Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bodyguard. Show all posts
Showing posts with label Bodyguard. Show all posts

06 October 2024

Pengawal Peribadi

Bhai/DeeDee semua ...

Pengawal Peribadi. Mari sini gua terangkan sedikit berkenaan isu ini dari sudut pandang perundangan dan SOP biasa.


Ianya terbahagi kepada 4 jenis pengawql peribadi (walaupun asalnya tetap 2 - bersenjata atau tidak).

Pertamanya adalah pengawal peribadi bagi pemimpin negara (YDPA, Sultan, Raja, Gabenor, TYT, Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri). Senua yang dinyatakan ini diletak pada kategori “Advanced”. Ianya adalah Wajib dan Perlu.

Semua pengawal peribadi ini wajib dilengkapkan dengan senjata api (automatik dan semi auto) dari jenis Pistol atau Rifle Tempur. Pilihan senjata api adalah bergantung kepada kesesuaian lokasi, majlis dan operasi.

Semua akan dibekalkan dengan “Comms” dan “Body Armour” palinh cikai pun dari Type 3A. Wajib berpakaian sesuai dengan majlis, namun pakaian celoreng juga dibenarkan. Penggunaan “Jammer” bukan wajib tapi dibenarkan ikut situasi.

Biasanya pengawal peribadi kategori “Advanced” ni diambil dari UTK PDRM dan GGK ATM. Tapi, ada juga unit khas lain boleh diaturgerak.Semua kos termasuk emolumen dan logistik ditanggung oleh Kerajaan.

Jenis pengawal peribadi kedua adalah untuk pemimpin politik (di pihak Kerajaan terutamanya Menteri Kabinet) serta Kerabat Utama Diraja (Raja Muda, Tengku Mahkota). Ikut syarat sebenar hanya penggunaan sidearm (Pistol Automatik) sahaja dibenarkan digunapakai oleh semua pengawal peribadi ini. Assault Rifle memang tidak dibenarkan sama sekali. Body Armour adakah compulsary kepada semua pengawal peribadi.

Cara berpakaian mestilah tidak menonjol dan pakaoan celorang tidak dibenarkan pada semua keadaan untuk kategori pengawal peribadi ini. Tiada dibenarkan mana-mana penggunaan ”Jammer” digunakan sama sekali dalam apa-apa situasi. Anggota pengawal perobadi ini biasanya diambil dari Cawangan Khas PDRM. Tiada penggunaan anggota dari cabang ATM dibenarkan.

Kos emolumen dan logistik bagi pengawal peribadi dari kategori ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri.

Bagi kategori ketiga pula, ianya adalah pengawal peribadi berlesen yang dibenarkan atas syarat-syarat tertentu oleh PDRM. Ianya perlulah menepati semua semak silang yang dibuat oleh Cawangan Khas (SB) PDRM. Untuk memohon, sila hadir di mana-mana IPK PDRM yang berhampiran. Hanya IPK sahaja yang boleh memberikan kebenaran itu pun setelah mendapat kelulusan semak silang SB dan dari Bukit Aman.

Anggota pengawal peribadi mestilah diambil (digajikan) dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan berlesen yang ada di Malaysia. Pengawal bersenjata atau tidak hanya ditetapkan oleh Kelulusan dari Bukit Aman.

Kos semua dibiaya sendiri okeh pelanggan. Pakaian pengawal keselamatan hanya boleh berpakaoan preman atau pakaian yang ditetapkan oleh Syarikat Kawalan Keselamatan. Penggunaan “Jammer” tidak dibenarkan sama sekali. Penggunaan Tazer juga tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan dari Bukit Aman. Hanya senjata api Semi Auto sahaja yang dibenar digunakan.

Manakala kategori keempat pula adalah Pengawal Peribadi tidak berlesen atau HARAM. Yang ini ramai penjahat, gangster. samseng dan kartel gunakan. Pakaian kasual. Biasanya bergelang emas atau perak yang terlalu menonjol. Tiada etika kerja.

Senjata yang dibawa sama ada buku lima, baton, tazer, pisau lipat, pisau rambo, kerambit, badek, parang, pedang samurai atau pistol.

Semua ini adalah satu kesalahan dibawah Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Tajam 1958 dan juga Akta 206. Sabit kesalahan memang sakit la.

Jadi… Kesimpulannya walau siapa pun anda, anda tertakluk kepada undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaqn Malaysia. Tiada boleh penggunaan pengawal peribadi ini digunakan sewenang-wenangnya.

