Bhai... Sehari dua nih gua dapat banyak permintaan suruh tulis artikel nih.... Artikel yang pasti akan menyebabkan gua lagi dibenci oleh penyokong PAS... Malah mungkin ramai penyokong PR jugak akan marahkan gua.... Nak buat camana bhai... Kalu dibiarkan benda nih... Sampai PRU14 nanti tak abis lagi orang story.... Hahaha...
Aper pon ... Gua dengan ini memberi tempoh masa 48 jam bermula dari pukul 12 tengah malam nih khas untuk bagi Hadi Awang masa untuk memberikan jawapan dan bukti kukuh tentang pertuduhan yang Hadi Awang buat beberapa hari lalu berkaitan dengan isu pertindihan calon di kerusi Parlimen dan DUN....
Hadi Awang perlu memberikan jawapan dan bukti siapa sebenarnya tokan dan pengedar pil kuda. Bukan setakat nama yang kita mahu tetapi kalu boleh siap dengan bukti sekali supaya perkara ini boleh disiasat dibawah Akta Dadah....
Hadi Awang juga perlu memberikan bukti bahawa Dr Nasir bernabikan Lenin dan Stalin... Ini termasuk juga bukti bergambar sama ader video atau foto dalam markas PSM yang ada gambar Lenin atau Stalin atau kedua-duanya...
Hadi Awang juga wajib memberikan alasan yang maha kukuh kenapa dia menandatangani watikah untuk bakal calon tanpa melalui proses yang sepatutnya iaitu melalui SU Agung PAS... Dan berikan juga tunjuk sebab kenapa JK Disiplin PAS tidak boleh mengambil tindakan terhadap Hadi Awang atas salahlaku ini...
Gua dengan ini beri masa 48 jam kepada Hadi Awang untuk menyelesaikannya agar mudahlah urusan kempen PRU13 ini dapat dijalankan dan pihak pencacai UMNO/BN tidak lagi dapat menggunakan isu ini sampai ketarikh hari mengundi 5 Mei.....
Gua amat berharap Hadi Awang tidak mengelat dan mengubah topik serta seterusnya buat bodo jer tentang isu ini....
FIN.