Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bahaya. Show all posts
Showing posts with label Bahaya. Show all posts

19 April 2023

Nak Marah Pasai Apa?

Bhai/DeeDee semua...

Hangpa nak marah pasai apa??? Dah Kerajaan Madani nih bagi permit dan lesen jual mercun... jadi ader la yang akan bangang main camnie... Jadi tak payah la marah....

Itu la... dah Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim yang ada nih bangang.... nak kata macam mana...

Bukan main payah kita nih nak didik rakyat Malaysia selama nih yang budaya main mercun nih bahaya dan tak berfaedah... tapi dek kerana Kerajaan Madani nih bangang... maka dibenarkan lesen dan permit jual mercun...

Tak guna la selama ni usaha kita semua...

Jadi tak payah la korang WalaNON dan Bangsa Slurpp nak marah... moga korang tak kena musibah atas mercun nih... kalu kena baru korang ada akai... Hahaha ....

HAHAHAHA


=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S



11 January 2023

Lagi Marah Lah Bung Moktar

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Bung Moktar Raden makin mengamuk la... lagi marah lah Bung Moktar... yer la.. dari ader jawatan Timbalan Ketua Menteri.. terus hilang jawatan... Huhuhu...

Ayam terlepas... tangan bau tahi.... 

Seumpama itulah nasib Bung Moktar sekarang... cumanya adakah ianya akan menggugat kestabilan Kerajaan di peringkat Persekutuan sama?? Kita tak tahu... tapi nantikan langkah selanjutnya... jangan ingat ini dah penamat... Huhuhu


Adun Tanjung Keramat, Shahelmy Yahya hari ini dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah.

Dia menggantikan Adun Lamag, Bung Moktar Raden yang juga disingkirkan sebagai menteri kerja raya.

Shahelmy dilantik sebagai timbalan ketua menteri III dan diberi portfolio kerja raya.

Selain Bung Moktar, Hajiji turut menggugurkan dua lagi anggota kabinetnya - Yakub Khan (BN-Karambunai) dan Jafry Ariffin (BN-Sukau).

01 January 2023

Tindakan Bijak Maghribi

Bhai/DeeDee semua...

KP Kesihatan kata tak ada masalah kalu pelancong dari China datang.... Malaysia ada plan untuk kawal... Tak ada masalah kalu Pelancong dari China datang sini....

Gua cuma nak cakap ... "Kepala Hotak Dier" la...

Biler jadi masalah nanti.... macam-macam la cekadak ... PKP la... kuarantin besar-besaran la... sekatan la... Last-last semua bisnes sangkut... kerja tak dapat buat... nak carik makan pun susah... Dier dan kakitangan awam takper la... gaji langsung tak sangkut....

Bangkai la...

Tengok Maghribi... depa pandai plan... tak rugi pun kalu tak terima pelancong dari China... yang penting satu negara selamat.. satu negara ekonomi masih boleh bergerak... Malaysia nih pikir untung sesetengah pihak ja... yang lain pegi mampos...

Bangkai la...


Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Jan berikutan peningkatan kes Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu.

“Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.

Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baru di negara itu.

29 November 2022

Bunga-Bunga Memali 2.0

Bhai/DeeDee semua...

Mode bahaya. Bunga-bunga kearah Memali 2.0. Nauzubillah.
Moga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Aamin Ya Rabb.

https://www.facebook.com/dppns.org/posts/pfbid0MkzPtuviraWSBZKmnJUuncgU6sxq9cv9pbMerspmaqZtpPFEvkaDHTkejvPhY9MZl

#PDRM #SKMM #AncamanKeselamatan #RisikoKeselamatan

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan..



06 August 2022

Pemandu Trak Pikap 4x4 Wajar Memiliki Lesen Kelas E

Bhai/DeeDee semua...

Kerap kita dengar kemalangan maut melibatkan kenderaan Trak Pikap 4x4 terutama sekali sewaktu mengambil selekoh. Ada yang terbabas (overshoot) sehingga masuk ke lorong bertentangan, malah ada juga kes yang terbang ke lorong lain di lebuhraya.

