Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Majlis Raja-Raja Melayu. Show all posts
Showing posts with label Majlis Raja-Raja Melayu. Show all posts

10 December 2023

Komen Lebih Karang Sure Kedalam

Bhai/DeeDee semua...

Pemusatan kuasa hanya pada satu individu ... walau siapa pun individu itu adalah sesuatu yang tidak wajar... tambah lagi kuasa itu melibatkan banyak benda terkait dengan kekayaan negara dan segala yang bersangkutan...

Oleh itu waima Perdana Menteri sekali pun... tidaklah boleh pemusatan kuasa itu hanya terhenti padanya... malah kalu ianya terhenti pada Yang Dipertuan Agong sekali pun tetaplah tidak wajar...

Apa yang wajar dalam konteks pendemokrasian di Malaysia ini... ialah segala pemusatan kuasa ini wajar diletakkan sama ada ke atas pundak Parlimen ataupun Majlis Raja-Raja Melayu...

Ini kerana pemusatan kuasa ini perlulah dikawal secara kolektif dan dipertanggungjawabkan kepada ramai orang... Kerana jika ianya pada seseorang individu maka kemungkinan akan berlakunya salahguna kuasa itu amatlah mudah...

Tapi yer la... jaman now nih... jaman PMX Anwar Ibrahim nih... mana boleh komen lebih.. waima nak komen tentang YDP Agong pun tak boleh... laju ja puak WalaNON dan Bangsa Slurpp akan buat laporan Polis.... huhuhu... sure kedalam punya.... Huhuhu...

Walhal apa yang diperkatakan ini adalah logik dalam sistem Kerajaan Berperlembagaan.... secara demokrasi..... huhuhu...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

Ini bukannya cara terbaik


30 November 2022

Hina YDP Agong?

Bhai/DeeDee semua..

YDP Agong yang arahkan supaya dibuat satu kerjasama politik antara semua parti... sebab tiada yang menang mutlak dan tiada yang kalah mutlak... Tapi Perikatan Nasional takmo ikut saranan YDP Agong.

Barisan Nasional mengambil keputusan untuk ikut saranan YDP Agong... ini kerana atas dasar hormat dan sanjung kepada Institusi Raja Berpelembagaan...

Tapi ader jugak macai (bangkai) yang tak setuju ngan saranan YDP Agong... Adoilah...
Kalu dah takmo nak ikut saranan YDP Agong... yang mana ianya dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu... maka eloklah berambus dari menjadi rakyat Malaysia...

Ini arahan paling tinggi ...

Dulu masa YDP Agong lantik Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri jadi PM .... memang la rakyat ader yang tak puas hati... tapi tak la sampai nak menderhaka kepada YDP Agong....

Ini dah kira macam Menderhaka....



22 November 2022

Disini Kita Perlukan Kebijaksanaan YDP Agong

Bhai/DeeDee semua...

Kemelut politik di Malaysia nih sudah sampat tahap mendidih... silap gaya dan percaturan boleh jahanam Malaysia nih... Tambah lagi dengan elemen perkauman dan agama yang sedang dicanang dan dibakar dalam masyarakat... Bahaya sebenarnya nih...

Apa yang gua nampak... disini kita perlukan kebijaksanaan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.... Adakah YDP Agong mahu lihat kehancuran terhadap keharmonian kaum di Malaysia nih?? Adakah YDP Agong mahu lihat barah perkauman dan agama nih menjadi lebih kronik?? Itu gua tatau..

Tapi gua harap sangat YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat melihat senario ini.. Negara ini diasaskan dengan kepelbagaian bangsa, kaum dan agama... Janganlah hanya kerana nak menonjolkan satu kaum ... maka sampai jahanam Malaysia nih...

Apa sahaja yang menggugat keharmonian dan keselamatan negara perlulah ditangani dengan segera. Ambil tindakan tuntas... Cepat, Tepat dan Pantas...

Semoga YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat bertindak sewajarnya dengan kebijaksanaan.



18 June 2021

Tak Beragak

Bhai/DeeDee semua...

