Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label British. Show all posts
Showing posts with label British. Show all posts

28 January 2024

Kenapa British Tetapkan Pencen Pada Umur 55 Tahun Dulu?

Bhai/DeeDee semua...

Tak semua yang British buat dulu tu salah dan tak elok. Banyak yang elok.

1. British tahu selepas umur 55 tahun, pekerja dah tak berapa produktif. Jadi British setkan bersara pada umur 55 tahun. British bagi peluang orang muda pula naik pangkat dan jadi pegawai kanan pulak.

2. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara mungkin susah nak dapat kerja walaupun boleh bekerja sanbilan. Jadi British sediakan sistem pencen. At least boleh la survive sikit. Nak buat kerja part time atau berkebun pun boleh. Sebab ada bekap dengan duit pencen.

3. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara akan ader banyak sakit itu ini. Jadi British sediakan skim perubatan untuk kakitangan awam yang berpencen. Siap ada “guarantee letter @ GL” lagi. British tahu rakyat belum tahu banyak tentang kemudahan insuran. Malah syarikat Insuran pun tak berapa nak ada. Bagi yang tak berpencen, pandai-pandai la guna duit apa yang ada untuk itu di kemudahan perubatan swasta.

4. British tahu selepas umur 55 tahun, pesara perlukan duit, jadi British ujudkan skim Employee Provident Fund (EPF) sebagai simpanan kepada kakitangan awam (yang belum disahkan dalam jawatan) dan juga untuk kakitangan swasta. At least nanti boleh la survive sikit guna dana ini.

5. British tahu selepas umur 55 tahun, ramai orang Melayu beragama Islam akan cuba untuk menunaikan Fardhu Haji, jadi mereka sediakan duit gratuiti (saguhati). Pekerja lombong bijih timah dan estet getah (walaupun adalah syarikat swasta) pun lepas umur berpencen akan dapat duit gratuiti (duit saguhati). Boleh la buat tanbah modal nak pi Haji dan Umrah.

Ader banyak lagi… tapi cukup la sembang banyak ini ja dulu… Hahaha…

*** soheh lepas nih akan ader pentaksub yang kata gua pro penjajah la pulak… Hahaha



23 November 2022

Sistem Kita Lebih Baik

Bhai/DeeDee semua...

Umum mengetahui yang kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala Westminster yang nampak similar dengan sistem di England. Betul la tu sebab kita dulu pernah menjadi tanah jajahan Kerajaan British.

Kita menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Tapi... sistem yang kita pakai jauh lebih baik daripada sistem yang ada di England itu. Satu sistem yang lebih kompleks tapi teratur dan selamat. Selamat daripada ganggu-gugat secara teknikal ataupun secara taktikal.

Di England ... Queen (eh.. sekarang dah King) bertindak untuk endorse serta mengawalselia urusan Kerajaan yang dipandu oleh Perdana Menteri England. Proses "check and balance" ini dilakukan sebaiknya oleh King of England.

Jadi apa sahaja tindakan dari Perdana Menteri England setelah mendapat kelulusan Kabinet dan Parlimen perlu mendapat perkenan dari Raja England.. Setakat itu sahajalah... itu sahajalah yang mengikat... dan tindakan Raja England adalah penamat.

Tapi berlainan pula di Malaysia... sistem kita lebih kompleks dan mengikat. Sebab kita ader 5 sistem yang saling berkait dan perlukan kelulusan.

Jika sesuatu itu telah diputuskan oleh Kabinet dan ianya dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.. dan seterusnya nak dilaksanakan...  dan ini pula perlu dipersembahkan kepada YDP Agong.... dalam banyak perkara YDP Agong boleh sahaja membuat keputusan yang muktamad... tapi dalam banyak keadaan ... YDP Agong akan mendapatkan nasihat dari Majlis Raja-Raja Melayu.

Jika ianya diperkenankan sebulat suara oleh Majlis Raja-Raja Melayu... dan seterusnya diangkat oleh YDP Agong... maka ianya adalah muktamad...

Jadi... dalam semua keadaan... perlukan consent dari 5 entiti berlainan tapi saling berkait dan mengikat...

Itulah Malaysia... sebab itu dengan sistem ini... secara relatifnya .. tiada siapa yang boleh bertindak diatas undang-undang... dan tiada tindakan yang "non-accountable".

