Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Malaya. Show all posts
Showing posts with label Malaya. Show all posts

07 May 2013

PANAS: Pencacai UMNO Sudah Kantoi

Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seorang kawan yang bernama En Zek (pengurus salah sebuah ladang milik IOI Group)....

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

Ada pun tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan memberikan satu "input" sebagai bahan tambahan ilmiah dalam perkara berkaitan dengan politik dan kenegaraan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin saya bawa perhatian anda semua kepada pernyataan yang seringkali dihujahkan oleh pemblog dari UMNO (yang tentunya adalah juga penyokong kuat aspirasi Barisan Nasional @ BN).

"Kita halau semua Cina dan India dari negara ini", "Bunuh sahaja semua Cina yang ada di Malaysia", "Kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya nanti, Malaysia akan dapat PM Cina", "PAS dan PKR diperkudakan oleh Cina DAP", "Lim Guan Eng akan jadi PM Malaysia",

Kita semua tahu pembentukan negara ini pada 1957 adalah disandarkan kepada satu kertas perjanjian yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman pada masa itu. Salah satu daripada klausa yang dipersetujui oleh British (yang perlu dilaksanakan sebaik kemerdekaan diberikan) adalah yang berkaitan dengan Jus Soli. Adalah termaktub dalam sejarah dimana dengan penerimaan prinsip Jus Soli, maka semua penduduk yang ada di Tanah Melayu pada masa itu termasuklah dari kaum Cina dan India telah diterima menjadi warganegara.

Oleh yang demikian, ini menunjukkan semua yang telah diterima masuk mengikut konsep Jus Soli adalah warganegara Malaysia yang sah dan ianya tidak dipersangkal dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1969. Pada 13 Mei 1969, Orang Melayu yang telah diapi-apikan dengan sentimen perkauman telah mengambil tindakan drastik membuat bantahan diserata tempat dimana ianya dilakukan oleh agen subversif. Ianya juga berlaku dikalangan kaum Cina yang telah berjaya diapi-apikan oleh agen subversif. Kedua-dua pihak ini seakan lupa bahawa adanya penerimaan terhadap konsep Jus Soli semasa kemerdekaan Malaysia diumumkan.

Api perkauman yang sama juga dimulakan oleh orang-orang Melayu yang berpaksikan UMNO seolah-olah mereka menidakkan bahawasanya UMNO lah yang telah menerima konsep Jus Soli dahulu. Inilah yang amat mendukacitakan saya selaku seorang "bekas operatif" kerana isu perkauman bodoh seperti ini sebenarnya telah dan sedang merosakkan keharmonian dan kemajuan negara ini.

Jika kita melihat daripada pernyataan pemblog dan penyokong UMNO yang mengatakan bahawa CINA akan menjadi Perdana Menteri, saya berpandangan mereka-mereka ini wajarlah kita hantar untuk mendalami matapelajaran Kenegaraan dan Perlembagaan. Ini kerana kebodohan mereka dalam matapelajaran Kenegeraan dan Perlembagaan boleh sahaja menggugat  ketenteraman dan keselamatan negara ini

Ini penjelasan saya.

Jika orang Cina ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka perlulah mengubah perlembagaan Malaysia terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri boleh dilantik dari kaum Cina. Untuk mengubah perlembagaan, perlulah mendapat persetujuan daripada 2/3 anggota Parlimen. Jika mereka telah mendapat persetujuan 2/3 anggota Dewan Rakyat, maka perlulah ianya disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat boleh sahaja menolak persetujuan untuk mengubah perlembagaan ini sama ada secara sendiri mahupun dengan cara merujuknya kepada YDP Agong. YDP Agong pula boleh sahaja memanggil mengadap semua Raja-Raja Melayu untuk satu sesi khas Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jika Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa ianya tidak sesuai. Maka perkara ini boleh sahaja ditolak.


Untuk pengetahuan anda, klausa perlembagaan yang berkaitan dengan status Perdana Menteri bukan hanya boleh diubah hanya dengan mendapat 2/3 ahli Dewan Rakyat tetapi ianya perlulah mendapat keizinan daripada YDP Agong.

Jadi, jika YDP Agong dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak perubahan perlembagaan berkaitan status Perdana Menteri (yang telah ditetapkan dari kaum Melayu), maka YDP Agong boleh menolak untuk perlembagaan ini diubah.

Jika ada pihak berdegil mahukan juga perubahan terhadap klausa perlembagaan berkenaan status Perdana Menteri (berkaitan kaum), maka dengan kuasa yang ada pada YDP Agong, beliau boleh memerintahkan bahawa Parlimen digantung dan Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sementara tampuk pemerintahan negara sehingga selesai (Darurat). Ini adalah kuasa perogratif tertinggi yang ada pada YDP Agong selaku ketua kepada Angkatan Bersenjata Malaysia.

Pada masa itu, kemungkinan besar semua bekas anggota keselamatan dan risikan Malaysia dari kaum Melayu akan dipanggil untuk berkhidmat dibawah panji-panji YDP Agong. Saya juga pastinya tidaklah terkecuali.

