Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label UG. Show all posts
Showing posts with label UG. Show all posts

28 March 2023

PRN : Siapa Bakal Kuasai Undi?

Bhai/DeeDee semua...

Semua pihak konfiden yang amat sangat... tapi adakah mereka sebenarnya yakin yang parti mereka masih menjadi pilihan undi rakyat?? Hahaha... Dengarkan kupasan gua disini...

Anda Yakin? Melaka mungkin bentuk Kerajaan Perpaduan?

#PRN2023 #PilihanRayaNegeri #Undi18 #PerikatanNasional #BarisanNasional #PakatanHarapan #KempenPRN #PolitikMalaysia #KerajaanMadani #UnityGovernment #UG #Undi #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL 

13 December 2022

Boleh Bertahankah UMNO?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedia maklum yang UMNO sebenarnya sudah sampai ke peringkat paling rendah dalam kitaran hidup sebuah parti politik. Tidak dapat tidak UMNO perlukan reformasi.... sama ada reformasi kepimpinan atau reformasi organisasi...

UMNO diasaskan agak kuat dengan sokongan orang Melayu... tapi kini orang Melayu sudah ada pelapis pengganti untuk UMNO iaitu BERSATU... Malah kerjasaman BERSATU dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) telah menyebabkan UMNO lagi teruk.....

Seperti mana A. Kadir Jasin ada membicarakan perkara ini.... Nampaknya UMNO berdepan masalah yang paling kronik dalam sejarah penubuhannya...

Bekas menteri yang baru dipecat dari Umno, Annuar Musa, menyifatkan tindakan kepimpinan parti itu memecat ahli sebagai menggali kubur sendiri.

Tolak sebelah kepetahan beliau berhujah namun kenyataannya itu sekali gus menyimpulkan situasi yang sedang melanda parti tua yang tidak lagi agung itu. Kepada yang tidak tahu atau lupa, usia Umno sudah lebih 76 tahun.

Dipecat atau keluar parti bukan perkara luar biasa. Perlembagaan semua parti politik memperuntukkannya. Tapi dalam hal Umno ini, perbuatan memecat ahli yang memegang jawatan penting berleluasa dalam zaman gelora Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.

So... apakah jalan keluar buat UMNO? Adakah UMNO berani untuk berubah? Adakah UMNO mampu bertahan?



Ntahla..


10 December 2022

Senyap Sunyi Walanon Dan Bangsa Slurpp

Bhai/DeeDee semua...

Sebab sudah dah geng yang sama... jadi para Walanon dan Bangsa Slurpp sudah senyap sunyi.. Takder sekor pon yang nak bising membantah tindakan Idris Haron (Peguam Negara) yang tidak membuat apa-apa tindakan sehingga Azeez Rahim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah atas semua pertuduhan rasuah. ... 

Hahaha...

Kalu dulu sure meletop semua Walanon dan Bangsa Slurpp .... siap kecam Peguam Negara ... Mesti punya la.... Hahaha.. mesti akan kata macam-macam kepada AG.... Hahaha... mesti Idris Haron nih kena maki berjemaah... tapi itu dulu aaa.... Hahaha

La nih semua senyap ... senyap sunyi Walanon dan Bangsa Slurpp.... Azeez Rahim sudah suci la nih... pergi.... sure lepas nih kes TH pon jadi senyap sunyi... ahahaha

Hahaha.... dah jadi geng... dah sekandang... dan gadaikan prinsip dan integrity ... dah sama sekapal dengan penyamun... Hahahaha

Hoi Hoi Ya Hoi....



06 December 2022

Mulut Capui Anwar Ibrahim

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua tak setuju dengan Anwar Ibrahim adalah kenyataan dia semalam atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia yang mengatakan bahawa kemungkinan Perikatan Nasional menggunakan dana hasil judi untuk kempen PRU15...

Anwar Ibrahim tak sepatutnya mengucapkan kenyataan itu...

Kenyataan serendah itu tidak mencerminkan kapasiti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri... ianya lebih menjatuhkan maruah dan darjat Anwar Ibrahim setaraf cytro picisan jer.... Patut kenyataan macam nih hanya level cybertrooper jer...

Kenyataan Anwar Ibrahim ini sebenarnya memerangkap dirinya sendiri... Dalam keadaan pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang tak berapa stabil dan kukuh sebenarnya... tindakan Anwar Ibrahim ini mencacatkan situasi...

Ianya merencatkan pengaruh Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan seterusnya akan menjauhkan pengundi atas pagar daripada menyokong Kerajaan Perpaduan... Maaf cakap la... ini tindakan paling bangang yang pernah Anwar Ibrahim buat setakat ini... gua tak kira kenyataan bangang Anwar Ibrahim yang sebelum ini... bukan tak pernah dia buat sebelumnya...

Hahaha...

Apa pun... terlajak perahu boleh reverse.... terlajak kata buruk padahnya...

p/s ... kalu nak bawak jugak naratif nih... bagi ja Cytro "Bangsa Slurpp" yang buat... ini bukan kerja PM10... ini tugasan Cytro jer....



