Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Lesen. Show all posts
Showing posts with label Lesen. Show all posts

17 November 2024

Macam Hanat

Bhai/DeeDee semua...

Ini memang macam hanat.... ader jer agenda kuku besi ....  kalu takut kena kritik... jangan pegang jawatan la.... aper punya bangkai pemimpin Kerajaan yang ader nih.... bangkai betul lar...



30 September 2023

Lagi Mau Sembang

Bhai/DeeDee semua...

Sembang tak guna la... BNM yang sebenarnya adalah Agensi dibawah kuasa Kementerian Kewangan tue pon tabley nak kawal... lagi bising nak kawal syarikat swasta.... Ajer ke bangang lar...

Lagi mau sembang....

WalaNON dan Bangsa Slurpp boleh la korang kelentong... Sebab depa otak pun sudah kena pajak...

Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



19 April 2023

Nak Marah Pasai Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Hangpa nak marah pasai apa??? Dah Kerajaan Madani nih bagi permit dan lesen jual mercun... jadi ader la yang akan bangang main camnie... Jadi tak payah la marah....

Itu la... dah Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim yang ada nih bangang.... nak kata macam mana...

Bukan main payah kita nih nak didik rakyat Malaysia selama nih yang budaya main mercun nih bahaya dan tak berfaedah... tapi dek kerana Kerajaan Madani nih bangang... maka dibenarkan lesen dan permit jual mercun...

Tak guna la selama ni usaha kita semua...

Jadi tak payah la korang WalaNON dan Bangsa Slurpp nak marah... moga korang tak kena musibah atas mercun nih... kalu kena baru korang ada akai... Hahaha ....

HAHAHAHA


=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S



04 February 2023

Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.

Bhai/DeeDee semua...

Negara kita setelah sekian lama cuba untuk mengurangkan impak dan bahaya mercun dan bunga api... Betul kita masih susah nak mengawalnya... Tapi at least selama nih ada juga usaha untuk menghalang penjualannya secara terbuka dan meluas..

Tapi bila ada Kerajaan bangang macam nih... Kerajaan PM10 yang bangang camnie... boleh pulak KPKT keluarkan cadangan nak benarkan penjualan secara terbuka... konon akan ader pemantauan dan lesen bagai.... Walhalnya pemantauan barang keperluan harian pun tabley nak kawal...

Cuba kalu cadangan nih dibuat masa BN atau PN berkuasa dulu... pastinya pentaksub (WalaNON dan Bangsa Slurpp) Anwar Ibrahim akan serang bukan main... Akan sanggah dan kecam bukan main...

Tapi la nih senyap sunyi semua WalaNON dan Bangsa Slurpp nih... Semua dah jari bangkai ka?? Dah kojol???

Serupa bangsat ja la...

Kerajaan benarkan penjualan mercun dan bunga api - KPKT

#Mercun #BungaApi #KPKT #NgaKorMing #Bangang #Bangkai #AnwarIbrahim #Kecam #Walanon #BangsaSlurpp #Bangsat #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL 

02 January 2023

Baru Sekarang Nak Menyalak?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... lawak aaa... Dulu masa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah... dan masa tue PAS berada dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan... kenapa senyap?? Kenapa masa tue tak terkutik apa pun sampaikan Kabinet meluluskan peningkatan cabutan Judi dari 8 kali ke 22 kali... harap Dewan Ulama PAS nih tak berbunyi...

Masa tua pekak, bisu dan buta kot??? Atau masa tue tengah leka diulit dunia???

Hahaha.... Kenapa baru sekarang Dewan Ulama PAS nih nak menyalak??? Kenapa baru sekarang??? Hahahaha

Dewan Ulama PAS pun hipokrit.... Huhuhu.... bermain politik gak... bukan buat amar ma'aruf nahi mungkar... Podah la...


Dewan Ulama PAS menyeru kerajaan persekutuan mengikuti langkah kerajaan Kedah yang tidak memperbaharui lesen judi, menjadikan tiada lagi premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.

Ketuanya Ahmad Yahaya berkata tidak cukup bagi kerajaan persekutuan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.

