| Berpotensi akta ini akan disalahgunakan |
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
19 November 2024
Takrifan Bahaya? Siapa Yang Tetapkan?
18 February 2024
18 May 2023
Persiapan Perang
10 April 2023
Sebijik Perangai Pervert Lobai
01 December 2022
Tindakan Yang Terlalu Perlahan
Sebab isu keselamatan dan ketenteraman awam boleh menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian bermasyarakat.... Benda ini berisiko tinggi... SKMM dan PDRM perlu pantau sentiasa... bahaya kalu dibiarkan hasutan ini bertebaran.. kena tangangi segera..
24 December 2021
Kerajaan Gestapo?
Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Ismail Sabri nampaknya dah macam Kerajaan Gestapo Hitler lah pulak... Cuba nak tutup mulut pengkritik.. Bukannya nak cari jalan perbaiki mana yang tak elok ... perbaiki mana yang salah silap.... tapi lebih kepada nak tutup kritikan dan teguran....
12 December 2021
Hanya Semata-Mata Kerana Content
Ini semua kurang ajar... memang celaka punya perangai... maybe kita patut doakan mereka mendapat kifarah atas kerjabuat mereka... Mereka ingat mereka tak mungkin jadi OKU ke?? Adoilah bangang betul lar...
Dan yang membuat perangai camnie adalah Melayu... yeah orang Melayu... yang katanya penuh adab dan sopan santun.... adoilah...
Ini pun sejenis dari buli gak
02 December 2021
Kesian Najib Razak
11 September 2021
Kalaulah Tidak Viral ...
Macam dalam kes kat bawah nih la.... ader beza VIP ngan jemaah biasa.... Adoilah.... nak beribadat pon ikut kasta ker aper.????
07 September 2021
Bodoh Punya Kerajaan Malaysia
Tapi... Dasar Kabotaj Malaysia nih paling bodoh sebab memaksakan syarikat kabel dasar laut terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kapal DP2 terdekat dari Malaysia... Apa salahnya benarkan syarikat luar yang memiliki Kapal DP2 beroperasi..... tapi caj la sikit fees sebagai ganjaran...
13 August 2021
Katanya Orang Malaysia Sokong Palestine?
Katanya orang Malaysia sokong Palestine... Tapi... setakat semalam... bilangan orang yang like dan follow Facebook Page Kedutaan Palestine di Malaysia hanya sekitar 260++ orang jer...
Mana pergi orang Malaysia yang lain?? Takkan semua orang lain tak tahu keujudan Facebook Page Kedutaan Palestine di Malaysia? Takkan la kot? Takkan semua pergi like Facebook Page Kedutaan Israel kot?? Hahaha
31 July 2021
Perang PDF?
Gua cukup pelik... memang cukup pelik... bilamana perlawanan diantara dua pihak iaitu Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri hanya berlaku secara maya... secara perang PDF jer..
23 May 2021
Relevan Ke Lagi Anwar Ibrahim?
Bhai/DeeDee semua...
Satu bab yang gua nak citer aderlah... la nih yang dok hurung Anwar Ibrahim aderlah cytro BBNU.... yang langsung takder nama dan credential besar... stakat glamer dalam sosmed yang penuh ngan bebudak yang tak layak mengundi pon... Hahaha...
Sebab apa jadi camnie... sebab Cytro otai yang dulunya support tanpa berbelah bagi ngan PH semua dok tengok dari jauh ja... pasai aper??? Pasai masa PH menang tempohari... PH tak layan dan tak pandang langsung pada Cytro otai PH semua nih... PH lebih layan cytro UMNO/BN/PAS .... hahaha
Sebab itu la Cytro otai PH semua buat tatau ja apa nak jadi ngan Anwar Ibrahim.... Dah kurang blogger dan cytro besar-besar dan ternama nih nak up apa-apa pasai Anwar Ibrahim..... lantak pi la kat Anwar Ibrahim... so... relevan ke lagi Anwar Ibrahim untuk PRU15 dan seterusnya??
Biar gambar ini menjadi jawapannya...
18 May 2021
Mencari Perhatian
Satu penyakit mental yang agak kronik adalah "suka mencari perhatian" @ Attention Seeker.
Dan penyakit ini sebenarnya bukan sahaja kena pada artis yang bernama Noor Neelofa Mohd Noor tapi juga melibatkan seluruh anggota keluarganya .... Memang kronik aaa keluarga mereka nih...
Sampaikan berkali-kali membuat propa untuk mendapatkan perhatian dari warga internet dan Malaysia.
15 January 2021
Sekadar Untuk Mengolah Persetujuan
Angka-angka jangkitan kes Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat pada gua bukanlah sekadar satu kesan jangkitan sebenar akan tetapi lebih kepada sekadar untuk mengolah persetujuan...
Ini kerana katakan lah kadar jangkitan kes Covid-19 sekadar dibawah 2000 sehari sepanjang tempoh PKP 2.0 nih... maka secara logiknya memang akan ader desakan untuk dibatalkan sahaja Proklamasi Darurat 2021.. memang akan ader tekanan dari rakyat untuk YDP Agong hentikan segera Proklamasi Darurat..