05 December 2022

Tiada Beza Nampaknya

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak bias... gua bukan pentaksub.. gua bukan "bangsa slurpp" .. jadi tak kira parti mana yang memerintah kerajaan... tetap akan gua kritik mana tindakan yang tak betul... mana tindakan yang mengarut... 

Gua tau gua banyak haters... dari supporter... hahaha... tak heran aaa... bukan korang (atau parti korang) yang bagi rejeki kat gua... hahaha... aper ader hal.. Takmo kena kritik... jangan jadi pemimpin atau kerajaan... Hahaha... jangan jadi lobai atau ostad ostajah.... jangan jadi kaler luna...

Hahaha....

Setakat hari nih.. gua tak nampak apa beza Kerajaan Perpaduan nih dengan Kerajaan 1Malaysia, Kerajaan Keluarga Malaysia...  gua nampak sama jer...

Untuk sedapkan hati geng-geng... semua akan dibedak-bedakkan jawatan dan pangkat... janji sokong depa... yang tak layak pon boleh diejast dapat jawatan dan pangkat... kalu takder slot dalam kabinet... depa letak dalam Kerajaan... takpon depa letak dalam GLC atau GLA .....

Macam haram jer kan....

Tu yang tetiba boleh jadi Chairman sana sini... jadi directorship sana sini... pegang jawatan dua tiga... macam la hebat sangat skill yang ader... walhal bercambah lagi orang yang ader skill lagi dasat dari dier...

Hahaha... korang boleh kata gua bluff ... takpa... tapi tunggu sat... tak lama... korang akan nampak apa yang gua tulis nih... kalu korang bukak mata dan bukak hati .... tapi kalu korang spesis "bangsa slurpp" ... bangsa pentaksub... walanon... memang takkan nampak punya... Hahahahaha

Jahanam negara nih...



27 November 2022

Kesian Ketinggalan Bas

Bhai/DeeDee semua...

Hehehe..... sebenarnya kesian pun ader.... Hahaha... kesian kat Abdul Hadi Awang.... kesian sebab ketinggalan bas.... Hahaha...

Tapi itu la... sebab hati dier pon tak bersih sangat... hati dier pon tak stabil sangat.... macam mana nak bawak slogan bersih dan stabil... Hahaha... lawak kan...

Hahahaha... kesian ketinggalan bas...



07 March 2019

Sudah Terampunkah Dosa UMNO Di Lubuk Merbau?

Bhai/DeeDee semua...

1985.... Masa tu gua dah jadi Ahli Parti PAS ... yer betul gua masih bersekolah lagi masa tue... tapi tahun 1985 itu adalah antara tahun-tahun yang hangat dan panas... walaupun kampung gua terkena bencana banjir yang agak teruk....

Ini adalah tahun-tahun dimana gua mengenal erti cinta... Hahaha.... nak buat macam mana... masa tu remaja... stendet lar...

Tapi... Ini lah juga tahun-tahun dimana ketegangan antara UMNO dan PAS cukup memuncak... Sesiapa yang jadi Ahli PAS pada masa tue... alamat memang kena pulaulah... kena sekat macam-macam/.. kena tekanan macam-macam.... Dan pada masa tu la jugak kuatnya pengaruh AMANAT HADI dibawak oleh ramai pentaksub PAS.... betul,... gua pon pada masa tu ader gak terpengaruh dengan AMANAT HADI ni... tapi sekadar biasa-biasa jer mengikut takrifan "batasan iman dan kufur"... Alhamdulillah... gua dari dulu lagi tidak mengkafirkan sesiapa pun.... sebab gua ader pandangan yang lain dan berbeza...

Okeh... sori melalut sikit tadi... Apa yang gua nak citer aderlah... pada 1985 berlakulah satu PRK di Padang Terap Kedah.... dan berlakulah Tragedi berdarah di Lubuk Merbau sehingga membawa maut.... Pada masa itu PRK tersebut hanya ada dua parti sahaja yang terlibat... PAS dan UMNO...  Dikatakan Almarhum Pak Jabit pun ada pada masa kejadian....

Dan dibawah ni adalah mangsa-mangsa tragedi di Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah :
  1. Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam
  2. Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala
  3. Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi.
  4. Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu.
  5. Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka.
  6. Othman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh.
Persoalannya.... Sudah terampunkah dosa UMNO di Lubuk Merbau... dan kalau ditakdirkan Allah Taala berlakulah kematian pada ADUN Lubuk Merbau... adakah PAS dan UMNO akan berganding bahu bersama-sama menentang PH disana.... apakah perasaan Ahli PAS di Lubuk Merbau....

Soalan ini perlu ditanya .... sebab kes tragedi ini masih lagi tidak selesai.... dan perbicaraannya tidak pernah dibuat.....

Gua amat berharap agak Mahathir Mohamed selaku Perdana Menteri Malaysia agak dapat mengadakan satu Inkues bagi Tragedi Lubuk Merbau.... kalau pun tidak dibuat Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi Tragedi Lubuk Merbau ini... Bila dibuat barulah kita boleh tahu kisah sebenanya....

Oh yer... tragedi ini berlaku dua hari selepas Najib Razak hadir disana untuk berkempen pada masa itu...

Itu ja nak khabor...

05 March 2019

Kesian Kena Tinggal

Bhai/DeeDee semua...