70% daripada penggunaan Trak Pikap 4x4 di Malaysia sebenarnya digunakan untuk tujuan komersial. Jadi adalah tidak wajar perlesenan Kelas D dibenarkan menggunakan kenderaan Trak Pikap 4x4.

Kita faham ramai yang menggunakan Trak Pikap 4x4 ini yang hendak bergaya.. Nak nampak macho... Nak nampak tough... Jadi penggunaan Trak Pikap 4x4 Ford Ranger misalnya menjadi pilihan kerana ianya nampak ranggi.

Tapi masalah yang timbul banyaknya dari pemilik Trak Pikap 4x4 yang perasan ranggi nih... Mereka lah yang selalunya membawa kenderaan Trak Pikap 4x4 macam Ford Ranger, Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton dengan keadaan laju lebih dari 110 km/j diatas lebuhraya (highway) ataupun di jalan kampung.

Malah gua sendiri pernah dipotong oleh kenderaan Trak Pikap 4x4 nih pada kelajuan yang hampir 200 km/j di Lebuhraya Karak Bentong dan Lebuhraya Pantai Timur.

Gila kan....

So... gua rasa sebagai langkah terbaik... adalah lebih sesuai agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meratifikasikan kembali perlesenan untuk kenderaan Trak Pikap 4x4 nih dari hanya perlukan lesen kelas D kepada hanya boleh dibawa oleh pemandu yang ada lesen kelas E.

Ini adalah lebih baik dan paling mudah.

Buatkan ketetapan ini dan pastikan penguatkuasaan menyeluruh di buat diseluruh Malaysia tanpa ada halangan. Inilah masanya JPJ mengambil tindakan yang lebih baik untuk menyelamatkan rakyat Malaysia terutamanya pengguna jalanraya yang menggunakan kenderaan yang lebih kecil tak lebih dari 1.5 tan. 

Kita kena ingat... ada banyak kenderaan Trak Pikap 4x4 yang mempunyai berat lebih dari 2.5 tan... Sedangkan pemandu lori 1 tan pun kena ambil lesen kelas D.




25 July 2013

Belajar Teknik Membuat Senjata (Video)

Bhai/DeeDee sekalian...

Sekali sekala apa salahnya kita berfikir diluar kotak. Dalam keadaan keselamatan di Malaysia ini agak tergugat akibat dari ancaman jenayah rompak, rogol, bunuh dan sebagainya maka adalah lebih elok jika kita semua dapat belajar bagaimana teknik untuk membuat senjata.

Apa yang gua nak sarankan. Gunakan senjata yang lu buat dengan "extreme precaution" dan jangan halakan muncung senjata ada kepada sesiapa pun..... Cukup bahaya jika lu halakan muncung senjata kepada orang.... takut ada yang akan cedera...

Ok.... dibawah ini gua sertakan satu video senjata moden yang agak efektif penggunaannya. Lu boleh cuba untuk membuat senjata ini pada waktu senggang dengan peralatan yang ada dirumah... Mari belajar teknik membuat senjata.. Apa tunggu lagi... Jangan berlengah...

P/S : Aiyark... giler aper gua tulis skema camnie... hahahaha


senjata tembak cicak ..... hahahaha

13 June 2013

Zon Bebas Nuklear

Bhai.... setahu gua aaa... Malaysia adalah antara negara yang paling kuat menentang penggunaan Nuklear di Asia Tenggara... Malah sampai membuat perisytiharan bahawa Asia Tenggara adalah Zon Bebas Nuklear..... tapi....

Tapi... macam mana citer dibawah nih boleh berlaku... tak paham gua.....

Gua dari dulu lagi bertegas... Nuklear bukanlah option kat Malaysia.... dengan status Malaysia Darul Runtuh... anything can happen lar.... banyak lagi option tenaga boleh diperbaharui yang wajar dikaji dan diadaptasikan.... aper pon... Nuklear bukanlah option.....