Sebab Proklamasi Darurat 2021 dilihat hanya sekadar untuk melengahkan proses demokrasi berparlimen... dengan menggantung Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...
Sampaikan ader lelucon yang tersebar dimerata media sosial yang berbunyi sebegini;
Banyak juga cakap-cakap yang tak elok didengar di media sosial yang mengatakan ada kemungkinan satu "deal" telah berlaku diantara Muhyiddin Yasin dan YDP Agong seperti kata orang "you scratch my back, i scratch yours" ... Harapnya ianya bukanlah realiti cuma sekadar cakap-cakap kosong sahaja.
14 January 2021
Mana Satu Nak Guna Ni?
Rakyat Malaysia secara umumnya agak keliru dengan dua perisytiharan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini....
- Perisytiharan PKP 2.0
- Perisytiharan Darurat 2021
Setakat sekarang ini... yang nampak perlaksaan PKP 2.0 adalah lebih kedepan... jadi apa wajarnya Darurat 2021 dilaksanakan jika Darurat 2021 itu hanya sekadar untuk lengahkan serta gantung urusan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sahaja...
Rakyat Malaysia nampak jelas yang urusan Darurat 2021 sebenarnya lebih kepada nak mengekang kuasa politik yang semakin lemah yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yasin atas kurangnya sokongan majoriti.
Kita pon maklum sangat la kenapa YDP Agong membenarkan Darurat 2021 nih berlaku... Malaslah nak huraikan lebih sebab nanti ada yang kat ianya satu penghinaan kepada kuasa YDP Agong untuk melaksanakan perintah Darurat...
Aper pon... rakyat Malaysia bukan bodoh... rakyat Malaysia sudah memerhatikan... dan akan terus memerhatikan.... sepertimana kecohnya gambar-gambar konsesi pembalakan yang tersebar di media sosial yang diyakini menjadi antara penyebab utama banjir di Malaysia baru-baru ini.
Ader paham ka??
07 January 2021
Najib Razak Dan Facebook
Bhai/DeeDee semua...
Sisipan ini pendek ja... Hahahaha
Aper lu ingat Najib Razak nak amik pot ker dengan amaran dari Hakim Collin Lawrence Sequerah ke?? Mimpi lar... Kita tau saranan Hakim Collin Lawrence Sequerah tue bertepatan dengan keperluan Mahkamah dan integriti Mahkamah...
Mana boleh tertuduh mana-mana kes sewenang-wenangnya nak komen dan tulis macam-macam dalam media sosial macam Facebook atau Twitter... Ini salah nih..
Jadi biler Hakim Collin Lawrence Sequerah bagi arahan camnie... patut Najib Razak kena stop la.... Sebab kalu degil sangat... Hakim Collin Lawrence Sequerah boleh caj sebagai menghina Mahkamah....
So... kita tengok lar... aderkah Najib Razak akan ikut arahan??
02 June 2020
Mana Dia Ni Menghilang Eh?
Mamat sorang nih... dulu bukan main riuh dalam SosMed bising pasai Islam Terancam la... DAP sekat itu ini la... Puak kapir macam itu macam ini la.... Mana aaa mana nih pergi?? Mana dia ni menghilang eh??
Skrang dier plak yang lebih dok bekap geng-geng yang kuat rasuah.... geng-geng salahguna kuasa.... geng-geng pengkhianat....
Adoilah mamat nih..... Gua perati jer mamat MOPti sorang nih.... dah lama dah....
13 June 2013
Komen Anonymous
Aper daa...
Kesian aaa... ramai yang komen kat blog gua... sama ader suka atau benci.... pakai ID Anonymous.... semuanyer gua lepaskan komen diorang tue... sebab pada gua... tak jadi kudis pon komen kalu bab yang membenci tue... Hahaha....
Contoh aaa... kalu gua berlakon sebagai hero.... ramai orang puji dan suka... makanyer lakonan gua tue menjadi dan berkesan lar.... tapi kalu gua berlakon sebagai gangster.. sebagai penjahat.... ramai orang benci dan sanggup nak ludahkan gua.... itu maknanyer gua punya lakonan menjadi.... dan berkesan lar.... Hahaha...
So... kepada yang guna ID Anonymous.... lu orang jangan marah kat gua kalu lepas nih gua terpaksa block ID Anonymous... PM Malaysia tak kasik.... Hahaha... baik lu orang guna ID sendiri lepas nih.... hahaha
Penulis 'anonymous' sebar fitnah gugat keharmonian
KUALA LUMPUR - Kewujudan penulis 'anonymous' (tanpa nama) di media sosial yang mengambil peluang menyebar maklumat berunsur fitnah boleh merosakkan keharmonian negara, berbeza dengan media arus perdana yang berpegang kepada etika kewartawanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam memastikan perjalanan media sosial tidak terus disalahguna, rakyat harus berpegang kepada prinsip dan nilai tanggungjawab terhadap apa jua maklumat yang disiarkan.
