Bhai/DeeDee semua...
Bagi syarikat-syarikat yang tersenarai dengan Bursa Malaysia... adalah satu perkara wajib bagi mereka untuk memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai apa-apa maklumat berkenaan syarikat mereka yang mana ianya akan membawa kesan kepada pasaran saham di Bursa Malaysia..
Ianya adalah satu mandatori... So lu ingat senang-senang je ka mana-mana syarikat nak buat declaration... silap padah boleh menyebabkan dikenakan tindakan denda atau penyingkiran..
So... dalam kes pemakluman syarikat Mestron Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia yang pihak mereka telah
mendapat kebenaran KKM untuk mengedarkan vaksin Covid-19 dari Sinopharm China gua rasa ianya bertepatan... Sebab ini secara otomatiknya boleh mengelakkan internal trading dan kacau bilau pasaran... jadi pada pandangan gua pemakluman ini benar...
Sekarang ni gua rasa macam pelik.. Siapa yang benar dan siapa yang salah dalam perkara ni...
Padangan gua... gua rasa Mestron Holdings Berhad punya pemakluman kepada Bursa Malaysia adalah betul.... dan dokumen yang mereka dapat adalah betul ... surat kebenaran KKM...
Tapi.. bila isu ni viral dan menjadi bualan Netizen... pihak KKM dan Menteri Kesihatan pulak yang menafikan.... so.... gua nampak kat sini... the spoilt brat is KKM dan their teams... Gua saspek surat ini memang dah diberikan... tapi biler kantoi... laju ja depa menafikan dan kata ianya palsu...
Syarikat Mestron Holdings Berhad takkan nak merisikokan diri mereka dari didenda dan penyingkiran dari Bursa Malaysia.... tak logik langsung... tapi kalu bab mengelat dan yang lain-lain mengarut tue... Menteri Kesihatan dan dua Timbalan Menteri Kesihatan memang pakar.... hahaha...
Nampak sangat ini semua nak cover line... hahaha