, tapi sanggup bersekedudukan.
Bukan apa... bernikah nih ader kebertanggungjawaban... Kena ader gives and takes. Tabley nak ikut kepala sendiri ja... Tapi pasai nafsu yang bergelodak, nafsu yang kuat... jadi untuk melampiaskan nafsu seksual antara 3 parti ini... maka mereka sanggup bersekedudukan... yer la... dengan bersekedudukan... nafsu yang bergelojak bergelodak dapat dilampiaskan... tapi tanpa terikat dengan ikatan perkahwinan yang sah...
Sebab itu walaupun nampak bersama... mereka masih berperang sesama sendiri.... bergaduh berperang... bila nafsu nak bersama bersatu badan... diorang boleh bersama.... sekadar melampiaskan nafsu...
Ini bukan level pelacur dah... tapi level haramjadah... penzina... hahaha
Kita tutup fail Muafakat Nasional dulu, kata Tuan Ibrahim
Ini kerja mengarut. Semua orang tahu yang Perikatan Nasional diujudkan atas kerja lompat parti dan ader deal belakang tabir. Rasuah (tumbuk rusuk) memang tak boleh dipisahkan dengan Perikatan Nasional (PN).
Kalu tidak macam mana nak ader deal yang macam sekarang... Rasuah jawatan la... rasuah duit la.. rasuah kuasa la... dan macam-macam lagi... Perikatan Nasional (PN) sama kronik bab rasuah nih dengan UMNO / Barisan Nasional / BN.
Perikatan Nasional pun bukan bersih sangat ..... lagi mau sembang pasai anti rasuah... Huhuhu
56 calon PN lafaz, tandatangan Ikrar Akujanji Anti Rasuah
Simple ja... Kalu lu tak ngam ngan pimpinan utama PAS... walaupun lu dah menang di DUN Bukit Pasir sebelum nih dengan 1883 kelebihan undi... dan lu dah buat kerja ground work.... tetap gak lu dipandang nothing oleh kepimpinan parti PAS Pusat...
Diorang takkan bagi peluang sama lu untuk menang lagi di DUN Bukit Pasir tue... Mimpi la...
Tambah lagi diorang cuba nak kasik lu tukar kerusi tu last minit... dengan offer satu kerusi lain.... PAS memang macam tue..
Kita semua sedia maklum bahawa dalam sejarah Malaysia yang penyokong UMNO mana pernah undi calon PAS... tak kira la dalam mana-mana Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Umum.
Jadi adalah satu perkara pelik bilamana tetiba Abdul Hadi Awang dan PAS cukup yakin bahawa mereka akan dapat sokongan dari ahli UMNO Johor...
Hahaha... gila tahap apakah ini? Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Hahahaha... Adoilah
Pada gua... Pilihanraya Negeri Johor (PRN) serupa takder makna... Sama jer... 2x5 .... sapa menang pun... serupa itu jugak... takder signifikan... sekadar buang masa jer... buang duit dan tenaga berkempen...
Pasai apa gua kata camnie... dengar je la video yang disertakan disini...
Kita semua tahu yang ramai pemimpin PAS dapat habuan jawatan dan wang dalam Kerajaan Perikatan Nasional.... Dan kita memang tahu yang mereka kekal dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebab jawatan dan wang itu lah...
Serupa macam Abdul Hadi Awang yang mendapat jawatan Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri.....
Semuanya kerana laba dan untung..
Sebab itulah ... ada seorang pemimpin UMNO bising bab nih..
Seorang pemimpin Umno hari ini meminta Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin supaya bertanyakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengenai siapa pengkhianat sebenar yang menghalang penyatuan ummah antara parti itu dan Umno.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii, mendakwa ramai pemimpin PAS yang menjadi “buta tuli” selepas mendapat habuan jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).