Camnie... Gua nak terangkan satu perkara... Gua bukan ahli Al Arqam.... Tapi gua ader ramai kengkawan ahli Al Arqam... Malah ader ahli keluarga jauh yang join Al Arqam...
So... Satu benda yang gua puji tentang Al Arqam nih aderlah sahsiah dan keperibadian mereka yang baik... Baik sesama jamaah... Sesama Islam... Malah dengan orang kafir/kuffar... Cara berpakaiaan... Cara menghormati tetamu.. Cara melayani pelanggan... Cara menghormati manusia dan binatang serta tumbuh-tumbuhan....
Ekonomi diorang sebolehnya diprang akan memastikan tanpa campurtangan orang kafir/kuffar... Dari segi penyediaan bahan mentah... Sampailah kepada penghasilan produk... Tiada yang terlalu miskin dan tiada yang terlalu kaya... Apa yang ada dikongsikan secara bersama... Berjamaah...
Tentang isu-isu yang timbul dan stigma masyarakat... Itu stendet la bhai... Saper yang bawak cerita... Orang Melayu kan... Melayu bukankah terkenal penuh dengan hasad dengki... Hahaha... Satu benda yang gua nampak dalam Al Arqam ialah tiada ketara hasad dengki sesama ahli jamaah... Itu yang hebat..
Satu lagi... Biasanyer kita dengar akhbar dan media akan bawak cerita yang buruk-buruk dan jelik tentang Al Arqam... Dan ader yang dikutip dari cerita ahli yang dah keluar dari jamaah.. Malah banyak yang dikutip dari sumber yang direka...
Tapi satu jer... Lu orang perasan tak... Tak pernah pon media dan akhbar akan menemuramah ahli Pertubuhan Al Arqam yang masih lagi dalam jamaah... Lu orang ader pernah dengar atau lihat ker... Cuba storykan kat gua..... Cerita dari Zabidi si bekas loyar Al Arqam tue pada pandangan peribadi gua memang tabley pakai... Hahaha...
Ahli Al Arqam takder sorang pon yang akan mengeluarkan statement memburuk-burukkan bekas ahli Al Arqam.. Tak pernah pon gua dengar diorang kutuk atau memburukkan bekas ahli Al Arqam... Itu yang hebatnya... Sahsiah dan keperibadian serta adab mulia seorang mukmin itu betul-betul diorang jaga...
Dan yang ini takder dalam PAS... Hahaha... Sori ... Bukan gua nak membandingkan PAS dan Al Arqam... Tapi daripada pemerhatian dan pengetahuan gua... Jamaah Al Arqam berjaya menunjukkan satu jamaah mukmin yang terbaek... Jauh lebih baik dari PAS...
Orang PAS janganlah marah... Kan Rasulullah s.a.w sendiri suruh ambil contoh dan teladan yang baik walaupun dari seorang budak hamba berbangsa Habsyi sekalipon... Jadi tak selayaknya jika orang PAS yang katanya terbaek tarbiahnya nak marah pasai nih... Hahaha
Ader paham ka???
P/S: Kalu lu orang nak tibai gua pasai isu tawassul ker ... Yaqazah ker... Hahaha... Khatamkan dulu ilmu hakikat, makrifat dan lain-lain tue... Kalu nak tibai gua tentang isu jumpa Rasulullah s.a.w dalam keadaan sedar... Ini gua nak kasitau lu orang... Rasulullah s.a.w boleh lu orang jumpa dalam keadaan sedar dengan syarat lu orang bersih hati, roh dan fizikal... Lagi satu ... Syaitan, Jin, Iblis dan sekalian makhluk takkan mampu menyerupai Rasulullah s.a.w ... Itulah salah satu dari mukjizat Rasulullah s.a.w ....
gua suka komen lu pasal al arqam. Dah byk gak gua komen dlm ruang komen blog pasal al arqam. Gua cukup kagum dgm ahli2 al arqam dri segi ekonomi dan kerja2 dakwah dorang. Merata ceruk dorang berdakwah termasuk pendalaman sabah sarawak. Muka sentiasa tersenyum bila berjumpa walaupun x kenal. Dan sampai skang gua ttp reserve komen gua ttg kesesatan al arqam sbb amat berbeza selama gua berkawan dgn dorang.
