Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

12 April 2023

Tak Tumbuh Tak Melata

Bhai/DeeDee semua...

Orang Melayu dulu-dulu suka mengguna peribahasa untuk menggambarkan sesuatu.... contoh macam...

Tak Tumbuh, Tak Melata
Tak Sungguh, Orang Tak Kata

Hahaha.... tetiba jer KWSP keluar statement yang macam dalam screenshot dibawah nih... bila satu akhbar perniagaan terkenal di Singapura mengeluarkan satu berita.... berita yang mengatakan bahawa KWSP ada mengalami masalah kecairan tunai...

Bhai.... banyak kali dah gua kata benda nih .... Kalu betul KWSP takder masalah masalah kecairan tunai... pastinya duit dividen tahunan 2022 yang sebanyak RM45.4 bilion tue boleh diusahakan diberikan pengeluarannya at least 10% hingga 20% secara terus...

Kalau 10% ... baru RM4.54 bilion ja....  kata dividen... dividen patutnya tunai... dan boleh dicairkan... sebab dividen bukanlah aset....  Hahaha

That's why la gua dan ramai lagi kata KWSP ada masalah kecairan tunai.... yang mereka sendiri taknak mengaku.... Tak pernah ader dalam sejarah institusi kewangan... dividen dikira dalam bentuk aset... bukan tunai (cash) ... kalu sapa belajar financial... mesti tau apa maksud sebenar dividen tue....  WalaNON dan Bangsa Slupp apa tahu... bodonya depa lagi teruk dari Walaun, Mahacai dan Macai.... hahaha

Adoilah....

Something wrong sebenarnya..... bila mana KWSP tak boleh nak cairkan RM45.4 bilion yang dikatakan dividen tue.... pelik dan ajaib... hehehe

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

KWSP bermasalah kecairan tunai

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan spekulasi yang tersebar di WhatsApp mendakwa pihaknya menghadapi krisis tunai serta ketidakcukupan wang untuk membayar pengeluaran pra-persaraan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP memaklumkan, badan itu sentiasa mengekalkan kecairan yang mencukupi untuk memenuhi semua komitmennya.

"Segala aktiviti jual beli aset luar negara adalah sebahagian daripada operasi pelaburan KWSP mengikut alokasi aset strategiknya dan bukan untuk membayar pengeluaran pra-persaraan.

"Malah, terdapat peningkatan yang stabil dalam keseluruhan pelaburan asing KWSP sejak beberapa tahun lalu walaupun semasa berlakunya krisis Covid-19.

"Selain itu, KWSP juga menyangkal spekulasi Akta KWSP 1991 akan dipinda untuk menghalang pesara daripada mengeluarkan simpanan mereka," katanya hari ini.

Menurutnya, spekulasi itu merujuk kepada rencana akhbar Business Times Singapura bertarikh 7 April 2023 dan bertajuk "Bank Negara says Malaysians could run out of savings 19 years too soon."

"Apa yang diketengahkan Bank Negara Malaysia (BNM) di dalam laporannya ialah situasi yang membimbangkan bagi pesara disebabkan isu struktur seperti gaji yang rendah yang sememangnya wujud sebelum pandemik melanda.

"Simpanan median untuk kumpulan umur 51 hingga 55 tahun hanya akan bertahan lima tahun selepas pengeluaran pada umur 55 tahun dan ia menurun kepada sekitar tiga tahun selepas pengeluaran berkaitan pandemik.

"Laporan itu selanjutnya menyatakan rata-rata rakyat Malaysia akan menghadapi risiko kehabisan simpanan persaraan mereka 19 tahun sebelum kematian dengan jangka hayat global meningkat kepada 77 tahun ke atas menjelang 2050," katanya.

Katanya, golongan millenial dalam lingkungan umur 26 hingga 40 tahun berkemungkinan menghadapi cabaran kewangan yang ketara kerana ramai menghadapi kesukaran untuk memenuhi had Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000.

"Situasi ini boleh menjejaskan potensi peluang peningkatan simpanan sehingga RM94,000 apabila mereka bersara pada usia 60 tahun seterusnya menjadikan mereka antara kumpulan demografi yang paling terkesan.

"Pengeluaran khas berkaitan pandemik juga menyebabkan pengurangan ketara dalam jumlah simpanan persaraan ahli," katanya.

Menurutnya, sehingga Mac 2023, sebanyak 70.5 peratus daripada 7.2 juta ahli sektor formal aktif berumur 18 hingga 55 tahun tidak memenuhi had Simpanan Asas KWSP mengikut umur.

"Sebanyak 3.1 juta atau 39 peratus ahli yang membuat pengeluaran khas dan berumur di bawah 55 tahun setakat Januari 2023 masih belum mula membina semula simpanan mereka.

"Tahap simpanan mereka kekal rendah, dengan median simpanan sebanyak RM890," katanya.

Katanya, keutamaan KWSP dalam perkara itu adalah untuk membina semula simpanan persaraan dan memperluaskan perlindungan kepada mereka yang berada di luar skop semasa Akta KWSP 1991.

"KWSP juga sedang berbincang dengan Kerajaan mengenai pembaharuan yang berpotensi untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang semakin terjejas akibat pandemik.

"KWSP menyarankan ahli supaya hanya rujuk kepada berita sahih daripada sumber rasmi dan bukannya spekulasi melalui media sosial," katanya.


2 comments:

  1. Mana tabung tak kontang, seluruh KL dan sebahagian lembah kelang dibongkar utk projek mrt. Patut projek infra berfasa2 tapi buat sekali henjut oleh najib. Itu pun belum di kira projek2 lain yg tah ape2. Nasib lah dapat pengundi dan penyokong yg luar biasa punya bangang. Tanggung lah akibatnya.

    ReplyDelete
  2. Takkanlah kerajaan baru 4 bulan ni yg punya kerja bhai...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1