Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Baru-baru nih gua berkesempatan mengikuti satu rombongan pakar kejuruteraan struktur dan mekanikal dengan beberapa pelatih industri dan pensyarah dari sebuah Institut Pengajian Tinggi bagi melawat lokasi tapak-tapak laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Pahang dan Terengganu.
Dan dari apa yang gua dimaklumkan, kejuruteraan struktur dan mekanikal bagi projek ECRL ini agak mencabar dengan keadaan muka bumi yang agak ekstrem... Ada kawasan yang berbatu granit yang agak susah nak dibentuk (perlukan bahan letupan) untuk membina terowong dan sebagainya.
Ada pula kawasan tanah gambut dan paya yang menjadi laluan ECRL ni.... dan membina struktur konkrit bertetulang dikawasan tanah gambut dan paya memang mencabar. Tambah lagi ada paya yang mengandungi larutan mineral yang tinggi...Dan ini sememangnya memberikan kesan nyata kepada simen dan konkrit.
Mengenai kadar kecerunan dan kesendengan landasan pula ... gua dimaklumkan ianya dibuat untuk menampung kesan halaju yang sederhana dan tidak terlalu tinggi.... Ini semua setelah mengambil kira isu keselamatan penumpang dan barangan yang akan dibawa pada laluan ini.
Gegaran pada setiap kali rel dilalui juga diambil kira dengan data-data seismik yang diperlukan ada diambil. Jadi... apa yang diperkatakan oleh pemilik ECRL adalah bertepatan dengan data saintifik dan kejuruteraan.
Dan gua pada gua ini adalah sesuatu yang betul dan tepat.
ECRL bukanlah High Speed Rail (HSR) services... dan ianya takkan cecah 200km/j pun pada kebanyakan laluannya nanti.... paling-paling pun sekitar 160km/j hingga 180km/j.
Sekadar pemerhatian.
================= DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Tindakan Anthony Loke nih gua suka... dier terjah sendiri... dier lihat dan rasa sendiri... dier boleh jer bertanya dan berborak dengan pengguna perkhidmatan infrastruktur dan pengangkutan awam...
Ini baik... Inilah caranya...
Satu part yang gua nak tengok Anthony Loke terjah adalah perkhidmatan e-Hailing... yang harganya tak terkawal... takder paras lantai dan tak ada paras siling... Giler aaa... yang ini Anthony Loke kena selalu terjah... termasuk juga bas ekspress dan teksi... Ini penting...
Harap dengan terjahan yang selalu Anthony Loke nih buat... maka semua sudut industri pengangkutan awam dapat diperbaiki... Jalan rosak... lampu jalan tak menyala... tanda jalan hilang... dan macam-macam lagi perlu kerap diawasi dan diambil cakna...
Apa guna kita ada Jurutera Daerah ... boleh jer kita push depa untuk pro-aktif... betul la Jurutera Daerah dibawah kuasa Kementerian Kerjaraya... tapi apa salahnya Menteri Kerjaraya (Alexander Nanta Linggi) bersama dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) untuk lebih cakna akan kemudahan kepada rakyat nih... kan kan kan...
Alah... baru kena RM2 juta dah kecoh nak kena tahan SPRM .. Ini kira kes kecik ja... Bukan kes besar pun... Apa mau kecoh.... tengok macam kes Adnan Mansor... RM2 juta gak... setel... selamat... janji yang penting kabel baek kena ader...
Kalu takder kabel... masak la lu... Hahaha...
Tapi kan... benda boleh kawtin... kawtim je la... SPRM pun bukan mak som sangat... banyak loophole dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nih... semua boleh diskas... janji kawtim dan diskas baik-baik...
Selain dari pampasan atas pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang akan diberikan kepada Singapura sebanyak RM810 juta (sebelum ini dikatakan sekitar RM300 juta sahaja), agak-agaknya apa lagi perkara yang disembunyikan dan diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)?
Pelik sangat lah bila projek yang berkaitan dengan kemudahan awam serta melibatkan dengan negara asing dilihat banyak kerahsiaan sama ada dalam kontrak, perjanjian atau terma. Sebijik sama macam kes 1MDB
Sepatutnya apabila sesuatu projek itu berkepentingan awam maka sewajarnya ianya telus dan terbuka untuk proses semak dan imbang bukan sahaja dari pihak berwajib dan akauntabiliti tetapi juga kepada awam. Malah sepatutnya jika tidak dibuka kepada orang awam, apa salahnya ianya dibuka untuk penelitian dan semak imbang di dalam Parlimen.
Kita ada 222 anggota Parlimen yang boleh mewakili rakyat dalam proses semak dan imbang bagi projek sebesar High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini. Boleh sahaja Ahli Parlimen berpeluan untuk pastikan adalah segala perjanjian berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL menguntungkan Malaysia dalam jangkamasa panjang dan pendek.
