Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tuduhan. Show all posts
Showing posts with label Tuduhan. Show all posts

17 May 2024

Fitnah Pembangkang?

Bhai/DeeDee semua...

Masa jadi pembangkang dulu apa yang tak pernah Anwar Ibrahim dan geng pembangkangnya nih tuduh dan fitnah terhadap Kerajaan?? Kah Kah Kah

Err... macam la rakyat tak boleh semak GIP tu apa... Siapa Blackrock tu... Kah Kah Kah



10 January 2024

Khianat Dengan Api?

Bhai/DeeDee semua...

Khianat dengan api atau dengan cat nih.... payah kalu takder bukti yang jelas... nak tunjukkan motif dan sebagainya... sebab kadang-kadang tu... self-inflicted pun boleh jadi juga...

Sebab benda boleh diupah... benda boleh dirancang... benda boleh dilakonkan....

Apa-apa pun... biarlah PDRM siasat dengan sebaiknya...

Itu ja nak cakap...

Molotov Cocktail??


17 April 2023

Perang Sudah Bermula - Mahkamah Akan Tentukan Siapa Yang Benar Siapa Yang Salah.

Bhai/DeeDee semua...

14 hari kita semua tunggu barisan peguambela Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan banyak maklumat dan kotak-kotak berisi fakta yang mengatakan Mahathir Mohamed mengumpuk kekayaan semasa dia berkuasa jadi PM4 dulu...

24 Tahun benda nih berlegar dalam media dan ceramah-ceramah... Kali nih kita berpeluang tengok sama ada ianya benda benar atau fitnah semata-mata... Hahaha...

Bagoosh jugak nih..

#MahathirMohamed #AnwarIbrahim #SamanFitnah #Fitnah #Kekayaan #Kronisma #KKN #Reformasi #Tuduhan #Mahkamah #PerangPolitik #Ceramah #Kotak
#Relevan #Politik #MasaDepan #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

05 April 2023

Punyalah Sembang Sebelum Ni

Bhai/DeeDee semua...

Untuk yang bangang kata gua pro Mahathir Mohamed bagai nih... nih gua nak bagitau.... gua memang hentam semua PM ... tak kira siapa... Once dier duduk kerusi PM... memang gua akan tibai kalu ada salah silap.... Benda betul gua cakap betul, benda salah gua cakap salah... Gua bukan pentaksub mana-mana pemimpin... tak kira la pemimpin negara ka, pemimpin agama ka, semua gua tak taksub.... semua itu pada gua adalah bangsat ja...

Sebelum nih punyalah Anwar Ibrahim sembang kata memang ader bukti semua untuk menuduh Mahathir Mohamed macam-macam... Puluhan tahun tu bhai.... dan baru-baru nih siap menganjingkan Mahathir Mohamed lagi... Then... Mahathir Mohamed kata kalu tak boleh tarik balik pertuduhan.... Mahathir Mohamed akan kemukakan tuntutan saman dan sebagainya...

7 hari tue.... 7 hari pentaksub Anwar Ibrahim dok menganjing kata berani ka Mahathir Mohamed nih nak kemukakan tuntutan saman dan sebagainya itu.... 7 hari bhai pentaksub menyalak menganjingkan....

Tetiba... cukup masa... Mahathir Mohamed kemukakan tuntutan.... guna lawyer dier....  Hah... kelam kabut puak Anwar Ibrahim dan peguam dier nak mintak masa untuk kemukakan bukti bagai.... mintak nyawa.... hahaha.... itu hari masa 7 hari tue dulu... kenapa tak prepared bukti.... masa menganjing tak hingat nak sediakan bukti... bila kena tuntutan... baru la kelam kabut nak mintak masa.... mintak masa sampai 2 minggu tue... 14 hari.... hahaha

Hahaha.... 26 tahun punya bukti takkan takdak simpan?? Hahaha

Yang menariknya .... semua ini akan melondehkan kedua-dua pihak.. Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim..... hahahaha... gua gelak jer....

Gua dah ready popcorn dan air kola.... nak kena cari jajan kerepek bawang ka apa ka.... layan drama nih... Hahahaha



18 January 2023

Soalan Utama: Beranikah MP Permatang Pauh Untuk Berikan Nama Admin Page FB Beliau?