Ini Zon Bebas Nuklear lar...



Mosti kaji tenaga nuklear sebagai pilihan

PUTRAJAYA - Kerajaan berusaha mewujudkan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan membangunkan teknologi hijau dan mencari sumber asli baharu bagi menambah bekalan semasa berikutan permintaan tenaga elektrik yang meningkat setiap tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Rosli Mohamed berkata kerajaan melalui kementerian itu sedang memantau penggunaan semua sumber asli yang ada dan melihat kesediaan negara untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai pilihan punca tenaga pada masa hadapan.

Beliau berkata kajian Agensi Nuklear Malaysia untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai punca utama tenaga itu bukan bertujuan menggantikan sumber asli sedia ada sebaliknya sebagai menambah jenis sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Namun sehingga kini kerajaan belum memutuskan untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa elektrik di negara ini.

"Ini kerana sebagai negara yang pesat membangun, kita tidak boleh terkebelakang malah menjadikan usaha ini sebagai anjakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan semasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 dan menyaksikan pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama di antara Agensi Nuklear Malaysia dan 10 syarikat swasta.

Syarikat swasta yang terlibat ialah Winner Inspection Sdn Bhd, Diagnostic System (M) Sdn Bhd, Asian Heritage Museum Sdn Bhd, Yayasan Usahawan Perak, APM Nuklear Technology Sdn Bhd, Wonderful Compound Sdn Bhd, Valkua (M) Sdn Bhd, Selamat Indah Sdn Bhd, Green Regalia Sdn Bhd dan Revocomm Technologies Sdn Bhd.

Dr Rosli berkata perkhidmatan yang diberikan agensi itu sepanjang tahun lepas menghasilkan pendapatan sebanyak RM12.43 juta dan ia dilaburkan semula untuk program pengkomersilan dan aktiviti penyelidikan. - Bernama

08 June 2013

Yang Mana Satu?

Bhai... Yang mana satu diantara dua set gambar nih aderlah beam untuk jambatan pada pandangan lu orang aderlah lebih selamat dan kukuh pembinaannya... 

Yang gambar yang pertama nih aderlah gambar "stressed beam" dimana besi tetulangnya di tarik terlebih dahulu sebelum konkrit dituang dan dibiarkan "setting"...

Dan yang gambar kedua dan ketiga  pulak aderlah jenis beam jambatan yang dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengkonkrit sebahagian kecil sekitar 10 ~ 15 kaki secara terapung "levitate"... Biler konkrit dah "setting" diorang akan anjak kedepan dan buat konkrit baru...

Aper pandangan lu orang aaaa??? Yang mana satu lagi selamat dan kukuh???




07 June 2013

Jambatan Bukit Kuang Juga Berbahaya

Bhai... tadi gua ader tanya sorang kawan nih... dier nih seorang Jurutera Awam (Inseniur - Ir) bertauliah...  gua cuba korek pandangan dier tentang Jambatan Bukit Kuang yang dibawah dana dan inisiatif ECER ...... yang dibuat oleh syarikat kontraktor yang sama (Cergas Murni Sdn Bhd) dengan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh semalam....

Member gua nih bagitau....  kalu ikut aper yang dier tahu dan pelajari selama nih.... Jambatan Bukit Kuang juga berbahaya.... ini kerana struktur Jambatan Bukit Kuang di Kemaman nih tidak selamat.... sebab aper tidak selamat... sebab pembuatan dan rekabentuk jambatan tidak mengikut spesifikasi kejuruteraan struktur.....

Dier tunjukkan kat gua yang teknik membina jambatan secara "levitate" adalah bahaya... kerana kekuatan sokongan pada konkrit jambatan pada kawasan diatas sungai adalah tidak bersamaan dengan kekuatan struktur yang diasaskan secara stress beam.....

