Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label MDA. Show all posts
Showing posts with label MDA. Show all posts

13 June 2013

Komen Anonymous

Bhai.... Hahaha... lepas nih rasanyer gua terpaksa ikut arahan Kerajaan Malaysia la.... dimana diorang tak kasi sesapa yang guna ID Anonymous tulis komen, sebar fitnah dan gugat keharmonian.... Hahaha... Gua terpaksa ikut arahan bhai.... hahahaha... so jangan la lu orang marah kalu gua tak kasi ANONYMOUS komen kat blog nih lagie.... Hahahaha .....

Aper daa...

Kesian aaa... ramai yang komen kat blog gua... sama ader suka atau benci.... pakai ID Anonymous.... semuanyer gua lepaskan komen diorang tue... sebab pada gua... tak jadi kudis pon komen kalu bab yang membenci tue... Hahaha....

Contoh aaa... kalu gua berlakon sebagai hero.... ramai orang puji dan suka... makanyer lakonan gua tue menjadi dan berkesan lar.... tapi kalu gua berlakon sebagai gangster.. sebagai penjahat.... ramai orang benci dan sanggup nak ludahkan gua.... itu maknanyer gua punya lakonan menjadi.... dan berkesan lar.... Hahaha...

So... kepada yang guna ID Anonymous.... lu orang jangan marah kat gua kalu lepas nih gua terpaksa block ID Anonymous... PM Malaysia tak kasik.... Hahaha... baik lu orang guna ID sendiri lepas nih.... hahaha


Penulis 'anonymous' sebar fitnah gugat keharmonian

KUALA LUMPUR - Kewujudan penulis 'anonymous' (tanpa nama) di media sosial yang mengambil peluang menyebar maklumat berunsur fitnah boleh merosakkan keharmonian negara, berbeza dengan media arus perdana yang berpegang kepada etika kewartawanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam memastikan perjalanan media sosial tidak terus disalahguna, rakyat harus berpegang kepada prinsip dan nilai tanggungjawab terhadap apa jua maklumat yang disiarkan.

"Untuk itu saya ingin lontarkan kepada rakyat dan kalangan pengguna media sosial mencadangkan bentuk kawalan positif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan nilai kebertanggungjawaban itu dan maklumat yang disampaikan tidak melangggar undang-undang.

"Cadangan yang dikemukakan itu biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet," ketika berucap pada Malam Kewartawanan Malaysia 2013, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kebebasan bersuara harus sesuai dan sepadan dengan identiti jati diri Malaysia yang sinonim dengan sifat budi bahasa dan nilai-nilai murni.

Beliau berkata, kebebasan menyuarakan pelbagai pendapat berbeza dapat dilakukan secara bijaksana serta dapat menghakis rasa tidak percaya dan perasaan syak wasangka yang melampau.

"Untuk demokrasi benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada di antara kita yang menyimpang mahupun menyalahgunakan kuasa," katanya.

Tambah Najib, tuntutan kebebasan bersuara di negara ini bukan sahaja berpunca daripada kesan globalisasi, tetapi dirangsang oleh akses kepada kemudahan infrastruktur internet, peningkatan taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan.

Tegas Perdana Menteri, rakyat harus mahu dan mampu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.

"Kebebasan bersuara yang berpaksikan jati diri Malaysia akan menghadirkan semula perkongsian dialog-dialog penting di antara pelbagai kumpulan yang ada walaupun berbeza pendapat," katanya.

Najib dalam pada itu berkata, landskap media dan organisasi berita di negara ini telah mengalami perubahan yang amat pesat dengan kehadiran media dalam talian melengkapi media cetak dan media elektronik sedia ada.

Sementara itu, Perdana Menteri melahirkan penghargaan dan pujian kepada para wartawan yang telah melakukan tugas mereka secara beretika dan bertanggungjawab semasa PRU13 lalu.

Katanya, demokrasi media dan kebebasan bersuara benar-benar menjadi kenyataan dan penggunaan sepenuhnya kesemua jenis media itu dapat disaksikan semasa musim pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya, penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial semasa musim pilihan raya tidak harus dibiarkan berleluasa kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada masa depan negara.

Najib turut menyeru para wartawan untuk bijak mengetengahkan isu-isu seperti perpaduan dan usaha Malaysia untuk membangun sebagai sebuah negara yang berjaya, dalam usaha membetulkan semula perspektif dan persepsi orang ramai.

"Sebagai wartawan, saudara dan saudari turut mempunyai peranan iaitu dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

"Marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi supaya keamanan dan kemakmuran yang dikecapi dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 termasuk pemenang Hadiah Kajai, Sophia Ahmad dari Berita Harian. - Bernama

Terima Kasih Najib Razak

Bhai.... gua harap statement Najib Razak nih taklah cuma jadi mainan dibibir merah bak delima Najib Razak.... Hahaha.. gua harap ianya kekal jadi arahan.... dan tiada yang suka-suka nak ubah jaminan Najib Razak nih.... Kalu betul lar... terima kasih Najib Razak... harapnyer janji ditepati... bukannya janji dicapati... Hahaha ...

Aper pon... tindakan melesenkan portal dan laman web pada gua memang tak rasional... mundur ke belakang... Yer la... dulu Malaysia ader kuatkuasakan lesen radio dan televisyen... tapi ditamatkan pada 1999 (kalu tak silap la)... hahaha ....