Tambah lagi jika berpakaian yang terlalu menonjol dengan pakaian celoreng (tak kira apa corak celoreng yang digunakan) dan dengan senjata automatik.

Hanya Pengawal Peribadi bagi Kategori Advanced sahaja yang dibenarkan menggunakan peluru 5.56mm atau 7.62mm. Selain dari itu hanya 9mm sahaja yang dibenarkan. Diharapkan artikel ini menjawab persoalan yang ditanya oleh rakab friendlist.

p/s: Mengikut Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) hanya dibenarkan berpakaian celoreng dalam wilayah takluk Johor semata-mata. Di luar Johor mereka wajib berpakaian preman.

Senjata api pula hanya dibenarkan guna sidearm (Pistol) sahaja di luar Johor. Dalam wilayah Johor diorang dibenarkan pakai apa yang mereka diibekalkan. Tiada isu bab ini.

Mereka sekadar pengawal keselamatan sahaja bukannya Tentera atau Polis. Di luar Johor mereka tiada kuasa melakukan siasatan dan operasi taktikal.

15 April 2021

Kes Viral Semalam

Bhai/DeeDee semua... 

Semalam viral kes majikan belasah dan ugut dengan senjata api kepada dua orang pengawal peribadinya (mangsa) yang berumur 26 tahun dan 43 tahun

Diberitakan suspek telah ditahan dan sedang disiasat berhubung satu laporan Polis yang dibuat oleh mangsa (pengawal peribadi)

Menarik sekali kalu kita tengok isu penggunaan senjata api oleh pengawal peribadi (mangsa) ini. Kerana berdasarkan gambar, gua tak percaya pengawal peribadi (mangsa) ini mempunyai lesen dan permit (CnU) pemilikan senjata api.

Dan gua berpandangan senjata api jenis pistol ini juga berkemungkinan besar tidak berdaftar.

Jika benar apa yang gua sangka, bukan sahaja suspek yang sangkut tapi mangsa pun akan sangkut sama... Kalu kena “picit” lebih lagi nih... ramai yang boleh kena kutip...

Itu kalu takder yang kawtim tepi la.... Hahahaha

Kalu ader ... what do you expect lar???



01 August 2013

Jom Pakat Beli Benda Nih

Bhai/DeeDee sekalian...

Jom la pakat beli benda nih.... terbaek...  support NIJ Level IIIA tue.. setakat peluru pistol .38 ker.. .22 ker... 9mm ker...boleh belaka ditahan... tapi bukan peluru .44 atau 7.62mm ... hahaha... yang itu rasanyer boleh tembus kalu close range... hehehe..

So... Aper lagi... jom pakat beli benda nih.... Hahaha.. at least boleh la selamat skit.... hahaha ... untung la saper yang berniaga benda macam nih.... Hahaha... gua pon nak cari supply lar... nak try jual kat Mudah.My ... hahahaha .... mesti laku punyer.... hahaha

Engarde Malaysia
Tapi itu kalu kena tembak tang body lar... kalu kena tang kapla ka... memang kiok terkojol sat tue jugak... takder tunggu-tunggu punya.... hahahaha.... kojol tetap kojol.... ataupun boleh guna cara kat bawah nih... belajar ilmu kebal... hahaha



Dan jangan pulak lupa untuk bawak senjata nih dalam poket selalu.... jangan guna guli... cari ball bearing jenama SKF sebagai peluru dier... hahaha


31 July 2013

Hitman @ Pembunuh Upahan

Bhai/DeeDee sekalian...

Hitman @ Pembunuh Upahan juga aderlah manusia... dan sebagai manusia.. walaupun mempunyai hati batu (keras hati @ hati kering)... namun ianya tidak lari daripada kelemahan dan masalah peribadi.... Dulu... sekitar tahun 90'an... pihak Jabatan E di Bukit Aman ader dapat menahan seorang hitman @ pembunuh upahan...


Dier nih terkantoi biler mana dier tertinggal jejaknyer disebuah hotel cap ayam berhampiran dengan tempat kejadian pembunuhan dilakukan.... Sesi soalsiasat 72 secara berterusan dibuat disana.... Gua ingat lagi.... saspek nih dalam lingkungan umur 30'an jer... berbadan tak la besar mana.... takder tatoo pon... malah masa dier ditahan selepas dier buat kerja haram tue... dier hanya memakai pakaian pekerja pejabat jer... takder plak yang pelik..