Bhai/DeeDee semua...

MP Permatang Pauh mohon maaf kenyataan di FB Page beliau yang Kafir ingin jatuhkan Islam"... Dia salahkan ini semua keatas admin page FB beliau... Persoalannya... beranikah MP Permatang Pauh untuk berikan nama Admin Page FB beliau?

Kita nak tau jugak namanya... Kalu betul la orangnya ujud... sebab kalu takder orangnya ujud... maka tulisan itu MP Permatang Pauh nih la yang tulis sendiri.... hahaha

Kan kan kan.... main nak kambing hitamkan orang lain jer... tak berani (takder tolo) nak bertanggung jawab.... Podah..

MP Permatang Pauh mohon maaf kenyataan 'kafir ingin jatuhkan Islam'

#FawwazJan #MPPermatangPauh #PAS #Fitnah #Saman #AdminPageFB #KambingHitam #Bangsat
#Politik #MasaDepan #Jahanam
#reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

20 December 2022

Kerja Gila

Bhai/DeeDee semua...

Gua sendiri pun dari awal lagi musykil bila mana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming) bising pasai kononnya Father's Organic Farms nih tak mohon lesen dari Majlis Daerah Hulu Selangor sebelum mengoperasikan tapak perkhemahan...

Sebab setahu gua ianya mana pernah ader ujud... sebab itu la jugak pada 2005 gua pernah tanya lesen untuk bangunkan "caravan @ trailer park" pun lesen tu takder di Malaysia....

Jadi macam macam la orang boleh sesedap rasa jer tuduh bukan-bukan... huhuhu... adoilah.. ... 

Dan tengok dari gambar lokasi kejadian... ianya bermula dikawasan yang tidak dimiliki oleh pengusaha ladang organik... ianya bermula dari kawasan lain... kawasan milikan kerajaan ... agak-agak la kan nak salahkan pemilik tanah ladang organik pun...


Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor yang mengalami bencana tanah runtuh pada Jumaat lalu berkata, dia tidak dapat membuat permohonan mendapatkan lesen tapak perkhemahan kerana permit seperti itu tidak wujud.

Pada sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur semalam, jurucakap tapak perkhemahan itu, Frankie Tan, berkata dia diberitahu oleh pelbagai agensi kerajaan - termasuk jabatan pertanian - bahawa tiada lesen sedemikian boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.

“Saya pernah bertanya kepada pegawai kerajaan sama ada kami perlu memohon lesen tapak perkhemahan atau tidak.

"Pegawai terbabit berkata tidak ada permit kerana tapak perkhemahan itu bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon.

“Bukannya kami tidak mahu membuat permohonan tetapi memang tidak ada cara untuk kami memohon," katanya.

Terkono Hamzah Zainudin

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... terkono balik kat Hamzah Zainudin... hehehe... mesti dier takder baca buku Qazaf  tulisan Abdul Hadi Awang... Hahahaha

Tak beragak nak tuduh sama pun.... benda kalu tatau ... buat senyap sudah la... kasik authority setelkan kes... Kalu ader bukti baru... sila kemukakan... huhuhu


Anwar Ibrahim hari ini menganggap Hamzah Zanudin belum mendapat tarbiah daripada rakan pembangkang apabila membangkitkan isu homoseksual semasa berbahas semalam.

Untuk rekod sebelum ini Abdul Hadi pernah menulis buku berkenaan hukuman yang perlu dikenakan ke atas seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina atau liwat.

Buku Qazaf Mangsa Fitnah itu dihasilkan Abdul Hadi tidak lama selepas Anwar didakwa di mahkamah atas pelbagai tuduhan pada akhir 1990-an lalu.

11 December 2022

Dulu Tak Menyempat-Nyempat

Bhai/DeeDee semua...

Masa dulu saban masa Rafizi Ramli serang Menteri dan Timbalan Menteri.... sampai tak bagi peluang langsung Menteri dan Timbalan Menteri masa tue nak setelkan urusan lain.. semuanya asyik nak kena menjawab persoalan dan tuduhan yang dier kemukakan... kan Rafizi Ramli ni kaki buat pendedahan (expose) sana sini...

Sampai wartawan pun terpaksa la tanya Menteri dan Timbalan Menteri setiap masa....