"Dewan Ulama PAS ingin menyeru kerajaan persekutuan supaya turut mempunyai tekad politik yang sama. Tidak wajar sekadar berbangga dengan penurunan cabutan undi tetapi premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini.

27 December 2022

Takdak Siapa Sekat Pun

Bhai/DeeDee semua...

Adoilah... Nih Muhyiddin Yasin meroyan pasai apa.... Hahaha... Takdak siapa sekat pun mana-mana penceramah atau pendakwah nak bagi ceramah, kuliah atau tazkirah la.... Benda simple jer... semua orang yang nak mengajar agama di Malaysia nih kena amik tauliah... kena amik pengesahan... 

Nak amik tauliah dan pengesahan tue tak susah mana pun... datang Majlis Agama... isi borang... tunggu proses Interview... hadir dan bawak semua dokumentasi (sijil/diploma/degree/masters/phd) termasuklah kalu ader dokumentasi pengesahan belajar secara pondok atau tahfiz bagai...

Kalu kosong takder dokumentasi... macam mana nak dapat tauliah??? Belajaq kat mana pun tatau... nak disahkan (verified) pun susah... semua dokumen nak kena authenticate lar.... 

Adoilah... takkan nak amik penceramah merapu kutip belajar ntah mana-mana... karang dibuatnya ajar benda mengarut dan sesat camana... sapa nak pantau.... banyak wei penceramah takder tauliah... glamer jer lebih tapi tauliah pon takdak... malah pendidikan akademik agama pun tak dapat nak verified dan di authenticate.... macam Azhar Idrus tue la...

Serupa nak bawak motor atau kereta la... kena la ader lesen... nih tambah pulak bawak bas atau keretapi... ramai penumpang (pengikut / pelajar) .... jahanam kalu takdak lesen... kalu eksiden.... insuran / takaful pon takdak cover... null and void...

Apa gila nak bagi drebar bas / keretapi bawak penumpang atau barang takdak lesen...

Atau...

Apa gila nak bagi pilot kapalterbang bawak penumpang atau barang takdak lesen...

GILA KA??? BODOH KA??? 
Gila sengsorang cukup la... jangan sabitkan atau jangkitkan kegilaan tue ngan orang lain...



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyeru pihak berkuasa supaya tidak menyekat pendakwah bebas yang menyatakan sokongan terbuka kepada gabungan pembangkang itu.

Muhyiddin berkata, memandangkan pilihan raya telah berakhir, sewajarnya tiada mana-mana pendakwah yang tidak sehaluan kerajaan disekat daripada menyampaikan ceramah.

"Saya tahu ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada PN dalam PRU-15 yang lalu.

"Ada juga pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

"Selepas PRU selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik.

“Baru lah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif," katanya

21 December 2022

Mat Rempit - Satu Idea Menarik Untuk Tanganinya.

Bhai/DeeDee semua...

Kita tahu negara kita ini mempunyai masalah Mat Rempit yang kronik... Sampaikan dulu ada Mat Rempit yang dijadikan ikon belia oleh seorang Menteri.... Gila betul lah... 

Roadblock ada merata... tangkapan dan saman beratus dan berjela... tapi masalah ini masih tak boleh nak diselesaikan dengan undang-undang sedia ada.... Gantung dan batal lesen pun tak kemana... sebab ramai Mat Rempit yang tak ada amik lesen pun.. Roadtax dan Insuran pun banyak yang tak ada... Kedai masih jual lagi motorsikal kepada semua orang waima yang tidak berlesen pun...

Yang tak berduit... beli kapchai... yang berduit ... beli superbike... lesen tetap tak ada.... giler aaa

So... Apa cara nak selesaikan isu ini??

Ini cadangan gua... satu cadangan yang drastik dan tegas...

1. Ujudkan satu syarikat pengeluaran motorsikal buatan tempatan milik satu Agensi Kerajaan. Syarikat ini akan mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan motorsikal buatan tempatan dari (cubic capacity) CC kecil sampailah ke level Superbike.

