Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label MSC. Show all posts
Showing posts with label MSC. Show all posts

29 November 2022

Yang Patut Didahulukan, Kita Dahulukan

Bhai/DeeDee semua...

Sebermulanya pemerintahan Kerajaan Perpaduan (Unity Government) nih... satu ja yang gua nak usulkan... Buatlah semua yang patut didahulukan, kita dahulukan...

Perkara utama yang paling mendesak adalah meningkatkan kedudukan kewangan rakyat, memulihkan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup rakyat... Ini yang utama dan berkait...

Settle kan benda nih dahulu... pastu baru settle kan benda lain.. perkara lain...

Bab nak korek kisah lama la... kes perundangan lama la... ketirisan lama la... semua itu bukan keutamaan sekarang nih... kasi baikkan perkara utama dulu... yang lainnya akan datang kemudian ikut masanya sendiri... biarkan bab perundangan berjalan dengan sendiri...

Kalu rakyat punya ekonomi dah okeh... hidup dah senang sikit... kewangan dah stabil... masa tu nak kejar penyangak dan penyakau semua tue boleh ja dengan jayanya... takder sapa akan jadikan isu...

Bab pendidikan... pastikan ianya mampu milik... PTPTN jangan menekan... bagi ruang untuk pelajar mencari pekerjaan... bawak la masuk pelaburan terlebih dahulu ... dan buka serta beri peluang lebih banyak pekerjaan untuk rakyat sendiri.... kurangkan sikit pengambilan pekerja asing...

Gemblengkan K-Economy.... manfaatkan Multimedia Super Corridor (MSC), Cyberjaya dan segalanya ke tahap optimum...  Sediakan infrastruktur Internet yang mantap dan murah bagi memudahlan IR 4.0 ... kawalselia dengan lebih baik pada harga dan perkhidmatan yang disediakan oleh semua Telco... Kalu tak pandai bab itu.. jemput dan angkat Dr Mohamed Awang Lah sebagai penasihat Kerajaan Malaysia bab teknologi nih... Dia masih ader banyak pengaruh dan idea.....

Benarkan Independent Power Producer (IPP) membekalkan perkhidmatan utiliti tenaga secara alternatif kepada kawasan MSC dan Cyberjaya... Sekurang-kurangnya ada 1 IPP yang boleh membekalkan tenaga elektrik disana disamping perkhidmatan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya Malaysia boleh bangunkan Tier IV atau Tier V punya Computer DataCenter untuk support Cloud dan Grid Computing dengan lebih baik.

Dapat setelkan benda nih... sure kita lebih kehadapan dari Singapura... Oh yer... pastikan dasar Cabotage untuk kapal pembaik kabel dasar laut di permudahkan... Itu yang paling penting...

Sekian.



13 June 2013

Terima Kasih Najib Razak

Bhai.... gua harap statement Najib Razak nih taklah cuma jadi mainan dibibir merah bak delima Najib Razak.... Hahaha.. gua harap ianya kekal jadi arahan.... dan tiada yang suka-suka nak ubah jaminan Najib Razak nih.... Kalu betul lar... terima kasih Najib Razak... harapnyer janji ditepati... bukannya janji dicapati... Hahaha ...

Aper pon... tindakan melesenkan portal dan laman web pada gua memang tak rasional... mundur ke belakang... Yer la... dulu Malaysia ader kuatkuasakan lesen radio dan televisyen... tapi ditamatkan pada 1999 (kalu tak silap la)... hahaha ....




SUMBER DARI INTERNET 
(sebab lesen tv dan radio gua ntah mana gua letakkan... cari sudah tak jumpa)

Jadi .... harapannyer... jangan la ader lesen plak nak bangunkan laman web dan media sosial.... tambah plak biler Kerajaan Malaysia beriya-iya nak pastikan Malaysia berjaya dalam K-Ekonomi... Mmmm... jangan la balik mundur ke belakang.... Hahaha ....

Ader paham ka?

P/S: Tapikan... Najib Razak cuma cerita pasai portal berita... errr.. Najib Razak tak citer pasai laman blog dan media sosial.... aiyark.....