Pembinaan jambatan konkrit secara sedikit-sedikit macam nih mengundang simptom "kegagalan ricih" pada bila-bila masa... Itu sebabnya jambatan biasanya  menggunakan "stress beam" yang mana besi bertetulang dalam konkrit itu ditarik (di stresskan) terlebih dahulu sebelum konkrit itu "setting" dan kemudian barulah dipasang pada support column....

Dalam kes Jambatan Bukit Kuang nih.... tetulang besi yang digunakan pada struktur jambatan tidaklah besar mana dan nampak seperti macam membina rumah biasa sahaja..... dan dalam kes Jambatan Bukit Kuang... teknik yang digunakan mengundang bahaya jika berlaku "kegagalan ricih" pada rasuk utama jambatan yang merintangi sungai.

(Gambar struktur jambatan akan gua amik biler keadaan hujan lebat nih solosai)

So.... gua berharap janganlah nanti Jambatan Bukit Kuang nih pon ader masalah runtuh.... sebab ini adalah jambatan yang gua gunakan hari-hari... tambah lagi rumah gua cuma 300 meter jer dari jambatan tue... Aiyark..

Harap takder la jadi insiden macam nih...





11 May 2013

Yahoo.. Sudah Sampai Kota Bharu

Bhai... Hehehe... Alhamdulillah... Gua dah sampai Kota Bharu... Hahaha... Bawak relaks jer dalam hujan renyai-renyai... Paling laju pon cuma 100 km/j jer...

Tapi nampak ader satu kereta Perodua Kembara eksiden tercampak kat atas LPT tak jauh dari Ajil... Nasib baik semua selamat ... Cedera jer.... Masa tue hujan renyai ker..

So... Tabley la kalu nak claim insuran ... Pasai lebuhraya Bukit Besi ker Ajil tue belum rasmi lagi... 

Berhati-hati la yer memandu... Tambah lagi kalu mengantuk... Kalu rasa mengantuk tue... Ajak awek sebelah main sambil drive.. Hahaha...

Wei.... Jangan otak kunjng aaa... Gua cakap ajak awek main teka teki lar... Hahahaha

Babai....

18 February 2013

Surirumah Mati Angkara Prasarana ATM Teruk

Bhai... sebelum lu nak bising pasai backup ATM... lu tengok dua cerita nih... Gua walaupun bukan anggota ATM ... tapi gua ader ramai sedara mara yang berkhidmat dengan ATM ... dari Kor Risik, Kor Jurutera, Artileri, GGK dan pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia... Jadi gua cukup tau citer dalaman ATM nih...

So... citer banyak gua takmo... lu dengar ini video .... dan baca artikel dari Sinar Harian yang gua rembat yang citerkan tentang seorang surirumah .... isteri Anggota LLP TLDM .... kerana kemudahan lif yang rosak.... aper citer nih...

Sampai la nih... dah dua hari perkara ini berlaku... aper komen Zahid Hamidi.. aper komen Panglima Angkatan Tentera (PAT) ... aper komen Kerajaan Malaysia... dan aper komen bos besar kat TLDM....  aper citer nih...




IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.

Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - SUMBER

17 February 2013

Kontraktor Mana Punya Kerja Nih?

Bhai... Kontraktor mana punya kerja nih... sampaikan boleh maut seorang pengguna lif... tambah lagi lif di pangkalan TLDM di Lumut... Giler aper ... ini premis kerajaan lar... Takkan la kontraktor dier buat kerja macam cilakak... Kan dah tak pasai-pasai jer ader nyawa terkorban...

Tapi... satu gak yang gua pelik... kalu kabel lif terputus.. bukan ker secara otomatik latch pada tepi sokongan lif akan lock... akan berhentikan supaya lif tak akan jatuh... Ini peralatan keselamatan stendet nih...

Atau Pihak Bomba tak semak betuk-betul kot lif nih.... atau... mungkin bangunan nih sebenarnya takder dapat Sijil Layak Menduduki (CF) .... biar betul nih..


IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.

Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1