Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Pigidah SKMM .... Boleh blah .... Nak Main kasar eh? Takkan la SKMM dan Kerajaan Malaysia hati tisu? Takkan la tabley kena kritik?
Deyy ... Ini bukan zaman Kerajaan Parameswara la... Ini zaman Sultan Mahmud Mangkat Dijulang la wei.. Ini zaman Megat Sri Rama.
Tak payah nak hati tisu la... kerja buat okeh... takdak sapa mau kritik.. ... Ini kerja macam haramjadah... perangai macam haramjadah.... tindakan macam haramjadah... memang la patut kena kritik.. kena maki berjemaah... Takkan la nak kasik chan..
Benda bodoh dan bangang kita kena la cakap bodoh dan bangang... takkan la nak puja dan puji... Ajer gampang la...
Gua lihat haro-hari ramai kawan-kawan dan kenalan yang telah menghembuskan nafas terakhir... semuanya akibat dari Covid-19... seorang demi seorang tumbang.... terpaksa mengalah ...
Impak kematian yang semacam tiada kesudahan.... Impak Covid-19 nih...
Ntah la... gua sendiri pun cuak ngan Covid-19 nih.... bukan apa... biler melihatkan tindakan Kerajaan yang semacam ayam tiada kepala nih.... memang menggusarkan... Setiap hari gua terpaksa keluar mencari rejeki atau berurusan di luar.... dan gua memang terdedah dengan semua risiko ini...
Tambah pulak gua ader beberapa penyakit seperti diabetic, kolestrol dan hypertension...
Dan ini semua adalah risk... gua dah amik vaksin... 1st Dose..... tapi... dari apa yang gua tau... orang yang cukup amik 2 dos pon tetap boleh terjangkiti lagi.... siap Stage 4 dan Stage 5 lagie....
Huhuhu....
So ... apa tindakan Kerajaan..... adakah nak tunggu sampai ada anak beranak Menteri yang mati ... atau Menteri sendiri yang mati akibat Covid-19... baru nak buat tindakan lebih tegas....
Agaknya la kot.... adoilah... macam Ayam Tiada Kepala ..
Untuk kali ini gua bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh. Betul,... Dewan Rakyat telah hilang maruah kerana tindakan Speaker Dewan yang tidak berpandukan kepada mulianya Dewan Rakyat itu sendiri.
Dewan Rakyat hilang kepercayaan dari majoriti rakyat Malaysia kerana telah terbabit tidak telus dan pengurusan dan perjalanannya. Sikap Speaker Dewan yang dilihat condong kepada tekanan politik pihak tertentu malah membelakangkan peruntukan Perlembagaan dan Undang-Undang menjadikannya sesuatu lelucon.
Please la... jangan jadikan Dewan Rakyat sekadar rubber stamp dan zoo sahaja.
Setakat sembang boleh lah... Itu hari bantuan i-Sinar, i-Lestari pun bukan dana kerajaan... tapi dana rakyat sendiri... Bab bantuan moratorium pun bukan dana kerajaan... dana rakyat sendiri... sebab rakyat sendiri jugak yang menanggung kosnya...
Pihak yang diatas... Kayangan... mana ader empati pun dengan rakyat... Malah walaupun mereka ader akses kepada media sosial.. tapi masih dalam circle kumpulan-kumpulan kayangan jer... Bila rakyat menyuarakan resah gelisah... mereka balas dengan #dengkike.
Kita boleh sembang aper sahaja... kita boleh cakap itu ini... tapi selagi kita tak letak diri kita kat tempat / situasi orang yang kita cakap tue... kita takkan tahu perasaan dan tindakan yang diambil olehnya...
Ader orang siap mengutuk orang yang bunuh diri sebab kesulitan dan kemurungan akibat dari impak PKP, Lockdown dan keruntuhan ekonomi disebabkan oleh Covid-19 nih.... tapi yang mengutuk tu langsung takder rasa empati dan simpati... malah dengan semberono mengulas begitu sahaja... Dia tak pon letak diri dier kat dalam situasi mangsa tue...
Ntah la... geram pun ader... sakit hati dibuatnya...
Apa yang pasti... Kaler Luna langsung tak buat apa-apa... takder merasai apa-apa... malah selesa dengan keadaan ini.... Celaka punya Kaler Luna...