Najib: Portal berita tidak akan dilesenkan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan tidak akan melesenkan portal berita seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menimbulkan sensitiviti kaum, agama dan bangsa khususnya melalui media sosial.

"Bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan bahawa mana-mana yang cuba menanam kebencian elemen rasis, agama, bahasa ataupun memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahupun cuba "subvert" sistem demokrasi berparlimen boleh diambil tindakan.

"Tindakan ini sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya berucap menyempurnakan Majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadian Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 di Hotel Istana, di sini, hari ini.

Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dan mencontohi penguatkuasaan dilakukan negara jiran itu dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.

Baru-baru ini, Singapura menerusi Lembaga Pembangunan Media negara itu mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman web berita termasuk portal Yahoo! Tempatan akan tertakluk seperti dikenakan terhadap media tradisional.

Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan rakyat khususnya pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara itu untuk kepentingan pihak tertentu yang berselindung di sebalik portal dan menggunakan nama samaran untuk menyebarkan maklumat songsang tanpa rasa tanggungjawab.

"Kerap kali wujud penulis 'ananymous' dalam media sosial yang kadang-kalanya bersifat 'nakal' dan ada kalanya mereka menggunakan peluang ini untuk menyebarkan maklumat yang berunsur fitnah yang boleh merosakkan keharmonian rakyat.

"Keadaan ini berbeza dengan media arus perdana yang mana pengamal media terikat dengan etika kewartawanan yang menjadikan mereka sentiasa berwaspada dalam penulisan dan penyampaian maklumat," katanya.

Tambahnya, meskipun portal berita tidak dilesenkan, namun pengendali laman media sosial perlulah menggunakan kebebasan media itu selari dengan prinsip kebertanggungjawaban.

"Saya harap biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia, yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet dalam negara," jelasnya.

04 June 2013

Hahaha... Sudah Kantoi

Bhai.... Hahaha... Ahmad Shabery Cheek sudah kantoi.... dier mungkin masih bersekolah lagi kot masa MSC dimulakan inisiatifnya.... Hahaha... Lawak aaa Ahmad Shabery Cheek nih.... Itu la... lain kali jangan ikut kebodohan Presiden GAPS dan JMM..... bagi cadangan pon tak kaji dulu... aper daa.... hahaha... Skrang kan sudah kantoi.... hahaha

Aper daaa.... buat malu jer... hahaha


'Kawal portal atas talian langgar jaminan MSC' 3:31PM Jun 4 2013

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Malaysia tidak patut menuruti model Singapura yang mengawal portal atas talian kerana ia melanggar Akta Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin tiada penapisan internet.

dap special meeting 110313 lim guan eng"DAP kesal apabila menteri komunikasi dan multimedia yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan penggalnya dengan memungkiri janji BN sebelumnya untuk tidak menapis Internet, apabila mahukan kawalan ke atas portal atas talian.

"Di mana 'Janji Ditepati' BN?" kata Lim (kanan) dalam kenyataannya hari ini.

MSC dilancarkan pada 1996 oleh perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melonjakkan teknologi maklumat di negara ini. Terdapat sepuluh perkara dijamin, termasuk tiada penapisan Internet.

Ahmad Shabery semalam berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura pada minggu lalu.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

Bukan Hanya Facebook

Bhai.... Kalu Kerajaan Malaysia nak tutup... Bukan hanya Facebook... Tutup skali la semua akses Internet ke luar negara.. Kita guna Internet yang dalam negara jer... Kalu itupon penuh dengan fitnah, hasutan dan lain-lain... Kiter tutup jer semua internet...

Kita batalkan la lesen ISP, ASP dan lain-lain yang berkaitan dengan Internet... Kiter haramkan jer penggunaan komputer untuk rakyat... Telefon pintar semua tabley... Kena pakai telefon Nokia 3310 jer... Tak pon NEC Primero BX jer...

Astro pon tabley ader la... Kita cuma ader RTM dan Media Prima jer...

Hahaha... Amacam cadangan gua... Tutup jer semua yang boleh dimanipulasi.... Hahaha... Ikut jer cadangan GAPS yang bangang tue...