Dulu biler blogger AdukaTaruna buat sesi terjah Abdul Hadi Awang di Rusila ditemani dengan gua dan sorang lagi kawan... berkenaan isu penyatuan UMNO dan PAS (pada masa itu dikenali sebagai  Kerajaan Perpaduan)... bukan main kecoh alam siber dan alam real menyalahkan kitorang... malah ada episod belasah dan tahan oleh pemuka-pemupa PAS di Masjid Rusila... Diorang kata kamilah yang bawak fitnah berkenaan penyatuan UMNO PAS ni...

La ni... terbukti apa yang kami dah kesan awal tu adalah benar belaka... dan memang dari kes terjah di Rusila tu ... hilang respek gua terhadap Abdul Hadi Awang... dua sebab gua hilang respek... pertamanya adalah sebab Abdul Hadi Awang telah terbukti menipu (masa tu) bila mana dia telah menipu dalam satu mesyarat dalaman PAS yang mana dia mengatakan bahawa tiada usaha untuk kerjasama dengan UMNO masa itu walhal bukti telah ada) dan keduanya apabila beliau sebagai seorang tuan guru telah membiarkan berlakunya kekasaran terhadap AdukaTaruna dilakukan oleh pemuda PAS tanpa berniat untuk menghalang atau meleraikan.

Hilang respek sejak itu sampailah sekarang kerana Abdul Hadi Awamg telah dikesan kerap menipu dalam beberapa kenyataan yang dibuatnya...

Even Parti Ikatan pon kena tipu buta-buta sahaja yang mana sekarang ni Parti Ikatan telah ditinggalkan begitu sahaja setelah termetrai kerjasama UMNO PAS...

Walaupun gua tetap ahli PAS sampai la ni dan akan datang.... tapi gua hilang respek dengan ramai pimpinan PAS yang asyik kerap menipu demi untuk kepentingan politik dan peribadi mereka... Maaflah yer... Rosak Islam kerana penipuan semacam dibenarkan oleh golongan yang katanya hebat ilmu agama.

19 February 2019

Kenapa Gua Takmo Komen?

Bhai/DeeDee semua...

Kenapa gua malas nak komen pasai penipuan Nik Abduh yang katanya dapat approval dari Abdul Hadi Awang???

Sebab gua tak tau lama dah Abdul Hadi Awang ni kalu bab kelentong dan belit dah lama dah perangai dier camtue.... Lu orang cek balik apa dier punya belit masa bab UG yang gua dan AdukaTaruna dulu terjah dier...

Apa dier belit masa tue??? apa tuduhan walaun terhadap kitorang... La ni apa pulak walaun nak bekap... dah memang sah dah dari awal lagi memang Abdul Hadi Awang nih tipu kata takder deal belakang ngan UMNO... walhal memang betul dier ader deal belakang...

So ... Nik Abduh tu patutnya bukan anak Nik Aziz... tapi dier patutt anak Abdul Hadi Awang... sebab sama spesis penipu .... pembelit... tabley pakai...

Itu ja nak khabor...

*** Maaflah terpubliah komen... patut letakkan dalam folder lain... Maaf yer awak...

05 June 2018

Tak Tumbuh Tak Melata

Bhai/DeeDee semua....

Peribahasa Melayu Kuno ader menyebutkan .... "Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata" ..... Hahaha.... Biler baca kenyataan Mokhtar Senik nih.... Adoyailah.... Karut Wal Marut betullah....

Dulu masa gua dan AdukaTaruna terjah Abdul Hadi Awang pasai UG di Masjid Rusila, dier tabrani nak bagi penjelasan... Hahaha... Walhal sudah kantoi masa tue lagi.... Sekitar 2011 dulu.... Hahaha... Lagi mau pusing belit bawak citer dongeng si Mokhtar Senik ni.... Adoyailah....

Bulan posa ni agak-agak la kalu nak sembang karut wal marut pon..... Oh yer..., Mokhtar Senik dah dapat Master atau PHD ka dalam bidang mandi minyak? Al Maunah ader released ka sijil??? Sebab rasanya masa Mokhtar Senik kat Pakistan dulu hanya dapat lulus sijil bahasa jer..... Huhuhu ... Lagi mau ngaku ulama.... Huhuhu


11 May 2018

PH Tak Ingin Berpakat Dengan BN

Bhai/DeeDee semua...

Nak bagitau satu ja kat Geng Lebai..... PH serang BN sebab PH tak ingin pon nak berpakat dengan BN.... aper ke bodohnya lawan lepas tue berpakat.... Bangang ka apa lebai ni....

Gua dan rakan-rakan Blogger seperti AdukaTaruna, MountDweller, ManjungMari, Cenangau, AmenoWorld,  AbuNawas serta ramai lagi dah tau lama dah Lebai nih memang (nak) berpakat ngan UMNO/BN .... awal lagi kitorang dah "langgar" lebai ni berkaitan isu ni... Hahaha... Lagi walaunta semua dok kata kitorang fitnah lebai.... Hahahaha

Sekarang apa macam.... Ada betui ka???