Marhaen mustad'afin yang merasainya.... yang tersiksa... yang tertekan... yang dimangsakan oleh sistem kapitalis... Allahuakbar...
Kepada yang takder empati dan masih bersikap keakuan dan sombong... semoga engkau juga akan merasainya kesengsaraan sebegini nanti... Allah Taala maha mengabulkan doa....
Buang masa jer Muhyiddin Yasin nak buat satu jawatankuasa untuk membincangkan pembukaan Parlimen... macam la tak pernah bukak Parlimen.... Buat kali ini gua setuju ngan pandangan Najib Razak yang disuarakan di Media Sosial.
Teramat sokong saranan Najib Razak ni ... buat apa la buang masa nak buat banyak-banyak jawatankuasa....
Sembang orang tak berjawatan dan berpangkat dalam Kerajaan Pusat boleh la camnie.. Hahaha.. Takdernyer orang hirau level cicak mengkarung nih... hahaha
Kita semua sedia maklum... dibawah Ordinan Darurat... memang kuasa penuh ada pada YDP Agong... tapi kalu ader kuasa penuh sekalipun tapi taknak guna buat aper... karut ajer...
Tapi kita tahu lah... memang sengaja taknak guna kuasa..
Rakyat marhaen hidup merana... hidup melata... seksa nak sara hidup... dibuang kerja... dipotong gaji... atau digantung tugas... tapi yang kaya...yang bersultan dan beraja dimata dan dihati... yang jutawan.. yang bilionaire... tak terasa pun beban dan susah...
UMMAH kelam kabut keluarkan kenyataan... kononnya mereka tersilap join ngan puak-puak Pro Darurat... Hahaha... setelah kena kecam berjemaah oleh rakyat Malaysia... laju ja depa U-Turn.... Huhuhu...
Kita tau la sapa disebalik semua NGO yang Pro Darurat nih... sapa tangan-tangan ghaib yang galak sangat nak darurat nih... galak sangat nak kekalkan kuasa...
Dan kita tau lah sebab kenapa hanya HarakahDaily ja yang sebarkan kenyataan tue... Kita tau lah apa agenda depa,.... dan sekarang semuanya dah 404... hahaha
Sebenarnya mudah jer nak selesaikan isu ini... tapi yer la.. benda mudah dijadikan susah demi untuk kekal berkuasa dan dilihat gempak.... walhal... apalah susah sangat YDP Agong nak bagi guideline... bukak Parlimen pada bulan berapa...
Kalu pon YDP Agong takmo nak bagi spesifik tarikh,... apa salahnya YDP Agong tetapkan bulan berapa mesti bukak Parlimen .. benda senang jer... Perdana Menteri mesti akan ikut bukak Parlimen pada bulan tersebut..
Adoilah...
Bukan susah pon... Tapi yer la... cakap banyak karang orang kata Menderhaka kepada YDP Agong lah pulak... kan kan kan...
Skrang biler YDP Agong tak tetapkan tarikh... maka benda jadi pening... masing-masing dengan tafsiran masing-masing... bertelagah bab tarikh... adoilah....
Tidak dapat dinafikan .... PKP 3.0 yang diumumkan semalan tanpa ada apa-apa rancangan jaringan keselamatan ekonomi buat rakyat telah dan akan menyebabkan rakyat lebih menderita...
Bayangkan dalam keadaan tiada kerja, pergerakan disekat, walaupun dikatakan sektor ekonomi dibuka... rakyat tetap tiada pendapatan... tapi tiada sokongan moratorium bank yang disediakan secara automatik kepada semua rakyat... maka kita akan lihat pihak bank tanpa segan silu akan terus menekan rakyat untuk pembayaran pinjaman bulanan perumahan dan kenderaan..
Dalam keadaan tiada pendapatan... apalah sangat yang mampu rakyat usahakan untuk membayar dengan pihak bank dalam keadaan makan minum pon terpaksa dicatu sebolehnya... macam mana nak survive ni? habaq mai sat.
Keadaan ini menjadi semakin kronik... kita bukan sahaja ada B40 ... tapi disebabkan teruknya keadaan ekonomi semasa PKP 3.0 nih... maka kita sudah ada B80 .... dan mungkin lebih dari itu.