Rambut tersisir rapi dengan minyak rambut yang tak la banyak mana... pakai cermin mata lagie.... Hahaha... kalu sekali imbas... lu mesti tarak sangka mamat tue kerjayanyer sebagai hitman @ pembunuh upahan... hahaha....

Masa kena soalsiasat selama 72 jam takder henti tue... masuk keluar ramai IO (Investigation Officer) samer ader yang jenis garang giler... samseng giler ... sampailah kepada yang jenis baik dan bersopan... sajer nak test mentaliti mamat nih... nak tau saper yang upah dier...dan nak tau siapa lagi sasaran dier selama nih...

Gua masa tue dalam proses belajar.....belajar menyoalsiasat.... errr... jadi agensi gua pi hantar kitorang (lima enam orang ke Jabatan E Bukit Aman) untuk belajar... hahaha

Hasilnyer... setelah 72 jam disoalsiasat dalam bilik berhawa dingin (paling sejuk) dengan air-cond dan kipas dipasang pada kelajuan tinggi... dan duduk atas kerusi besi panjang yang berat tue... dengan hanya berseluar dalam tanpa pakaian.... dengan kakinya direndam dalam bekas berisi air batu..... kepala otak saspek akhirnya "crack" jugak... akhirnya dier mengalah....  dan habis semua benda dier cerita.... siapa funder dier... siapa yang sponsor... siapa yang upah... macam mana dier terima duit.... siapa sasaran dier.... dimana dier dilatih.... dan macam-macam lagie... hahahah

Seingat gua masa tue saspek tak kena belasah pon... cuma dipsycokan secara mentaliti... hahaha.... tak dibagi tido walaupun sekejap... diberi air mimun dengan air ais yang sejuk.... diberi makan roti jer... itupon kalu dier nak bekerja sama memberikan maklumat.. kalo tidak lambat la dier dapat makan.... hahaha

Lepas dapat maklumat semua tue.... pergh... berterabur anggota Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat round satu KL... kumpul dan tahan ramai orang.... itu belum masuk lagi puak-puak Cawangan Khas yang keluar macam kelkatu cari saspek yang ader dalam senarai.... Hahaha....  Dengan kerjasama dari Agensi gua masa tue.... dapat la ditahan kepala besar disebalik semua tue... dan VVIP yang sponsor kes bunuh yang disiasat tue.... VVIP tue connection politik dier tahap tinggi ooo.... ader pangkat dan gelaran dari Sultan lagie....  siap pakai bodyguard.... tapi mencicit bodyguard dier lari biler diserbu oleh UTK.... hahahaha... lawak siot... walhal sekor-sekor bodyguard tue semua ader senjata api haram.....

Kesimpulannyer... once satu saspek hitmn @ pembunuh upahan dapat dikenalpasti.... hehehe... semuannya akan kena siasat.... jiran kampung dier... awek dier... mak bapak dier... even anak atau bini serta rakan sekolah.... hahahaha.....

Cuma dalam kes yang banyak sekarang nih.... hitman @ pembunuh upahan ramainya bukan warga Malaysia.... banyak datang dari negara asing... dari Thailand... Vietnam... Indonesia.... Philipines... malah ader hitman @ pembunuh upahan yang Kaukasian... dari Eropah.... pening aaa Malaysia nih.... Oh yer lupa... ader kes itu hari hitman @pembunuh upahan dari Arab dan Afrika.... pergh... majmuknya Malaysia nih..... Hahaha...

Berkaitan :

09 September 2012

Betulkah Ini Bodyguard Anwar Ibrahim?

Bhai... gua tak tau mender nih... jadi gua nak mintak PKR dan Anwar Ibrahim sendiri kuarkan statement mengenai perkara nih... sila baca citer tue kat sini...  Mintak bagi clearance skit.... pencerahan....  okeh...


15 September 2010

Kalaulah Datuk Sosilawati Tidak Mati

Bhai... sori la kalu artikel gua nih mungkin menyebabkan keluarga simati lebih sedih... bukan tujuan gua nak bangkitkan kesedihan diorang.... persoalan yang gua nak tanya nih... kalaulah Datuk Sosilawati tidak mati... dan urusan beliau dengan saspek berjalan dengan lancar... agak-agaknyer terbongkarkan misteri pembunuhan terancang yang lain...

