Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Majlis Raja-Raja. Show all posts
Showing posts with label Majlis Raja-Raja. Show all posts

23 November 2022

Sistem Kita Lebih Baik

Bhai/DeeDee semua...

Umum mengetahui yang kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala Westminster yang nampak similar dengan sistem di England. Betul la tu sebab kita dulu pernah menjadi tanah jajahan Kerajaan British.

Kita menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Tapi... sistem yang kita pakai jauh lebih baik daripada sistem yang ada di England itu. Satu sistem yang lebih kompleks tapi teratur dan selamat. Selamat daripada ganggu-gugat secara teknikal ataupun secara taktikal.

Di England ... Queen (eh.. sekarang dah King) bertindak untuk endorse serta mengawalselia urusan Kerajaan yang dipandu oleh Perdana Menteri England. Proses "check and balance" ini dilakukan sebaiknya oleh King of England.

Jadi apa sahaja tindakan dari Perdana Menteri England setelah mendapat kelulusan Kabinet dan Parlimen perlu mendapat perkenan dari Raja England.. Setakat itu sahajalah... itu sahajalah yang mengikat... dan tindakan Raja England adalah penamat.

Tapi berlainan pula di Malaysia... sistem kita lebih kompleks dan mengikat. Sebab kita ader 5 sistem yang saling berkait dan perlukan kelulusan.

Jika sesuatu itu telah diputuskan oleh Kabinet dan ianya dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.. dan seterusnya nak dilaksanakan...  dan ini pula perlu dipersembahkan kepada YDP Agong.... dalam banyak perkara YDP Agong boleh sahaja membuat keputusan yang muktamad... tapi dalam banyak keadaan ... YDP Agong akan mendapatkan nasihat dari Majlis Raja-Raja Melayu.

Jika ianya diperkenankan sebulat suara oleh Majlis Raja-Raja Melayu... dan seterusnya diangkat oleh YDP Agong... maka ianya adalah muktamad...

Jadi... dalam semua keadaan... perlukan consent dari 5 entiti berlainan tapi saling berkait dan mengikat...

Itulah Malaysia... sebab itu dengan sistem ini... secara relatifnya .. tiada siapa yang boleh bertindak diatas undang-undang... dan tiada tindakan yang "non-accountable".

Terbaek...

Ingat... seperti yang selalu gua cakap... siapa individu yang berada didalam institusi tue tak penting... tapi yang penting adalah Institusi itu sendiri..

Shalom, Salute Komrad.



11 March 2022

Hudud & RUU355 : Betulkah ianya satu kekangan perlembagaan?

Bhai/DeeDee semua...

Satu persoalan perlu kita tanyakan. Pernahkah walau sekali Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) memberikan satu taklimat khas kepada YDP Agong, Majlis Raja-Raja Melayu dan Sultan serta Raja-Raja Melayu berkaitan isu Hudud dan RUU355?

Setahu gua tak pernah... Malah Abdul Hadi Awang ada berbangga katanya elemen Hudud ader dimasukkan dalam Enakmen Undang-Undang Syariah Kelantan dan Terengganu. 

Persoalannya... adakah rakyat Terengganu ada mendapat penerangan jelas mengenainya? Adakah ada satu forum soal jawab khas diadakan? Adakah ada manual atau booklet yang pernah diedarkan kepada rakyat Kelantan dan Terengganu? Adakah rakyat dimaklumi secara khusus dan lengkap? Adakah Sultan dan Raja di dua negeri itu diberikan penjelasan secara detail?

Kalu tak buat lagi... tak payah la nak sembang salahkan kekangan Perlembagaan ..... kalu sendiri malas nak buat kerja... Ingat Allah Taala boleh diperbodohkan ka?

Hudud tersekat kerana kekangan perlembagaan - Hadi Awang

#Hudud #RUU355 #Perlembagaan #YDPAgong #MajlisRajaRaja #Sultan #Raja #Islam #Syariah #EnakmenSyariah #CipanTapirTenuk #SocialCritics

09 September 2021

Ikut Step La

Bhai/DeeDee semua...

Apa sahaja usul atau RUU yang nak ditambahbaik atau dibuat baharu yang mana ianya berkaitan dengan Agama dan Adat Istiadat Melayu maka ianya perlulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan terlebih awal.

Jadi... jangan la main melompat ja... Tau la nak tunjuk something ngan walaun dan macai...

Ikut step la... satu step kepada satu step... Jangan main terjah jer... persembahkan dulu ngan Raja-Raja dan Sultan disetiap negeri dulu... then baru la bawak ke Parlimen... jangan terbalik arah...