Terbaek...

Ingat... seperti yang selalu gua cakap... siapa individu yang berada didalam institusi tue tak penting... tapi yang penting adalah Institusi itu sendiri..

Shalom, Salute Komrad.



04 April 2021

Imigresen Patut Batalkan Kerakyatan Hishamuddin Hussein

Bhai/DeeDee semua...

Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Walaupun kita dimerdekakan oleh British, tapi tak pernah dalam dasar politik mahupun kenegaraan kita menganggap kita ini kecil atau adik kepada mana-mana negara besar terutamanya sekali dari British.

Kita adalah setara dengan negara lain dari segi kedaulatan. Kita tidak memandang negara lain sebagai ketua kita... tak kisah lah negara kuat atau negara lemah... negara kaya atau negara miskin.

Malaysia tanah berdaulat... tanah tumpah darah orang Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Dayak, Murut, Kadazan, Dusun, Orang Ulu, Penan, Senoi, Semai, Jakun, Negrito dan apa sahaja puak yang ada yang lahir dan berkerakyatan Malaysia...

Jadi... pada kita tindakan yang dibuat oleh Menteri Luar Malaysia iaitu Hishamuddin Hussein yang menggelar Negara China sebagai "Abang Besar" adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima. Ini adalah sesuatu yang menghina kedaulatan (sovereign) Malaysia.

Kalu mengikut undang-undang, tindakan Hishamuddin Hussein ini adalah satu kesalahan besar yang dikira penderhakaan. Ianya serupa dengan mengisytiharkan perang dengan YDP Agong. Kesalahan sebegini sama ada boleh menyebabkan status kerakyatan Hishamuddin Hussein boleh dibatalkan atau dikenakan hukuman mati mandatori.

Ianya satu kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat dan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

Gua selaku rakyat menuntut satu kebertanggungjawaban dari Hishamuddin Hussein untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh warganegara dan juga meletakkan jawatannya sertamerta. Gua nasihatkan Jabatan Imigresen untuk menggantung kerakyatan Hishamuddin Hussein jika tidak membatalkannya.






24 February 2021

Sejarah Memang Ditulis Oleh Orang Yang Menang

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah baca buku Sejarah Tingkatan 4 Kementerian Pendidikan Malaysia... yang katanya memanipulasikan fakta dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan.... Gua dah baca...

Dan gua dapati benda yang ditulis itu adalah fakta... fakta sejarah yang cuba digelapkan sejak sekian lama...

95% daripada cerita dalam dua mukasurat tue menceritakan tentang PKMM yang diketuai oleh Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad... yang dilabelkan sebagai Puak Kiri oleh British... dan MPAJA serta Force 136

hanya 5% jer yang citer tentang Kuomintang dan PKM.... sikit sangat... dan apa yang diceritakan memang fakta sejarah...

Rupanya buku sejarah di Malaysia hanya boleh menceritakan sisi dari British dan UMNO serta MCA/MIC ja... yang lain tak boleh... macam la rakyat tak tau apa deal British dengan UMNO dulunya... benda sorok lama-lama akan bocor juga..

Sama macam manipulasi cerita penentangan di Perak yang menyebabkan JWW Birch maut.... selama nih citer tentang betapa hebatnya Datok Maharaja Lela dan Datok Sagor yang kononnya menggerakkan penentangan... walhalnya semua ini berlaku sebab tak boleh nak kutip cukai jer... Hahaha.. dan yang buat kerja pulak adalah hamba abdi (Si Putum)

Huhuhu... lawak la... nak kontrol buku sejarah... dan nak manipulasi sejarah... tapi lambat laun akan bocor juga akhirnya..

Ini pula jawapan dari Dr Maszlee Malik. berkenaan isu ini...



13 September 2013

Inikah Pejuang Kemerdekaan Malaysia? Hahaha

Bhai/DeeDee sekalian...

Kerajaan Malaysia memang suka buat lawak membodohkan rakyat Malaysia.... Yang kat bawah nih plak boleh dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia.... dan dapat pingat.... Hahahaha......