UMMAH kelam kabut keluarkan kenyataan... kononnya mereka tersilap join ngan puak-puak Pro Darurat... Hahaha... setelah kena kecam berjemaah oleh rakyat Malaysia... laju ja depa U-Turn.... Huhuhu...

Kita tau la sapa disebalik semua NGO yang Pro Darurat nih... sapa tangan-tangan ghaib yang galak sangat nak darurat nih... galak sangat nak kekalkan kuasa...

Dan kita tau lah sebab kenapa hanya HarakahDaily ja yang sebarkan kenyataan tue... Kita tau lah apa agenda depa,.... dan sekarang semuanya dah 404... hahaha

Tak payah nak dalih aaa... kita semua tau...



07 May 2013

PANAS: Pencacai UMNO Sudah Kantoi

Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seorang kawan yang bernama En Zek (pengurus salah sebuah ladang milik IOI Group)....

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

Ada pun tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan memberikan satu "input" sebagai bahan tambahan ilmiah dalam perkara berkaitan dengan politik dan kenegaraan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin saya bawa perhatian anda semua kepada pernyataan yang seringkali dihujahkan oleh pemblog dari UMNO (yang tentunya adalah juga penyokong kuat aspirasi Barisan Nasional @ BN).

"Kita halau semua Cina dan India dari negara ini", "Bunuh sahaja semua Cina yang ada di Malaysia", "Kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya nanti, Malaysia akan dapat PM Cina", "PAS dan PKR diperkudakan oleh Cina DAP", "Lim Guan Eng akan jadi PM Malaysia",

Kita semua tahu pembentukan negara ini pada 1957 adalah disandarkan kepada satu kertas perjanjian yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman pada masa itu. Salah satu daripada klausa yang dipersetujui oleh British (yang perlu dilaksanakan sebaik kemerdekaan diberikan) adalah yang berkaitan dengan Jus Soli. Adalah termaktub dalam sejarah dimana dengan penerimaan prinsip Jus Soli, maka semua penduduk yang ada di Tanah Melayu pada masa itu termasuklah dari kaum Cina dan India telah diterima menjadi warganegara.

Oleh yang demikian, ini menunjukkan semua yang telah diterima masuk mengikut konsep Jus Soli adalah warganegara Malaysia yang sah dan ianya tidak dipersangkal dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1969. Pada 13 Mei 1969, Orang Melayu yang telah diapi-apikan dengan sentimen perkauman telah mengambil tindakan drastik membuat bantahan diserata tempat dimana ianya dilakukan oleh agen subversif. Ianya juga berlaku dikalangan kaum Cina yang telah berjaya diapi-apikan oleh agen subversif. Kedua-dua pihak ini seakan lupa bahawa adanya penerimaan terhadap konsep Jus Soli semasa kemerdekaan Malaysia diumumkan.

Api perkauman yang sama juga dimulakan oleh orang-orang Melayu yang berpaksikan UMNO seolah-olah mereka menidakkan bahawasanya UMNO lah yang telah menerima konsep Jus Soli dahulu. Inilah yang amat mendukacitakan saya selaku seorang "bekas operatif" kerana isu perkauman bodoh seperti ini sebenarnya telah dan sedang merosakkan keharmonian dan kemajuan negara ini.

Jika kita melihat daripada pernyataan pemblog dan penyokong UMNO yang mengatakan bahawa CINA akan menjadi Perdana Menteri, saya berpandangan mereka-mereka ini wajarlah kita hantar untuk mendalami matapelajaran Kenegaraan dan Perlembagaan. Ini kerana kebodohan mereka dalam matapelajaran Kenegeraan dan Perlembagaan boleh sahaja menggugat  ketenteraman dan keselamatan negara ini

Ini penjelasan saya.

Jika orang Cina ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka perlulah mengubah perlembagaan Malaysia terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri boleh dilantik dari kaum Cina. Untuk mengubah perlembagaan, perlulah mendapat persetujuan daripada 2/3 anggota Parlimen. Jika mereka telah mendapat persetujuan 2/3 anggota Dewan Rakyat, maka perlulah ianya disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat boleh sahaja menolak persetujuan untuk mengubah perlembagaan ini sama ada secara sendiri mahupun dengan cara merujuknya kepada YDP Agong. YDP Agong pula boleh sahaja memanggil mengadap semua Raja-Raja Melayu untuk satu sesi khas Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jika Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa ianya tidak sesuai. Maka perkara ini boleh sahaja ditolak.


