Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Tanah Melayu. Show all posts
Showing posts with label Tanah Melayu. Show all posts

14 December 2021

Ini Muka Broker

Bhai/DeeDee semua..

Mamat nih dulu tuduh orang lain jadi broker.... walhal dier sebenarnya adalah broker.. Hahaha... lawak siot... hahaha



11 October 2021

Apa Ada Di Laut Cina Selatan?

Bhai/DeeDee semua...

Berdasarkan peta lama ini.... apa yang lu orang boleh bagi pandangan? Macam pelik ja kan... ader apa di Laut Cina Selatan tue??

Macam Raksaksa pon ada.... macam Naga pon ader... macam Ikan Paus pun ader...



16 September 2013

Sempena Hari Malaysia

Bhai/DeeDee sekalian...

Sejarah tidak menipu kita semua... Kalu pon ader pihak yang cuba mengalihkan sejarah... Agar mencerita perkara yang tidak benar mengenai sejarah... Namun pada akhirnya... Sejarah yang sepatutnya akan timbul juga sedikit demi sedikit...

Tanah Melayu ini pernah dijajah... Bukan setakat penjajahan era moden... Tetapi era kuno juga... Semasa berlakunya penjajahan dari Raja Chola... pemerintah kerajaan Melayu lama di Bruas telah bersama menentang penjajahan ini... Namun kekalahan memang telah berlaku...

Semasa Kelantan kuno diserang oleh tentera Burma dan Ayuthia... Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong turut sama melawan dan berperang... Tiada istilah pengecut masa itu...  Dan juga tiada istilah bekerjasama dengan penjajah...

Semasa Kerajaan Ligor menyerang Kedah Tua... Semua rakyat dan pemerintah turun... Lawan tetap lawan..

Tapi... Biler masa penjajahan pada zaman moden berlaku... Iaitu di era penjajahan British,  Belanda, Portugis dan Jepun... Penentangan hanya berlaku dikalangan masyarakat (rakyat) peringkat bawahan jer...

Kalu pon ader golongan pemerintah terlibat menentang penjajahan .. Itu bukan kerana mereka menentang penjajahan... Tapi lebih kepada marahnyer mereka atas sebab tidak boleh lagi mengutip cukai dan menjalankan perhambaan...

Bila penjajah British menghapuskan perhambaan di Tanah Melayu nih pada tahun 1910... Hampir semua pemerintah... Dari golongan bangsawan ni telah melawan.. Melawan kerana mereka hilang punya pendapatan... Sudah tidak boleh lagi berjual beli hamba... Dan sudah tidak lagi boleh mengutip cukai kepala....

Maharaja Lela dan Dato' Sagor mengamuk di Pasir Salak terhadap JWW Birch hanya kerana mereka tidak dapat berjual beli hamba dan mengutip cukai di Sungai Perak...  Maharaja Lela cuma tinggal seorang Orang Asal iaitu Si Putum  yang masih kekal menjadi hamba sahaya miliknya..

Si Putum membunuh JWW Birch hanya kerana dia dijanjikan akan dibebaskan jika dia berjaya membuhuh JWW Birch.. Perkara yang sama juga berlaku di kawasan jajahan Long Jaafar... Kerana Long Jaafar disekat untuk mengutip cukai sebanyak 1 bahara bagi setiap 1 pikul bijih timah....

Kebejatan golongan bangsawan dalam mempergunakan sentimen dapat kita semua lihat diera penjajahan zaman moden... Cuba kita lihat siapakah dikalangan para Raja dan Sultan yang disiksa oleh para penjajah... Memang tiada kan... 

Semua raja dan sultan masa tue bekerjasama malah siap menandatangani perjanjian dengan penjajah hanya kerana mahukan sekupang dua duit belanja... Pulau Pinang dan Temasek juga sanggup dijual oleh golongan raja dan sultan inj hanya kerana wang seribu atau dua ribu atau juga sebanyak sepuluh ribu dolar sepanyol masa itu... 

Betapa bodohnyer mereka ini... Mereka inilah sebenarnya pengkhianat terhadap Tanah Melayu... Dan pada gua... Mereka tidak berhak untuk disanjung kerana sebab merekalah Tanah Melayu ini dijajah...

Ini semua sejarah la bhai... Kepada Ngo-Ngo (K) yang rasa nak buat laporan polis konon gua menghina institusi raja nih... Tolong pi belajar sejarah aaaa... Jangan la belajar dengan pelacur sejarah macam Zainal Kling ker... Ramlah Adam ker... Itu semua spesis profesor kangkong dan kongkang jer la... Hahaha... Nanti jadi bangang...