Oleh yang demikian, walau macam mana sekalipun berlaku di Malaysia ini, status Perdana Menteri dari kaum Melayu akan kekal dalam perlembagaan, melainkan kalau semua Raja-Raja Melayu telah dirasuah oleh kaum Cina atau India. Jika rasuah berlaku maka mungkin perkara ini boleh berlaku.

Persoalan yang wajib ditanya sekarang ini ialah adakah Raja-Raja Melayu boleh dirasuah oleh kaum lain. Saya tidak boleh menjawabnya. Hanya Raja-Raja Melayu sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini. 


Sekian.terima kasih

Trima kassey kerana membaca artikel gua yang panjang berjela dan tak best nih.... hahaha...  So ader paham ker??? Tak paham kalu... pi hantuk kapla lu kat jalan bertar tue.... hahaha

Rujukan : Kalau DAP Bertanding 222 Kerusi Parlimen

25 October 2010

Sejarah Ditulis Oleh Pihak Yang Menang

Subjek Sejarah kini dah jadi syarat wajib lulus dalam Peperiksaan... Huh... memang wajar... patut dari dulu lagi matapelajaran Sejarah nih jadi syarat wajib lulus.... tak la sekarang nih ramai yang buta sejarah...

Sebagai contoh... cuba tanya para pelajar kita... ader tak diorang tau apa yang berlaku pada setiap 20 Oktober .... aper yang berlaku pada 20 Oktober 1947.... apakah itu Hartal... .... apa penyebabnya berlaku Arahan Darurat... aderkah ianya disebabkan oleh ancaman komunis...

Apakah itu komunis... Apa sebenarnya yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka... kenapa semua parti dan gerakan berhaluan kiri (yang tidak sebulu dengan British) dibubarkan.. digantung.. ditahan.. dan dimatikan pergerakannnya..

Apakah yang berlaku pada AWAS.. API .. SEDAR... GERAM .. PKMM dan FTU ...semua itu sudah dipadamkan dari buku sejarah... kalu ada pon semuanya dah diisi dengan info baru... info yang ditulis oleh pihak yang satu lagi.. pihak yang menang... info yang ditulis oleh orang-orang dan pertubuhan yang ader kepentingan peribadi... ader agenda sediri..

Sepatutnya maklumat sejarah nih... kena tiada bias... independent... dan telus... barulah rakyat terbuka minda dan mata hati...

Malah ada tak lu sendiri tau pasai Perlembagaan Rakyat... yang ditulis oleh rakyat... digubal oleh rakyat marhaen.... dan bukannya para penjajah dan talibarut penjajah macam ramai yang berlegar didalam golongan bangsawan....

Bagi yang tidak buta sejarah... tentu tahu bahawa Dato Sagor.... Dato Maharajalela semua tue bukanlah pejuang rakyat dan keadilan.. tapi lebih kepada mempejuangkan hak dan kuasa diorang untuk mengutip cukai... demi tembolok diorang jer.... Pejuang tulin seperti Sipuntum pada gua lebih bagus kerana tindakan beliau lebih kepada kepentingan rakyat marhaen berbanding dengan kepentingan peribadi seperti yang Dato Sagor dan lain-lainyer...

Pejuang sebenar seperti Mat Kilau... Dato Bahaman... yang ini semua... memang pejuang sejati....

Sori... pada gua .. sebab gua banyak mengkaji sejarah yang tulis... memang gua dapati banyak golongan bangsawan yang nama diorang tertulis dalam buku sejarah tue sebagai pahlawan sebenarny bukanlah pahlawan sejati ... tapi sebenarnya adalah lebih kepada pengkhianat.. sebab diorang lebih pentingkan imbuhan dan kepentingan peribadi...

Sebagai contoh.... sapa yang jual Singapura kepada British... bukan rakyat aaa... tapi puak-puak yang sebenarnya tidak layak jadi pimpinan di Johor... puak Temenggong.... bukan pon dari puak raja-raja... Temenggong bukan raja aaaa...

So... benda nih betul aper... lu orang jangan nak pertikaikan... sebab dah hilang dah susur galur keluarga raja Johor yang asal... yang ader sekarang nih dari keturunan Temenggong dulu tue... ini fakta sejarah... gua takder mender nak hina atau kutuk sesapa... kalu la ader mangkuk mana nak tuduh gua kutuk .... gua nasihatkan... baca balik buku sejarah....

Khatam kan dulu ilmu sejarah.... baru la boleh kalu nak saman gua ka... buat laporan polis ka... karang tak pasai-pasai jer lu malu kalu tulisan gua nih naik mahkamah... So.... ini nasihat gua... sebenarnya semua sejarah di Malaysia nih..... ditulis oleh pihak yang menang... jadi... gua tak terkejut la biler banyak fakta sejarah diputarbelitkan demi untuk kepentingan sesetengah pihak...

Kepada POLIS (PDRM) ... kalu la ader orang buat laporan polis pasai artikel gua nih... lu tanya diorang.... diorang dah khatam ker ilmu sejarah... jangan nanti buat malu jer...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1