ReplyDeletekat kata bun binban dan story C++ memang gua sangat setuju. Mereka ahli al arqam hormat orang, tak kira sesiapa saja. Gua sangat respek kat depa.
ReplyDeleteHaaa..bab ini wa setuju ngn lu bro. Penyokong PAS sekarang nih mmng bnyk ttp mereka seperti buih d lautan..kurang keinginan utk mencari bukti kesahihan kebanyakan isu2 penting sebaliknya..dok main smbung je apa yg d bawa oleh otai dlm jemaah atau kelompok masing2!
ReplyDeletewa ada gak jiran pengikut arqam..n hidupnya di uji dgn anak2nya dan kelompok masyarakat setempat lebih bersifat menghukum.
well kat trmpat wa..org umno..PAS n atas pagar..yg sosialis x jumpa lg..klu yg anti sosial..wa ada sikit masuk ini golongan...haaa
cheers
Ntah la Bhai dulu pakcik Gua join ArQam.. dan ArQam ni cukup kaya bisnes semua ok.. tup tup kena haramkan..
ReplyDeleteAda desas-desus benda tu direka sebab nampak Al-Arqam ni nampak sekaan mengugat kerajaan atau mungkin golongan kapitalis yang berkuasa di malaysia.. Mungkin juga agenda yahudi atau mana-mana musuh Islam.. So dijadikan cerita pasal aurah muhamadiah la akidah terpesong etc terus diharamkan..
Macam juga PAS malah umno bn mana parti sekalipun atau pertubuhan akan pengikut yang biasanya over sangat memuja pemimpin.. tu jadi macam2.. mungkin itu yang terjadi kat Al-Arqam juga..
Tapi macam lu cakap bab sahsiah bab bisnes memang aku salut kat Al-Arqam ni dari dulu.. sekarang ni sebenarnya masih ada serpihan yang masih ada.. mereka gunakan jenama lain la.. tapi takda la sekuat dulu.. tapi tak tahu la.. hanya Allah yang tahu dan yang benar akan menang juga akhirnya.. yang batil akan tersungkur jua..
salam. nama gua isaac dari n9. gua nak bagi tau satu cerita. gua pernah join arqam ni sejak tahun 80an lagi. pandangan c++ dll tntang arqam kini adalah kurang tepat. sebenarnya arqam pernah berada di jalan yang betul dengan dakwah lisanulhal(praktikal) mereka di awal penubuhannya. mereka mendepani masyarakat dengan sistem ekonomi,media, sahsiah, dakwah, hiburan,makanan dan akhlak islam yg sangat indah.ahli2nya masa itu benar2 berhijrah kerana Allah dan cintakan rasulullah.kami dapat merasakan ashaari di jalan yg betul.tapi lama kelamaan ada kalangan pemimpin dan ahlinya yang cuba ambil kesempatan atas keihlasan (atau kebendulan??) perjuangan majoriti ahlinya.semenjak itu timbullah pemimpin2 dan ahli2 yang berpuak2 yang cuba memanipulasi perjuangan islam untuk kepentingan peribadi.semuanya atas nama percaya atau ketaksuban melampau pd ashaari dan kalangan keluarga terdekatnya. gelaran demi gelaran dan rekaan cerita ghaib yang tak munasabah dipergunakan untuk meningkatkan ketaksuban.kini arqam gunakan nama ikhwan dan ini berkaitan dgn persediaan kedatangan imam mahdi dan pemuda bani tamim. ikhwan kini telah berpecah kepada beberapa kumpulan kerana ada d kalangan keluarga ashaari yg tak setuju dengan tindak tanduk Hatijah aam yang jelas terpesung dari agama islam dan perjuangan asal ashaari. Hatijah aam khabarnya memanipulasi ahli untuk kepentingan peribadinnya dan anak2. mereka tdk lagi memperjuangan islam yang syumul dan dakwah lillahita'ala tapi hanya fokus kepada buka kedai dan restoran semata2 utk raih kekayaan duit utk Hatijah dan anak2nya. yg lebih memeranjatkan gua dpt info dari mekah mengatakan Hatijah tak benarkan ahlinya pergi ke makkah untuk ibadah haji/umrah,minum air zamzam pun tak dibenarkan(ini mungkin berkaitan dengan prbuatan sihir) ...Hatijah khabarnya telah membuat model kaabah dirumahnya dan menyuruh ahlinya beribadah di rumahnya sahaja!! astaghfirullah. tindakan ini kalau benar jelas terpesong dan ahli2nya yg ihklas(bendul) mestilah diselamatkan. setakat buat kali ini, mungkin gua akan tambah maklumat lagi tentang kumpulan ni jika gua rasa perlu. ada banyak lg hidden story yg org luar( even ahlinya)tak tahu.....wallahua'alam.
