Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Power Plant. Show all posts
Showing posts with label Power Plant. Show all posts

13 June 2013

Zon Bebas Nuklear

Bhai.... setahu gua aaa... Malaysia adalah antara negara yang paling kuat menentang penggunaan Nuklear di Asia Tenggara... Malah sampai membuat perisytiharan bahawa Asia Tenggara adalah Zon Bebas Nuklear..... tapi....

Tapi... macam mana citer dibawah nih boleh berlaku... tak paham gua.....

Gua dari dulu lagi bertegas... Nuklear bukanlah option kat Malaysia.... dengan status Malaysia Darul Runtuh... anything can happen lar.... banyak lagi option tenaga boleh diperbaharui yang wajar dikaji dan diadaptasikan.... aper pon... Nuklear bukanlah option.....

Ini Zon Bebas Nuklear lar...



Mosti kaji tenaga nuklear sebagai pilihan

PUTRAJAYA - Kerajaan berusaha mewujudkan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan membangunkan teknologi hijau dan mencari sumber asli baharu bagi menambah bekalan semasa berikutan permintaan tenaga elektrik yang meningkat setiap tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Rosli Mohamed berkata kerajaan melalui kementerian itu sedang memantau penggunaan semua sumber asli yang ada dan melihat kesediaan negara untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai pilihan punca tenaga pada masa hadapan.

Beliau berkata kajian Agensi Nuklear Malaysia untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai punca utama tenaga itu bukan bertujuan menggantikan sumber asli sedia ada sebaliknya sebagai menambah jenis sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Namun sehingga kini kerajaan belum memutuskan untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa elektrik di negara ini.

"Ini kerana sebagai negara yang pesat membangun, kita tidak boleh terkebelakang malah menjadikan usaha ini sebagai anjakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan semasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 dan menyaksikan pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama di antara Agensi Nuklear Malaysia dan 10 syarikat swasta.

Syarikat swasta yang terlibat ialah Winner Inspection Sdn Bhd, Diagnostic System (M) Sdn Bhd, Asian Heritage Museum Sdn Bhd, Yayasan Usahawan Perak, APM Nuklear Technology Sdn Bhd, Wonderful Compound Sdn Bhd, Valkua (M) Sdn Bhd, Selamat Indah Sdn Bhd, Green Regalia Sdn Bhd dan Revocomm Technologies Sdn Bhd.

Dr Rosli berkata perkhidmatan yang diberikan agensi itu sepanjang tahun lepas menghasilkan pendapatan sebanyak RM12.43 juta dan ia dilaburkan semula untuk program pengkomersilan dan aktiviti penyelidikan. - Bernama

05 May 2010

Kuasa Nuklear

Pergh.... Malaysia nak jadi kuasa nuklear tue... hahaha.... bagus la... lepas nih senang la skit .... untung banyak la hospital swasta lepas nih... yer la.. banyak la kes leukimia dan kanser... hehehe...

Malaysia nak menggunakan logi janakuasa nuklear untuk elektrik... pergh... sapa IPP yang akan dapat nih... yang pastinya ianya bukan milik TNB sepenuhnya... mungkin YTL punya kot... atau Syed Mokhtar Bukhary yang punya kot... diorang nih la yang pelantak IPP macam bangang...

Korang tentu tak tau yang sebenarnya bekalan elektrik kat Malaysia lebih dari mencukupi.... memang lebih.. tanya la secara jujur ngan mana-mana jurutera TNB.. diorang tau benda nih... tapi pasai IPP ... diorang terpaksa amik dari IPP terlebih dahulu bekalan letrik... dah abis amik semua baru la amik dari stesen janakuasa milik TNB...

Lebihan kuasa tue memang banyak.... tipu la kalu pengurusan TNB kata tak banyak... sebab.. gua tau... pasai gua ader pernah terlibat dengan projek Sg Piah di Perak, Pergau di Kelantan dan Jimah Power di Negeri Sembilan dulu... hahaha

Jadi... idea untuk logi kuasa nuklear nih... for sure datang dari puak-puak IPP nih... permintaan sebenarnya datang dari Singapura... tapi pasai rakyat Singapura tak benarkan loji nuklear nih ader kat negara diorang.... jadi IPP bagi solution nak pasang nak Malaysia... Lokasi dier gua dah boleh agak dah.... sama ada utara Johor atau selatan Pahang...

Giler aper nak pasai kuasa nuklear nih.. nak jadi macam Chernobyl ker.. tak pon nak jadi macam kes Union Carbide (yang ini loji kimia) kat India satu masa dulu kot.... mampus ramai.... tak pasai-pasai mati katak....

errr... Scomi yang supply peralatan Nuklear Centrifuge tue takkan taknak terlibat... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1