Gua tak tau la aper punya bodoh lar.... tak tau nak kata apa.... Patut pon ahli UMNO dok kata Najib Razak sewel..... patut la pon... sewel sesewelnyer.... hahaha


Manakala yang dibawah nih kekal diperkatakan dalam sejarah Malaysia sebagai pengkhianat dan pemberontak... betul-betul la sewel sejarah Malaysia... biler dapat pakar sejarah sesewel Ramlah Adam dan Zainal Kling..... hahaha... tue yang jadi sewel Malaysia tue....






07 May 2013

PANAS: Pencacai UMNO Sudah Kantoi

Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seorang kawan yang bernama En Zek (pengurus salah sebuah ladang milik IOI Group)....

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

Ada pun tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan memberikan satu "input" sebagai bahan tambahan ilmiah dalam perkara berkaitan dengan politik dan kenegaraan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin saya bawa perhatian anda semua kepada pernyataan yang seringkali dihujahkan oleh pemblog dari UMNO (yang tentunya adalah juga penyokong kuat aspirasi Barisan Nasional @ BN).

"Kita halau semua Cina dan India dari negara ini", "Bunuh sahaja semua Cina yang ada di Malaysia", "Kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya nanti, Malaysia akan dapat PM Cina", "PAS dan PKR diperkudakan oleh Cina DAP", "Lim Guan Eng akan jadi PM Malaysia",

Kita semua tahu pembentukan negara ini pada 1957 adalah disandarkan kepada satu kertas perjanjian yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman pada masa itu. Salah satu daripada klausa yang dipersetujui oleh British (yang perlu dilaksanakan sebaik kemerdekaan diberikan) adalah yang berkaitan dengan Jus Soli. Adalah termaktub dalam sejarah dimana dengan penerimaan prinsip Jus Soli, maka semua penduduk yang ada di Tanah Melayu pada masa itu termasuklah dari kaum Cina dan India telah diterima menjadi warganegara.

Oleh yang demikian, ini menunjukkan semua yang telah diterima masuk mengikut konsep Jus Soli adalah warganegara Malaysia yang sah dan ianya tidak dipersangkal dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1969. Pada 13 Mei 1969, Orang Melayu yang telah diapi-apikan dengan sentimen perkauman telah mengambil tindakan drastik membuat bantahan diserata tempat dimana ianya dilakukan oleh agen subversif. Ianya juga berlaku dikalangan kaum Cina yang telah berjaya diapi-apikan oleh agen subversif. Kedua-dua pihak ini seakan lupa bahawa adanya penerimaan terhadap konsep Jus Soli semasa kemerdekaan Malaysia diumumkan.

Api perkauman yang sama juga dimulakan oleh orang-orang Melayu yang berpaksikan UMNO seolah-olah mereka menidakkan bahawasanya UMNO lah yang telah menerima konsep Jus Soli dahulu. Inilah yang amat mendukacitakan saya selaku seorang "bekas operatif" kerana isu perkauman bodoh seperti ini sebenarnya telah dan sedang merosakkan keharmonian dan kemajuan negara ini.

Jika kita melihat daripada pernyataan pemblog dan penyokong UMNO yang mengatakan bahawa CINA akan menjadi Perdana Menteri, saya berpandangan mereka-mereka ini wajarlah kita hantar untuk mendalami matapelajaran Kenegaraan dan Perlembagaan. Ini kerana kebodohan mereka dalam matapelajaran Kenegeraan dan Perlembagaan boleh sahaja menggugat  ketenteraman dan keselamatan negara ini

Ini penjelasan saya.

Jika orang Cina ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka perlulah mengubah perlembagaan Malaysia terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri boleh dilantik dari kaum Cina. Untuk mengubah perlembagaan, perlulah mendapat persetujuan daripada 2/3 anggota Parlimen. Jika mereka telah mendapat persetujuan 2/3 anggota Dewan Rakyat, maka perlulah ianya disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat boleh sahaja menolak persetujuan untuk mengubah perlembagaan ini sama ada secara sendiri mahupun dengan cara merujuknya kepada YDP Agong. YDP Agong pula boleh sahaja memanggil mengadap semua Raja-Raja Melayu untuk satu sesi khas Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jika Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa ianya tidak sesuai. Maka perkara ini boleh sahaja ditolak.


Untuk pengetahuan anda, klausa perlembagaan yang berkaitan dengan status Perdana Menteri bukan hanya boleh diubah hanya dengan mendapat 2/3 ahli Dewan Rakyat tetapi ianya perlulah mendapat keizinan daripada YDP Agong.

