Ini kerja gila... Betullah tunaikan Haji ke Baitullah itu wajib.. salah satu dari Rukun Islam... tapi ianya hanya jatuh wajib bila berkemampuan... Kalu sampai tunai haji dengan berhutang... itu dah tak cukup syarat berkemampuan dah...
Adoilah...
Lepas tu ader pulak puak-puak berlabel agama yang ajar dan endorse buat benda nih... mengarut sungguh... untuk apa... untuk kepentingan puak-puak tertentu... yang buat pakej haji melampau gila harganya...
Adoilah...
Syaitan tue boleh berupa macam orang baik ... orang alim..... jangan terpedaya la...
Jahanam....
Jahanam....
Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menawarkan penyelesaian kewangan untuk bakal jemaah haji yang ingin mengambil pakej haji
melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga ahli Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).
Penyelesaian kewangan itu disediakan menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan Bumitra bertujuan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah.
Kerjasama itu juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Menurutnya, memandangkan kos pakej haji kian meningkat disebabkan faktor luar kawalan, pembiayaan peribadi yang ditawarkan ini adalah tepat pada masanya untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam yang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima.
Tak tahu lah kat mana silapnya makin mengarut perangai orang2 Melayu.
ReplyDeleteKumpulan dan lain2 yg terlibat pakej haji umrah ni ramai orang pas.
ReplyDeleteSemua dah kaya.
Penyokong pas yg miskin.