Dah lama gua suarakan benda nih... isu rider atau driver dizalimi oleh syarikat pengendali p-hailing atau e-hailing nih bukan isu terpencil... bukan isu kecil... Kerajaan selaku pemerintah perlu membuat satu akta lengkap untuk mengawalselia perkhidmatan ehailing dan phailing nih..
Syarikat tak boleh sewenang-wenangnya membuat peraturan sendiri dan harga sendiri.. perlukan dapat kelulusan dari agensi kawalselia dan Kerajaan...
Sama ada Kerajaan menguatkuasakan akta APAD dan Sumber Manusia... itu semua dibawah kuasa Kerajaan... bab penetapan harga minima pun kena ada la jugak... tak boleh la harga terlalu lantai sampaikan rider dan driver tertekan...
Perlu ada win-win solution...
=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang penghantar makanan yang dia dizalimi oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, yang tular baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Twitter beliau, Sivakumar berkata pegawai kementerian itu akan menghubungi syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut.
“Saya ambil maklum dan telah mengarahkan pegawai saya... untuk menyiasat dan selesaikan isu ini dengan segera,” katanya di Twitter.
Sabtu lalu, media melaporkan penghantar makanan berkenaan, Muhd Saifuddin Mustafa, 28, menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa gaji yang diterimanya hanya RM500 dan bukan RM800 seperti yang sepatutnya.
Video luahan kekecewaan individu yang dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun saifulxander tular baru-baru ini, mendapat lebih 900,000 tontonan, setakat ini.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???