Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label E-Hailing. Show all posts
Showing posts with label E-Hailing. Show all posts

12 April 2023

Bukan Isu Terpencil

Bhai/DeeDee semua..

Dah lama gua suarakan benda nih... isu rider atau driver dizalimi oleh syarikat pengendali p-hailing atau e-hailing nih bukan isu terpencil... bukan isu kecil... Kerajaan selaku pemerintah perlu membuat satu akta lengkap untuk mengawalselia perkhidmatan ehailing dan phailing nih..

Syarikat tak boleh sewenang-wenangnya membuat peraturan sendiri dan harga sendiri.. perlukan dapat kelulusan dari agensi kawalselia dan Kerajaan...

Sama ada Kerajaan menguatkuasakan akta APAD dan Sumber Manusia... itu semua dibawah kuasa Kerajaan... bab penetapan harga minima pun kena ada la jugak... tak boleh la harga terlalu lantai sampaikan rider dan driver tertekan...

Perlu ada win-win solution...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL


Menteri Sumber Manusia V Sivakumar telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang penghantar makanan yang dia dizalimi oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, yang tular baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter beliau, Sivakumar berkata pegawai kementerian itu akan menghubungi syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Saya ambil maklum dan telah mengarahkan pegawai saya... untuk menyiasat dan selesaikan isu ini dengan segera,” katanya di Twitter.

Sabtu lalu, media melaporkan penghantar makanan berkenaan, Muhd Saifuddin Mustafa, 28, menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa gaji yang diterimanya hanya RM500 dan bukan RM800 seperti yang sepatutnya.

Video luahan kekecewaan individu yang dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun saifulxander tular baru-baru ini, mendapat lebih 900,000 tontonan, setakat ini.

27 March 2023

Kelantan Serambi Mekah - Tapi Ramai Ponteng Puasa

Bhai/DeeDee semua...

Kah kah kah.... katanya Kelantan nih Serambi Mekah .... tapi ramai ponteng puasa.... Apa nak jadi la.... Kepimpinan ulamak pon tak dapat membentuk warga rakyat negeri ka?? Hahaha... lawak siot...


Muslihat seorang peniaga yang menjual makanan kepada golongan yang tidak berpuasa bertindak menyembunyikan nasi bungkus di dalam mesin basuh dan lauk di tandas tidak berhasil apabila berjaya dihidu pihak berkuasa.

Situasi itu berjaya dikesan dalam operasi oleh Pejabat Agama Daerah Bachok, Kelantan dan Majlis Daerah Bachok di sekitar kawasan Tangok, semalam.

Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof berkata, dalam operasi itu antara 10 pagi hingga 12 tengah hari itu pihaknya berjaya merampas lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam dan minuman teh o ais.

Selain itu katanya, seorang wanita yang juga pemilik rumah yang diserbu berusia 40-an juga diberi amaran agar tidak mengulangi aktiviti terbabit.

“Operasi itu dilakukan hasil pemantauan dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah menjual makanan dan minuman kepada individu tidak berpuasa.

"Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap di dalam tandas.

"Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.

"Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,"


02 January 2023

Lesen Terbang - Bila Nak Selesai?

Bhai/DeeDee semua..

Benda nih bukan benda baharu... seingat gua sejak gua sekolah rendah lagi isu nih dah ader... lebih 40 tahun dulu... Masih tak boleh nak setel dan dibenteras... Huhuhu

Kenapa jadi macam nih?? Sebab rasuah... sebab salahguna kuasa... sebab duit...

Bukan sorang yang makan nih... dah jadi macam satu kartel... Malah benda paling senang nak semak adalah bila ko tengok sendiri lifestyle seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan.... macam mana mewahnya mereka... macam mana bergayanya diorang... dengan kereta menjalar-jalar... dengan rumah besar... dengan kebun dan tanah disana sini....

Gua dah lama peratikan puak-puak nih.. Tapi pelik macam mana benda simple macam nih Kerajaan dan SPRM tak boleh nak benteras... benda yang terpampang depan mata.... Antara banyak kakitangan awam...  kakitangan JPJ la yang gua nampak paling terpampang mewah hidupnya... depa tak segan silu menunjukkan kekayaan dan kemewahan....  

Dekat situ dah boleh nampak ader something wrong somewhere.... pun takder sapa nak kisahkan... Huhuhu...

Gua ader kenal sorang kakitangan kerajaan nih .... kerja JPJ .... pegawai biasa jer... bukan level atasan sangat pun... tapi lifestyle dier agak "mencurigakan" .... usia muda lagi... belum cecah 40 tahun.... tapi tanah kebun sawit ader beberapa lot.. tanah kebun durian ada beberapa lot... kereta 4x4 ader beli baru... tapi kereta Honda Accord ader sebijik... wife ader dua kereta gak.... motor besar ader sebijik jenama Ducati... rumah semi D.... rumah sewa ader 3 ..... dan dier berbangga sebab dier dan bininya tak pernah amik loan kecuali loan rumah... itu pun guna loan bank....