Jadi, jika YDP Agong dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak perubahan perlembagaan berkaitan status Perdana Menteri (yang telah ditetapkan dari kaum Melayu), maka YDP Agong boleh menolak untuk perlembagaan ini diubah.

Jika ada pihak berdegil mahukan juga perubahan terhadap klausa perlembagaan berkenaan status Perdana Menteri (berkaitan kaum), maka dengan kuasa yang ada pada YDP Agong, beliau boleh memerintahkan bahawa Parlimen digantung dan Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sementara tampuk pemerintahan negara sehingga selesai (Darurat). Ini adalah kuasa perogratif tertinggi yang ada pada YDP Agong selaku ketua kepada Angkatan Bersenjata Malaysia.

Pada masa itu, kemungkinan besar semua bekas anggota keselamatan dan risikan Malaysia dari kaum Melayu akan dipanggil untuk berkhidmat dibawah panji-panji YDP Agong. Saya juga pastinya tidaklah terkecuali.

Oleh yang demikian, walau macam mana sekalipun berlaku di Malaysia ini, status Perdana Menteri dari kaum Melayu akan kekal dalam perlembagaan, melainkan kalau semua Raja-Raja Melayu telah dirasuah oleh kaum Cina atau India. Jika rasuah berlaku maka mungkin perkara ini boleh berlaku.

Persoalan yang wajib ditanya sekarang ini ialah adakah Raja-Raja Melayu boleh dirasuah oleh kaum lain. Saya tidak boleh menjawabnya. Hanya Raja-Raja Melayu sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini. 


Sekian.terima kasih

Trima kassey kerana membaca artikel gua yang panjang berjela dan tak best nih.... hahaha...  So ader paham ker??? Tak paham kalu... pi hantuk kapla lu kat jalan bertar tue.... hahaha

Rujukan : Kalau DAP Bertanding 222 Kerusi Parlimen

17 January 2013

FAM : JMF Langgar Peraturan, JDT Bakal Digantung Perlawanan

Bhai... nih gua mau citer pasai JMF ... Johor Military Force ... Askar Timbalan Setia Negeri Johor.... Hehehe... ayoyo.. lepas nih mengamuk lagi la puak-puak JMF nih kat gua... hahaha... takper.. takper... setakat maner la diorang boleh mengamuk... hahaha...

Bhai... lu tau dak bahawa JMF nih level dier cuma macam pengawal keselamatan Nepal tue jer ... lu tau dak... Sebab diorang nih cuma boleh bagi khidmat kawalan keselamatan kepada Istana dan golongan bangsawan Johor jer... lebih dari tue takdernyer...

Masa Jepun serang Malaya dulu pon JMF nih tengok jer... takder defend pon... takder serang balik Jepun pon... sekadar jadi pemerhati... nasib baik la tentera Jepun telah diarahkan jangan usik JMF nih.... hahaha... kalu tidak.. gua tak tau la camana diorang nih akan bertindak....

Oh yer.. gaji diorang nih dibayar oleh Kerajaan Negeri Johor... dibawah peruntukan aper ntah.... tapi yang lawaknyer... walaupun Johor nih dah ader JMF... tapi biler Sultan dan kerabatnyer travel... mesti ader eskot dari JMF dan PDRM... aper nih... bertindan fungi... kalu hebat sangat la JMF nih... buatper PDRM kena jadi eskot gak.... baik biarkan jer JMF buat kerja eskot tue... Jimat kos PDRM dan Kerajaan Persekutuan...

Kalu lu nak tau... sebenarnya hampir semua negeri dalam Malaysia nih dulunya ader tentera sendiri... tapi ntah camana... gua pon tak tau ... semua ilang camtue jer... yang tinggal cuma JMF... walhal boleh jer negeri nak ader tentera sendiri.... tapi yer la... maybe takmo nak perabiskan duit buat kerja bertindan... baik paskan kat PDRM dan ATM...

Aper pon... tujuan tulisan gua nih sebenarnya nak citer pasai kawasan operasi JMF nih jer... sepatutnya JMF cuma jaga kepentingan Sultan dan kerabat Johor jer... sebab kalu ikut SOP dan matlamat asalnyer... ianya tidak lebih dari tue... sebab yang selebihnya perlu dibawah ATM dan PDRM...  Jadi... aper kerjadahnyer JMF nih beroperasi diluar negeri Johor sampaikan nak jaga pemain bolasepak negeri Johor...

