Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kaum. Show all posts
Showing posts with label Kaum. Show all posts

14 June 2023

Penang Is Rael

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Biasa la PAS ... apa la modal PAS selama ini pun... Hahaha... selain dari modal kaum dan agama... Lain skill PAS takdak... Hahaha...

Yang DAP terikut-ikut rentak PAS nih sampai meroyan pasai apa?? Tak payah la nak layan orang gila... Hahahaha

Penang Is Rael ..... hehehe

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

DAP vs PAS


12 January 2023

UMNO Sudah Tersalah Langkah

Bhai/DeeDee semua...

Benar ... UMNO memang sudah tersalah langkah... 60 tahun lebih UMNO melawan DAP tapi tiada memberikan makna signifikan. UMNO tersilap percaturan. Lawan DAP sepatutnya dilakukan oleh MCA. 

Tapi MCA tak buat kerja tue... MCA ambil untung sahaja dari kerjasama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.... Calon MCA tak pernah pun menang dikawasan majoriti orang Cina... Calon MCA hanya boleh menang dikawasan majoriti orang Melayu.

Itulah kesilapan UMNO. Dan kini UMNO sudah sedar... Harapnya terus sedar... Tok Mat Hasan dan Ahmad Zahid Hamidi perlu sedarkan ahli UMNO untuk lihat semua ini dengan mata yang lebih jelas..

'Berpuluh tahun Umno lawan DAP, sokongan Melayu tetap merosot'

#UMNO #ReformasiUMNO #TokMatHasan #AhmadZahidHamidi #PAU2023 #PerhimpunanAgungUMNO #UMNOBangkit #UBAH #Kritis #PemudaUMNO
#reactionvideo #reaksi #react #CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

22 November 2022

Disini Kita Perlukan Kebijaksanaan YDP Agong

Bhai/DeeDee semua...

Kemelut politik di Malaysia nih sudah sampat tahap mendidih... silap gaya dan percaturan boleh jahanam Malaysia nih... Tambah lagi dengan elemen perkauman dan agama yang sedang dicanang dan dibakar dalam masyarakat... Bahaya sebenarnya nih...

Apa yang gua nampak... disini kita perlukan kebijaksanaan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.... Adakah YDP Agong mahu lihat kehancuran terhadap keharmonian kaum di Malaysia nih?? Adakah YDP Agong mahu lihat barah perkauman dan agama nih menjadi lebih kronik?? Itu gua tatau..

Tapi gua harap sangat YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat melihat senario ini.. Negara ini diasaskan dengan kepelbagaian bangsa, kaum dan agama... Janganlah hanya kerana nak menonjolkan satu kaum ... maka sampai jahanam Malaysia nih...

Apa sahaja yang menggugat keharmonian dan keselamatan negara perlulah ditangani dengan segera. Ambil tindakan tuntas... Cepat, Tepat dan Pantas...

Semoga YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat bertindak sewajarnya dengan kebijaksanaan.



10 September 2021

NGO Rasis Dan Bangang

Bhai/DeeDee semua...

Gua simple jer... Undang-Undang dah ader... peruntukan dan Perlembagaan dah ader... dan Islam. Adat Istiadat Melayu dan Melayu itu sendiri dilindungi oleh Perlembagaan dan Undang-Undang... Tapi biler ader NGO rasis dan bangang.... memang payah la...

Semuanya nak dikaitkan kononnya Islam terancam la... Melayu terpinggir la... Walhal itu semua angan-angan bangang depa ja...

Puak NGO macam nih bukan amik belajar ilmu perundangan dan perlembagaan pun... semua main gasak... bodoh...

Ingat senang ka orang nak ganggu gugat peruntukan Islam dan Melayu yang ader dalam Perlembagaan... biarpun 222 Ahli Parlimen semuanya bukan Melayu... peruntukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan takkan boleh diubah....  Itu fakta.... takder cara nak buat... Sebab itu kuasa Tentera diletakkan dibawah YDP Agong... dan YDP Agong memang sentiasa dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu (MRR).

Tapi puak NGO rasis dan bangang macam UMMAH nih... dier tak aper,... janji dier boleh bangkitkan sentimen rasis kaum dan agama.... Adoilah... Gua tatau la macam mana RoS masih benarkan NGP rasis macam nih beroperasi tanpa dibatalkan pendaftaran..

By the way... UMMAH kata depa percaya gandingan Menteri dan Timbalan Menteri Agama dari PAS nih boleh berbuat sesuatu... Hahahaha.... Gua gelak jer.... kena sergah ngan MCA yang ader 2 kerusi pun dah takut dan cuak... lagi mau sembang boleh berbuat sesuatu... Hahaha



30 August 2021

Bertudung Atau Tidak Bukanlah Isu Sebenarnya

Bhai/DeeDee semua...

Terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura dan Kerajaan Singapura kerana membenarkan kakitangan perubatan di Hospital Awam memakai tudung ketika sedang bertugas. Ini satu pendekatan yang bagoosh.

Sebab ianya secara tidak langsung diharapkan menjadi bibit-bibit baik yang menunjukkan tiada pengasingan perkhidmatan perubatan terhadap pesakit walaupun berbeza agama dan cara pemakaian. Ini nak bagi semua orang boleh bertoleransi.

Masalahnya yang selalu berlaku adalah stigma dan persepsi yang timbul mungkin dari cerita-cerita separuh masak oleh sesetengah pihak yang sengaja dicanangkan atas sebab-sebab tertentu. Biasanya tentu ada elemen-elemen agama dan rasis yang cuba dilaga-lagakan.

Sama jer di Malaysia... benda elemen agama dan kaum cukup kuat dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan... hanya kerana sikap rasis yang menebal.

Ini semua menjahanamkan negara pada jangkamasa panjang.



14 June 2021

Ini Malaysia Boh

Bhai/DeeDee semua.. 

Ini Malaysia boh... sebab itu la banyak benda semua boleh dicover up dengan guna sentimen jer...

Contoh Kohilal, 1MDB, Tabung Memali, Abrar, PKFZ, Bakun, Musang King, Kenyir, Cini Lake dan banyak lagi… kalu nak lagi pawer… guna la sentimen Kaler Luna…. hahaha

Banyak lagu pon boleh aaa



14 May 2013

Beranikah Pencacai UMNO Lawan Perintah Allah?

Bhai.... lu tau kan... skrang nih semua (gua maksudkan semua tue semua lar... hahaha) pencacai UMNO tak kita yang lebih macai tepi longkang sampai kepada ulama besar dalam UMNO pon dok layan dan jaja isu hasutan perkauman nih.... Sana sini gua dengar diorang citer pasai kononnya Cina nak rampas kuasa la... nanti Cina berkuasa... Melayu kena halau lar... hahaha

Yang lagi best tue.... diorang pakai borong Cina tue aderlah DAP.... walhal masa diorang cakap tue... (dalam satu kes nih)... sebelah dier aderlah Cina MCA dan Cina Gerakan.... tapi mulut longkang pencacai UMNO nih dok tibai Cina.... err... Puak MCA dan Gerakan tue bukan ramai Cina ker.... hahahaha .... Lagi lawak tue... statement tue mamat pencacai tue kasik pada reporter kat Kopitiam milik Cina...... hahahahaha...... pecah perut gua mendengarnya....

Aper-aper pon.... pencacai UMNO nih kutuk dan hasut perkauman nih...... errr.. gua nak tanya... diorang nih ader mengaji Al Quran ker.... kalu stakat mengaji membaca jer siap bertarannum dan bersiqah.... tapi haram tak tau aper makna ayat yang dier baca tue.... hahaha... serupa burung belatuk lar....hahaha ...  Sebab ramai orang Melayu (terutamanyer UMNO) yang dok layan ngaji Al Quran bukan main hebat bertarannum dan bersiqah... tapi... hancuss biler kiter tanya diorang aper yang diorang baca tue.... hahahaha...

Sebab itu lah kat hanya kat Malaysia jer ader Musabaqah Al Quran....  setakat baca bertarannum jer.... tapi manfaat dan kupasan dari ilmu Al Quran tue... haram takder... abis kuat pon ader sedikit baca terjemahan dier sajer.... kupasan kalu ader cuma ringkasan sajer....  Sori...  Al Quran bukan setakat dibaca jer bhai.... tapi dimanfaatkan ilmunyer....

So..... beranikah pencacai UMNO lawan perintah Allah yang terkandung dalam ayat yang dibawah ini...... hahahaha.... cuba kita tanya..... ops... nak baca kena ader wudhu.... hahaha....


07 May 2013

PANAS: Pencacai UMNO Sudah Kantoi

Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seorang kawan yang bernama En Zek (pengurus salah sebuah ladang milik IOI Group)....

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

Ada pun tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan memberikan satu "input" sebagai bahan tambahan ilmiah dalam perkara berkaitan dengan politik dan kenegaraan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin saya bawa perhatian anda semua kepada pernyataan yang seringkali dihujahkan oleh pemblog dari UMNO (yang tentunya adalah juga penyokong kuat aspirasi Barisan Nasional @ BN).