Gua diberitahu bahawa saspek telah terlibat dengan pelbagai kes yang hampir sama sejak dari tahun 1997 lagie... maknanyer.. sudah lebih 13 tahun saspek bergelumang dengan jenayah keji psiko nih...

Dan selama 13 tahun itu lah tak ader satu pon siasatan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak berwajib atas alasan kekurang bukti...

Bagi kita yang hidup ini.... perlukah kita biarkan ramai lagi yang akan mati dibunuh sebegini baru hendak disiasat... ataupun ... mengikut kata-kata lawak orang ramai... "tunggu ader kena kat anak Menteri atau sebagainya barulah ader siasatan menyeluruh" ...

Sikap lebih melayan laporan polis berkaitan dengan isu politik lalu mengabaikan laporan polis berkaitan dengan isu jenayah la yang menyebabkan indeks jenayah di Malaysia makin meningkat dari hari ke sehari...

Polis bertindak pantas dan tuntas jika ader laporan berkaitan isu politik.. waima sanggup mengerahkan berpuluh-puluh orang anggota untuknya... tapi bagi kes jenayah... IO yang disediakan cuma mungkin seorang atau dua orang bagi setiap balai....

Jika ader seorang menteri ingin melakukan lawatan... berbelas orang anggota polis mengiringinya... dari outrider... sampailah kepada bodyguard... walaupun Malaysia kita nih tak ader lagi budaya pengebom berani mati macam di India atau Sri Lanka dimasa biasanya menteri disana ramai yang mati dengan cara ini....

Jadi.. pada gua la... buat aper diperuntukkan kalu tak berpuluh orang... maybe berbelas orang anggota polis untuk mengiringi seorang Menteri.... buang masa dan duit ringgit rakyat sahaja... cukup lah setakat empat lima orang itu pon sudah kira banyak...

Kepada PDRM... tolong la lebihkan anggota untuk unit D7, D8 dan D9... tolong aaaa.... dan tolong aaa... jangan la ramai sangat dok hurung menteri pi sana sini... tak matinyer menteri nih ditembak atau dibom berani mati kat Malaysia nih... orang Malaysia takder nak buat kerja bodoh bunuh menteri la....

Sepanjang 50 tahun kemerdekaan Malaysia... cuba bagitau gua.. ader pernah tak menteri kat Malaysia nih diancam .. diugut bunuh.. dicederakan ataupun dibom berani mati .... wei.. kat Malaysia nih takder rekod lagie....

Samer gak ngan golongan bang-sawan.... ramai sangat yang escort.... gua rasa aaa... semua penjenayah akan kata... buang masa jer bunuh atau tembak golongan bang-sawan nihg..... takder pekdah jer...

19 July 2010

BlueHyppo Jatuh Tersembam

Hahahaha.... Gua tak tau nak cerita aper.... nak gelak pon ader... nak sedih pon ader... yang pasti .. bergegar pentas dan rostrum biler BlueHyppo jatuh tersembam... hahaha

Orang kata tak baik gelakkan kat orang yang jatuh... okeh.. gua tak gelak.. cuma gua tak dapat bayangkan bagaimana bunyi dan gegaran yang berlaku... lu tau la kan.. saiz badan bluehyppo besar mana... sekali jatuh.. huh... mau retak simen lantai... hahaha..

Kesian sungguh la gua kat bluehyppo nih.... tue la pasal... badan gedabak sangat... makan lagi banyak gula... hahaha... Pasai tue la Najib Razak naikkan harga gula... supaya bluehyppo tak amik banyak gula... hahaha...

Cuba kalu bodi bluehyppo nih slim macam Ziana Zain.. tentu Najib Razak lagie suka... hahaha.. Ini tak... sejibik macam bluehyppo... hahaha.... maskot TM tue.... hahaha...

Korang nak baca citer bluehyypo jatuh tersembam ker... hahaha... boleh baca kat sini...

Abis la ... lepas nih ader yang kena turun pangkat ker.. kena buang ker.... tak pasai-pasai jer bodyguard bluehyppo nih yang kena marah... dipersalahkan... Bhai... lu bayangkan la... macam mana bluehyppo boleh tak tersungkur... udahler badan besar badak air... pastue pakai kasut tumit tinggi tue... hahaha... pasai nak nampak tinggi walhal memang dah sohih spesis katik... kakaka....

Bluehyppo spesis katik... hahaha....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1