Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

02 March 2021

Ini Tindakan Yang Betul

Bhai/DeeDee semua...

Gua berpendapat tindakan PKR Johor yang memohon maaf secara terbuka kepada para pengundi di DUN Tebrau adalah satu tindakan yang betul dan bertepatan... Biar pengundi tahu yang PKR memang peduli kepada para pengundinya...

Tindakan seperti ini amat wajar dilakukan ... biar para pengundi dapat lihat dan sedar apa yang berlaku ... dan biar para pengundi pula yang akan mengambil tindakan sewajarnya pada PRU15 nanti...


PKR Johor memohon maaf daripada pengundi Tebrau selepas Ahli Parlimennya Steven Choong menyokong Perikatan Nasional.

Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya sedang berbincang supaya khidmat kepada pengundi di Tebrau diteruskan.

Menurutnya, dalam keadaan sidang parlimen digantung, wabak Covid-19 dan ekonomi merudum, PN mengambil kesempatan untuk mengekalkan kuasa dan terus berpolitik.

"Pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak wajar dilakukan atas apa jua alasan.

"Memperoleh sokongan ahli-ahli parlimen melalui ancaman, tawaran jawatan dan habuan sementara memegang tampuk kuasa, lebih-lebih lagi wajar dikecam.

"Malah ia boleh dianggap satu bentuk rasuah. Rasuah politik yang wajib ditolak oleh rakyat," dakwanya.



4 comments:

  1. Bkn DUN bhai tu kerusi Parlimen

    ReplyDelete
  2. Di bawah undang-undang Perancis, Sarkozy tidak perlu menjalani hukuman di penjara dan beliau boleh memakai gelang elektronik.

    penegak hukum buatan manusia tajam sebelah
    macam aram bejadah

    nak dapat kuasa ngan jalan mungkar
    hasilnya apa harus atau haram
    ini semau kisah macam gampang aja

    ini kisah bedebar
    Mengetuai pelancaran program vaksinasi Covid-19 Pfizer-BioNTech, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mengakui ada sedikit perasan berdebar dialami sebelum menerima suntikan itu.

    di akhirat nanti lagi amat mendebarkan
    Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas.


    ReplyDelete
  3. Jika difikir balik, memang langkah sheraton satu konspirasi yg dihasilkan bersama di mastermind oleh Tun dan kuncu2 Bersatu beliau, dibantu oleh anak kesayangan Tun kutty dan hasmah, azmin ali. Knp aku begitu yakin. Pada masa langkah tersebut berlaku, Tun dah tiada pilihan melainkan menyerahkan jawatan PM kpd dsai spt yg telah dia janjikan. Semua orang dah tahu bahawa Tun tiada niat sama sekali nak menunaikan janjinya. Jadi the only way out ialah konspirasi yg berakhir dgn langkah sheraton. Jadi, harap lge, antony loke, mat sabu, khalid samad dan semua yg masih percaya cakap Tun tu renungkan semula sejarah yg menyebabkan kerajaan PH tersungkur. Pastikan PH dibersihkan drp semua pengkhianat yg masih bersembunyi dlm PH, menunggu masa utk destroy PH sehabis2nya sebelum tiba PRU15.

    ReplyDelete
  4. Lu x tanggung jawab komen pengguna mcm mkini ya....lu ctt bila bangun tidur?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1