Kalu nak kata banyak untung dari rumah sewa... macam tak kena jer... huhuhu

Huhuhu  .... Gua pelik... besar sangat ker gaji kerja JPJ tue.... wife kerja biasa jer.... takder la grand sangat... pelik aaaa


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata pihaknya telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil ‘China doll’ bagi menarik perhatian pengguna media sosial yang diuarkan-uarkan secara terbuka di platform berkenaan.

“Sindiket ini mengaut keuntungan dengan memperdaya mangsa dan kemudiannya melarikan diri dengan duit yang dibayar kepada mereka.

“Niat tawaran iklan ini adalah tidak baik kerana mengelirukan rakyat bahawa boleh dapat lesen tanpa perlu hadir ke sekolah memandu. JPJ menafikan sekeras-kerasnya perkara ini,”

15 December 2022

Kena Selalu Terjah

Bhai/DeeDee semua...

Tindakan Anthony Loke nih gua suka... dier terjah sendiri... dier lihat dan rasa sendiri... dier boleh jer bertanya dan berborak dengan pengguna perkhidmatan infrastruktur dan pengangkutan awam...

Ini baik... Inilah caranya...

Satu part yang gua nak tengok Anthony Loke terjah adalah perkhidmatan e-Hailing... yang harganya tak terkawal...  takder paras lantai dan tak ada paras siling... Giler aaa... yang ini Anthony Loke kena selalu terjah... termasuk juga bas ekspress dan teksi... Ini penting...

Harap dengan terjahan yang selalu Anthony Loke nih buat... maka semua sudut industri pengangkutan awam dapat diperbaiki... Jalan rosak... lampu jalan tak menyala... tanda jalan hilang... dan macam-macam lagi perlu kerap diawasi dan diambil cakna...

Apa guna kita ada Jurutera Daerah ... boleh jer kita push depa untuk pro-aktif... betul la Jurutera Daerah dibawah kuasa Kementerian Kerjaraya... tapi apa salahnya Menteri Kerjaraya (Alexander Nanta Linggi) bersama dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) untuk lebih cakna akan kemudahan kepada rakyat nih... kan kan kan...

Sure boleh kan???



20 January 2021

#SiBodohKauDengarSini

Bhai/DeeDee semua...

Benda dah jadi viral.... nak buat macam mana... sampaikan MCMC pon kena troll... hahaha... dan laju pulak MCMC (SKMM) keluarkan kenyataan balas.... hahaha... lawak siot...

Pada gua hashtag #SiBodohKauDengarSini tue bukan sekadar nak citer pasai keputusan membenarkan kedai makan beroperasi sehingga pukul 12 malam... tapi ianya menepati sasaran atas apa sahaja keputusan Kerajaan Malaysia yang rakyat rasakan memang bodoh...

Benda bodoh kita kena la katakan bodoh... mana boleh benda bodoh kita katakan pandai...

Itu bangang namanya... Hahaha

Jadi hastag #SiBodohKauDengarSini tu merangkumi semua sekali arahan bodoh yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah termasuklah juga dari Perdana Menteri...

So... kepada SKMM (MCMC) ... relaks aaa skali skala kena troll.... hahahaha.... jangan la amik hati....



10 October 2019

Anthony Loke Kena Main

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang gua perhatikan aderlah mengenai tindak tanduk pihak tertentu dalam beberapa agensi Kerajaan Pusat yang seakan sedang mensabotaj YB Anthony Loke iaitu Menteri Pengangkutan...

Lu bayangkan la.... arahan dari YB Menteri suruh pihak berwajib menangani isu e-hailing (ehailing) termasuk Grab, Mycar, Dacsee, Mula, EEVOM, Trenze, Frenzt, MyGO dan lain-lain lagi nampaknya seperti masuk telingan kanan keluar telinga kiri...

Pendirian keras beserta dengan amaran akan tindakan yang keras juga telah dikeluarkan oleh KP Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Pengangkutan Awan Darat.... Siap buat warning besar-besar lagi dalam sidang media mereka...

Kita tau la siapa diorang nih semua... apa kecenderungan politik diorang nih.... tapi agak-agak la.... tindakan sabotaj nih nampak sangat ketara.... sabar-sabar la kalu nak BN naik balik memerintah.... YB Menteri patut boleh nampak benda nih.... jangan buat pekak dan buta jer...

Huhuhu...

Kawan Anthony Loke nih..... si Gobind Singh Deo dah lama buat pekak badak jer.... penat aaaa

Hadan Huker la kalu sepenggal.... hahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1