2. Buat serbuan, tangkapan dan tahan semua pesalah rempit tak kira yang menggunakan kapchai sampailah ke superbike...

3. Semua pesalah perlu ditahan (penjara) selama 10 tahun. Tiada kompromi. Tiada pilih kasih. Semuanya akan ditempatkan dalam satu penjara khas... Penjara untuk kesalahan rempit sahja...

4. Semasa dalam penjara... pesalah rempit motorsikal ini akan diklasifikasikan mengikut skil mereka... sama ada mereka berskil ubahsuai motorsikal ataupun memandu tahap dewa.

5. Yang mana berskil ubahsuai kenderaan... semuanya akan dihantar bekerja di kilang pengeluaran motorsikal milik Agensi Kerajaan yang dalam nombor 1. Mereka akan bekerja dengan kawalan keselamatan tahap tinggi. Ada KPI yang mesti mereka laksanakan... Yang mahir design akan diletakkan dalam bahagian design... yang mana testing.. akan diletakkan dalam bahagian testing... yang mana pakar memasang sparepart ... akan diletakkan di bahagian pemasangan....

6. Makan, minum, pakaian, penginapan dan perubatan semua disediakan di penjara khas ini... siap dengan kawalan yang ketat... semua pesalah akan dipasangkan pengesan di pergelangan kaki. Mereka tak boleh keluar dari kawasan kilang atau penjara khas ini....

7. Gaji mereka akan diberikan mengikut kadar gaji minima yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .... tetapi mereka cuma mendapat duit untuk kegunaan personal sebanyak RM300 sebulan sahaja... selebihnya akan dimasukkan dalam satu akaun milik mereka yang akan dikendalikan oleh KWSP.  Bagi yang ada anak atau isteri atau keluarga, sebanyak RM1000 sebulan akan diberikan kepada keluarga mereka. Setelah mereka menamatkan masa tahanan 10 tahun... barulah mereka boleh mengeluarkan semua wang gaji mereka dari Akaun ini dengan syarat-syarat tertentu termasuklah dividen dan interest.

8. Jika pesalah berjaya melepasi KPI bagi setiap individu yang ditetapkan, satu bonus (dalam bentuk wang) akan diberikan kepada mereka dan ianya akan dimasukkan dalam Akaun khas gaji mereka. Semua pesalah akan dilindungi dengan caruman PERKESO dan Insuran/Takaful.

9. Setelah pesalah habis menjalani tahanan selama 10 tahun, mereka akan dibebaskan... dan dibenarkan mendapat lesen memandu khas maksima kelas B2 yang akan ditanda "REMPIT" pada lesen mereka. Dan jika mereka melakukan apa-apa kesalahan trafik (lampu merah, melebihi kelajuan yang dibenarkan atau menyebabkan kemalangan), maka mereka boleh ditahan sekali lagi selama maksima 5 tahun tanpa kompromi.

10. Dengan cara ini Malaysia akan mempunyai produk kenderaan yang hebat, mantop, berkualiti,  berdaya saing dan mampu dijual keserata dunia pada kos produksi yang amat murah. Ini menguntungkan Malaysia dari segi jangka panjang tanpa melibatkan tenaga kerja asing.

11. Cadangan ini untuk rempit motorsikal, Kita juga boleh laksanakan untuk kes rempit motokar juga.

Sekian... Sekadar mencari gaduh.
Hahaha



20 December 2022

Kerja Gila

Bhai/DeeDee semua...

Gua sendiri pun dari awal lagi musykil bila mana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming) bising pasai kononnya Father's Organic Farms nih tak mohon lesen dari Majlis Daerah Hulu Selangor sebelum mengoperasikan tapak perkhemahan...

Sebab setahu gua ianya mana pernah ader ujud... sebab itu la jugak pada 2005 gua pernah tanya lesen untuk bangunkan "caravan @ trailer park" pun lesen tu takder di Malaysia....

Jadi macam macam la orang boleh sesedap rasa jer tuduh bukan-bukan... huhuhu... adoilah.. ... 

Dan tengok dari gambar lokasi kejadian... ianya bermula dikawasan yang tidak dimiliki oleh pengusaha ladang organik... ianya bermula dari kawasan lain... kawasan milikan kerajaan ... agak-agak la kan nak salahkan pemilik tanah ladang organik pun...


Pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor yang mengalami bencana tanah runtuh pada Jumaat lalu berkata, dia tidak dapat membuat permohonan mendapatkan lesen tapak perkhemahan kerana permit seperti itu tidak wujud.

Pada sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur semalam, jurucakap tapak perkhemahan itu, Frankie Tan, berkata dia diberitahu oleh pelbagai agensi kerajaan - termasuk jabatan pertanian - bahawa tiada lesen sedemikian boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.

“Saya pernah bertanya kepada pegawai kerajaan sama ada kami perlu memohon lesen tapak perkhemahan atau tidak.

"Pegawai terbabit berkata tidak ada permit kerana tapak perkhemahan itu bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon.

“Bukannya kami tidak mahu membuat permohonan tetapi memang tidak ada cara untuk kami memohon," katanya.

26 November 2022

Kekal Menjadi Check & Balance

Bhai/DeeDee semua...

Bukan sahaja PAS dan BERSATU yang bersama dalam Perikatan Nasional (PN) mahu kekal menjadi check & balance... tetapi gua pon sama gak.

Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai PM10 tidak memberikannya lesen untuk berbuat sesuka hati tanpa mengambil hirau akan kepentingan rakyat marhaen mustad'afin dan yang lain...

Gua akan tetap menegur dan mengecam mana-mana tindakan yang bertentangan dengan maslahat umum dan rakyat marhaen mustad'afin...

Itu ja nak bagitau...



06 August 2022

Pemandu Trak Pikap 4x4 Wajar Memiliki Lesen Kelas E

Bhai/DeeDee semua...

Kerap kita dengar kemalangan maut melibatkan kenderaan Trak Pikap 4x4 terutama sekali sewaktu mengambil selekoh. Ada yang terbabas (overshoot) sehingga masuk ke lorong bertentangan, malah ada juga kes yang terbang ke lorong lain di lebuhraya.

70% daripada penggunaan Trak Pikap 4x4 di Malaysia sebenarnya digunakan untuk tujuan komersial. Jadi adalah tidak wajar perlesenan Kelas D dibenarkan menggunakan kenderaan Trak Pikap 4x4.

Kita faham ramai yang menggunakan Trak Pikap 4x4 ini yang hendak bergaya.. Nak nampak macho... Nak nampak tough... Jadi penggunaan Trak Pikap 4x4 Ford Ranger misalnya menjadi pilihan kerana ianya nampak ranggi.

Tapi masalah yang timbul banyaknya dari pemilik Trak Pikap 4x4 yang perasan ranggi nih... Mereka lah yang selalunya membawa kenderaan Trak Pikap 4x4 macam Ford Ranger, Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton dengan keadaan laju lebih dari 110 km/j diatas lebuhraya (highway) ataupun di jalan kampung.

Malah gua sendiri pernah dipotong oleh kenderaan Trak Pikap 4x4 nih pada kelajuan yang hampir 200 km/j di Lebuhraya Karak Bentong dan Lebuhraya Pantai Timur.

Gila kan....

So... gua rasa sebagai langkah terbaik... adalah lebih sesuai agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meratifikasikan kembali perlesenan untuk kenderaan Trak Pikap 4x4 nih dari hanya perlukan lesen kelas D kepada hanya boleh dibawa oleh pemandu yang ada lesen kelas E.

Ini adalah lebih baik dan paling mudah.

Buatkan ketetapan ini dan pastikan penguatkuasaan menyeluruh di buat diseluruh Malaysia tanpa ada halangan. Inilah masanya JPJ mengambil tindakan yang lebih baik untuk menyelamatkan rakyat Malaysia terutamanya pengguna jalanraya yang menggunakan kenderaan yang lebih kecil tak lebih dari 1.5 tan. 

Kita kena ingat... ada banyak kenderaan Trak Pikap 4x4 yang mempunyai berat lebih dari 2.5 tan... Sedangkan pemandu lori 1 tan pun kena ambil lesen kelas D.




02 January 2022

Mana Ada Pembalakan

Bhai/DeeDee semua...