Untuk pengetahuan anda, klausa perlembagaan yang berkaitan dengan status Perdana Menteri bukan hanya boleh diubah hanya dengan mendapat 2/3 ahli Dewan Rakyat tetapi ianya perlulah mendapat keizinan daripada YDP Agong.

Jadi, jika YDP Agong dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak perubahan perlembagaan berkaitan status Perdana Menteri (yang telah ditetapkan dari kaum Melayu), maka YDP Agong boleh menolak untuk perlembagaan ini diubah.

Jika ada pihak berdegil mahukan juga perubahan terhadap klausa perlembagaan berkenaan status Perdana Menteri (berkaitan kaum), maka dengan kuasa yang ada pada YDP Agong, beliau boleh memerintahkan bahawa Parlimen digantung dan Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sementara tampuk pemerintahan negara sehingga selesai (Darurat). Ini adalah kuasa perogratif tertinggi yang ada pada YDP Agong selaku ketua kepada Angkatan Bersenjata Malaysia.

Pada masa itu, kemungkinan besar semua bekas anggota keselamatan dan risikan Malaysia dari kaum Melayu akan dipanggil untuk berkhidmat dibawah panji-panji YDP Agong. Saya juga pastinya tidaklah terkecuali.

Oleh yang demikian, walau macam mana sekalipun berlaku di Malaysia ini, status Perdana Menteri dari kaum Melayu akan kekal dalam perlembagaan, melainkan kalau semua Raja-Raja Melayu telah dirasuah oleh kaum Cina atau India. Jika rasuah berlaku maka mungkin perkara ini boleh berlaku.

Persoalan yang wajib ditanya sekarang ini ialah adakah Raja-Raja Melayu boleh dirasuah oleh kaum lain. Saya tidak boleh menjawabnya. Hanya Raja-Raja Melayu sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini. 


Sekian.terima kasih

Trima kassey kerana membaca artikel gua yang panjang berjela dan tak best nih.... hahaha...  So ader paham ker??? Tak paham kalu... pi hantuk kapla lu kat jalan bertar tue.... hahaha

Rujukan : Kalau DAP Bertanding 222 Kerusi Parlimen

27 February 2013

Kalau DAP Bertanding 222 Kerusi Parlimen

Bhai.... Tadi petang ... masa kapla gua tengah weng lagi... ader satu call masuk... diorang nak mintak pandangan gua tentang politik Malaysia.... gua tanya diorang... mana lu dapat ini nombor (unlisted) nih... hahaha... diorang cakap ader member kat bilik gerakan yang bagi... Macam haram jer saper yang passkan nombor gua tue... jaga korang kalu gua turun ke KL pi bilik gerakan nanti.... jaga la... siap korang...

Gua tanya mamat yang call gua tue... lu nak tau bahagian mana dalam isu politik nih... mamat tue cakap dier dan organisasi dier nak tau pandangan kumpulan atas pagar... dier nak tau maklumat yang gua dah kumpul dan analisa.... hahaha.... gua cakap kat mamat tue... aik... takkan lu nak tanya gua lagi.. pi la tanya kat bilik gerakan tue... gua dah submit laporan gua dua minggu sudah... takkan tabley nak akses kot...