### Kalu idea Lebai nih bagoosh sangat... apa pasai tak implement kat Terengganu.... kan Terengganu hanya ader UMNO dan PAS ja... boleh la buat takder Pembangkang.... hahaha... Lebai.. Lebai.... baru dapat mimpi ka??? hahaha 

### Lebai tau kalu PAS bergabung saja ngan BN di Perak... Rakyat akan maki hamun PAS dan rakyat akan lagi tarak percaya sama PAS...  Hahaha.. sebab tu la Lebai bagi idea mengarut macam gampang nih...

UPDATE : 

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pembentukan kerajaan perpaduan melibatkan Pas, BN dan Harapan hanya akan dipersetujui dengan syarat parti itu mesti dipilih mengetuai kerajaan tersebut.

Menurutnya syarat terbaharu itu difikirkan setelah mengambil kira kepentingan parti itu untuk mendaulatkan Islam di negeri Perak dan kedua-dua pakatan parti lain iaitu Harapan dan BN perlu menyetujuinya.

"Sebelum ini, sememangnya kita ada meletakkan tiga syarat awal kepada Harapan atau BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di antara salah satu daripada mereka.

"Syarat pertama adalah mana-mana mereka mesti menerima usul pindaan RUU355, syarat kedua, ketiga-tiga Adun Pas mestilah dilantik sebagai Exco kerajaan negeri dan ketiga, separuh daripada jawatan JKKK, ketua kampung dan penghulu mesti diberikan kepada ahli parti itu.

"Namun kini, syarat itu sudah bertukar kepada kerajaan perpaduan tanpa pembangkang hanya setuju dibentuk sekiranya Pas dipilih mengetuainya, selaras mengikut nasihat mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat," katanya sewaktu dihubungi media di sini hari ini.

Razman berkata, syarat itu sudah dinyatakan kepada kedua-dua Harapan dan BN dan sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang persetujuan daripada mana-mana pihak.


24 January 2018

Sumber Maklumat Bukan Hanya Dari Ceramah

Bhai/DeeDee semua....

Walaun memang selamanya tetap walaun... Macai memang selamanya tetap macai.... Nak buat macam mana.....

Kalu macai .... sumber maklumat diorang hanya dari kenyataan Menteri, Timbalan Menteri yang menjadi ketua macai.... sumber maklumat hanya dari media arus perdana.... selain dari tu diorang malas nak carik.... semua nak kena suap jer....

Sebab itu cybertrooper Macai maklumat dier hanya dari sekitar puak-puak macai gak... dari MYKMU dan sebagainya yang setara..... hahaha..... Sebab macai ni malas mengkaji.... jadi cybertrooper macai ni hanya sekadar cut n paste ja.... copy paste ja..... hahaha

Kalu walaun..... sumber maklumat diorang hanya dari kenyataan Pimpinan Walaun ja... sama ader dari penulisan dalam akhbar yang dah tak mampu nak bayar gaji kakitangan dier ataupun hanya sekadar sumber maklumat dari pentas ceramah.... Kalu lu orang pergi dengar mana-mana ceramah .... terutamanya Sidek Noor atau Satipul Bahri.... ceramah hanya penuh dengan emosi... penuh dengan amarah... penuh dengan caci maki kutuk tak hinggat dunia..... Betui la ader jugak ayat-ayat Al Quran yang dibacakan.... tapi berapa lah sangat....

Sebab itu la.... walaun punya maklumat setakat benda dari ceramah ni jer.... dan fakta banyak kelaut.... nak tengok walaun buat carian maklumat kat mana-mana sumber jangan mimpi lah.... hampeh...  cuba tengok berapa banyak pendedahan kebejatan Kerajaan UMNO/BN yang berjaya di pamerkan untuk bacaan semua....  takder... zero... nil.... nehi...

Kalu dua tiga tahun sudah..... yang canangkan pendedahan nih kalu pun kononnya dari puak PAS.... sebenarnya orang itulah yang sekarang nih sama ader dah pi join AMANAH atau tidak berparti.... Nak harapkan blogger walaun macam FZT tue..... hahahaha..... mimpilah artikel dier ader fakta dan berani nak dibawak jadi bahan bukti dalam kes Mahkamah..... Hahahaha.... Mimpilah wei.... Hahahaha

So..... Ader orang kata gua hanya sembang jer untuk sabitkan kes 90 juta atau 100 juta..... hahahaha..... sori bhai.... gua dah kata banyak kali... ianya bukan dalam bentuk wang tunai la.... ia berbentuk tumbuk rusuk..... nak tau lanjut cari la PANTAI SENTRAL PARK..... salah sorang yang terlibat pon dah meninggal dunia.... so... malas la nak bangkitkan nama dier.... Hahaha

Point yang nak di publish pon... tak best la nak campakkan semua selambak.... bagi la satu-satu... kasi panas... hahaha..... yang penting.... ader yang dah kena beli jiwa dan raga.... ader yang dah tergadai bodi.... ader yang dah terlajak perahu....

