Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Puspakom. Show all posts
Showing posts with label Puspakom. Show all posts

08 January 2024

Cadangan Paling Terbaik Dari Rosyam Noor

Bhai/DeeDee semua...

Ini cadangan yang bagoosh... patut dilesenkan dan diuji berkala setiap 3 bulan macam di Puspakom ... dan dikenakan cukai SST 8% dan juga cukai Low Value Goods (LVG) sebanyak 10%..

Kena amik ujian saringan kesihatan macam orang nak renew PSV tue.... baru la masyuk untuk Kerajaan.

Bila berlesen... senang nak kawal dan kutip cukai... Ada rekod... boleh masuk data dalam PADU.... Judi pon boleh dilesenkan... aper ader hal...

Hahahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



06 August 2022

Pemandu Trak Pikap 4x4 Wajar Memiliki Lesen Kelas E

Bhai/DeeDee semua...

Kerap kita dengar kemalangan maut melibatkan kenderaan Trak Pikap 4x4 terutama sekali sewaktu mengambil selekoh. Ada yang terbabas (overshoot) sehingga masuk ke lorong bertentangan, malah ada juga kes yang terbang ke lorong lain di lebuhraya.

70% daripada penggunaan Trak Pikap 4x4 di Malaysia sebenarnya digunakan untuk tujuan komersial. Jadi adalah tidak wajar perlesenan Kelas D dibenarkan menggunakan kenderaan Trak Pikap 4x4.

Kita faham ramai yang menggunakan Trak Pikap 4x4 ini yang hendak bergaya.. Nak nampak macho... Nak nampak tough... Jadi penggunaan Trak Pikap 4x4 Ford Ranger misalnya menjadi pilihan kerana ianya nampak ranggi.

Tapi masalah yang timbul banyaknya dari pemilik Trak Pikap 4x4 yang perasan ranggi nih... Mereka lah yang selalunya membawa kenderaan Trak Pikap 4x4 macam Ford Ranger, Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton dengan keadaan laju lebih dari 110 km/j diatas lebuhraya (highway) ataupun di jalan kampung.

Malah gua sendiri pernah dipotong oleh kenderaan Trak Pikap 4x4 nih pada kelajuan yang hampir 200 km/j di Lebuhraya Karak Bentong dan Lebuhraya Pantai Timur.

Gila kan....

So... gua rasa sebagai langkah terbaik... adalah lebih sesuai agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meratifikasikan kembali perlesenan untuk kenderaan Trak Pikap 4x4 nih dari hanya perlukan lesen kelas D kepada hanya boleh dibawa oleh pemandu yang ada lesen kelas E.

Ini adalah lebih baik dan paling mudah.

Buatkan ketetapan ini dan pastikan penguatkuasaan menyeluruh di buat diseluruh Malaysia tanpa ada halangan. Inilah masanya JPJ mengambil tindakan yang lebih baik untuk menyelamatkan rakyat Malaysia terutamanya pengguna jalanraya yang menggunakan kenderaan yang lebih kecil tak lebih dari 1.5 tan. 

Kita kena ingat... ada banyak kenderaan Trak Pikap 4x4 yang mempunyai berat lebih dari 2.5 tan... Sedangkan pemandu lori 1 tan pun kena ambil lesen kelas D.




29 January 2014

PUSPAKOM : Satu Lubuk Duit

Bhai/DeeDee semua...

Ini adalah satu rahsia terbuka .... orang putih kata "Open Secret" .... semua orang tahu... tak kisah la dier nih bawak lori ka... bawak motorsikal ka... bawak teksi ka..... Hahahaha.... semua orang tahu... tapi kalo ader yang tak tahu lagi bahawa PUSPAKOM ader lah satu lubuk duit.... meh sini gua habaq mai.... Hahahaha

Camnie..... Okeh.... setiap enam bulan.... pemilik lori perlu menghantar lori mereka ke PUSPAKOM untuk dibuat pemeriksaan.... ini wajib... kalo gagal... lori tersebut takkan dapat nak renew cukai jalan.... Hahaha... Kita semua tau... bahawa pemeriksaan di PUSPAKOM nih cukup membuang masa.... pasainyer berlambak kenderaan nak kena pegi sana..... jadi.... sebagai jalan mudah.... hehehehe .... ader ulat-ulat tertentu yang mengambil upah memproses semuanya sehingga lulus ujian PUSPAKOM walaupun kenderaan tersebut takder disemak pon...