Dier kata... maklumat yang gua dah pass kat bilik gerakan tue dah sampai bos besar dah... jadi susah la orang bawah nak tengok... dah masuk dalam laporan berpusat...  gua gelak jer kat mamat tue.... gua cakap kat dier... kalu nak gak maklumat dari gua... kasi bayar la dulu... hahaha... no money no talk... mamat tue balas kat gua... dier kata tuan X mintak maklumat tue.... cheyy.. macam haram jer guna nama bos lagi besar.... hampeh tul lar... hahaha

Okeh... maklumat camana yang lu nak tue gua tanya dier balik.... dier kata dier nak maklumat sentimen rakyat dan akar umbi tentang isu DAP akan menguasai Putrajaya...  gua gelak kat dier... gua tanya balik... lu nak maklumat betul dari akar umbi ker atau maklumat yang dah difabricated.. kalu nak yang dah difabricated tue... boleh amik kat unit siaraya... hahaha.... bantai dier plak gelak kat gua balik.... dier kata yang fabricated tue dier dah ader.... hahaha

Then dier mula tanya... macam-macam dier tanya dan gua jawab... semua persoalan pengaruh, sentimen, kuasa mengundi dan macam-macam isu yang boleh membawa kepada kemenangan satu-satu parti politik gua passkan kat dier... ader la dua jam dier call tue... panas henpon gua... hahahaha... lepas tue... tetiba jer dier tanya.... kalau DAP bertanding 222 kerusi Parlimen amacam....

Gua cakap kat dier... elok la kalu DAP bertanding kat 222 kerusi Parlimen... bagoosh la... hahaha...  Mamat tue terus bising kat gua... mana boleh bagi can camtue jer... nanti kalu DAP menang semua... abis la Melayu... habis la Islam... habislah bumiputera... semua Cina dah kongker... hahaha...

Gua gelak besar... gua story kat dier... Kalu pun DAP menang semua 222 kerusi Parlimen.... dan dapat 3/3 majoriti dalam Parlimen.... dan DAP berkuasa untuk mengubah Perlembagaan... pasai dah ader kuasa majoriti... tapi ader satu clausa... ader satu part dalam Perlembagaan tue yang DAP takkan dapat nak tukar dan ubah.... Dan part nih sampai kiamat pon takkan dapat diubah .... melainkan kalu semua Sultan dan Raja-Raja Melayu sudah dipegang telurnya oleh orang Cina.... (err... rasanyer skrang nih macam dah kena pegang jer.... hahahaha)... Beberapa negeri memang nampak sangat ketara perkara ini telah berlaku... seperti contoh disebuah negeri di Pantai Timur nih... hahaha

Sebab kalu nak ubah part / clausa yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan Raja-Raja serta Bumiputera... ianya perlukan dapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja Melayu... kena dapat consensus... kena dapat majoriti........ jadi... lu ingat senang ker nak dapat persetujuan dari Raja-Raja Melayu.... hahaha.... susah bhai... tapi bukan mustahil.... kalu nak tau camana nak dapat persetujuan tue... tiru la cara macam mana British dulu dapatkan tandatangan dan persetujuan semua Raja-Raja Melayu masa isu Malayan Union tue... hahaha... macam mana British dah pegang semua telur Raja-Raja Melayu .... hahaha...

*** (Pegang Telur = mempengaruhi dan berkuasa atas/sudah kena beli)

Jadi kesimpulannyer.... lu ingat senang ker nak ubah Perlembagaan tambah lagi yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan Raja-Raja .... sori bhai... takkan boleh punya.... melainkan kalu dah jadi seperti yang gua bagitau tue...

P/S: Komentar ini bukan bertujuan untuk menghina mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu... ianya sekadar menjelaskan bahawa sentimen yang dibawa oleh banyak pihak kononnya kalu DAP dah menduduki Putrajaya... maka kuasa dan kepentingan Melayu, Islam dan Raja-Raja akan terjejas aderlah semata-mata cakap-cakap kosong sahaja yang tidak bersandarkan fakta yang jelas.

Terkejut mamat tue biler tau perkara nih... dier tak sangka rupanya aper yang dier diberitahu tue semua aderlah cerita lawak jer... dan cakap-cakap kosong semata-mata nak  mengubah persepsi pengundi...  terkejut beruk dier mendengar aper yang gua citerkan tue... terus dier kata... patut diorang tak payah la tipu orang kampung dan pengundi pasai isu kononnya nanti semua tergadai kepada Cina....

Gua cakap kat dier... lain kali.. kalu nak dapat citer yang realistik... kena tanya bilik gerakan lar... jangan tanya KEMAS ker... JASA ker... MKN ker.... itu sumer sudah fabricated lar.... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1