La nih... Rafizi Ramli nak tiru cara Anthony Loke .... hanya jawab selepas waktu kerja jer.... Okeh la tue.. so jangan marah la nanti kalu ader wartawan kejar dier sana sini lepas waktu kerja tanya itu ini....

Terutama nak tanya Rafizi Ramli pasai pendedahan dier sebelum nih berkenaan kes Littoral Combat Ship dan beberapa lagi... so jangan la hangin biler wartawan dok kejar nak tanya pasai kes ini... Boleh la kan tanya bila-bila time lepas waktu kerja.. kan kan kan

Tapi sekejap.... kalu Wartawan tak boleh tanya pasai isu politik dan sebagainya time Rafizi Ramli nih bekerja... harap Rafizi Ramli tak la buat kerja politik time bertugas sebagai Menteri.... maksud gua... tak boleh la dier rasmi atau hadir mana-mana program politik time dier sedang bertugas berkerja tue.... Kena la buat hadir atau rasmi mana-mana program tue lepas waktu kerja dier...

Hahaha.... kalu nampak Rafizi Ramli hadir atau rasmi mana-mana program politik time office-hours ... boleh la kita maki dier kan?? Hahahaha ... Cakap tak serupa bikin... waktu kerja Menteri nih 8 pagi sampai 5 petang ka?? Isnin sampai Jumaat ka???

Hahahaha



06 December 2022

Betul Juga Cakap Hamzah Zainudin

Bhai/DeeDee semua...

Bila kita suka seseorang, janganlah sampai pemandangan kita dikelabui. Kita kena juga dengar padangan dari sudut lain... kita kena bersikap terbuka... menerima kritikan... melakukan semak dan imbang serta puji perkara baik, kritik perkara tak baik.

Betul juga cakap Hamzah Zainudin nih... kalu duit PN ader banyak... patut UMNO/BN semua dah takder kerusi... Hehehe

"Kalaulah saya ada duit daripada tauke judi ni, saya ingat bukan hanya menang 73 (kerusi) hak (yang) BN 30 (kerusi) hak (yang) ada itu pun kita sapu habis," - Hamzah Zainudin



Mulut Capui Anwar Ibrahim

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua tak setuju dengan Anwar Ibrahim adalah kenyataan dia semalam atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia yang mengatakan bahawa kemungkinan Perikatan Nasional menggunakan dana hasil judi untuk kempen PRU15...

Anwar Ibrahim tak sepatutnya mengucapkan kenyataan itu...

Kenyataan serendah itu tidak mencerminkan kapasiti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri... ianya lebih menjatuhkan maruah dan darjat Anwar Ibrahim setaraf cytro picisan jer.... Patut kenyataan macam nih hanya level cybertrooper jer...

Kenyataan Anwar Ibrahim ini sebenarnya memerangkap dirinya sendiri... Dalam keadaan pemerintahan Kerajaan Perpaduan yang tak berapa stabil dan kukuh sebenarnya... tindakan Anwar Ibrahim ini mencacatkan situasi...

Ianya merencatkan pengaruh Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan seterusnya akan menjauhkan pengundi atas pagar daripada menyokong Kerajaan Perpaduan... Maaf cakap la... ini tindakan paling bangang yang pernah Anwar Ibrahim buat setakat ini... gua tak kira kenyataan bangang Anwar Ibrahim yang sebelum ini... bukan tak pernah dia buat sebelumnya...

Hahaha...

Apa pun... terlajak perahu boleh reverse.... terlajak kata buruk padahnya...

p/s ... kalu nak bawak jugak naratif nih... bagi ja Cytro "Bangsa Slurpp" yang buat... ini bukan kerja PM10... ini tugasan Cytro jer....



16 February 2015

PDRM Akan Sertai Maharaja Lawak Mega 2015

Kah Kah Kah.

Tanyalah siapa sahaja waima budak sekolah rendah sekali pun tentang adakah mereka berani melakukan conteng kepada kenderaan PDRM? Pastinya semua akan mengelengkan kepala. Untuk berada dekat dengan kenderaan PDRM pun sudah menimbulkan rasa cuak kepada sesiapa sahaja. Tambah lagi jika ada demonstrasi jalanan.

Kah Kah Kah.

