Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

08 April 2023

Satu Demi Satu Pelaburan Khazanah Nasional Rugi

Bhai/DeeDee semua...

Apa dah jadi nih... kata pengurusan dan pentadbiran Khazanah Nasional nih orang bijak-bijak bab pelaburan... Apa dah jadi nih??? satu demi satu pelaburan Khazanah Nasional terpalit rugi.... Adoilah...

Bukan sikit-sikit anak nih.... pelaburan lebih setengah bilion ringgit... tapi dijual sudahnya pada harga tak sampai RM50 juta....

Adoilah... bangang ke apa nih??? dulu rugi banyak kat duCK .... huhuhu


Kompleks produksi filem dan televisyen Iskandar Malaysia Studios (IMS) baru-baru ini dinilai bernilai RM32 juta, lebih dari lapan tahun selepas ia dibuka dengan pelaburan antara RM528 juta hingga RM748 juta.

Ini didedahkan dalam sebuah laporan oleh laman berita hiburan Amerika Variety, mengenai penyedia kandungan Singapura GHY Culture & Media yang membeli IMS dengan jumlah RM35.34 juta.

"Penilaian itu sangat teruk berbanding kos kepada pembayar cukai Malaysia. Walaupun menggunakan anggaran kos pembinaan yang lebih rendah, penurunan nilai aset dari AS$120 juta menjadi US$7.3 juta mewakili lebih 90 peratus kemerosotan nilai pemegang saham dalam lapan tahun sejak IMS dibuka," lapor Variety.

Ia juga menyatakan bahawa akaun untung rugi tahunan IMS tidak tersedia untuk umum.

IMS adalah sebuah kompleks studio yang meliputi 49 ekar di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Ia termasuk panggung filem, studio televisyen, tangki penggambaran air dan kemudahan sokongan produksi, antara lain.

Beberapa filem ternama dihasilkan di IMS, termasuk siri Marco Polo Netflix dan sebahagian filem Crazy Rich Asian.

Projek IMS adalah hasil daripada perjanjian strategik antara Khazanah Nasional Berhad dan kumpulan Pinewood Studios UK.

Variety juga melaporkan bahawa majoriti filem Hollywood tidak berminat menggunakan IMS sebagai fasiliti utama mereka setakat ini.

“Tidak ada sesiapa di Hollywood yang mahu menjalankan penggambaran di Malaysia,” kata seorang pengurus lokasi yang berpengalaman.

Sebab lain yang dilaporkan oleh Variety termasuk lokasi studio yang dianggap terpencil dari hab pengeluaran filem utama dan kru tempatan yang kurang berpengalaman.

Kos produksi di Malaysia dilaporkan lebih tinggi daripada Thailand dan Indonesia, walaupun lebih rendah berbanding Singapura.

2 comments:

  1. Zaman Melayu glokal.

    ReplyDelete
  2. Apa nak heran. Proton rugi berbilion bawah pimpinan melayu. Cuma lepas Geely China ambil alih baru turn around.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1