"Untuk itu saya ingin lontarkan kepada rakyat dan kalangan pengguna media sosial mencadangkan bentuk kawalan positif yang perlu dilaksanakan bagi memastikan nilai kebertanggungjawaban itu dan maklumat yang disampaikan tidak melangggar undang-undang.
"Cadangan yang dikemukakan itu biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet," ketika berucap pada Malam Kewartawanan Malaysia 2013, di sini, malam tadi.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Mengulas lanjut, Najib berkata, kebebasan bersuara harus sesuai dan sepadan dengan identiti jati diri Malaysia yang sinonim dengan sifat budi bahasa dan nilai-nilai murni.
Beliau berkata, kebebasan menyuarakan pelbagai pendapat berbeza dapat dilakukan secara bijaksana serta dapat menghakis rasa tidak percaya dan perasaan syak wasangka yang melampau.
"Untuk demokrasi benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada di antara kita yang menyimpang mahupun menyalahgunakan kuasa," katanya.
Tambah Najib, tuntutan kebebasan bersuara di negara ini bukan sahaja berpunca daripada kesan globalisasi, tetapi dirangsang oleh akses kepada kemudahan infrastruktur internet, peningkatan taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan.
Tegas Perdana Menteri, rakyat harus mahu dan mampu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.
"Kebebasan bersuara yang berpaksikan jati diri Malaysia akan menghadirkan semula perkongsian dialog-dialog penting di antara pelbagai kumpulan yang ada walaupun berbeza pendapat," katanya.
Najib dalam pada itu berkata, landskap media dan organisasi berita di negara ini telah mengalami perubahan yang amat pesat dengan kehadiran media dalam talian melengkapi media cetak dan media elektronik sedia ada.
Sementara itu, Perdana Menteri melahirkan penghargaan dan pujian kepada para wartawan yang telah melakukan tugas mereka secara beretika dan bertanggungjawab semasa PRU13 lalu.
Katanya, demokrasi media dan kebebasan bersuara benar-benar menjadi kenyataan dan penggunaan sepenuhnya kesemua jenis media itu dapat disaksikan semasa musim pilihan raya.
Bagaimanapun, katanya, penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial semasa musim pilihan raya tidak harus dibiarkan berleluasa kerana akan mendatangkan kesan buruk kepada masa depan negara.
Najib turut menyeru para wartawan untuk bijak mengetengahkan isu-isu seperti perpaduan dan usaha Malaysia untuk membangun sebagai sebuah negara yang berjaya, dalam usaha membetulkan semula perspektif dan persepsi orang ramai.
"Sebagai wartawan, saudara dan saudari turut mempunyai peranan iaitu dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
"Marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi supaya keamanan dan kemakmuran yang dikecapi dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia," katanya.
Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 termasuk pemenang Hadiah Kajai, Sophia Ahmad dari Berita Harian. - Bernama
Terima Kasih Najib Razak
Aper pon... tindakan melesenkan portal dan laman web pada gua memang tak rasional... mundur ke belakang... Yer la... dulu Malaysia ader kuatkuasakan lesen radio dan televisyen... tapi ditamatkan pada 1999 (kalu tak silap la)... hahaha ....
Najib: Portal berita tidak akan dilesenkan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan tidak akan melesenkan portal berita seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menimbulkan sensitiviti kaum, agama dan bangsa khususnya melalui media sosial.
"Bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan bahawa mana-mana yang cuba menanam kebencian elemen rasis, agama, bahasa ataupun memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahupun cuba "subvert" sistem demokrasi berparlimen boleh diambil tindakan.
"Tindakan ini sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya berucap menyempurnakan Majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadian Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 di Hotel Istana, di sini, hari ini.
Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan dan mencontohi penguatkuasaan dilakukan negara jiran itu dalam membendung budaya fitnah menerusi media sosial.
Baru-baru ini, Singapura menerusi Lembaga Pembangunan Media negara itu mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman web berita termasuk portal Yahoo! Tempatan akan tertakluk seperti dikenakan terhadap media tradisional.
Dalam pada itu, Najib juga mengingatkan rakyat khususnya pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara itu untuk kepentingan pihak tertentu yang berselindung di sebalik portal dan menggunakan nama samaran untuk menyebarkan maklumat songsang tanpa rasa tanggungjawab.
"Kerap kali wujud penulis 'ananymous' dalam media sosial yang kadang-kalanya bersifat 'nakal' dan ada kalanya mereka menggunakan peluang ini untuk menyebarkan maklumat yang berunsur fitnah yang boleh merosakkan keharmonian rakyat.
"Keadaan ini berbeza dengan media arus perdana yang mana pengamal media terikat dengan etika kewartawanan yang menjadikan mereka sentiasa berwaspada dalam penulisan dan penyampaian maklumat," katanya.
Tambahnya, meskipun portal berita tidak dilesenkan, namun pengendali laman media sosial perlulah menggunakan kebebasan media itu selari dengan prinsip kebertanggungjawaban.
"Saya harap biarlah tidak bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia serta Rang Jaminan MSC Malaysia, yang menegaskan tiada tapisan terhadap internet dalam negara," jelasnya.
Popular Posts
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1


















