Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

06 August 2022

Pemandu Trak Pikap 4x4 Wajar Memiliki Lesen Kelas E

Bhai/DeeDee semua...

Kerap kita dengar kemalangan maut melibatkan kenderaan Trak Pikap 4x4 terutama sekali sewaktu mengambil selekoh. Ada yang terbabas (overshoot) sehingga masuk ke lorong bertentangan, malah ada juga kes yang terbang ke lorong lain di lebuhraya.

70% daripada penggunaan Trak Pikap 4x4 di Malaysia sebenarnya digunakan untuk tujuan komersial. Jadi adalah tidak wajar perlesenan Kelas D dibenarkan menggunakan kenderaan Trak Pikap 4x4.

Kita faham ramai yang menggunakan Trak Pikap 4x4 ini yang hendak bergaya.. Nak nampak macho... Nak nampak tough... Jadi penggunaan Trak Pikap 4x4 Ford Ranger misalnya menjadi pilihan kerana ianya nampak ranggi.

Tapi masalah yang timbul banyaknya dari pemilik Trak Pikap 4x4 yang perasan ranggi nih... Mereka lah yang selalunya membawa kenderaan Trak Pikap 4x4 macam Ford Ranger, Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton dengan keadaan laju lebih dari 110 km/j diatas lebuhraya (highway) ataupun di jalan kampung.

Malah gua sendiri pernah dipotong oleh kenderaan Trak Pikap 4x4 nih pada kelajuan yang hampir 200 km/j di Lebuhraya Karak Bentong dan Lebuhraya Pantai Timur.

Gila kan....

So... gua rasa sebagai langkah terbaik... adalah lebih sesuai agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meratifikasikan kembali perlesenan untuk kenderaan Trak Pikap 4x4 nih dari hanya perlukan lesen kelas D kepada hanya boleh dibawa oleh pemandu yang ada lesen kelas E.

Ini adalah lebih baik dan paling mudah.

Buatkan ketetapan ini dan pastikan penguatkuasaan menyeluruh di buat diseluruh Malaysia tanpa ada halangan. Inilah masanya JPJ mengambil tindakan yang lebih baik untuk menyelamatkan rakyat Malaysia terutamanya pengguna jalanraya yang menggunakan kenderaan yang lebih kecil tak lebih dari 1.5 tan. 

Kita kena ingat... ada banyak kenderaan Trak Pikap 4x4 yang mempunyai berat lebih dari 2.5 tan... Sedangkan pemandu lori 1 tan pun kena ambil lesen kelas D.




6 comments:

  1. Pikap rodanya single bukan double. Kemalangan tu bukan sebab kelas lesen, tapi sikap pemandu itu sendiri yang tidak peka dengan kenderaan yang dipandu.

    ReplyDelete
  2. Daftar atas perdagangan 6 bulan sekali masuk pospakom selesai semua.

    ReplyDelete
  3. Trak pikap satu hal. Pemandu treler dan lori besar(lb) satu hal lagi. Banyak kes pemandu treler dan lb apabila hilang kawalan sanggup mengorbankan orang ramai (mangsa memang ramai pun! ) daripada diri dia sendiri. Dia sanggup sodok mangsa tak bersalah yg pandu kereta kecil di depannya instead of cuba elak drp melanggar mrk semata2 nak selamatkan nyawa sendiri! Bila disiasat lepas kemalangan, ramai pemandu treler/lb yg terlibat mempunyai banyak saman2 kerana sering memandu laju, berbahaya dsb. Pihak berkuasa pdrm, jpj dll perlu lebih proaktif. Zaman teknologi komputer ni, semua data ada dihujung jari, jadi tak perlu tunggu kemalangan berlaku baru nak bertindak. Cekup pemandu pembunuh ini SEBELUM mrk bertindak melalui data yg tersimpan dalam database pdrm dan jpj. Tunggu apa lagi?

    ReplyDelete
  4. berapa peratus ko ada data bro. jgn kerana asyik dengar berita je terus ko pukul rata semua driver 4x4 bermasalah. aku dah lama pakai 4x4 bawa slow2 je fikirkan keselamatan diri dan org lain. jgn mcm KERAJaan hampeh. gaduh pegawai kt airport terus buat suruhanjaya barua. kes LCS sekian lama baru nak bertindak. fikirkan masalah yg lg besar drpd 4x4.

    ReplyDelete
  5. Patut pikap 4x4 ada cut off kelajuan pada 120km/j...

    ReplyDelete
  6. jangan bagi muka kat pemandu ynag sombong tak peduli nyawa orang lain. jangan bagi muka kat pemand u yang ada bnayak saman tak kira la dia kerja ngan sapa pun. pemsndu pick up mesti kasi ujian semula khas untuk pik up.pemandu ynag bagi orang lain mati wajib dihukum gantung jika bersalah.nak jaga keamanan kena tegas kat pesalah tegas mesti tegas benteras pembunuh dijalan raya
    apa cerita dari sebelang sana seronok juga trngok derama polis bunuh polis dulu polis bunuh 6 fpi;awalnya ada upaya untuk hilangkan bukti macam kes 6fpi;siasat tuntas pasai pemerintah tak terlibat. keadilan dunia hnaya mainan

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1