Yang lawak tue.. siap bawak senjata otomatik tue... hahaha... masuk dalam stadium tue... Wei... Malaysia takder "Second Amendment" la macam kat USA yang membenarkan sesapa memiliki dan membawa senjata api.... jadi kalu orang lain yang menonton perlawanan bolasepak tue takder senjata api... aper kerjadahnyer JMF nih bengong bawak senjata api masuk dalam stadium???

Kalu dibuatnyer tetiba ader sorang anggota JMF tue kena sawan babi ker... dan tetiba menembak sana sini dengan senjata api otomatik tue... tak ker parah... mesti ramai yang mati.... Bodoh ker aper nih... even FRU dan LSF yang jaga stadium masa perlawanan bola pon cuma pakai tear gas dan baton jer... dan takder pakai senjata api... macam mana plak FAM boleh tutup mata pasai JMF bawak senjata api nih....

FAM patut amik tindakan drastik... patut denda.. patut batalkan... patut larang JMF nih sesuka jer masuk stadium bawak senjata api... FAM kena tegas... atau... memang sohih FAM nih dah jadi bangang... dah jadi bodoh.. dah jadi takder telor.... hahaha ...  JMF patut kena tindakan... dan pasukan bolasepak Johor (JDT) perlu digantung daripada Liga Super atas insiden nih..... tapi.... Oh yer... gua lupa... kapla FAM pon bukannyer boleh pakai sangat.... hahaha... #1881 tue.... hahahaha



20 October 2012

Selamat Berhartal

Gua nak peringatkan lu orang semua bahawa hari ini aderlah Hari Hartal Se Malaysia.... jadi mari kita menegakkan suara rakyat... suara keramat.... Selamat Berhartal


Rujukan : Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.

30 May 2012

Sejarah Tidak Menipu

Bhai... gua nak ingatkan lu dan semua orang... sejarah tak menipu... yang menipu aderlah orang yang menulis kembali sesuatu sejarah mengikut citarasa dirinyer sajer....  banyak sejarah yang ader ditulis oleh orang yang menang.. jadi biasanyer diorang akan tulis mengikut persepsi dier la...

Sebagai contoh....

errr.... kalu gua tuliskan contoh nih... rasanyer ader puak-puak yang akan labelkan gua sebagai penghasut.. dan mungkin akan membuat laporan polis menuduh gua dibawah Akta Hasutan 1948 .... hahaha....

tapi aaa... lu orang boleh tau aper yang gua nak maksudkan... hehehe..

Sultan sebenar dah lama takder kat Johor.. pasai semuanya disabotaj dan diejast oleh British... yang ader mengaku jadi sultan aderlah dari susur galur Temenggung.... so.... camana boleh jadik dan diiktiraf sebagai Sultan??? Itupon diiktiraf dan dilantik oleh British...  Bendahara Tun Ali pon tak iktiraf aper....

Ini bukan hasutan... ini sejarah la bhai... sila semak balik semua fakta sejarah...

Serupa gak kat beberapa negeri di Malaysia.... malah kalu kiter kaji balik... ader jugak yang dihantar oleh Chulalongkorn (Ayuthia/Thailand) untuk jadik Sultan Kedah..... sedangkan ianya bukan dari susur galur Merong Mahawangsa yang disahkan oleh Kerajaan Islam Benua Siam  .... ader beza bhai Siam dan Ayuthia... Siam itu wilayah Islam yang rajanyer Islam... Ayuthia tue negeri kecik jer yang menakluk Siam dan menawannyer lalu menukar wilayah Islam itu menjadi wilayah Buddha..

Raja Kedah yang terakkhir dan sah dari susur galur Merong Mahawangsa aderlah Raja Ong Maha Perita Daria (Raja Bersiong)

So...  hahaha... lain kali baca aaa.. dan buat la sedikit kajian sejarah... hahaha

12 September 2011

Malaysia DIjajah Amerika Syarikat

Hahahaha.... lu tarak percaya ka bhai... hahaha... Malaysia sebenarnya pernah dijajah oleh Amerika Syarikat.... lu jangan plak tak percaya.... tunggu dan baca abis hujah gua dibawah nih... hahaha...