Best biler dengar hujah dan laporan (report) daripada Jabatan Perhutanan.... berkenaan isu pembalakan yang menyebabkan banjir teruk dan banjir balak .....adoilah... sebab jawapan mereka agak kelakar dan lawak...

Aper pun... memang kelakar... Sabor jer la...

Nak bekap Kayangan pun takkan la sampai tak beragak bagi jawapan bodoh dan macam tak berotak... Huhuhu... Citer jer la yang benda betul... Huhuhu ... kita tau la sapa yang empunya lesen, permit dan compartment balak.... huhuhu... jahanam hutan .. jahanam forest kita nih...






31 December 2021

Ini Contoh "Kepala Air"

Bhai/DeeDee semua...

Untuk makluman rakyat Malaysia … Ini adalah salah satu contoh “Kepala Air” yang menyebabkan bencana alam selama ini.

Tak percaya?

Sila “jangan” tanya ngan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Walaun dan Machai pun “jangan” ditanya.

*** P/S : Tengok tagline pada gambar paling bawah "Evil wears many faces"... Ayat tu lejen... Hahaha




29 December 2021

Sebab Apa Pembalakan Di Kanada Mesra Alam

Kanada jugak adalah negara yang punyai luas kawasan hutan yang agak besar. Hampir 70% kot kawasannya dilitupi hutan. Kayu balaknya pun besar. Kayu maple ader, kayu birch ader, kayu spruce ader… macam-macam ada..

Diorang pun agresif gak dalam bab pembalakan. Tapi menariknya, alam sekitar tak terjejas pun. Air sungai tetap mengalir bersih dan jernih.

Udara toksah kata la… nyaman… Flora dan fauna disana nampak lebih melata tak diusik. Mereka ader musim memburu. Ramai yang ader lesen senjata dan ianya jugak agak mudah dilesenkan. Memburu tu boleh dan dibenarkan. Tapi ikut permit dan limit yang ditetapkan. Sebab itu haiwan tak pupus.

Kanada jugak ada hutan simpan (forest reserve) … dan ianya juga memang solid berstatus hutan simpan. Mereka betul-betul jaga status itu. Mereka kekalkan ianya tersimpan.. mana-mana orang yang menceroboh akan diambil tindakan tanpa prejudis.

Sebab utama pembalakan disana tak cemarkan alam sekitar, tak rosakkan flora dan fauna, tak menyebabkan pencemaran air mentah dan sungai, takder menyebabkan sungai bertukar warna.. semua ini adalah satu sebab jer…

Sebab mereka tiada Raja atau Sultan. Prince Philips dah meninggal dunia. Queen Elizabeth pulak duduk di England…

Queen Elizabeth takder memiliki slot compartment balak. Queen Elizabeth takder memiliki konsesi balak tambah lagi di kawasan Hutan Simpan atau Hutan Simpan Kekal.

Malah kalu pun Queen Elizabeth ader konsesi balak, baginda tabley sesuka hati membalak tanpa mengambil kira kesan terhadap alam. Queen Elizabet pun boleh disaman atau didakwa.

Itu ja sebabnya pembalakan di Kanada kita panggil sustainable deforestation.



27 December 2021

Mana Mahunya

Bhai/DeeDee semua...

Anwar Ibrahim nih memang cari pasai... cari pasai nak bermusuh ngan geng-geng kayangan... Siap suruh syarikat balak untuk lebih bertanggungjawab dan membayar pampasan yang lebih kepada mangsa banjir disesetengah kawasan... Hehehe

Anwar Ibrahim bukan tatau pemilik konsesi balak tu siapa... Pemunya lesen pembalakan tue siapa... Yang memiliki kompartment balak tu siapa... Mana mahunya pihak terbabit nak rugi.. Mana mahunya pihak kayangan ini nak keluarkan modal bayar pampasan kepada mangsa banjir... Tak pernah lagi dalam sejarah pihak konsesi balak... pemunya lesen pembalakan dan pemilik kompartment balak yang mengeluarkan duit diorang untuk membayar pampasan kepada mangsa banjir...

Mimpi lah.... mana mahunya...