Sebaiknya ... proses berkaitan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini menjadi perhatian utama Malaysia kerana pada dasarnya akan memberikan lebih untuk kepada Malaysia dari segi pelaburan, pembinaan dan juga ekonomi.,
Dengan pembatalan projek rel High Speed Rail (HSR) Singapore KL yang mungkin menyebabkan Malaysia kerugian sehingga RM810 juta secara kosong sahaja amatlah tidak rasional. Dalam pembentangan Bajet 2021 yang baru selesai pada November 2020, kita diberikan input yang mengatakan bahawa Malaysia tidak akan membatalkan High Speed Rail (HSR) Singapore KL ni. Akan tetapi tiba-tiba berlakunya pembatalan setelah Bajet 2021 diluluskan.
Sebenarnya apa lagi yang nak disembunyikan oleh Kerajaan Malaysia berkenaan projek High Speed Rail (HSR) Singapore KL. Adakah ada pihak yang akan untung besar atas pembatalan projek ini yang katanya akan digantikan dengan perkhidmatan tren yang lain? Mungkinkan ada kroni yang untung dapat tanah percuma?
Satu soalan, Adakah High Speed Rail (HSR) Singapore KL ini akan juga dimasukkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai salah satu player didalamnya?
Kita nantikan episod-episod selanjutnya berkaitan dengan High Speed Rail (HSR) Singapore KL..
Berkenaan isu High Speed Rail (HSR) yang katanya dibatalkan oleh Kerajaan Malaysia sehingga Kerajaan Singapura mendapat pampasan sebesar RM300 juta, rakyat seakan pelik dengan keputusan yang dibuat.
Pada pembentangan Bajet 2021, Menteri Kewangan telah dengan nyatanya menjelaskan bahawa Projek HSR ini akan diteruskan dengan cuba mengelak daripada Malaysia terpaksa membayar pampasan kepada Singapura.
Persoalannya sekarang ini adalah kenapa selepas Bejat 2021 diluluskan, tiba-tiba Kerajaan Malaysia membatalkannya sehingga menyebabkan kerugian yang agak besar dialami oleh Malaysia. Bayangkanlah... RM300 juta ini boleh membangunkan 3 buah Hospital.. atau 10 buah sekolah baharu.
Projek HSR ini 98% berada didalam Malaysia.... dan kalu diikutkan kos yang ditanggung oleh Malaysia patutnya lebih banyak... bagaimana pula Singapura boleh mendapat laba pampasan sebesar RM300 juta.. Pelik benar dengan perjanjiannya... Malah perubahan laluan yang dikatakan menjadi isu itu adalah berlaku di tanah milik Malaysia.... takkan itu pon jadi isu?
Suka Malaysia la nak ubah laluan yang berada didalam tanah Malaysia (Malaysia soil)... bukan melibatkan seinci pun tanah di Singapura.
Kalu benda sesimple dan semudah ini pon Malaysia boleh kalah dan mengalah... macam mana la nak buat tuntutan yang lain... Patut la kes Pulau Batu Putih jatuh ketangan Singapura... sebab yang buat deal bagi Malaysia nih bodoh-bodoh belaka... Adoilah... payah aaaa.
Apa nak jadi la Malaysia nih... buta-buta jer nak bagi untung kat Singapura ... walhal satu benda pun belum dibuat dibahagian Singapura... takder satu tanah pun dah diratakan... takder satu bangunan pun dah dibangunkan... takder satu rel pun dah dipasang... malah takder satu pejabat pun telah disewa dan dilengkapi kakitangan...
Gua saspek ader pihak dari Malaysia yang akan untung dengan pembatalan projek HSR nih... Kena semak semua money trail nih...
Err... rasanyer dah bertahun dah ader landasan nih... cuma baru-baru nih jer Petronas takmo nak guna.. alasan tak berapa effektif... Landasan nih pon asalnya dikendalikan oleh kakitangan KTMB ....
Pelik aaa.. tetiba jer umumkan Kerajaan Persekutuan nak buat landasan keretapi... sedangkan landasan keretapi kerteh kuantan nih dah lama dah ader... hahaha....
Lawak... lawak.... ngarut la... saper la yang akan dapat untung buat benda yang dah siap nih.... hahaha... kontraktor mana aaa....
Errr... bhai.. gua nak tanya nih... boleh menang ke? ala... menang lawan Singapura kat dalam Mahkamah Antarabangsa... pasai isu tanah KTMB.... gua tak konfiden la... sebab track rekod AG kiter yang teruk... tak mustahil akan kalah lagi sekali...
Satu lagi... tanah tue tanah kita... abis tue... suka kita la kita nak buat perjanjian dan urusan macam mana pon... abis tue... kenapa plak sampai terpaksa bawak kes pi Mahkamah nih...
Kalu dah pihak satu lagi tak nak terima terma dan syarat kita... pegi mampus la sama dier.. kita cari third parti lain untuk deal... aper punya bongok la nak deal gak ngan orang yang taknak terima terma dan syarat kiter... budus nak mampus...