Puak Lebai pon boleh hanyut bhai kalu kena tiga benda ni.... Duit, Perempuan dan Kuasa..... Hahahaha .... Kalu tak Lebai yang sebat.... anak-anak atau menantu.... takpon sepupu sepapat atau sedara mara kaum kerabat,,,,

Tak caya??? Tanya la Hassan Ali... Nasharuddin Mat Isa.... Mustopha Ali... Nasrudin Tantawi... Abdul Hadi Awang..... Nik Amar..... dan si almarhum tue... (opps... dier dah meninggal dunia) serta beberapa orang lagi.... maleh la nak tulis nama-nama depa... ramai sangat.... hahahaha

Mari lah gua kasik satu lagi point... nak suruh walaun pi stadi dan semak ..... tanah hutan balak yang jadi isu antara Orang Asal (Asli) dan Kerajaan Kelantan (Jabatan Hutan) tu tanah saper... Hahahaha.... dan pasai apa takder penyelesaian pun atas kes tanah tue..... Semak la kat pejabat tanah ... lot tanah  dan kompartmen balak tu atas nama sapa.... Takkan itu pon gua nak ajar..... Hahahaha....

PEMALAS betul la walaunta...... hahahaha

23 January 2018

Unity Government Dan Abdul Hadi Awang Berpisah Tiada

Bhai/DeeDee semua...

Seawal 2007 gua dah beberapa orang kawan dah perasan agenda Abdul Hadi Awang... Dan apa telahan kitorang sebenarnya sempat tercetus bila mana ada talian hayat khas antara pihak UMNO di Perak dan kepimpinan Presiden PAS yang diusahakan oleh Mufti Harussani Zakaria pada malam keputusan PRU12 diumumkan... Semuanya jadi sejarah...



Bila kitorang castas dan kecohkan isu Unity Government (UG) antara PAS dan UMNO yang Abdul Hadi Awang amat berminat nih.... sampaikan member gua iaitu blogger AdukaTaruna kena belasah di Masjid Rusila Marang... Selepas kecoh kes itu... dan kami kantoikan usaha Unity Government Abdul Hadi Awang ni.... Maka terpelantinglah Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali dipecat (atau berlakon dipecat) dari PAS...

Kami tau yang usaha Unity Government ni dibuat pasai dah penat dah pimpinan PAS jadi pembangkang... Tak dapat keuntungan pun.... Kalu dapat buat Unity Government, at least ader peluang la jadi Menteri atau Timbalan Menteri.... Masyuk tue... Tak pon ader peluang Abdul Hadi Awang jadi Timbalan Perdana Menteri....

Dan ramai orang kata ... Dah berapa lama ni.. Mana ader Unity Government (UG) nih.... Tapi diorang lupa... Kalu lah kami tak dedahkan semua agenda ni... Dah lama ader Unity Government.... Dan kemungkinan ianya tidak akan dapat restu dari Nik Abdul Aziz Nik Mat....

Tapi..... Hehehe.... Semalam terbocor lagi impian sebenar Abdul Hadi Awang.... Dan projek Unity Government (UG) masih lagi tak luput dari ingatan dan nafsu dier.... Hahaha.... Sekilas badak air melintas, kita boleh tahu jantan atau betina.... Hahaha....

Sure Abdul Hadi Awang takkan nak bergabung dengan Pakatan Harapan kalu lah Pakatan Harapan dapat hampir simple majority..... Sebab kesumatnya dier ngan DAP ...... Tapi kalulah menang UMNO Barisan Nasional hampir dapat simple majority pada PRU14.... sure Abdul Hadi Awang akan bergabung dengan. UMNO/BN untuk tumpang sama memerintah...

Alasan tolak DAP pasai DAP tak sokomg RUU355, tapi Abdul Hadi Awang buat-buat lupa yang MCA dan GERAKAN yang ader dalam Barisan Nasional pun tolak macam nak giler RUU355.... Hahahaha..... Lu orang jangan ingat Abdul Hadi Awang takder nafsu nak pegang jawatan dalam Kerajaan Malaysia..... Hahaha..... mimpi la wei....

Aper pon... Abdul Hadi Awang sendiri yang serlahkan sikap sebenar dier..... Hahaha... Masyuk... Masyuk.... 

Ini kali bukan RM90 juta nilaian dalam bentuk " xxxxxxxx " macam hari tue... Tapi gua saspek lebih dari RM100 juta dalam bentuk " xxxxx xxx xxxxx" ....... ini kali lah..... Hahaha

06 June 2015

Kenapa Gua Senyap?

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang jelas kenapa gua senyap aderlah gua sibuk.... Sibuk sampai tak sempat nak akses blog... nak baca dan update pon payah.... Hahaha... tapi jangan riso.... gua akan kembali memeriahkan dunia blog kembali.... Hahaha

Okeh la bhai... cukup la mengarut tue....

Kiter citer pulak pasai masa depan PAS.... yeah... PAS.... PAS yang la nih dikuasai sepenuhnya oleh pemwala' Hadi Awang.... Hahaha....   Ader banyak benda gua nak sentuh.... terutamanya bab "mengrekrut" Allah Taala..... tunggu turunnya wahyu berupa arahan untuk serang UMNO.... Nampak sangat makin mengarut perbahasan dalam Muktamar PAS ....