Puak-puak kayangan nih ketegaq... selagi boleh mereka akan merosakkan alam... selagi boleh mereka akan keluarkan balak dan segala hasil hutan... Itu belum lagi mereka menjahanamkan alam dengan kerja-kerja perlombongan...

Mana ader pembalakan haram atau perlombongan haram di Malaysia melainkan semuanya ader yang memanyungi... ader yang dok bekap.. ader yang dok makan komisyen.. ader yang dibayar wang perlindungan... Ingat senang ka nak berlawan dengan geng-geng surat kuning....

Diorang siap boleh guna Polis lagi sebagai bekap dan pelindungan.... Hahaha... mana mau lawan... Bukan tak biasa mangsa-mangsa diugut dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa orang kampung malah Orang Asal / Orang Asli yang digertak dengan kuasa Polis... Bukan tak biasa semuanya kena kepung dan kena warning.... Sudah biasa.... 

Media pon diorang cover supaya tak terbitkan isu berkaitan... Tak payah jauh la... 4 hari lebuhraya LPT ditutup akibat dari balak ader atas lebuhraya.... ramai orang tahu.. ramai orang viralkan... tapi satu media pun tak berani nak pickup cerita... TV langsung lar....  yang lagi menarik... siap pemilik syarikat konsesi lebuhraya keluar statement yang berita balak atas highway tue adalah berita palsu...

Tak ker gampang namanya.... huhuhu... punya la ramai bersekongkol... punya la ramai bekap kerja buat para kayangan nih... taik betul lar.... semua nak cover-up... Macam sial ja puak-puak kayangan nih...

Bertahun dah.... beratus tahun puak-puak kayangan nih menjahanamkan negara... dan mengungut rakyat dan orang awam....



07 December 2021

Hanya 2 Kerusi Sahaja MCA Boleh Tunjuk Kuasa

Bhai/DeeDee semua...

Betapa hebatnya MCA ... hanya dengan ada 2 kerusi ja... MCA boleh tunjuk kuasa... Hebat aaa... boleh batalkan syarat lesen baru jual arak....

PAS yang ader 18 kerusi pon tak boleh buat macam nih... PAS yang ader 18 kerusi pon macam pondan ja... RUU355 pon tabley nak push dibacakan kali kedua dalam Parlimen... Hahaha



04 September 2021

Bila Vaksin Diwajibkan

Bhai/DeeDee semua...

Macam ni la.... pada gua vaksin itu memang wajar diwajibkan kepada semua... mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemerintah... Ini kerana ianya melibatkan warga terbanyak....  

Sebagai contoh... kerajaan mewajibkan semua pemandu yang nak bawa kereta kena ader lesen memandu...  betul... ramai yang boleh memandu walaupun tanpa lesen... tapi apabila berlaku kemalangan yang mana pemandu tidak berlesen.... apakah kata mangsa yang terlibat?

Jadi... memang wajarlah vaksin diwajibkan....

Tapi pilihan jenama vaksin itu tidaklah wajib dipaksakan... Rakyat berhak untuk memilih jenama vaksin yang pada mereka sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.... Itu hak mereka yang dijamin didalam Perlembagaan...

Dan ini memang satu pilihan.... 

Namun.... gua tak bersetuju bilamana golongan guru yang menolak vaksin ini dikenakan tindakan yang agak relaks... sekadar tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka.... ini tidak adil bagi warga pendidik yang lainnya yang tidak menolak vaksin. Pada gua... mana-mana kakitangan awam (pendidik) yang menolak vaksin wajarlah dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung tugas/jawatan atau digantung gaji. Ini kerana mereka telah melanggar arahan perjawatan penjawat awan.

Inilah yang sepatutnya.




12 May 2021

Tak Dapat Lah Tahun Ini

Bhai/DeeDee semua..

Tahun sebelumnya... ada la peluang bakar mercun kat Marang... walaupun kawasan Marang tue sebenarnya kawasan yang takder ramai penduduk berbangsa Cina... dan masa main mercun tue... takder seorang yang berbangsa Cina join sekali... hahaha....





17 February 2021

Akhirnya Sudah Mati Perjuangan PAS

Bhai/DeeDee semua...