Presiden GAPS tue mesti tak tau bahawa salah satu perkara utama dalam penubuhan MSC adalah Internet Tanpa Sekatan.... Kalu dah dicadangkan disekat... Rasanyer Kerajaan Malaysia boleh disaman kerana melanggar perjanjian.... Hahaha... Ajer ker bodohnyer lar Presiden GAPS tue.... Hahahaha....

Itu orang tua ader cakap... Kalo dah bodoh tue... Bodoh la sengsorang jer... Jangan la ajak orang lain jadi bodoh... Hahaha

Ader brani ker Kerajaan Malaysia nak sekat Facebook ... dan Internet... Mau lari semua pelabur asing nanti... Mana mau cekau FDI.... Hahaha... Mesti MSC dan Cyberjaya bungkus punya kalu ikut cadangan Presiden GAPS...

Hahaha.... Aper la bodoh sangat... Ini mesti dulu berguru dengan Geng Rusila nih.... Hahaha

UPDATE: Errr.. yang diorang kecoh buat laporan polis pasai isu menghina YDP Agong tu.... errr... patutnyer YDP Agong la yang buat laporan... nih apersal orang yang takder kena mengena dengan YDP Agong plak lebih kecoh.... Yang kena hina YDP Agong... bukannyer yang kena hina tu orang yang buat laporan polis....  Sori.. gua tak paham lar... sepatutnya orang yang kena hina la buat laporan... bukan orang lain... Gua tak dengar pon statement kata YDP Agong murka kat mana-mana media lar ..... atau gua ader termiss dier punya statement??

14 December 2011

Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011)

Karut... memang karut... Tindakan pihak Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) aderlah satu tindakan bebalik ke belakang...

Kalaulah Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) ini ujud... makanyer semua orang yang ader skill komputer (tapi takder sijil dan akreditasi komputer) tak boleh buat kerja... tak boleh bagi perkhidmatan servis dan baikpulih komputer...

Itu macam kalu... semua cikgu-cikgi pon tak boleh la nak bantu ajar pelajar kat sekolah dalam Kelab Komputer Sekolah pasai depa takder kelayakan untuk mendaftarkan diri dibawah peruntukan Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) ...

Ini semua kerja bodoh... karut...

Takder negara dalam dunia nih yang pernah dan ader Rang Undang-Undang macam nih... ini kerja giler... Kalu buat jugak.... alamat lingkuplah agenda permodenan negara... lingkuplah MSC...

Gua nak bagitau sini .... tak semua programmer, coder dan computer technical expert yang ader kat dalam dunia nih ader certification... ader degree.. ader diploma.. ader master.. ader PhD...

Bill Gates pon takder cert... Arwahnyer Steve Jobs pon takder cert... even adik beradik Basit dan Amjad Iqbal yang buat virus komputer yang pertama didunia dulu (Pakistani Brain Virus) pada tahun 1986 dulu pon takder proper certification dalam bidang perkomputeran pada asalnyer...

Jadi .. aper kejadahnyer Malaysia pulak nak buat Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) yang pada gua nih aderlah satu Rang Undang-Undang paling ngok dan bodoh dalam dunia...

Kalu la Kerajaan Malaysia tetap berkeras jugak supaya adernyer Rang Undang-Undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) nih..... aper kata gua cabar Kerajaan Malaysia supaya buat Rang Undang-Undang Ahli Politik Profesional Malaysia 2011 (APPM2011) ... supaya semua ahli Politik Malaysia ader certificate... tapi cert bukan yang beli aaaa.... mesti cert valid.... takmo cert yang macam Irfan Khairy, Azizan Osman dan Fadzley Yaakop dapat tue.... hahaha

Ataupon ... takmo gak cert yang macam P Kamalanathan dan ramai lagie dapat tue.... hahaha ... semua tue sijil tak laku... hahahaha .... errr.. Zulkifli Nordin tue sijil guaman dier sijil beli ker??? hahaha

Bodoh la.... MOSTI yang ramai orang pandai-pandai tue pon masih bodoh lagi ker.... hahaha... memang kayu la.... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1