Dulu sebelum nih takder la keluar ayat-ayat bangang camnie.... tapi la nih semenjak PAS dipenuhi dengan geng "Sekali Serban dililit" ..... abis hancur berterabur dah PAS nih.... Belajar agama tinggi tapi boleh lagi jadi sesat.... Huh... payah.. payah.... dari dulu lagi gua selalu kata.... yang selalu menyesatkan orang ramai nih sebenarnya aderlah orang yang cerdik pandai dalam bab agama..... Tak payah jauh la..... cuba tengok orang paling kanan Ayah Pin dulu.... laki bini Ustaz dan Ustazah yang balik Mesir.... belajar di Al Azhar.... tapi diorang la yang paling awal declare diorang murtad....

Huh.....

Yang lagi best tue.... si mamat "Sekali Serban Dililit" tue yang kaki menikus kat dalam Dewan Parlimen selalu tue..... pandai plak nak tunjuk samseng taik kucing dan hebat berhujah sampaikan nak ajar DAP dengan siku dan lutut tue.... Woi mamat... sebelum nak sembang deras berbagai.... lu kena ingat... lu langsung takder suara berhujah dalam Dewan Parlimen setiap kali Parlimen bersidang.... Sama ngan mamat seorang lagi yang dok kerusi Pasir Mas..... menikus jer dalam Parlimen.... Hampeh...

Sebab itu la gua selalu kata tagline "Sekali Serban Dililit" tue sepatutnya menjadi "Sekali Serban Dililit Ketat" ...... sebab oksigen tak dapat sampai ke otak... pasai tue bengap dan bangang sangat.... Hahahaha

Okeh la... Sekarang PAS sudah dikuasai oleh Geng Mamak Ostad ..... yang majoritinya aderlah Ostad Sampul.... yang hidup dengan duit sampul.... dan jugak dari tin Milo..... so.... sekarang nih lu orang kena la buat program untuk gerakkan PAS untyuk menuju PRU14..... Dengan skil "SAMPUL" yang lu orang ader... patutnyer lu orang mudah jer nak kumpulkan dana untuk operasi PAS..... hah.... jangan takut nanti sampul yang masuk poket lu orang lebih banyak dari sampul yang masuk tabung PAS....

Tak gitue Nik Amar...... Hahahaha

Oh yer.... biler nak serang UMNO nih... nak tunggu wahyu turun kepada Hadi Awang ker?? Wei... dier bukan Nabi atau Rasul la..... Dier tue cuma pencandat sotong jer...... hahahaha

06 May 2015

Apa Masalah Sebenarnya?

Bhai/DeeDee semua...

Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan di Singapura.... Gua tau ramai dah baca dan dengar... Memang pening skit biler dengar statement tue.. Mana taknyer.. Kat Malaysia cakap lain.. Kat Singapura cakap lain.... Aper masalah sebenaenya yang ader dalam kapla Hadi Awang nih? Pening aaaaa....

Agaknyer banyak tertelan pil kuda kot... Hahaha

Persoalan gua ... Nanti biler Hadi Awang sampai Malaysia... Mesti akan ader wartawan serbu dier untuk tanya dan soal pasai statement dier di Singapura.... Statement yang ngam-ngam terkait dengan PRK di Malaysia,.... Mesti ... Gua saspek... Mesti dier akan ejast cakap... Mesti dier akan kata media Singapura salah quote.... Hahaha...

Wei,.. Nak habaq sama lu... Semua statement Hadi Awang diorang amik secara "Verbatim" ....jadi bukalah isu salah quote aaa... Kalu dah tak betul... Saman la..... Saman berjuta dolar Singapura,... Kalo brani la.... Hahaha

Haram takder satu statement yang menidakkan kenyataan tue daei Hadi Awang dan semua dalam team dier ... Takder satu kenyataan balas pon.... Ini menunjukkan bahawa ianya adalah betul... Dan memang Hadi Awang stuju dengan kenyataan yang dier keluarkan tue.... Aper nak jadi la...

By the way... Berkenaan ngan PRK Rompin... Tolong aaa jangan poyo mengatakan bahawa telah berjaya kurangkan undi majoriti UMNO/BN ... Sebab... Kehilangan undi majoriti UMNO/BN tue bukan sebab kempen PAS pon... Tapi pasai penyokong Jamaluddin Jarjis boikot la.... Hahhaa.... Penyokong Jamaluddin Jarjis mahukan calon yang rapat ngan Jamaluddin Jarjin... Calon yang JJ cukup percaya....

Ader paham ka??? Tolong jangan poyo sangat aaa....

05 May 2015

Betapa Busuk Hatinya Puak Walaun

Bhai/DeeDee semua..

Sori.... Biler puak walaun nih mensabitkan agama dalam kerja khianat mereka.... Gua jadi konfiden... yang diorang nih semua bukan sebenar-benar ahli PAS yang pernah mendapat tarbiah.... Gua percaya diorang semua nih aderlah agen propaganda UMNO yang dah menyerap masuk dalam PAS...

Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk berkhianat.... walau aper pon asbabnyer.... Jadi... kalau ader yang berpakaian jubah dan sarban besar dok bawak status suruh orang berkhianat nih... Sohih la dier nih dari golongan bukan Islam.... walaupun dier mengaku yang dier orang Islam....

Huh... aper nak jadi la puak walaun nih....


01 May 2015

Siapa Punya Kerja Ni?

Bhai/DeeDee semua...