"Kita halau semua Cina dan India dari negara ini", "Bunuh sahaja semua Cina yang ada di Malaysia", "Kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya nanti, Malaysia akan dapat PM Cina", "PAS dan PKR diperkudakan oleh Cina DAP", "Lim Guan Eng akan jadi PM Malaysia",

Kita semua tahu pembentukan negara ini pada 1957 adalah disandarkan kepada satu kertas perjanjian yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman pada masa itu. Salah satu daripada klausa yang dipersetujui oleh British (yang perlu dilaksanakan sebaik kemerdekaan diberikan) adalah yang berkaitan dengan Jus Soli. Adalah termaktub dalam sejarah dimana dengan penerimaan prinsip Jus Soli, maka semua penduduk yang ada di Tanah Melayu pada masa itu termasuklah dari kaum Cina dan India telah diterima menjadi warganegara.

Oleh yang demikian, ini menunjukkan semua yang telah diterima masuk mengikut konsep Jus Soli adalah warganegara Malaysia yang sah dan ianya tidak dipersangkal dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1969. Pada 13 Mei 1969, Orang Melayu yang telah diapi-apikan dengan sentimen perkauman telah mengambil tindakan drastik membuat bantahan diserata tempat dimana ianya dilakukan oleh agen subversif. Ianya juga berlaku dikalangan kaum Cina yang telah berjaya diapi-apikan oleh agen subversif. Kedua-dua pihak ini seakan lupa bahawa adanya penerimaan terhadap konsep Jus Soli semasa kemerdekaan Malaysia diumumkan.

Api perkauman yang sama juga dimulakan oleh orang-orang Melayu yang berpaksikan UMNO seolah-olah mereka menidakkan bahawasanya UMNO lah yang telah menerima konsep Jus Soli dahulu. Inilah yang amat mendukacitakan saya selaku seorang "bekas operatif" kerana isu perkauman bodoh seperti ini sebenarnya telah dan sedang merosakkan keharmonian dan kemajuan negara ini.

Jika kita melihat daripada pernyataan pemblog dan penyokong UMNO yang mengatakan bahawa CINA akan menjadi Perdana Menteri, saya berpandangan mereka-mereka ini wajarlah kita hantar untuk mendalami matapelajaran Kenegaraan dan Perlembagaan. Ini kerana kebodohan mereka dalam matapelajaran Kenegeraan dan Perlembagaan boleh sahaja menggugat  ketenteraman dan keselamatan negara ini

Ini penjelasan saya.

Jika orang Cina ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka perlulah mengubah perlembagaan Malaysia terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri boleh dilantik dari kaum Cina. Untuk mengubah perlembagaan, perlulah mendapat persetujuan daripada 2/3 anggota Parlimen. Jika mereka telah mendapat persetujuan 2/3 anggota Dewan Rakyat, maka perlulah ianya disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat boleh sahaja menolak persetujuan untuk mengubah perlembagaan ini sama ada secara sendiri mahupun dengan cara merujuknya kepada YDP Agong. YDP Agong pula boleh sahaja memanggil mengadap semua Raja-Raja Melayu untuk satu sesi khas Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jika Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa ianya tidak sesuai. Maka perkara ini boleh sahaja ditolak.


Untuk pengetahuan anda, klausa perlembagaan yang berkaitan dengan status Perdana Menteri bukan hanya boleh diubah hanya dengan mendapat 2/3 ahli Dewan Rakyat tetapi ianya perlulah mendapat keizinan daripada YDP Agong.

Jadi, jika YDP Agong dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak perubahan perlembagaan berkaitan status Perdana Menteri (yang telah ditetapkan dari kaum Melayu), maka YDP Agong boleh menolak untuk perlembagaan ini diubah.

Jika ada pihak berdegil mahukan juga perubahan terhadap klausa perlembagaan berkenaan status Perdana Menteri (berkaitan kaum), maka dengan kuasa yang ada pada YDP Agong, beliau boleh memerintahkan bahawa Parlimen digantung dan Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sementara tampuk pemerintahan negara sehingga selesai (Darurat). Ini adalah kuasa perogratif tertinggi yang ada pada YDP Agong selaku ketua kepada Angkatan Bersenjata Malaysia.

Pada masa itu, kemungkinan besar semua bekas anggota keselamatan dan risikan Malaysia dari kaum Melayu akan dipanggil untuk berkhidmat dibawah panji-panji YDP Agong. Saya juga pastinya tidaklah terkecuali.

Oleh yang demikian, walau macam mana sekalipun berlaku di Malaysia ini, status Perdana Menteri dari kaum Melayu akan kekal dalam perlembagaan, melainkan kalau semua Raja-Raja Melayu telah dirasuah oleh kaum Cina atau India. Jika rasuah berlaku maka mungkin perkara ini boleh berlaku.

Persoalan yang wajib ditanya sekarang ini ialah adakah Raja-Raja Melayu boleh dirasuah oleh kaum lain. Saya tidak boleh menjawabnya. Hanya Raja-Raja Melayu sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini. 