SUMBER DARI INTERNET 
(sebab lesen tv dan radio gua ntah mana gua letakkan... cari sudah tak jumpa)

Jadi .... harapannyer... jangan la ader lesen plak nak bangunkan laman web dan media sosial.... tambah plak biler Kerajaan Malaysia beriya-iya nak pastikan Malaysia berjaya dalam K-Ekonomi... Mmmm... jangan la balik mundur ke belakang.... Hahaha ....

Ader paham ka?

P/S: Tapikan... Najib Razak cuma cerita pasai portal berita... errr.. Najib Razak tak citer pasai laman blog dan media sosial.... aiyark.....

Najib: Portal berita tidak akan dilesenkan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan tidak akan melesenkan portal berita seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menimbulkan sensitiviti kaum, agama dan bangsa khususnya melalui media sosial.

"Bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan bahawa mana-mana yang cuba menanam kebencian elemen rasis, agama, bahasa ataupun memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahupun cuba "subvert" sistem demokrasi berparlimen boleh diambil tindakan.

"Tindakan ini sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya berucap menyempurnakan Majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadian Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 di Hotel Istana, di sini, hari ini.

Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dan mencontohi penguatkuasaan dilakukan negara jiran itu dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.

Baru-baru ini, Singapura menerusi Lembaga Pembangunan Media negara itu mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman web berita termasuk portal Yahoo! Tempatan akan tertakluk seperti dikenakan terhadap media tradisional.

Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan rakyat khususnya pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara itu untuk kepentingan pihak tertentu yang berselindung di sebalik portal dan menggunakan nama samaran untuk menyebarkan maklumat songsang tanpa rasa tanggungjawab.

"Kerap kali wujud penulis 'ananymous' dalam media sosial yang kadang-kalanya bersifat 'nakal' dan ada kalanya mereka menggunakan peluang ini untuk menyebarkan maklumat yang berunsur fitnah yang boleh merosakkan keharmonian rakyat.

"Keadaan ini berbeza dengan media arus perdana yang mana pengamal media terikat dengan etika kewartawanan yang menjadikan mereka sentiasa berwaspada dalam penulisan dan penyampaian maklumat," katanya.

Tambahnya, meskipun portal berita tidak dilesenkan, namun pengendali laman media sosial perlulah menggunakan kebebasan media itu selari dengan prinsip kebertanggungjawaban.

"Saya harap biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia, yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet dalam negara," jelasnya.

09 June 2013

Singapura Buat, Malaysia Ikut

Bhai... Hahahaha..... kalu lu nak tau... esok akan ader satu meeting tergempar.... meeting kat mana... dan agensi mana tue gua tabley nak citer lebih... tunggu pengumuman dari diorang sendiri lar.... hahahaha.... Meeting tue berkaitan dengan isu Perlesenan Laman Web di Singapura yang dah mula beroperasi.... Hahaha...

Mula-mula gua ingat Malaysia setakat buat gempak jer ... rupanyer sudah ader desakan di peringkat "atasan" yang mahukan sistem Perlesenan Laman Web ini dikaji dan diadaptasikan serta digunapakai..... mmmmm.... aper daaa...

Satu perkara yang gua nak bangkitkan.... dalam kes Singapura.... kalu laman web @ media online yang mempunyai trafik sebanyak 50 ribu visit sebulan dikehendaki mendaftar dan membayar bon ... maknanyer... even laman web @ media online yang berkaitan dengan agensi kerajaan pon patut kena daftar dan bayar bon yang samer.... Hahaha... baru la adil.... takkan sebelah pihak jer kena....

Kalu benda nih jadi kat Malaysia..... kita patut desak semua laman web kerajaan dan GLC juga kena bayar bon.... termasuklah laman web radio online milik Kerajaan seperti Jakim TV.... dan semua duit bon itu perlulah diletakkan dibawah pemantauan Parlimen.... even laman web hansard Parlimen pon patut kena daftar dan bayar bon....

Biler dah kena semua laman web (kerajaan dan swasta serta peribadi) kena bond..... baru la ader akai kat Kerajaan Malaysia untuk kensel benda nih... hahaha.... Amacam... lu orang stuju tak kalu benda nih nak dibuat di Malaysia.... biar semua laman web Kerajaan dan NGO macam JATI dan PERKASA pon kena bon.... hahahaha... baru glabah nak cari duit bayar bon.... hahahaha

Kalu semua duit bon tue diletakkan dibawah agensi Kerajaan Malaysia... mau ader yang kena songlap nih.... hahaha...

Berkaitan : Rakyat S'pura berhimpun bantah pelesenan laman web

P/S : Gua ader satu idea untuk rakyat Singapura.... lepas nih kalu nak tulis berita tentang Singapura... tapi takmo nak kena bayar bon tue ... tak payah tulis perkataan Singapura... tetapi gantikan dengan perkataan Temasek ker... atau Pulau dihujung benua Asia ker.... hahahaha.... biler takder tulis perkataan Singapura... maka diorang tabley nak argue yang kiter tulis tentang Singapura.... samer macam biler gua tulis tentang dewa.... hahahaha.... tabley nak argue la... pasai gua citer pasai dewa dan dewata raya... kalu ader yang marah dan perasan... maknanyer diorang mengaku la yang diorang tue dewa atau dewata raya.... hahaha

Mau ka diorang mengaku yang diorang tue dewa atau dewata raya.... hahahaha....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1