UGrians memang hebat... Gua tak sangka diorang main cara macam nih... How diorang conduct agenda... How diorang moveskan bidak... How diorang moveskan catur.... Hebat... macam mana ke"wala'an" tidak diberikan kepada yang sepatutnya tetapi diberikan atas agenda lain....

Hebat la UGrians nih.... Hebat.... cayalah...

Di Permatang Pauh la nih... setakat hasil kajiselidik team Agensi disana.... sampai tengah malam semalam.... Wan Azizah masih menguasai sentimen pada kadar 58.2% .... Memang tak kuat mana pon... bebila boleh berubah..... Tambah dengan kuasa wang dan dana.... memang boleh tergugat aaa...  Kalo Wan Azizah nak kekalkan status quo di Permatang Pauh, dier kena achieve dan maintained sekitar 65% paling minima penguasaan...

Tapi.... dengan kerja buat dibelakang tabir oleh team UGrians.... gua percaya agak susah Wan Azizah nak kekalkan momentum pada 65% .... malah mungkin jatuh lagi teruk.... Saper kata geng Yusni Mat Piah nak diam dan tak revolt... hahaha.... mimpi la wei...

Ader team yang Agensi kesan bergerak secara kelompok untuk membuat kempen secara reverse.... semacam satu bentuk sabotaj... dan diorang nih bergerak secara preman.... susah nak agak diorang nih UGrians kalu sekali pandang.... Dan diorang kempen kepada team atas pagar dan team PR..... hebat....

Aper la buat kerja bangang nih....  aper nak jadi la...

So.... please la UGrians... lu nak bangang... bangang sengsorang la wei.....

21 April 2015

Satu Soalan Buat Macai UG

Bhai/DeeDee semua....

Gua ader satu soalan buat macai UG yang dok lepak 24 jam berkempen dalam media sosial..... Sila jawab dengan tenang aaa...  Jangan buat malu O-lama sokongan lu orang tue...

Soalannya berbunyi begini :-

"Lu orang sumer tak solat berjamaah di Masjid dan Surau ka sebab dok asik update media sosial setiap minit berkempen pro-ulamak"


Giler siot update setiap minit... siap relay keputusan MAT lagi... Hahaha.... Jangan ingat gua takder mata dalam media sosial aaa (gua ader Agensi punya team dalam media sosial).... So.... aper jawapan lu orang?? Ker lu orang solat secara niat ja???? hahaha...  Mesti ulamak sokongan lu orang tak pernah bagi usrah dan tarbiah kat lu orang nih pasai solat berjamaah...

Pro-Ulama la sangat..... Khak-thui...

20 April 2015

Satu Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Bhai/DeeDee semua...

Sebenarnya cukup banyak maklumat dalaman PAS yang gua ader.... yer la ... dulu gua pernah duduk menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan di satu tempat di Perak... Masa tue gua masih dikira naif.... walaupun ader maklumat didepan mata... tapi gua buat-buat tutup sebelah mata.....

Sebabnyer... sebab kerana gua percaya...  pentadbiran PAS mestilah akan berlaku amanah... Takkan la orang yang pagi petang siang malam dok cerita pasai Islam dan sirah Nabi akan berbuat pecah amanah....  Tapi rupanya....... rupanya gua memang silap....

Selagi namanya manusia.... pasti akan berlaku pecah amanah..... dan akhirnya benda yang kecil lama-lama tidak diambil perhatian maka ianya akan menjadi sesuatu yang besar..... Punah ranah.... Dan masalah inilah yang cuba ditutup dengan baiknya oleh puak-puak sarban dan jubah nih......

Gua masih tertanya-tanya aderkah patut gua dedahkan perkara ini atau tidak..... sungguh... kalu diikutkan hati dan biler menengokkan macam mana percaturan puak-puak ini meletakkan orang-orang dier dalam organisasi PAS..... nampak macam semua kebejatan ini mahu disimpan disorokkan dibawah karpet dan sejadah..... Aiyo...

Satu perkara yang lu perlu tahu aderlah....... Kalau duit infaq bulanan lu direct masuk ke akaun PAS Pusat.... ader chan ianya ditadbir dengan baik dan beraudit....... Tapi ...kalu lu infaq masa ceramah ka... masa lain ka.... alamat hilang tanpa dikesan dan diaudit la nampaknyer.... Ketirisan tue perkara stendet dalam PAS la bhai.... Dana yang tak tau pergi kemana.... Hilang tanpa jejak..... cuba lu tengok tentang isu gaji dan elaun kakitangan Harakah.... aper citer...

Itu belum lagi bab gaji dan elaun guru PASTI .... huh... yang ini jauh dibawah paras kemiskinan... Lu tau dak ... ader guru PASTI yang dapat elaun (secara tak tetap) pada kadar RM320.... Nak hidup macam mana nih.... PASTI nih dibawah pentadbiran dan penguasaan Pemuda PAS.... dan gua tahu ader ramai yang infaq danak kepada PAS untuk diagihkan kepada guru PASTI..... tapi sori bhai.... tak sampainyer... tiris ntah ke mana....