Akhirnya.... Sudah mati perjuangan PAS selama ini dalam usaha mereka untuk menolak judi daripada beroperasi di Malaysia... Ahli dan Penyokong PAS sebelum ini bukan main kepoh dan kecoh bab judi dan arak... namun setelah PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.... tiada apa yang dapat mereka buat untuk sedikitpun menggagalkan usaha perjudian di Malaysia...

Kini...

Kini ahli dan penyokong PAS dilihat senyap membisu dalam kes perjudian di Malaysia... tiada kata-kata atau pun komen yang dapat dilihat dan dibaca di Internet terutamanya di media sosial...

Semua senyap sunyi.... sedih betul... demo bantahan pon sudah tiada... 

Betul juga kata-kata para rakan dalam media sosial selama ini... yang mengatakan bahawa apa yang dicanang dan dikepohkan oleh walaun PAS selama ini hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja... tidak lebih dari itu...

Canang dan kepoh hanya berlaku pada masa PAS dikerusi pembangkang... tapi tidak bila mereka menjadi Kerajaan..... senyap sunyi seumpama di kawasan tanah perkuburan... huhuhu...

Tambah lagi bila dah dapat jawatan bertaraf Timbalan Menteri.... hilang semua... dah jadi bisu...

Semua premis judi dah boleh beroperasi mulai 16 Februari 2021 termasuklah Special Draw



29 January 2014

PUSPAKOM : Satu Lubuk Duit

Bhai/DeeDee semua...

Ini adalah satu rahsia terbuka .... orang putih kata "Open Secret" .... semua orang tahu... tak kisah la dier nih bawak lori ka... bawak motorsikal ka... bawak teksi ka..... Hahahaha.... semua orang tahu... tapi kalo ader yang tak tahu lagi bahawa PUSPAKOM ader lah satu lubuk duit.... meh sini gua habaq mai.... Hahahaha

Camnie..... Okeh.... setiap enam bulan.... pemilik lori perlu menghantar lori mereka ke PUSPAKOM untuk dibuat pemeriksaan.... ini wajib... kalo gagal... lori tersebut takkan dapat nak renew cukai jalan.... Hahaha... Kita semua tau... bahawa pemeriksaan di PUSPAKOM nih cukup membuang masa.... pasainyer berlambak kenderaan nak kena pegi sana..... jadi.... sebagai jalan mudah.... hehehehe .... ader ulat-ulat tertentu yang mengambil upah memproses semuanya sehingga lulus ujian PUSPAKOM walaupun kenderaan tersebut takder disemak pon...

Semuanya atas kertas... semua boleh jadi magik.... semuanya boleh diselesaikan dengan duit.... cukup duit lu bayar... semua boleh setel.... Hahaha....  Malah motorsikal yang dah lama mampus cukai jalan (road tax) pon boleh renew walaupon tak dibawak pon ke PUSPAKOM.... janji cukup sen yang dibayar.... Hahahaha...

PUSPAKOM nih dibuat untuk menguntungkan satu puak... dan dalam proses menguntungkan puak itu... ader lagi beberapa puak plak yang dapat tempias untung atas angin.... Hahahaha.... dimana silapnyer.... banyak la bhai.... samer cam kes lesen memandu terbang.... camana boleh ader.... samer jer scope jalan citer dier... Hahahaha


So.... tak terkejut la gua biler baca laporan kes kemalangan bas di Genting Highland baru-baru nih yang mengorbankan 37 orang..... mmmm... dah boleh agak dah aper isu disebaliknya.... hahaha (sori aaa gua bukan gelakkan mangsa termasuklah pemandu bas yang juga jadi mangsa.... tapi gua gelakkan JPJ dan PUSPAKOM) ... dah saspek dah....

Tabley salahkan pemandu bas semata-mata macam aper yang media cetak serta elektronik buat.... siap mengaibkan pemandu bas yang juga turut terkorban... aper lu ingat dier suka-suka ker nak mati.... Tapi Utusan Malaysia dan TV3 dok taji dan aibkan pemandu bas tue..... aper daaa...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1