Giler aaa...
Kerajaan Perikatan Nasional ini bukan sahaja dilihat gagal, tapi bodoh, bebal dan tidak prihatin.
Kerajaan Malaysia kata berita PKP3.0 adalah berita palsu... Tapi rupanya memang betul berlaku.
Vaksin pon ader kasta-kasta... Ader vaksin untuk golongan bangsawan... ader vaksin untuk marhaen... Ader vaksin untuk golongan Raja dan Sultan.... pening aaa
Sebenarnya tidak adil untuk rakyat dibeza-bezakan jenis vaksin yang digunakan... Tak pernah dalam sejarah imunisasi vaksin di Malaysia yang mana Kerajaan Malaysia menggunakan vaksin yang berbeza-beza antara satu rakyat dengan rakyat yang lain.
Perlembagaan Malaysia meletakkan kesamaan taraf antara semua warga negara.... Tiada warganegara kelas pertama... tiada warganegara kelas kedua... dan tentunya tiada warganegara kelas ketiga dan keempat...
Ini tidak adil jika pemberian vaksin dibeza-bezakan antara semua rakyat...
Gua pelik sungguh la... Macam mana Ahli Parlimen kurang ada masa di kawasan sendiri... macam kes Ahli Parlimen Tawau nih.... Dier dok mana sebenarnya???
Boleh tak lain kali jangan la undi orang yang duduk di luar kawasan... orang yang bekerja di luar kawasan... kan dah payah.... Tak kira la sapa pimpinan tue... kalu dier bukan duduk di daerah tue... jangan la undi...
Adoilah... tak boleh blah betul la ngan statement Abdul Hadi Awang nih... Pening aaa... Wartawan pun la... boleh tak jangan tanya Abdul Hadi Awang soalan.... tambah lagi time Abdul Hadi Awang dilihat meraban ntah apa-apa... mesti dia lupa makan ubat pada waktu sahur pagi tadi....
Hahaha.. lawak siot... semua pihak bersaing nak jadi hero... DAP mula-mula yang bagi khidmat guaman percuma buat sesapa yang kena saman PKP RM10k tue... lepas tue PKR ... la nih UMNO pon sediakan khidmat guaman percuma...
Hahaha... semua bersaing nak jadi hero....
Ini menunjukkan bahawa tindakan bodoh dan bangang Perikatan Nasional yang membenarkan saman PKP RM10k tue aderlah satu tindakan yang makan diri...
Hahaha.... terkena balik depa...
Rakyat dok memerhatikan jer... dan rakyat akan buat nanti masa undi... Hahaha
Gua cuma sekadar nak menyatakan bahawa Ordinan Darurat No 2 adalah lebih tegas dan bersifat ex-parte yang mana ianya adalah lebih kejam dari pemerintahan Hitler, Mousolini atau Stalin.
Rakyat tiada hak atau suara untuk mempertikaikan atau berfikiran bercanggah dengan kehendak Kerajaan.
Gua berpendapat tindakan PKR Johor yang memohon maaf secara terbuka kepada para pengundi di DUN Tebrau adalah satu tindakan yang betul dan bertepatan... Biar pengundi tahu yang PKR memang peduli kepada para pengundinya...
Tindakan seperti ini amat wajar dilakukan ... biar para pengundi dapat lihat dan sedar apa yang berlaku ... dan biar para pengundi pula yang akan mengambil tindakan sewajarnya pada PRU15 nanti...
PKR Johor memohon maaf daripada pengundi Tebrau selepas Ahli Parlimennya Steven Choong menyokong Perikatan Nasional.
Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya sedang berbincang supaya khidmat kepada pengundi di Tebrau diteruskan.
Menurutnya, dalam keadaan sidang parlimen digantung, wabak Covid-19 dan ekonomi merudum, PN mengambil kesempatan untuk mengekalkan kuasa dan terus berpolitik.
"Pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak wajar dilakukan atas apa jua alasan.
"Memperoleh sokongan ahli-ahli parlimen melalui ancaman, tawaran jawatan dan habuan sementara memegang tampuk kuasa, lebih-lebih lagi wajar dikecam.
"Malah ia boleh dianggap satu bentuk rasuah. Rasuah politik yang wajib ditolak oleh rakyat," dakwanya.