Bhai... sebelum lu nak bising pasai backup ATM... lu tengok dua cerita nih... Gua walaupun bukan anggota ATM ... tapi gua ader ramai sedara mara yang berkhidmat dengan ATM ... dari Kor Risik, Kor Jurutera, Artileri, GGK dan pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia... Jadi gua cukup tau citer dalaman ATM nih...
So... citer banyak gua takmo... lu dengar ini video .... dan baca artikel dari Sinar Harian yang gua rembat yang citerkan tentang seorang surirumah .... isteri Anggota LLP TLDM .... kerana kemudahan lif yang rosak.... aper citer nih...
Sampai la nih... dah dua hari perkara ini berlaku... aper komen Zahid Hamidi.. aper komen Panglima Angkatan Tentera (PAT) ... aper komen Kerajaan Malaysia... dan aper komen bos besar kat TLDM.... aper citer nih...
IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.
Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.
Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - SUMBER