Hahaha.... British pernah menjajah dan menguasai dua negara nih... Australia dan New Zealand.... Australia nih dulunya adalah sebuah pulau yang dijadikan penjara oleh Kerajaan British... semua pesalah dari British dihumbankan ke pulau nih....

New Zealand plak aderlah tempat dimana koloni pegawai penjara dan keluarga mereka tinggal... depa akan menggunakan kedudukan New Zealand yang hampir dengan Australia sebagai lokasi untuk mengawal dan mentadbir penjara di pulau Australia... Ini sejarah bhai... sejarah dunia yang susah skit nak ditipu atau diubahsuai... tak macam sejarah Malaysia...

Kedua-dua negara nih... Australia dan New Zealand yang dijajah oleh British menggunakan logo/imej Union Jack sebagai sebahagian dari motif bendera negara tersebut.. lu tarak percaya... tengoh bawah nih..

- Ini bendera New Zealand

- Ini bendera Autralia

Bendera British (United Kingdom) lu orang sumer mesti sudah tau kan... hahaha...

Jadinya.... Kalu Malaysia pernah dijajah oleh British.. tentulah Malaysia nih bendera dier mesti samer ataupun lebih kurang macam bendera Australia atau New Zealand nih.... hahaha... betul dak... wei.. sabor.. sabor.. lu jangan kata India takder pon guna motif Union Jack... hahaha.... sebab kat India depa berperang ngan British untuk mendapat kemerdekaan depa.... hahaha... baca sejarah la bhai...

Tapi .. cuba lu tengok dan selidik bendera Amerika Syarikat dengan Malaysia.... hahaha... kan ker ader mirip... samer.... sebijik sebuntat.... hahaha.... Itulah maknanya Malaysia sebenarnya dijajah oleh Amerika Syarikat... sebab bendera Jalur Gemilang tue samer dengan bendera US... hahahaha....




Hahaha.... lu tarak percaya lagie ker... hahaha... wei.. sedarla... kalu ikut aper yang Zainal Kling dan MPM tue cakap... Malaysia tak dijajah oleh British... hahaha.... sebab Malaysia nih dijajah oleh Amerika Syarikat... hahahaha

10 September 2011

Arkib Negara Malaysia Perlu Dirombak Semula

Hahahhaha... bhai.... cuba lu bayangkan.... Arkib Negara Malaysia perlu dirombak semula.... hahaha... bayangkan berapa banyak bahan yang terpaksa diubahsuai.. dimusnahkan... dirombak... hahaha...

Lu tarak percaya ker bhai... cuba lu baca artikel kat sini mengenai sejarah hidup Profesor Kongkang yang kata Malaysia/Malaya tak pernah dijajah.... hahaha.... baca bhai.. jangan tak baca.... hahaha..

Sila baca disini... pastu sila suruh Profesor tue baca pulak... hahaha.... lawak...

Baca pelan-pelan aaa... nanti terlepas pandang plak ayat nih... " ‘Sekolah Melayu’ - satu-satunya bentuk persekolahan yang berada di hampir semua perkampungan Melayu. Hanya setakat darjah enam rendah, anak-anak Melayu akan sentiasa menjadi buruh, petani, nelayan atau polis dan tentera yang menyabung nyawa demi keselamatan semua orang iaitu berada di lapisan bawah masyarakat. Itulah yang dirancang oleh penjajahan Inggeris, kecuali beberapa orang yang menjadi pegawai dan pekerja rendah di jabatan kerajaan."

Bhai... ini bukan kata-kata dan penulisan gua... ini datang dari Arkib Negara Malaysia.... hahaha....

11 August 2010

Satu Waktu Dulu Di Bulan Puasa

Sekitar tahun 70'an (awalnyer) ... masa tue bapak gua kerja ngan sebuah syarikat lombong bijih timah antara yang terbesar di Perak milik syarikat British...... gua masa tue taklah terlalu kecik.. tapi...masih ingat satu waktu dulu di bulan puasa ...

Mak gua cuma suri rumah.... kitorang duduk kat kuarters pekerja yang ader 3 bilik ... siap ader sumber karan (elektrik) dan bekalan air bersih melalui paip... wei... Syarikat British nih cukup jaga kebajikan para pekerjanyer... malah kat Klinik dier pon siap ader 2 doktor terlatih (sorang mat saleh.. dan sorang lagi benggali).... dan 3 misi...

