Bhai.... setahu gua aaa... Malaysia adalah antara negara yang paling kuat menentang penggunaan Nuklear di Asia Tenggara... Malah sampai membuat perisytiharan bahawa Asia Tenggara adalah Zon Bebas Nuklear..... tapi....
Tapi... macam mana citer dibawah nih boleh berlaku... tak paham gua.....
Gua dari dulu lagi bertegas... Nuklear bukanlah option kat Malaysia.... dengan status Malaysia Darul Runtuh... anything can happen lar.... banyak lagi option tenaga boleh diperbaharui yang wajar dikaji dan diadaptasikan.... aper pon... Nuklear bukanlah option.....
Ini Zon Bebas Nuklear lar...
Mosti kaji tenaga nuklear sebagai pilihan
PUTRAJAYA - Kerajaan berusaha mewujudkan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan membangunkan teknologi hijau dan mencari sumber asli baharu bagi menambah bekalan semasa berikutan permintaan tenaga elektrik yang meningkat setiap tahun.
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Rosli Mohamed berkata kerajaan melalui kementerian itu sedang memantau penggunaan semua sumber asli yang ada dan melihat kesediaan negara untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai pilihan punca tenaga pada masa hadapan.
Beliau berkata kajian Agensi Nuklear Malaysia untuk menjadikan tenaga nuklear sebagai punca utama tenaga itu bukan bertujuan menggantikan sumber asli sedia ada sebaliknya sebagai menambah jenis sumber untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Namun sehingga kini kerajaan belum memutuskan untuk mewujudkan tenaga nuklear sebagai sumber kuasa elektrik di negara ini.
"Ini kerana sebagai negara yang pesat membangun, kita tidak boleh terkebelakang malah menjadikan usaha ini sebagai anjakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan semasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 dan menyaksikan pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama di antara Agensi Nuklear Malaysia dan 10 syarikat swasta.
Syarikat swasta yang terlibat ialah Winner Inspection Sdn Bhd, Diagnostic System (M) Sdn Bhd, Asian Heritage Museum Sdn Bhd, Yayasan Usahawan Perak, APM Nuklear Technology Sdn Bhd, Wonderful Compound Sdn Bhd, Valkua (M) Sdn Bhd, Selamat Indah Sdn Bhd, Green Regalia Sdn Bhd dan Revocomm Technologies Sdn Bhd.
Dr Rosli berkata perkhidmatan yang diberikan agensi itu sepanjang tahun lepas menghasilkan pendapatan sebanyak RM12.43 juta dan ia dilaburkan semula untuk program pengkomersilan dan aktiviti penyelidikan. - Bernama
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Jalur Gemilang Terbalik Satu Agenda Jahat
- From Taiping With Love
- Makin Bangang
- Mudah Kerja - Salahkan Sahaja Pada Banjir
- Yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman
- Chegu Bard mendakwa PMX ditaja 15 tahun berjumlah RM2 billion
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
13 June 2013
3 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
bhai,
ReplyDeletekalau gua tak silap, gua pernah terbaca malaysia dah melahirkan pakar nuklear sejak tahun 80an lagi. jauh terkehadapan berbanding negara jiran. nuklear ni bukan setakat nak buat bom je, banyak lagi hasil sampingan yang boleh digunakan untuk keperluan semasa. unlimited power source untuk electricity maybe? mungkin pakar2 ni boleh menghasikan sesuatu yang positif dan produktif demi untuk kebaikan bersama. macam senapang, kalau diguna untuk tembak haiwan perosak = +ve tapi kalau untuk merompak =-ve. fair kan?
tapi kebimbangan lu ada asasnya kerana berita2 -ve tentang prasarana 2nd class di seluruh negara. rasuahkah puncanya? hmmm....
Yea, Kalau tak silap kita memang ada pakar nukluer.
ReplyDeleteAku pernah baca ada mamat kat US kalau tak silap boleh buat nukleur dalam rumah dia je.. lol. Jadi sebenarnye kalau kita nak buat sendiri kos penguraian nukleur ni takda la sampai berbillion atau juta. tapi biasa bila melibatkan keselamatan yang murah jadi mahal harga sejuta jadi ratusan juta apalagi bila kat malaysia yang sememangnya kos meningkat dengan hidden kos.
Bhai,
ReplyDeleteMalaysia memang kena dan wajib ada teknologi nuklear... tapi bukan untuk tenaga atau senjata... untuk perubatan, testing equipment... AELB, LPTA, dan Suruhanjaya Tenaga Nuklear wajib diteruskan... sebab teknologi nuklear yang ada sekarang mesti diuruskan dengan sempurna kalau tidak masaalah bosar nanti...
Hospital dan oil and gas pun pakai benda ni... jadi wajib ada RND supaya industri dapat berkembang... ada sapa pernah fikir, kat mana sisa sisa bahan radioaktif dari dua industri dan tak termasuk dari makmal penyelidikan yang guna equipment pakai gamma dimalaysia ini dilupuskan... isu ni banyak yang kena tengok dan dikaji...