Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 June 2013

Terima Kasih Najib Razak

Bhai.... gua harap statement Najib Razak nih taklah cuma jadi mainan dibibir merah bak delima Najib Razak.... Hahaha.. gua harap ianya kekal jadi arahan.... dan tiada yang suka-suka nak ubah jaminan Najib Razak nih.... Kalu betul lar... terima kasih Najib Razak... harapnyer janji ditepati... bukannya janji dicapati... Hahaha ...

Aper pon... tindakan melesenkan portal dan laman web pada gua memang tak rasional... mundur ke belakang... Yer la... dulu Malaysia ader kuatkuasakan lesen radio dan televisyen... tapi ditamatkan pada 1999 (kalu tak silap la)... hahaha ....




SUMBER DARI INTERNET 
(sebab lesen tv dan radio gua ntah mana gua letakkan... cari sudah tak jumpa)

Jadi .... harapannyer... jangan la ader lesen plak nak bangunkan laman web dan media sosial.... tambah plak biler Kerajaan Malaysia beriya-iya nak pastikan Malaysia berjaya dalam K-Ekonomi... Mmmm... jangan la balik mundur ke belakang.... Hahaha ....

Ader paham ka?

P/S: Tapikan... Najib Razak cuma cerita pasai portal berita... errr.. Najib Razak tak citer pasai laman blog dan media sosial.... aiyark.....

Najib: Portal berita tidak akan dilesenkan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan tidak akan melesenkan portal berita seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menimbulkan sensitiviti kaum, agama dan bangsa khususnya melalui media sosial.

"Bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan bahawa mana-mana yang cuba menanam kebencian elemen rasis, agama, bahasa ataupun memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahupun cuba "subvert" sistem demokrasi berparlimen boleh diambil tindakan.

"Tindakan ini sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya berucap menyempurnakan Majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadian Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 di Hotel Istana, di sini, hari ini.

Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dan mencontohi penguatkuasaan dilakukan negara jiran itu dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.

Baru-baru ini, Singapura menerusi Lembaga Pembangunan Media negara itu mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman web berita termasuk portal Yahoo! Tempatan akan tertakluk seperti dikenakan terhadap media tradisional.

Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan rakyat khususnya pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara itu untuk kepentingan pihak tertentu yang berselindung di sebalik portal dan menggunakan nama samaran untuk menyebarkan maklumat songsang tanpa rasa tanggungjawab.

"Kerap kali wujud penulis 'ananymous' dalam media sosial yang kadang-kalanya bersifat 'nakal' dan ada kalanya mereka menggunakan peluang ini untuk menyebarkan maklumat yang berunsur fitnah yang boleh merosakkan keharmonian rakyat.

"Keadaan ini berbeza dengan media arus perdana yang mana pengamal media terikat dengan etika kewartawanan yang menjadikan mereka sentiasa berwaspada dalam penulisan dan penyampaian maklumat," katanya.

Tambahnya, meskipun portal berita tidak dilesenkan, namun pengendali laman media sosial perlulah menggunakan kebebasan media itu selari dengan prinsip kebertanggungjawaban.

"Saya harap biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia, yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet dalam negara," jelasnya.

1 comment:

  1. La kena ada lesen pulak ke? lol..
    lesen internet susah bhai kat hanphone ada kat laptop pc pendekkata semua benda bahkan tv pun boleh akses internet sekarang..

    Macamana tu?

    Tapi dulu memula beli tv takda lesen.. dok kampung takda periksa sangat tapi bila kampung dha upgrade jalan tar beli gak le rm24 setahun rasanya.. tapi ngelat juga dua tiga tv beli satu je lesen hahahaha.. :D

    kalau ada penguatkusa periksa tunjuk satu je la tv lain sorok atau cakap rosak.. lol.. :)

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1