Oleh itu ... Sempena Hari Malaysia nih... Cuba kita semua mengenang sedikit sejarah pengkhianatan yang pernah dilakukan dulu dan juga sekarang oleh pihak yang mahukan orang lain menyembah mereka...

Poodah chit... Gua hanya menyembah Allah Taala... Dan sampai kiamat pon gua takkan menyembah manusia waima Dewata Raya sekalipon..

Ader paham ka???

07 May 2013

PANAS: Pencacai UMNO Sudah Kantoi

Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seorang kawan yang bernama En Zek (pengurus salah sebuah ladang milik IOI Group)....

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

Ada pun tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan memberikan satu "input" sebagai bahan tambahan ilmiah dalam perkara berkaitan dengan politik dan kenegaraan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin saya bawa perhatian anda semua kepada pernyataan yang seringkali dihujahkan oleh pemblog dari UMNO (yang tentunya adalah juga penyokong kuat aspirasi Barisan Nasional @ BN).

"Kita halau semua Cina dan India dari negara ini", "Bunuh sahaja semua Cina yang ada di Malaysia", "Kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya nanti, Malaysia akan dapat PM Cina", "PAS dan PKR diperkudakan oleh Cina DAP", "Lim Guan Eng akan jadi PM Malaysia",

Kita semua tahu pembentukan negara ini pada 1957 adalah disandarkan kepada satu kertas perjanjian yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman pada masa itu. Salah satu daripada klausa yang dipersetujui oleh British (yang perlu dilaksanakan sebaik kemerdekaan diberikan) adalah yang berkaitan dengan Jus Soli. Adalah termaktub dalam sejarah dimana dengan penerimaan prinsip Jus Soli, maka semua penduduk yang ada di Tanah Melayu pada masa itu termasuklah dari kaum Cina dan India telah diterima menjadi warganegara.

Oleh yang demikian, ini menunjukkan semua yang telah diterima masuk mengikut konsep Jus Soli adalah warganegara Malaysia yang sah dan ianya tidak dipersangkal dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1969. Pada 13 Mei 1969, Orang Melayu yang telah diapi-apikan dengan sentimen perkauman telah mengambil tindakan drastik membuat bantahan diserata tempat dimana ianya dilakukan oleh agen subversif. Ianya juga berlaku dikalangan kaum Cina yang telah berjaya diapi-apikan oleh agen subversif. Kedua-dua pihak ini seakan lupa bahawa adanya penerimaan terhadap konsep Jus Soli semasa kemerdekaan Malaysia diumumkan.

Api perkauman yang sama juga dimulakan oleh orang-orang Melayu yang berpaksikan UMNO seolah-olah mereka menidakkan bahawasanya UMNO lah yang telah menerima konsep Jus Soli dahulu. Inilah yang amat mendukacitakan saya selaku seorang "bekas operatif" kerana isu perkauman bodoh seperti ini sebenarnya telah dan sedang merosakkan keharmonian dan kemajuan negara ini.

Jika kita melihat daripada pernyataan pemblog dan penyokong UMNO yang mengatakan bahawa CINA akan menjadi Perdana Menteri, saya berpandangan mereka-mereka ini wajarlah kita hantar untuk mendalami matapelajaran Kenegaraan dan Perlembagaan. Ini kerana kebodohan mereka dalam matapelajaran Kenegeraan dan Perlembagaan boleh sahaja menggugat  ketenteraman dan keselamatan negara ini

Ini penjelasan saya.

Jika orang Cina ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka perlulah mengubah perlembagaan Malaysia terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri boleh dilantik dari kaum Cina. Untuk mengubah perlembagaan, perlulah mendapat persetujuan daripada 2/3 anggota Parlimen. Jika mereka telah mendapat persetujuan 2/3 anggota Dewan Rakyat, maka perlulah ianya disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat boleh sahaja menolak persetujuan untuk mengubah perlembagaan ini sama ada secara sendiri mahupun dengan cara merujuknya kepada YDP Agong. YDP Agong pula boleh sahaja memanggil mengadap semua Raja-Raja Melayu untuk satu sesi khas Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jika Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa ianya tidak sesuai. Maka perkara ini boleh sahaja ditolak.


Untuk pengetahuan anda, klausa perlembagaan yang berkaitan dengan status Perdana Menteri bukan hanya boleh diubah hanya dengan mendapat 2/3 ahli Dewan Rakyat tetapi ianya perlulah mendapat keizinan daripada YDP Agong.

Jadi, jika YDP Agong dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak perubahan perlembagaan berkaitan status Perdana Menteri (yang telah ditetapkan dari kaum Melayu), maka YDP Agong boleh menolak untuk perlembagaan ini diubah.