Sekian.terima kasih

Trima kassey kerana membaca artikel gua yang panjang berjela dan tak best nih.... hahaha...  So ader paham ker??? Tak paham kalu... pi hantuk kapla lu kat jalan bertar tue.... hahaha

Rujukan : Kalau DAP Bertanding 222 Kerusi Parlimen

19 December 2012

Rusuhan Kaum. Siapa Dalang?

Bhai... Lu agak siapa yang buat kerja jahat sajer nak kasi panas isu nih... Gua sebenarnya takmo nak amik pot pasai "kunun" ada rusuhan kaum... Tapi pasai ader member dah mintak gua ulas... Maka gua ulas la...

Sori... Gua tak percaya akan ada rusuhan kaum... Ini semua kerja sabotaj.. Ini semua kerja perangkap... Ini semua kerja yabg disengajakan... Ader agenda disebaliknya..

Soklan yang wajib ditanya... Saper yang buat kerja dajai nih... Aper motif dier... Apa yang nak dicapai... Aper agenda dier...

Yang pasti ... Gua berani jamin.. Takder sorang pon penyokong pakatan rakyat takkan buat kerja bodo nak createkan havoc camnie... Ini kerja bodoh tahap bangang...

Tapi... Gua berani jamin kerja bangang camnih dihavockan oleh penchachai UMNO/BN dan balachi diorang... Sebab ini trademark diorang... Sebab diorang memang bangang... Hahaha

Aper-aper pon.... Gua gelak jer pasai isu nih... Nampak sangat la dah terdesak sangat UMNO/BN nih..... Hahaha

10 January 2010

13 Mei Edisi Kedua

Dulu pada 13 Mei 1969, UMNO/BN punya agenda lah yang menyebabkan berlakunya insiden tersebut. Diorang mengapi-apikan sentimen perkauman bercampur dengan sentimen agama walhal diorang sendiri pon jauh dari agama.... La nie UMNO sedang merencanakan 13 Mei edisi kedua...

Mola-mola diorang cuba bangkitkan sentimen agama dan kaum pada isu "Kepala Lembu" ... siap dicanangkan 1Malaysia isu nie.. media elektronik seperti TV dok giler jaja cerita nih... walhal semua penduduk Shah Alam sedia maklum bahawa kuil di Seksyen 19 tue dah lama ader.. sebelum orang Melayu sampai kat Shah Alam....

Tapi isu "kepala lembu" yang diharapkan oleh UMNO untuk menjadi satu ketegangan kaum nampaknya tidak menjadi... jadi diorang gunakan isu kedua pulak.... yang ini isu penggunaan kalimah "Allah" ..... siap diperkudakan lagi banyak NGO ... biasala memang banyak NGO yang kononnya "independant" tapi sebenarnya "lebih UMNO dari UMNO itu sendiri" .....

Jadi dengan kerjasama beberapa pihak ... termasuk dari bidang kehakiman... diorang mulakan episod baru dengan kasi havoc isu "Allah" nih... media fitnah no 1 negara iaitu TV3 pulak dok tayangkan berhari-hari siap dengan ulasan berunsur hasutan... pelik sungguh... semua hasutan nih satu pon POLIS (PDRM) tak ambik tindakan.... siap bagi chan lagie...

La nie ader la team dalam puak tue yang cuba nak melaga-lagakan semua pihak... siap dibaling "Molotov Cocktail" kat beberapa gereja.... benda nie Rasulullah cukup tegah jangan buat... Allah S.W.T pun ader bagi arahan jangan buat dalam Al Quran... tapi puak-puak nie (UMNO/BN) bukan ader paham pasai Al Quran nih... setakat baca dan buat musabaqah jer pandai ler... tafsir satu haram tak tahu...

Mola-mola bakar gereja... tapi pasai nak melaga-lagakan lagi... siap dibaling air kencing kat surau la pulak... lepas nie sure ader kuil dan tokong yang kena punya... tak percaya... lu tunggu dan lihat jer la...

Benda nih semua UMNO/BN yang buat... ini kerja mat rempit UMNO/BN ... ini kerja PEKIDA nih.... semua balachi UMNO yang buat.... gua berani potong kambing.... bab kerja sabotaj dan khianat nih.. UMNO nombor 1... dulu yang bunuh orang pasain pilihanraya pon UMNO gak.... semua orang UMNO.... giler kuasa dan giler babi punya worang... bangsat tul...

Jadi lepas nie yang akan kena tangkap secara ramai-ramai bukannya orang UMNO/BN ... tapi.... yang kena nanti adalah orang Pakatan Rakyat.. (PAS, DAP dan PKR) .. lu tak percaya... lu tunggu jer la...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1