Semuanya atas kertas... semua boleh jadi magik.... semuanya boleh diselesaikan dengan duit.... cukup duit lu bayar... semua boleh setel.... Hahaha....  Malah motorsikal yang dah lama mampus cukai jalan (road tax) pon boleh renew walaupon tak dibawak pon ke PUSPAKOM.... janji cukup sen yang dibayar.... Hahahaha...

PUSPAKOM nih dibuat untuk menguntungkan satu puak... dan dalam proses menguntungkan puak itu... ader lagi beberapa puak plak yang dapat tempias untung atas angin.... Hahahaha.... dimana silapnyer.... banyak la bhai.... samer cam kes lesen memandu terbang.... camana boleh ader.... samer jer scope jalan citer dier... Hahahaha


So.... tak terkejut la gua biler baca laporan kes kemalangan bas di Genting Highland baru-baru nih yang mengorbankan 37 orang..... mmmm... dah boleh agak dah aper isu disebaliknya.... hahaha (sori aaa gua bukan gelakkan mangsa termasuklah pemandu bas yang juga jadi mangsa.... tapi gua gelakkan JPJ dan PUSPAKOM) ... dah saspek dah....

Tabley salahkan pemandu bas semata-mata macam aper yang media cetak serta elektronik buat.... siap mengaibkan pemandu bas yang juga turut terkorban... aper lu ingat dier suka-suka ker nak mati.... Tapi Utusan Malaysia dan TV3 dok taji dan aibkan pemandu bas tue..... aper daaa...

18 November 2013

Professor Gila

Bhai/DeeDee sekalian...

Pertama skali... rupanyer banyak professor-professor di Malaysia jenis bangang aaaa... Bukan stakat bangang, kangkung ... Tapi gila... Kesian betul lar kat Malaysia nih...  Dapat Professor gila... dengan kajian yang gila.. hasilnya dapatlah laporan gila... Yang best tue ader agensi Kerajaan pon samer naik gilanyer dengan Professor gila... Hahaha





Kesian la rakyat Malaysia nih...

Beli keter kat Malaysia ... Keter bodoh yang kecik nak mampus dengan CC yang besar lagi Superbike dari keter nih... dijual ngan harga 38 ribu keatas... Insuran gedabak...  Utang plak palinh cikai 7 tahun.. tapi biasa jadik 9 tahun...

Makanyer kalo ikut cadangan dan kajian bangang Professor gila nih... Ader 3 tahun jer rakyat Malaysia tak perlu nak berhutang dengan bank dengan riba yang tahap "dewa jalan duta" ... Lepas tue rakyat Malaysia akan mampus balik kena berhutang...

Gua rasa yang paling seronok ngan idea gila Professor gila nih mestilah pihak "Bank Kapir Malaysia Berhad" dan "Tipu Tak Beretika Malaysia Berhad"...

Mati rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam hutang... Biler eksiden... Insuran dan Takaful dok cari jalan ngelat takmo nak bayar... Celaka betul lar... Memang celaka...

Tue la gua dak cakap itu hari...  Malaysia nih dikuasai oleh "Yang Bingai" dari level balachi kat bawah sampai la wakil rakyat dan Menteri... Tak kisah la dari parti mana... Samer jer banyak "Yang Bingai"

Bangsat betul lar...

31 December 2009

Semua Sekolah Memandu Tiada Silibus Terkini

Sohih... ini yang sohih... tak percaya cuba korang siasat di semua sekolah memandu ... setakat yang gua dimaklumkan... semua sekolah memandu tiada silibus terkini dari JPJ ....

Silibus yang mana satu? Tentu lu orang tanya kat gua... yeah... mesti punya... Takkan Metro Driving Academy takder silibus terkini dari JPJ ... pelik kan... Tapi memang sohih dan nyata... semua sekolah memandu tiada silibus terkini ... walaupun sekolah memandu tue glamer macam Metro Driving Academy ....