Jika ada pihak berdegil mahukan juga perubahan terhadap klausa perlembagaan berkenaan status Perdana Menteri (berkaitan kaum), maka dengan kuasa yang ada pada YDP Agong, beliau boleh memerintahkan bahawa Parlimen digantung dan Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sementara tampuk pemerintahan negara sehingga selesai (Darurat). Ini adalah kuasa perogratif tertinggi yang ada pada YDP Agong selaku ketua kepada Angkatan Bersenjata Malaysia.

Pada masa itu, kemungkinan besar semua bekas anggota keselamatan dan risikan Malaysia dari kaum Melayu akan dipanggil untuk berkhidmat dibawah panji-panji YDP Agong. Saya juga pastinya tidaklah terkecuali.

Oleh yang demikian, walau macam mana sekalipun berlaku di Malaysia ini, status Perdana Menteri dari kaum Melayu akan kekal dalam perlembagaan, melainkan kalau semua Raja-Raja Melayu telah dirasuah oleh kaum Cina atau India. Jika rasuah berlaku maka mungkin perkara ini boleh berlaku.

Persoalan yang wajib ditanya sekarang ini ialah adakah Raja-Raja Melayu boleh dirasuah oleh kaum lain. Saya tidak boleh menjawabnya. Hanya Raja-Raja Melayu sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini. 


Sekian.terima kasih

Trima kassey kerana membaca artikel gua yang panjang berjela dan tak best nih.... hahaha...  So ader paham ker??? Tak paham kalu... pi hantuk kapla lu kat jalan bertar tue.... hahaha

Rujukan : Kalau DAP Bertanding 222 Kerusi Parlimen

20 October 2012

Aper Ader Dengan Melayu?

Bhai.... lu agak-agak aaa... aper ader dengan Melayu.... aper ader aaaa... dan aper lagi yang tinggal dengan Melayu..... hahaha... gua bukan nak citer pasai kebanggaan Melayu nih... bangsa super nih... tapi... gua cuma nak ingatkan Melayu nih... bahawa...
  1. Persekutuan Tanah Melayu dah jadi Malaysia
  2. Orang Melayu dah ramai yang mamak dan arab celup didalamnyer
  3. Bahasa Melayu dah jadi Bahasa Malaysia
So... tinggal cuma ader tiga jer masih boleh dibanggakan dalam kelompok Melayu..
  1. Baju Melayu
  2. Butang Baju Melayu
  3. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Itu pon tak tau la berapa lama lagi... sebab gua dapat info dari sumber dalaman MMC ....bahawa Syed Mokhtar (si pelari beras nih) yang sedang dok kenen nak amik alih KTMB bercadang nak tukar nama Keretapi Tanah Melayu Berhad kepada satu nama komersial yang baru... yang secara otomatiknya akan menghilangkan nama Tanah Melayu pada perkhidmatan keretapi tertua di Asia Tenggara nih...

Sebab bagi Syed Mokhtar nih... nama Keretapi Tanah Melayu Berhad tidak komersial... jadi terpaksa tukar kepada nama lain....

Tunggu jer la.....

P/S: errr.... berapa banyak sebenarnya aset tanah yang dimiliki oleh KTMB nih aaa.... hehehe

24 May 2010

Tanah Terakhir Di Singapura

Stesen Keretapi Tanah Melayu yang berada di Tanjung Pagar, Singapura adalah merupakan tanah terakhir di Singapura yang menjadi milik Malaysia... Namun atas kebijaksanaan para pemimpin Malaysia terutamanya enam orang Perdana Menteri, tanah tersebut kini milik orang lain....

Kalaulah boleh gua simpulkan betapa bodohnya Kerajaan Malaysia yang begitu bangang mentadbir Malaysia yang bukanlah besar mana pon... maka selayaknyer pimpinan Kerajaan Malaysia terutamanya enam orang Perdana Menteri yang ada selama ini digelar pengkhianat kepada negara...

Sekian lama kita memiliki tanah tersebut... tetapi dengan sewenang-wenangnyer diorang nih buat macam harta bapak diorang sendiri dengan "melego" sajer tanah tue... bodoh nak mampus....

Woodlands tue mana ader tanah yang milik Malaysia lagie... ader kem Askar kat sana dulu pon dah ditutup dan dijual tanahnya kepada Singapura dengan harga yang rendah.. kurang dari harga semasa pasaran...

Itulah masalahnyer kalu dapat pemimpin bodo nak mampus.... satu-satu tanah milik negara dilepaskan dengan mudah.... langsung tak ada sentimen sejarah sama sekali... macam lah kes kat Penjara Pudu... mudah-mudah jer bagi kat Vincent Tan....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1