Respek la sikit...



08 September 2021

RUU355 - Tak Lari Gunung Di Kejar

Bhai/DeeDee semua...

Sebelum ada kuasa... bukan main sembang hebat dan kasar tentang RUU355... sampaikan mana-mana orang yang bertanya proses dan sebagainya dianggap kafir dan kalu mati mayat boleh ditanam di jirat.... Pergh... sembang masa tu hebat... bab kafir dan sesat bermain di mulut jar...

Tak sempat cerah bak kata orang lama aaa...

La nih... bila dah ader kuasa... biler dah berjawatan... biler dah jadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan... langsung tak berdetik... langsung tak terkutik semua tue.... senyap sunyi... bukan kata masa singkat sangat baru berapa hari dapat kuasa.... walhal yang selama 17 bulan sebelum nih nak kira macam mana???

Dalam aturcara mesyuarat sesi pertama penggal keempat sidang Parlimen ke 14 pun masih takder dimasukkan agenda pembentangan RUU355.... takkan la kot tak sempat... yang mintak tangguh pon bukan orang lain.... sendiri nak bentang dan sendiri nak tangguh..... hahaha.... dalam hari yang sama masa tue...

Hahaha...

Layan jer la lawak bangang nih semua... Hahaha






15 August 2021

Siapa Pilihan YDP Agong?

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang jelas.... keputusan untuk mengekalkan atau melepaskan kedudukan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri memang terletak pada YDP Agong. Dan dalam konteks ini... kita rakyat sepatutnya terpaksa terima sahaja siapa yang pada pandangan YDP Agong adalah calon yang sesuai berada pada kedudukan Perdana Menteri Interim...

Perdana Menteri yang akan mengendalikan urusan pentadbiran negara sehingga tarikh PRU15 dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.

Jadi pada dasarnya YDP Agong surely dah dapat nasihat daripada Majlis Raja-Raja Melayu untuk menangani perkara ini selayaknya... dan tentu ianya sudah dibincangkan dengan sebaik mungkin.

Apa pun nama yang akan timbul sekiranya berlakulah perletakan jawatan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.... harapnya rakyat dapat menerimanya... dan nama ini bukanlah atas dasar parti atau koalisi tapi lebih kepada penstabil dan jalan tengah untuk mengatasi dan menangani kemelut ini.

So...

Adakah anda semua bersedia?




14 June 2021

Ini Malaysia Boh

Bhai/DeeDee semua.. 

Ini Malaysia boh... sebab itu la banyak benda semua boleh dicover up dengan guna sentimen jer...

Contoh Kohilal, 1MDB, Tabung Memali, Abrar, PKFZ, Bakun, Musang King, Kenyir, Cini Lake dan banyak lagi… kalu nak lagi pawer… guna la sentimen Kaler Luna…. hahaha

Banyak lagu pon boleh aaa



13 June 2021

Ingat Senang Ka Najib Razak...

Bhai/DeeDee semua.. 

Korang ingat senang-senang ka Najib Razak nak buat semua kerja kalu tak dapat approval dan "greenlight" dari atas untuk kes 1MDB...

Gua dari dulu lagi tarak percaya sama story ini 1MDB... ader yang tak kena kat sini... something wrong somewhere...



1MDB ... Jangan Silap Faham

Bhai/DeeDee semua..

Bab 1MDB nih.... Benda besar melibatkan ramai orang... ramai pihak.... dan that’s why la korang takkan tahu abis citer benda nih... hahahaha

Bukan kecik-kecik anak yang terlibat... dan bukan calang-calang level yang terlibat... Hahahaha

Hehehe.....



16 March 2021

Wow... RUU Yang Mencabar Perlembagaan?

Bhai/DeeDee semua...

Wah... Ader usaha nak buat RUU yang mencabar Perlembagaan.... huhuhu... agak-agak la wei... sesuatu yang bercanggah.... yang kontradik... macam mana boleh nak dibentangkan... nak diluluskan...

RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Wah.... Malaysia mau jadi negara Islam yang penuh ka?? Maknanya kena tukar la dan rombak la semua dalam Perlembagaan.... cantik nih.... cuma satu ja persoalan.... YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dah maklum ka?? Sultan dan Raja Melayu dah maklum ka??

Kan semua bawah Islam dok bawah Sultan dan Raja Melayu..... dok bawah YDP Agong kalu kat Persekutuan???

Cuba la semak... jangan karang kalu dah kantoi .. bising pulak kata kami rakyat nih tolak Islam... bising kata kafir la bagai la...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1