Nih gua nak kasi tau silibus yang mana satu yang diorang semua takder ... rasanya dah banyak kali da gua tulis pasai benda nih.. tapi takder satu pon yang masuk dalam telinga dan kepala ramai orang.. takper... hari nie gua janji gua akan gegarkan LPKP, JPJ dan Sekolah Memandu.... hehehehe...

Semua sekolah memandu di Malaysia ini tak kira glamer atau tidak memang tidak ada mempunyai silibus terkini dari JPJ bagi melatih para pemandu bas dua tingkat (tidak kira sama ada ianya bas dua tingkat untuk kegunaan dalam bandar mahupun bas ekspres). Apa yang pasti pihak JPJ masih belum pernah keluarkan silibus yang berkaitan.

Malah LPKP pun sememangnya tiada pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan lesen serta permit bas dua tingkat (bas dalam bandar mahupun bas ekspres). Pihak PUSPAKOM juga tiada kemahiran serta pengalaman untuk mengendalikan kes yang berkaitan dengan bas dua tingkat. Ini kerana tidak ada seorang pun pegawai dari JPJ, LPKP serta PUSPAKOM yang pernah menghadiri kursus atau kelas khas bagi bas dua tingkat.

Oleh yang demikian ... maka semua pemandu bas dua tingkat di Malaysia sebenarnya tidak layak untuk memandu dan tidak mempunyai lesen yang khusus serta permit untuk memandu dan membawa bas dua tingkat. Ini bermakna semua pemandu ini memandu secara "HARAM" dalam semua kes bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres)

Maka dengan ini .... sewajarnya bas dua tingkat (bas henti-henti dalam bandar mahupun bas ekspres) digantung perkhidmatannya sehingga semua pemandu, pegawai JPJ, LPKP dan PUSPAKOM mendapat latihan khusus mengenai pengendalian bas dua tingkat ini.

Jika tidak, maka selagi itulah gua akan declare bas dua tingkat sebagai bas hantu, macam jugak lori hantu yang bawak pasir kat kawasan lombong tue... tak cukup syarat untuk dipandu diatas jalan awam, persekutuan mahupun negeri.

Bagi yang tak percaya pertuduhan gua nih... sila buat siasatan sendiri atau... baca kat bawah nih...

27 December 2009

Lesen Pemandu Bas Dua Tingkat

Dulu ader sorang member gua bagitau (dier nih pegawai kanan JPJ) ... dier kata semua pemandu bas dua tingkat tidak mempunyai lesen yang layak untuk memandu bas dua tingkat...

Ini kerana kata member gua tuh.. sebab setakat ini belum ader silibus latihan untuk memandu khusus untuk pemanduan bas dua tingkat. Semua sekolah memandu di Malaysia tidak ader silibus dan ujian untuk pemanduan bas dua tingkat... JPJ tak pernah keluarkan silibus ini..

Maka jadinyer... semua pemandu bas dua tingkat yang ada kat Malaysia nih... memang takder lesen memandu bas dua tingkat.. walaupun mereka mempunyai lesen dan pengalaman yang cukup untuk memandu bas ekspress atau bas henti-henti..

Gua tanya member gua tue balik... abis tue... sapa yang benarkan bas dua tingkat terutamanya bas ekspress beroperasi di Malaysia sedangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) takder silibus khusus untuk benda nih.... Member gua cakap.... ini semua kerja orang politik... orang yang ader kuasa....

Tak percaya... cuba siasat sapa pembekal bas dua tingkat yang ada kat Malaysia nih... AP dier sapa pegang... sapa yang bawak masuk... ader tak buat ujian kat Puspakom... Kalu ader... ader tak pegawai Puspakom ataupun sistem kat Puspakom yang boleh buat ujian terhadap bas dua tingkat nih.... mampuih takder punya...

Jadi persoalannya... setan mana yang benarkan bas ekspres dua tingkat nih beroperasi di Malaysia sehingga dah dua kali rasanyer menyebabkan penumpang mati sebab kemalangan.... bas tue memang tak stabil untuk dipandu lebih dari 60 km/j.... Setan ini lah yang bertanggung jawab membunuh semua penumpang... sebab setan ini yang benarkan bas dua tingkat beroperasi sebagai bas ekspres...

So mari kita siasat sapa "setan" ini yang membawak masuk bas dua tingkat sebagai bas ekspres.... Siasat, tangkap, dakwa dan hukum "setan" ini..

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1