Yang lagi best tue.... kalu ader infaq korporat atau infaq dari luar negara bagi secara direct ngan orang tertentu... alamat tak sampai la kedalam tabung infaq utama PAS.... ader yang singgah lama sungguh dalam poket orang-orang tertentu.. itu kalu sempat singgah la.... takut ilang tanpa dikensa singgahnyer.... Bila ditanya tabley nak jawab.... Last-last terpaksa la keluarkan statement "jawab la lu orang kat sana nanti"

Aper nak jadi la.....  Pasai tue la diorang nak naikkan puak-puak yang blur dan kaki cover-up .... bukan puak-puak professional yang kaki audit.... sebab tak tau nak cover camana.... Hahaha...

P/S : Kalu lu nak tau ader satu syarikat kejuruteraan antara yang terbesar dalam negara nih yang beri infaq RM1 juta setiap tahun kepada PAS tanpa sangkut dah lebih 15 tahun kalu tak silap gua la..... Gua cukup kenal ngan CEO dier... Ader title Inseneyur (IR) lagi.... Itu baru satu syarikat la bhai..... Hehehe...  Maklumat lama yang gua ader kalu tak silap mengatakan bahawa ader lebih dari 20 syarikat dalam dan luar negara yang berbuat infaq sebegini besar setiap tahun.


19 April 2015

Betapa Sombongnya Mereka

Bhai/DeeDee semua...

Semalam gua pi Kota Bharu. Ada urusan kat sana. Sambil tue gua sajer amik peluang blending dengan orang ramai... Lepak kat kedai kopi depan markaz ... Pasang telinga dan pahamkan aper yang diceritakan... Memang best biler gua pon sesekali masuk daun dalam sembangan diorang nih... Sajer bakar line.... Hahaha..

Lepas Kota Baru, gua pi Melor dan Pasir Puteh... Same scenario.. Same situation ... Pasang telinga dan amik maklumat.... Then gua gerak pi Besut (Jerteh), Gaal dan akhirnya gua pi Kuala Terengganu dan Marang... Paling lama lepak kat Marang.... Pi carik kopi.. Pi lepak kedai kampung....

Semuanya sama... Citer pasai mesyuarat PAS Kawasan dan Cawangan... Dari aper yang gua lihat dan dengar.. Semua citer yang sama... Begitu kuat golongan pewala' melobi untuk mengekalkan Hadi Awang and the gang....  Tapi banyak fakta yang tak kukuh yang diberikan dari hujah mereka nih.. Diorang cuma ader hujah "ulama pewaris nabi" ja... Lain takdak... lain zero.... out...

Paling lawak sekali... Semua hujah diorang penuh dengan ayat-ayat maki hamun menggunakan nama binatang dan segala macam lagi maki hamun.... Dah nampak macam berzikir la pulak... Hahhaah ... Biler gua tegur diorang supaya jangan maki hamun macam takder akal... Terus diorang kata ini mesti penyokong kuat Al Ketumi.... Pergh.. Di kepala ader kopiah dan sarban... Tapi dimulut lebih hina dari segala kehinaan... Macam ini ker penyokong ulama... Yang paling best skali.... Ader  satu lokasi tue di Marang ... Puak-puak nih sembang deras bab sokong ulama... Tapi waktu tue orang masih dok solat berjamaah... Hahaha... Lawak siot...

Bercerita pasai sokong ulama macam nak giler... Tapi solat jamaah pon tinggal.. Missed.... Lagi mau sembang deras... Hahaha

Dalam banyak lokasi... Dapat dilihat betapa hasadnya mereka nih dengan Pakatan Rakyat.. Siap sembang kata kalo takder Pakatan Rakyat pon PAS tetap kuat dan boleh menang besar... Hahaha... Gua gelak dalam hati ja... Betapa sombongnya mereka nih... Tak beragak keluarkan statement... Hahaha... Patut la pasai kuat sangat PAS tue yang sajer bagi menang kat UMNO di Terengganu ... Dan nyaris tak tumbang Kelantan sampaikan tinggal dua kerusi... Kuat sangat la PAS... sampaikan Kedah pon boleh hilang.... Oh yer lupa... Kat Kedah tue ramai bukan Islam.... hahaha

Hahaha...

Bab bodoh nih gua bagi la menang kat diorang nih.... Hahaha... Macam dalam kes DUN kat Terenganu nih la.... Ingat kalu tak pasai "Asal Bukan UMNO" punya sentimen pada PRU13... Lu ingat Satiful Bahri ader chan ka jadi ADUN kat sana.... Hahaha... Mimpi la... Dier ingat dier bagoosh sangat la tue sampaikan orang undi dier... Hahaha... Nak tau bagus ka tidak tengok la nanti pada PRU14...  Sure ruyup punya...

Hahahaha...

Masalahnyer ... Puak-puak pewala' nih bukan jenis nak gunakan akal yang Allah Taala beri tue... Semua lebih kepada emosi dan taksub... Nak nasihat serupa curahkan air kedaun keladi... Nak buat camana... Bos diorang pun jenis sombong tak makan nasihat.... Takper la...  Depa kan dijanjikan syorga... Hahaha.... Ntah syorga mana ntah... Allah Taala suruh "Hablum minan-nas sebelum Hablum minal-llah" .... Tapi diorang mana mau ikut... Lantak pi la kat diorang... Hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1