Orang gila pun tidak akan menghampiri kenderaan PDRM. Tambah lagi dalam keadaan demo jalanan dimana LSF dan FRU ada dimana-mana berkawal. Malah anggota Cawangan Khas dan Polis berpakaian preman juga cukup ramai berada sama ada dekat dengan kenderaan PDRM ataupun berada bersama menyelinap didalam kumpulan orang ramai yang melakukan demo jalanan.

Kah Kah Kah.

Jadi, tentulah cukup pelik lagi ajaib sekiranya kenderaan PDRM mampu diconteng dengan menggunakan "spray paint. Sungguh pelik. Mungkinkah contengan ini dilakukan oleh pelaku yang halimunan? Adakah ianya dilakukan oleh Jin?

Kah Kah Kah.

Pastinya tuduhan yang mengatakan ada pihak awam (peserta demo jalanan) yang terlibat melakukan "vandalisma" terhadap kenderaan PDRM ini cukup melucukan. Orang gila pun tidak akan mampu melakukan perkara ini tanpa dikenalpasti, ditangkap mahupun dibelasah dengan cota Polis.

Kah Kah Kah.

Tahniah kepada PDRM, Anda mampu untuk menjuarai Maharaja Lawak Mega 2015 yang akan datang. Sila hantar satu kumpulan pelawak anda untuk sesi ujibakat Maharaja Lawak Mega 2015.



Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

26 September 2012

Jet Dinaiki Anwar Memang Milik Yahudi?

Bhai... gua ader terbaca kat mana ntah... tapi yang pasti dari blog penchachai UMNO la... hahaha... diorang kata jet yang dinaiki Anwar Ibrahim adalah memang milik Yahudi... Alasannyer kerana ikut maklumat yang diorang rembat dari blog Azmi APA.. pemiliknya aderlah sebuah bank milik Yahudi...

Wei... agak-agakla kalu nak tuduh mender pon... guna la akai skit... hahaha...

Okeh.. gua tau jet itu didaftarkan atas nama Wells Fargo Bank Northwest .... gua pon ader akaun kat bank nih.... bank nih antara bank yang ternama dan terbesar di US lar... hahaha... so aper kejadahnyer terlibat ngan Yahudi ker mender....

Contoh la... lu beli kereta Ferrari 458 Spyder yang harga kat US baru USD$250 ribu... tapi biler sampai kat Malaysia jadi RM2 ~ RM3 juta... hahahaha...... mestilah lu beli tue kira angkat loan bank... kalu lu bayar cash.. kurang 24jam... mesti pegawai dari LHDN akan kontek tue tanya ... dan mintak lu datang pejabat LHDN kasi declare.... hahahaha .. kalu tidak.. masak la lu... hahaha

So... biler lu amik loan... kira utang bank la.... cuba lu tengok geran kereta lu.... ader ker diletakkan geran tue atas nama lu..... hahaha.....cuba tengok bhai..... Kata la lu amik loan keter ngan OCBC Bank..... mesti atas geran keter tue dier kata "Hak Milik Dituntut oleh OCBC Bank Malaysia" ...... hahahaha....

Jadik... takkannyer ader nama lu atas geran tue sampai la lu dah abis setel loan dan dapat release letter dari bank... baru la boleh tukar dan padam nama bank atas geran lu.... dah boleh padam dah "Hak Milik Dituntut oleh OCBC Bank Malaysia" ..... hahahan .... so kalu dalam kes keter nih... boleh la kata keter tue dimiliki oleh Cina Komunis.... hahahaha (agen Ah-Seng tue...... hahaha) ... hahaha... bodoh la kalu ader orang yang percaya camnie...

Okeh... ader paham tak???? hahaha... kalu tak paham.. pi amik tin susu terpakai tue... kencing dalam tue pastue minum air kencing lu sendiri lar... hahaha... jangan lupa plak hantuk kapla lu kat tiang jejantas.... hahahaha

Kesimpulannyer... selagi jet tue tak abis bayar loan dan utang.... maka mestilah nama atas geran jet tue masih atas nama "Wells Fargo Bank Northwest" ....... hahaha... loan tarak setel bhai.... mestila itu macham..... hahahaha....  so kepada penchacai UMNO yang kata jet tue milik Yahudi... sila baca dan pahamkan betul-betul....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1