Bhai... gua sebenarnya maleh nak layan "mangkuk" sorang nih.... bukan aper... sebab dah banyak kali dah statement yang dier keluar sebenarnya menjadi pemangkin untuk mengurangkan sokongan rakyat anti-BN .... pelik aaa... gua perasan pelaq dier nih sejak dari 2008 lagi.... dah banyak kali...
Pelaq dier nih banyak kepada macam tabur duri kat jalan untuk nak jatuhkan BN... tak paham gua.... daripada isu Kerajaan Perpaduan yang dipelopori idea olehnya... sampailah kepada yang terbaru nih pasai jawatan PM dan pembahagian kerusi... "mangfkuk" nih biasa kalu cakap depan ahli parti ... dier citer lain... waktu muktamar plak dier citer lain... dan kalu depan geng-geng parti gabungan.. dier akan story lain.... pening aaa "mangkuk" nih...
Pelik... benda yang dah disepakati pon dier boleh lagi main tarik-tarik tali..... sori aaa.. gua tau ramai penyokong dan pengkagum dier baca blog gua.... tapi pada gua... mana-mana orang yang "cuba" mendajaikan usaha rakyat marhaen untuk menghumbankan BN.... serta "cuba" menyelamatkan dan memberikan oksigen kepada BN..... memang aderlah "mangkuk" yang tabley pakai skali... walau siapa pon dier.... gua tak kira....
Tak kisah la orang itu aderlah Karpal Singh ker.. Lim Kit Siang ker... Khalid Ibrahim ker... Anwar Ibrahim ker ... Azmin Ali ker.... Saifuddin Nasution ker... Nik Aziz ker... Hadi Awang ker.... Harun Din ker... Nasharuddin Mat Isa ker.... Harun Taib ker.... Ismail Kamus ker.... Lim Guan Eng ker.... Nurul Izzah ker...
Pada gua kalu "lu" menjadi batu penghalang untuk menghumbankan BN.... dan siap lagi menolong untuk menyelamatkan BN.... "lu" memang wajar di kutuk tahap dewa kayangan Jalan Duta....
Pelaq "mangkuk" sorang nih lu boleh baca kat bawah nih....
Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan parti itu seolah-olah ‘merestui’ keputusan nekad Pas Bagan Serai untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai yang diperuntukkan kepada PKR pada pilihan raya umum akan datang.
Bayangan itu disuarakan Presiden Pas sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan lebih 300 penyokong Pas cawangan Parit Haji Taib, petang semalam apabila menuntut ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah parti itu bertanding di Parlimen Bagan Serai sejak dahulu lagi.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut menekankan kerusi Bagan Serai merupakan kerusi Parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955, di mana kerusi itu pada asalnya dikenali sebagai Kerian Darat.
“Bagan Serai merupakan kerusi parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955.
“Justeru, saya berharap supaya ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah kita di sini. Dengan melihat ramai generasi anak muda baru berketrampilan (menyertai Pas), ia jelas menunjukkan Pas mempunyai (pemimpin) pelapis untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Unit Peti Undi Parit Haji Taib 1 dan 2 di sini, Ahad lalu.
Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain, Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin dan Adun Selinsing, Husin Din.
Bagaimanapun, nada berbeza disampaikan Abdul Hadi sewaktu ditemui Sinar Harian bagi mendapatkan penjelasan mengenai status tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai oleh Pas kawasan Bagan Serai apabila menegaskan segala keputusan hanya didedahkan pada hari penamaan calon.
“Segala keputusan akan dibuat dalam Majlis Presiden PR. Kita tunggu penamaan calon (setelah parlimen terbubar),” katanya.
Abdul Hadi turut menafikan kehadirannya pada mesyuarat tertutup Pas Kawasan Bagan Serai bertujuan mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu.
“Tiada (perbincangan). Hanya sekadar lawatan turun padang semata-mata,” katanya.