ReplyDeleteBhai...
ReplyDeletehujung 70an dulu emak aku buat bisnes kantin kat STAR Kelang... aku kecik lagi tapi masih ingat lagi orang Arqam nie dah jual mee kat emak aku... tapi bila Arqam dah famous masa 80an, emak aku cakap orang Arqam tulah Ashaari... masa tu emak aku dah tak buat bisnes kantin dah...
70an bhai... orang tak kisah kalau kita minum ABC Cina kat bawah emporium Kelang tu... tak kisah halal and tayyib... Arqam dah start menyedarkan masyarakat tentang halal and tayyib... of course sambil berniaga...
COBOL
Bhai,
ReplyDeleteIsaac n9, lu punya info quite correct... Isu yang dihadapi arqam merupakan sejarah yang berulang...apabila nafsu menguasai maka setan juga yang menang... pabila pujian dan harta yang dicari itulah norm...setan tak pernah rest... kalau pangkat kecik gagal depa minta tolong yang lagi besaq... dari prebet sampai ke Field Marshall...itulah musuh kamu yang nyata...kenallah musuh kamu... cuma satu je bhai's.... kita jangan cepat menghukum... sebab Dia yang menguasai Hari Pembalasan... bab nak balas atau menghukum bukan kerja kita...
-"Khatamkan dulu ilmu hakikat, makrifat dan lain-lain tue..."-
ReplyDeleteBhai,
Mengikut kata tuk guru gua, Ashaari yang membawa amalan tarekat aurad muhammadiah ke dalam Arqam telah memesongkan ajaran tersebut dari jalannya sebenar. dan disebabkan beliau lah yg menjadi punca imej tarekat muhammadiah tercemar sekaligus diharamkan di Malaysia.
Walhal pada asalnya, Tarekat MUHAMMADIAH warisan Tuan Sheikh Sayyid Muhammad al-Sanusi tiadalah yang salah. Namun Aurad Muhammadiah pembawaan Ashaari itu sebenarnya yang terpesong.
Mungkin terdapat kesilapan sebagai manusia yang sentiasa dipenuhi hawa nafsu, maka menyebabkan beliau gagal dalam ujian Allah dipertengahan jalan.(wallahu'alam hanya tuhan yang tahu)
Tanyalah mana-mana Mursyid yang bertaraf Guru(guru sebenar guru), mereka tahu apa yang terjadi pada arwah di alam kubur. Ini kerana Guru (sebenar guru) sepatutnya boleh(dibuka hijab) melihat siksaan kubur. (dan elok le Al Arqam diharamkan masa tu.)
Aku pon memang salut bab2 ekonomi kumpulan arqam ni. tapi sebagus mana pon ekonomi yang dijana, apabila bab agama dah terpesong, tiada apa lagi yang berguna...
*Gua terpaksa cakap bab ni sebab al arqam mengambil amalan dari tarekat Muhammadiah pada asalnya(sebelum Ashaari terpesong). dan untuk pembaca yang tak baper jelas bab ni, Islam ada banyak jalan untuk kita ikuti. namun secara general yang biasa didengar ialah - jalan Syariat, Tarekat, Hakikat, Makrifat.
sekiann
-HP