Untuk tambah pendapatan keluarga (yer la.. gaji bapak gua pada sebelum pencen adalah cuma RM260 jer gaji kasar .. tapi duit masa tue la ... errr.. lu tau dak... sampai sekarang bapak gua dapat pencen RM700 sebulan dari syarikat nih walaupun syarikat nih dah tak ader kat Malaysia dah)... mak gua berkebun ditanah lapang selang 10 buah rumah dari rumah kitorang tue... pihak syarikat tak kisah pon orang nak berkebun...

Masa tue mak gua berkebun jagung.... one day ... satu waktu dulu di bulan puasa... waktu kitorang semua takder kat rumah... (kitorang semua ader dikebun)... ader la malaun maner ntah... ransack rumah kitorang... ambik segala barang .. (apa la yang ader)... semua kena kebas... even gula.. garam .... serbuk kunyit dan beras pon kena sapu... bersih satu rumah... lu bayangkan la... bulan puasa tue...

Kitorang biler balik dari kebun.. punya lah terkejut... mak gua siap menangis... gua ngan abang-abang gua pon nangis samer... terus abang gua yang sulung pi pejabat... mintak radio call kan bapak gua... bapak gua kerja bawak bot angkut bijih dari kapal korek ke tepi lombong... Masa tue... syarikat tempat bapak gua kerja nih mempunyai lebih dari 5 kapal korek no 1, berbelas kapal korek no 3, dan berbelas lagi kapal korek no 5 (no 5 nih masih ader contoh korang boleh tengok di area tapak warisan dekat Batu 6, Jalan Tanjung Tualang Batu Gajah Perak) ... saiz kapal no 1 nih adalah paling besar didunia...

Bapak gua balik segera biler dapat radio call tue... dier tengok rumah dah jadi macam tue... tak tau nak buat aper.... masa bapak gua balik tue... masa dah dekat nak waktu berbuka posa... punya la sedih... tak tau nak berbuka dengan aper... jiran plak... buat macam haram... buat derk jer... macam tak kisah....

Ngam-ngam sampai waktu berbuka... kereta Tuan John (bos besar kat syarikat tue sampai)... dier turun dan bawak 3 sia (mangkuk tingkat)... dier ajak kitorang berbuka posa dulu... yer la.. adik beradik gua ader 7 orang la bhai.... Tuan John nih dier mintak orang gaji dier masakkan makanan untuk kitorang.... tue yang dapat berbuka posa tue.... malam tue jugak Tuan John bawak bapak gua pi pekan berhampiran.... untuk beli keperluan rumah...

Lepas selesai .. dier bagi pulak sumbangan (kalu tak silap sekitar RM500 tue) kat bapak gua... dan dier suruh bapak gua amik cuti esok untuk setelkan semua benda... malam tue dier ngan bapak gua pi Balai Polis Changkat Tin untuk buat laporan polis....

Sampai sekarang gua tak tau dapat tangkap ker idak malaon yang dajaikan rumah gua tue... kalu gua dapat tau... satu keturunan dier gua balas balik posa nih... hahaha...

Aper-aper pon.... tujuan gua tulis nih.. bukan nak banggakan mendapat majikan bangsa asing orang British... tapi pasai sikap kemanusiaan yang dier ader... itu jer... cuba lu banyangkan kalu masa tue bapak gua kerja ngan kompeni Melayu... err... macam Felda ker... hehehehe... lu agak aper kesudahan cerita gua tue.... pikir-pikir la sendiri.... hahaha...

Oh yer... tambahan.. bapak gua kerja selama 36 tahun dikompeni tue... masa pencen.. dapat dua utas jam tangan sadur emas 22K berjenama Bulova ....(harga seutas sekitar RM3000 masa tue) ... seutas untuk bapak gua.. dan seutas lagi untuk mak gua... diorang amik di satu jamuan menghargai para pekerja lama di sebuah hotel 5 bintang di KL sekitar tahun 80'an ... transport pegi balik kompeni sediakan kereta... dan buat pertama kali masa tue mak dan bapak gua dapat tidur hotel 5 bintang 3 hari 2 malam.... siap ader sesi tour KL dengan bas persiaran bersama para pekerja lain yang pencen......

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1