Macam nie la... kita sewakan bilik kat rumah kita ... pastu biler time makan.. kita makan beramai ramai satu family kat ruang makan....... penyewa bilik tak suka tengok kita makan kat runag tue... dier warning.. pastue dier tak puas hati dier pi bawak ke Mahkamah.... wei.. suka kita la kita nak makan kat mana... itu rumah kita.. dier sewa bilik jer... tapi pasai bodohnyer kita... kita kalah dalam kes kat Mahkamah...
Bagi peminat siri thriller jenayah.. sure ader yang dah pernah tengok cerita nih... lakonan John Travolta dengan Denzel Washington. Dalam filem "The Taking of Pelham 123".. pelakon Luiz Guzman pon ader samer.... best cerita nih... ader moral.. ader drama ... ader konspirasi dan ader isu kewangan... serta sabotaj...
Sebenarnya dah lama gua nak tulis tentang tajuk nih.. rasanyer dah dekat 3 bulan dah... hehehe.. setiap kali mesti ader yang ganggu sampai artikel nih tak dapat nak ditulis....
Bagi yang belum tengok cerita nih... gua nasihatkan pi la tengok... bagus... mengajar kita banyak benda... bukan tujuan gua nak suruh lu amik idea jahat dari filem tue... tak... tak.. tapi gua nak lu peratikan bagaimana manusia dijadikan leverage oleh pihak tertentu.... hehehe
Point yang sebenarnya gua nak tulis aderlah... hehehe... tentang watak Walter Garber yang bekerja dengan MTA (Metropolitan Transport Authority) lakonan Denzel Washington ... Dalam cerita nih.. walaupun Walter Garber nih jadi hero dikesudahan cerita nyer... tapi... masalah yang dihadapi olehnya atas sebab ader tuduhan yang sedang disiasat oleh pihak MTA...
Tuduhannya adalah kononnya beliau ader menerima rasuah dari pembuat gerabak keretapi dari Jepun... walaupun dalam permulaan cerita The Taking Of Pelham 123 nih.. Walter Garber (lakonan Denzel Washington) bertegas mengatakan yang dier tak terlibat dengan rasuah ini.. namun setelah didesak beberapa kali sehingga seorang budak nyaris dibunuh oleh Ryder (lakonan John Travolta), maka akhirnya Walter Garber mengaku yang beliau memang mengambil rasuah itu.... hehehe...
So... aper kaitan cerita The Taking Of Pelham 123 nih sehinggakan gua terpaksa tulis artikel pasainyer... hahaha... mesti ader... hahaha...
Cuba lu tengok isu pembelian 38 unit EMU 6 oleh pihak KTMB.... hehehe... nampak macam samer jer ngan kes The Taking Of Pelham 123... hehehe ... cuma kali nih bukan dengan syarikat Jepun.. tapi syarikat dari negara China... hahahaha... sohih mesti ader yang makan rasuah punya... hahaha...
Takkan nak tunggu sampai kes KTMB nih kena macam kes The Taking Of Pelham 123 dimana tren kommuter dirampas oleh penjenayah.... kalu macam nih.. terpaksa la gua panggil John Travolta untuk buat aksi nih di KTMB plak... hahaha...
So... ini macam kalu "The Taking Of Pelham 123" sudah jadi "The Taking Of Shah Alam Batu Tiga" punya senario ..... hahahaha... saper nak berlakun watak yang dibawak oleh John Travolta nih... saper plak orang KTMB atau Menteri yang nak jadi watak Denzel Washington nih... hehehe...
Takkan nak suruh Saiful Bukhari Azlan berlakon sebagai watak Ryder lakonan John Travolta tue... Saiful Bukhari Azlan maner ader karisma macam John Travolta... Saiful Bukhari Azlan nih cuma boleh jadi pelakon porno jer macam Dig Diggler.... hahahaha
Stesen Keretapi Tanah Melayu yang berada di Tanjung Pagar, Singapura adalah merupakan tanah terakhir di Singapura yang menjadi milik Malaysia... Namun atas kebijaksanaan para pemimpin Malaysia terutamanya enam orang Perdana Menteri, tanah tersebut kini milik orang lain....
Kalaulah boleh gua simpulkan betapa bodohnya Kerajaan Malaysia yang begitu bangang mentadbir Malaysia yang bukanlah besar mana pon... maka selayaknyer pimpinan Kerajaan Malaysia terutamanya enam orang Perdana Menteri yang ada selama ini digelar pengkhianat kepada negara...
Sekian lama kita memiliki tanah tersebut... tetapi dengan sewenang-wenangnyer diorang nih buat macam harta bapak diorang sendiri dengan "melego" sajer tanah tue... bodoh nak mampus....
Woodlands tue mana ader tanah yang milik Malaysia lagie... ader kem Askar kat sana dulu pon dah ditutup dan dijual tanahnya kepada Singapura dengan harga yang rendah.. kurang dari harga semasa pasaran...
Itulah masalahnyer kalu dapat pemimpin bodo nak mampus.... satu-satu tanah milik negara dilepaskan dengan mudah.... langsung tak ada sentimen sejarah sama sekali... macam lah kes kat Penjara Pudu... mudah-mudah jer bagi kat Vincent Tan....